Pages

Thursday, September 13, 2012

KES PEMBUNUHAN INTAN YUSNIZA -PENGACARA PROGRAM KANAK-KANAK ANGKASAPURI


Salam.



Korang pernah dengar tak kes bunuh pengacara kanak-kanak angkasapuri. Time tu saya masih kecil lagi, tiba-tiba dengar berita time pagi-pagi, intan yusniza mati dibunuh.

Kes ni sekitar tahun 1991. Try searh, memula tu baca pasal kes ni, pembunuh dia terlepas dr hukuman membunuh ibu intan yusniza, kemudian di bicarakan atas kesalahan membunuh intan yusniza. Alhamdullillah, pihak pendakwaan berjaya membuktikan suspek bersalah, dan dia kemudian di hukum gantung sampai mati. Hukuman mengikut rekod, dilaksanakan pada tahun 2001, 10 tahun selepas intan yusnizah dibunuh.


Walaupun ada kesan lebam di bahagian peha intan yusniza tetapi ujian sperma negative, Alhamdulillah, mereka tidak dirogol. Pada zaman tu, susah sangat nak dengar kes bunuh ni, so bila berlaku memang terkejut besar semua warga malaysia.


Ni saya collect sikit dari beberapa blog, saya kumpul semua sumber. Korang leh la recap balik ape yang pernah terjadi satu masa dahulu.





From http://www.mk-portal.org/forum/archive/index.php/t-6964.html


Penganggur dihukum gantung sampai matiOleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian.com.my)SELEPAS lebih setahun sejak kes pembunuhan Pengacara Kelab Kanak-Kanak Angkasapuri Radio Televisyen Malaysia (RTM), Intan Yusniza Mohamad Yunus, 12, dan ibu angkatnya dilaporkan akhbar, mahkamah yang bersidang hampir mencapai kata putusnya.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 13 Ogos 1992 akhirnya membebaskan Zainuzzaman Mohd Jadasi daripada tuduhan membunuh Hanizah Ismail, 56, ibu angkat Intan Yusniza Mohamad Yunos yang turut dibunuh pada Jun 1991.Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan Zainuzzaman membela diri terhadap tuduhan kedua membunuh Intan.Hakim membebaskan lelaki itu daripada tuduhan membunuh Hanizah, selepas lima daripada tujuh juri yang bersidang selama setengah jam memutuskan dia tidak bersalah.Dalam perbicaraan sebelum itu, Zainuzzaman didakwa membunuh Hanizah di rumah bernombor 74, Blok V, Rumah Panjang, Jalan Kuchai Lama di sini di antara 22 dan 24 Julai tahun lalu.Mokhtar berkata, pihak pendakwa gagal membuktikan secara positif bahawa lima utas gelang yang dijumpai di rumah tertuduh adalah kepunyaan mangsa.Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan Zainuzzaman membela diri terhadap tuduhan kedua membunuh Intan, 12, di rumah bernombor 74, Blok V, Rumah Panjang, Jalan Kuchai Lama antara 22 dan 24 Julai 1991 kerana pendakwa raya berjaya membuktikan tertuduh mempunyai kaitan dengan pembunuhan Intan menerusi rantai berukir 慖ntan� yang dijual tertuduh.Pada 17 Ogos 1992, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akhirnya mendapati tertuduh bersalah membunuh Intan Yusniza lalu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.Hakim membuat keputusan itu selepas enam daripada tujuh juri yang bersidang selama tiga jam, bersetuju tertuduh bersalah terhadap tuduhan membunuh Intan.Tanpa seorangpun ahli keluarganya yang hadir ke mahkamah, tertuduh kelihatan tenang ketika hakim membaca hukuman terhadapnya.Selepas keputusan dibaca, hakim bertanya kepadanya sama ada tertuduh ingin berkata apa-apa tetapi dia hanya mampu berdiam diri. Zainuzzaman kelihatan bersalaman dengan peguambelanya sebelum dibawa ke lokap.Ketika menggulung hujah, hakim berkata, tertuduh dikaitkan dengan Intan kerana adanya seutas rantai bersama loket yang berbentuk perkataan 慖ntan�.Tertuduh juga memberitahu mahkamah pada 23 Jun 1991, dia masuk ke rumah Intan kira-kira jam dua pagi melalui lubang angin di ruang dapur untuk mencuri.Keputusan gantung sampai mati itu menyebabkan tertuduh membuat rayuan tetapi Mahkamah Persekutuan pada 29 September 1997 menolak rayuan itu sekali gus mengekalkan hukuman mati terhadapnya.Dengan penolakan rayuan itu, Zainuzzaman diiring pegawai penjara ke suatu lokasi di Penjara Kajang pada 5 Oktober 2001. Kemudian kepalanya ditutupi kain dan lehernya dililit tali gantung.Ketika gear ditarik, lantai di bawah kakinya terbuka dan jasadnya menjunam ke bawah. Lehernya dijerut tali gantung dan pada hari itu, berakhirnya satu daripada kisah pembunuhan yang pernah menarik tumpuan rakyat negara ini - selebriti Kelab Kanak-kanak Angkasapuri yang juga gadis sunti berusia 12 tahun, dibunuh seorang penganggur.



