Thursday, July 18, 2013

Dayana & Asyraf Muslim

Assalam semua. Suram je rasa bila tengok berita tentang perkahwinan kedua asraf muslim yang berlangsung di Thailand. Kalau baca balik puisi yang di post oleh isteri pertama dia, memang jelas kesedihan yang tak terhingga. Walaupun puisi ini bukan hasil nukilan beliau, tapi ada bait-bait yang menyentuh perasaan. saya pown malam tadi, terbawa-bawa kesedihan dayana tu dalam tidur, walaupun  tak kenal dia, tapi sebagai seorang wanita, saya cukup memahami situasi dia.
Mana ada seorang wanita yang inginkan poligami, tetapi jika ditakdirkan dan lelaki itu melaksanakan dengan cara berkhemah, mungkin hati akan sejuk dan akhirnya redha dengan ketentuan Allah. Tapi jika dilihat dari video kenyataan ayah dayana, masalah mereka dah dihidu selepas 9  bulan usia perkahwinan mereka, terlalu awal untuk berpoligami jika anak adalah salah satu puncanya. Yang menyedihkan pasangan ke dua Asyraf tu masih muda, bukan andartu. Masih belum terlambat untuk dia mencari lelaki bujang dalam hidup mereka.
Kenapa sayaa cakap begini? Sebab sebelum saya berkahwin dahulu, saya juga pernah didatangi dengan lelaki berstatus suami orang, waktu itu saya tidak terburu-buru mengatakan itu adalah jodoh saya. Kalau pembaca nak tahu, ketika itu usia saya 28 tahun, dan saya mengambil jalan yang saya kira sangat berbaloi. Dengan rasa berkhemah, saya katakan kepada lelaki itu, beri saya masa 4 tahun untuk saya mencari lelaki bujang sebagai suami saya, kerana saya yakin masih ada lagi lelaki bujang yang akan menjadi suami saya. Alhamdulillah, kurang dari 2 tahun, saya akhirnya bertemu dengan en.beliau. Saya memang x tergamak nak lukakan hati dan perasaan kaum saya sendiri, tambahan lagi saya takutkan balasan Allah, mungkin tak kena pada saya, tapi mungkin akan terkena pada zuriat saya nanti….kecuali jika kita dah berusaha sekuat mungkin, dan tiada jalan lain kecuali berpoligami, itu lain cerita. Cuma jika mahu berpoligami pown pasti ada alasan yang munasabah dan di lakukan dengan cara yang tertib serta tidak terburu-buru.
Setiap rumahtangga memang ada dugaan, tak seperti waktu bercinta semuanya indah belaka. Tetapi jika dah masuk kealam perkahwinan, memang banyak pancaroba yang kena hadapi.  Disini memang memerlukan kekuatan mental untuk mengemudikan rumahtangga. Ada pasangan yang setelah 10 tahun berkahwin baru dapat rentak pasangan masing-masing, yang penting berusaha kearah itu. Berkaitan dengan zuriat, semua itu adalah rahsia Allah. Teringat kata-kata guru saya ketika dibangku sekolah…ada 5 golongan lelaki yang mempunyai tujuan berbeza untuk berkahwin:-
1)    Berkahwin kerana kecantikan bakal isteri
2)    Berkahwin kerana mahukan zuriat
3)    Berkahwin kerana cinta dan kasih sayang
4)    Berkahwin kerana wanita itu dari keturunan yang baik-baik
5)    Berkahwin kerana Allah
Jika berkahwin kerana terpikat dengan kecantikan seseorang, pasti cinta itu akan pudar apabila wanita itu sudah kerepot ataupown ditimpa musibah sehingga menghilangkan rupa paras asalnya. Perlu diingat, kecantikan itu umpama pemadam, makin ditenyeh, semakin hilang bentuk asalnya.
Jika berkahwin kerana mahukan zuriat, pasti cinta itu akan hilang apabila pasangan tidak boleh melahirkan zuriat. Kena faham, ada sebab kenapa Allah tidak mengurniakan cahaya mata…banyak sebab-sebabnya, berusaha baiki kelemahan dan berdoa…
Jika berkahwin kerana cinta dan kasih sayang, jika cinta itu hilang, bagaimana dengan perkahwinan? Jika tiba-tiba cinta yang selama ini tersemat dihati dan secara tidak sengaja cinta anda beralih arah kepada insan ketiga, apakah yang akan terjadi????
Jika berkahwin kerana wanita itu dari golongan bangsawan, tetapi jika ditakdirkan suatu hari nanti keturunan itu dicemari dengan peristiwa hitam yang boleh merosakkan kemuliaan keturunannya, apakah kita boleh menerimanya?
Jika berkahwin kerana Allah, ya inilah perkahwinan yang InsyaAllah sentiasa diredhai oleh Allah. Sentiasa mencari keredhaan dan berusaha memperbaiki perkahwinan kerana faham akan tangungjawap sebagai khalifah dan pembimbing dalam rumahtangga serta menjaga amanah Allah (isteri itu amanah Allah). Kebiasaannya lelaki begini, ketika akad nikah, mereka sudah faham akan tangungjawap yang bakal dilaksanakan da nada dikalangan mereka yang tanpa segan silu menangis kerana takut tidak mampu menjalankan tanggungjawap yang telah di amanahkan…tu sebab masa imam baca lafaz taklik selepas akad nikah, kita kena dengar betul-betul, bukan dok pandang-padang bini or laki hang pastu terbayang-bayang keseronokan malam pertama…cettttt
Kalau di soroti kembali kisah asraf muslim yang memilih kaabah sebagai tempat melangsungkan akad nikah, kita pasti menggambarkan betapa tulusnya cinta mereka berdua, tapi Lillahitaala, masa mula-mula baca kisah mereka mahu bernikah di hadapan kaabah, ada terdetik sesuatu yang saya sendiri sukar nak jelaskan…bukan masalah tempat pernikahan, tetapi terasa sesuatu yang kurang enak sahaja, Cuma x sangka [erkara ini betul-betul terjadi. Masa tu saya terfikir, adakah pasangan ini bernikah dihadapan kaabah untuk mendapatkan keredhaan atau mengharapkan dengan berkahwin ditempat suci akan menjadikan perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat? Tapi itu Cuma soalan saya time tu je….kesimpulannya selepas peristiwa ini, berkahwinlah dimana sahaja, redha Allah itu bukan datang dari tempat kita dijabkabulkan, tapi dari usaha pasangan itu sendiri…Cuma yang sediynya perkahwinan kedua Asyraf berlaku di tempat yang jauh menyimpang iaitu di Thailand…
Jika memang ketentuan mereka berpoligami pown, buatlah secara elok. Disebabkan nak menghalalkan yang hubungan, terpaksa menipu isteri dengan mengatakan ada bisness trip di Bangkok. Jika saya ditempat dayana, saya sendiri pown x sekuat dia, kalau tengok videa tu, boleh lagi pakai baju sedondon, jalan berpegang tangan…subhanallah, mahasuci Allah menjadikan wanita semulia beliau, mungkin hasil didikan hj lokman. Luahan rasa HJ lokman pown sangat tersusun rapi biacara tanpa menghiris perasaaan, tidak langsung menunjukkan muka marah dan meninggikan suara apatah lagi mengeluarkan bahasa kasar. Apa yang terpancar adalah riak muka yang redha dengan apa yang berlaku. Dayana seorang wanita tabah, masih mahu tinggal serumah, masih mahu meluahkan kasih sayang kepada lelaki yang bergelar suami. Jika terjadi kepada saya, saya pasti saya tidak setabah dayana…
Hubungan mungkin boleh dipulihkan, tetapi parut luka masih lagi kelihatan…………….semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka. Kepada dayana, anda tak perlu risau, anda adalah wanita solehah yang sangat kental, InsyaAllah Allah itu ada bersama-sama mereka. Simpati kepada Hj lokman, bapa yang bersusah payah membesarkan dayana dan mengharapkan sesuatu yang terbaik, tetapi akhirnya melihat sendiri kesedihan anaknya itu…
Buat Asyraf muslim, jika masih ada ruang dalam hati anda untuk dayana, pulihkanlah hubungan kamu berdua…sesungguhnya wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik juga.