From http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=141543&page=2


Fail Jenayah Siri 3: Penganggur dituduh bunuh Intan, ibu angkatPADA 12 Julai 1991 iaitu selepas 18 hari mayat Pengacara Kelab Kanak-Kanak Angkasapuri Radio Televisyen Malaysia (RTM), Intan Yusniza Mohamad Yunus, 12, dan ibu angkatnya ditemui, seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.Zainuzzaman Mohd Jasadi, 24, dihadapkan bagi tuduhan sementara - membunuh Intan dan ibu angkatnya, Haniza Ismail, 56, di rumah nombor 74, Blok 5, Rumah Panjang, Kampung Seri Budiman, Jalan Kuchai Lama antara jam 9.30 malam 22 Jun 1991 dan 7.42 pagi 24 Jun 1991.Lelaki bertubuh kecil dan rendah dengan ketinggian kira-kira 1.63 meter itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.Tertuduh yang ditahan pada 1 Julai 1991, tiba di mahkamah pada jam 9 pagi dengan diiringi anggota polis manakala tiada saudara-mara tertuduh yang hadir di mahkamah.Seterusnya perjalanan kes perbicaraan membabitkan lelaki itu terus mendapat liputan media dan menjadi tumpuan masyarakat yang ingin mengetahui sama ada benar lelaki itu bersalah serta apa sebenarnya yang berlaku pada malam pembunuhan.Mahkamah pada 28 Oktober diberitahu yang siasatan awal mendapati punca kematian kedua-dua mangsa adalah akibat kecederaan teruk di kepala sehingga berlakunya pendarahan otak, berikutan dipukul senjata tumpul.Selain di kepala, kedua-dua beranak itu tidak mengalami kecederaan di bahagian lain tubuh mereka. Mangsa juga dipercayai meninggal dunia, dua atau tiga hari sebelum mayat mereka dijumpai.Turut dimaklumkan kepada mahkamah adalah bedah siasat ke atas Haniza yang berlumuran darah pada sebelah kiri tubuhnya, menemui lima koyakan dan dua lebam akibat dipukul di bahagian telinga kiri. Kepalanya pula retak di tiga bahagian akibat gegaran di sebelah kanan.Bedah siasat mayat Intan pula merekodkan beberapa lebam di kepala dan leher selain pendarahan di luar kulitnya. Ada tidak kurang daripada empat lebam dan beberapa calar di muka dan leher Intan selain lima luka di sebelah kiri kepala dan telinganya.Tengkorak Intan pula berkecai di beberapa tempat dan otaknya mengalami pendarahan secara menyeluruh berikutan dipukul benda tumpul. Kesan lebam turut dikesan pada paha dan tepi kemaluan Intan tetapi ujian sperma ke atas kedua-dua mayat itu adalah negatif.Sidang mahkamah 29 Oktober 1991 diberitahu saksi pendakwa yang tertuduh mengaku kepada polis yang dia membunuh kedua-dua beranak itu. Pengakuan itu dibuat di Balai Polis Brickfields ketika disoal siasat kira-kira jam 12.30 tengah hari, 2 Julai 1991.Tertuduh juga dikatakan bersetuju menunjukkan tempat beliau menyembunyikan senjata yang digunakan dalam kejadian itu lalu membawa polis ke rumahnya di Jalan Kuchai Lama.Tertuduh kemudian membawa polis ke sebuah bilik belakang rumah itu lalu menunjukkan sebatang besi paip di bawah almari serta sehelai baju T biru yang dipakai ketika dia melakukan pembunuhan itu.



From http://www.tengkunizam.com/2011/05/nostalgia-pengacara-kelab-kanak-kanak.html