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan



2 comments:

Anonymous said...

Ada pengalaman mendengar seorang ustaz yg low profile dan jarang masuk TV…cerita pasal poligami. Antara syarat yg di tinggalkan ialah ketiga-tiga pihak bahagia dgn pernikahan tersebut. Andai kata isteri pertama merasa tidak bahagia, usahakanlah untuk membahagiakannya dgn cara mgkn membatalkan perancangan, memberi keyakinan dan lain2. Maksudnya jika isteri pertama mencarikan suami isteri baru, isteri baru itu pun bersetuju untuk bernikah dengan suami itu, tetapi suami itu tidak mahu, maka tak perlulah meneruskan rancangan itu. Ramai juga beri alasan kerana berkemampuan. Kefahaman tentang berkemampuan sangatlah subjektif, bukan saja dari segi kewangan, hubungan zahir, batin dan sebagainya, antara kemampuan yang paling penting dan selalu ditekankan oleh para ulama ialah kemampuan untuk mendidik isteri dari segi hal ehwal agama dan menjadi isteri solehah. Jika masih tidak mampu untuk melakukan itu, bagaimana hendak mengawal dan memimpin satu keluarga yang besar. Berkait juga dengan alasan untuk mengelak dari melakukan maksiat. Jikalau sebelum bernikah (samada untuk menikahi isteri pertama atau kedua dan seterusnya) pun kita berkata bernikah itu untuk mengelakkan maksiat, adakah kita layak untuk berkahwin dan memimpin serta mendidik isteri mencari redha Allah. Membuat maksiat adalah pilihan, ia bukan lumrah, ia adalah perkara yg kita pilih untuk melakukannya. Berbuat baik adalah lumrah, melakukan ibadat perlu di jadikan lumrah. Tetapi kita hanya manusia biasa, ustaz pun manusia biasa, jurutera pun manusia biasa, doktor pun manusia biasa..lalai adalah lumrah. Tetapi bezanya antara manusia ialah mereka yang mengkaji hukum hakam sesuatu perkara, mengkaji sejarah asal usul sesuatu hukum, mengkaji rasional di dalam segala undang2 islam. Dan kepada yang memilih untuk menjadi ulama, mereka menyampaikan dengan baik dan mudah difahami.

nawarzara said...

Poligami itu mudah, adil itu yang susah...boleh berpoligami tetapi mantapkan diri sebagai ketua keluarga dahulu...insyaAllah dipermudahkan