Laporan akhbar Harian Metro Jun 1991
PEMBUNUHAN pengacara Kelab Kanak-Kanak Angkasapuri Radio Televisyen Malaysia (RTM), Intan Yusniza Mohd Yunus dan ibu angkatnya pada Jun 1991, menarik perhatian umum sehingga ada pihak menawarkan RM20,000 kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya pembunuh.Tawaran dibuat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebanyak RM10,000 selain masing-masing RM5,000 oleh Umno Seputih dan seorang individu yang terkesan dengan kejadian tragis itu.Ganjaran ditawar bagi memastikan penjenayah ditangkap lantaran perbuatan itu tidak berperikemanusiaan kerana membabitkan kanak-kanak kecil selain khuatir keselamatan penduduk lain turut terancam.Siasatan awal terhadap keadaan kedua-dua mayat mangsa membawa kepada andaian yang ibu angkat Intan Yusniza, Haniza Ismail, 56, dipercayai dirogol manakala gadis sunti itu pula berkemungkinan dicabul kehormatannya sebelum dibunuh di rumah mereka di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.Keputusan awal bedah siasat yang dilakukan pada mayat mangsa mendapati ada lima kesan kecederaan di kepala Allahyarham Haniza manakala pada jasad Intan Yusniza pula dua kesan kecederaan di kepala akibat hentakan kuat benda keras.Siasatan awal juga mendapati kedua-dua mangsa mungkin dibunuh antara jam 4 hingga 6 pagi hari Ahad dan orang yang terbabit dalam pembunuhan dipercayai masuk ke dalam rumah melalui cara baik kerana tiada kesan pecah rumah ditemui pada kediaman mangsa.Intan dan ibu angkatnya didakwa penduduk setempat dilihat kali terakhir dalam sebuah van, kira-kira jam 1.15 pagi Ahad iaitu kira-kira 30 jam sebelum mayat mereka ditemui pada jam 8.30 pagi Isnin.Seorang penduduk mendakwa, ketika sampai di sebuah warung di kawasan perumahan Penempatan Seri Budiman, Jalan Kuchai Lama, Allahyarham Haniza melambai-lambaikan tangannya kepada beberapa jiran yang masih berada di situ.Kes pembunuhan itu segera mendapat liputan meluas media massa yang antara lain mendedahkan Intan tinggal bersama ibu angkatnya itu sejak kecil selepas diserahkan ibu kandungnya sebaik dilahirkan.Laporan akhbar berhubung perkembangan kes ketika itu juga memetik sumber-sumber berkaitan menyatakan sepanjang tempoh 24 jam sejak mayat mangsa dijumpai, polis menerima petunjuk penting dan mengesan empat lelaki disyaki terbabit dalam pembunuhan itu.Empat lelaki itu dipercayai penghuni Penempatan Seri Budiman, Jalan Kuchai Lama, tempat dua beranak itu tinggal.Sejak kejadian itu mula heboh dan menarik perhatian ramai, seorang lelaki yang tinggal tidak jauh dari rumah kedua-dua mangsa mula menghilangkan diri.Pada masa sama, rantai leher berukir nama INTAN, dipercayai milik gadis sunti itu selain loket milik Haniza dilaporkan digadai di sebuah kedai pajak gadai oleh seorang lelaki yang membelinya daripada seorang lelaki lain.Lelaki yang menggadaikan rantai dan loket itu menghubungi polis selepas terbaca kes pembunuhan Intan dan Haniza dalam akhbar lantaran khuatir dia turut dituduh bersubahat dalam kes itu. Lelaki itu menggadai rantai dan loket yang dipercayai milik mangsa tanpa menyedari rantai emas itu mungkin barang kemas yang dicuri ketika pembunuhan itu.Akhirnya, pada 1 Julai 1991 iaitu seminggu selepas penemuan mayat mangsa, polis Cawangan Jenayah Berat berjaya menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan berkenaan.

MENTARI pagi sudah lama muncul dan menyinari kawasan perumahan di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur pada Isnin, 24 Jun 1991.Beberapa penduduk yang melalui berhampiran kedai runcit yang diusahakan Hanizah Ismail, 56, berasa hairan tatkala melihat premis itu masih belum dibuka walaupun jam sudah menunjukkan kira-kira 8 pagi.Aneh, seolah-olah kedai runcit yang pegun itu tidak akan dibuka terus pada hari itu; tidak seperti hari-hari sebelumnya, Hanizah pasti sudah lama memulakan perniagaannya menjelang waktu berkenaan.Jiran wanita terbabit mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena lalu bergegas ke rumah Hanizah yang terletak berhampiran. Pintu rumah pengusaha kedai runcit itu diketuk dan nama wanita itu dipanggil berulang kali namun tiada sebarang jawapan diterima.Bersama dua lagi jiran lain, mereka kemudian menjenguk ke dalam rumah Hanizah melalui tingkap cermin hadapan yang tidak berkunci.Pandangan mereka segera menangkap sesusuk tubuh yang terbaring di ruang tamu bagaikan sedang tidur. Debaran mula mengasak dada tatkala mereka mula menyedari yang jasad itu adalah Hanizah malah tubuh wanita itu dihurungi semut.Curiga mula membenih di benak minda masing-masing lalu sekali lagi mereka melaung memanggil nama wanita itu. Bagaimanapun, jasad Hanizah tetap tidak bergerak seolah-olah tidak lagi mendengar laungan lantang mereka.Cemas melihat keadaan itu, jiran wanita terbabit segera meminta pertolongan seorang penduduk lelaki yang berada berhampiran. Lelaki itu menjenguk ke dalam dan mendapati jasad Hanizah sudah kaku dan diharungi semut. Akan tetapi, lebih mencemaskan apabila pandangannya segera menangkap keadaan tubuh wanita itu yang dalam berlumuran darah.Tidak lama selepas itu, pintu rumah terbabit berjaya dibuka dan sepasukan polis mula masuk memenuhi ruang rumah terbabit bagi menjalankan siasatan.Di samping jasad Hanizah, turut ditemui adalah mayat anak angkatnya berusia 12 tahun, Intan Yusniza Mohd Yusof. Kedua-dua beranak itu mati dibunuh di dalam rumah berkenaan dengan kepala kedua-dua mangsa berlumuran darah akibat cedera parah dihentak objek tertentu. Polis juga mendapati barang kemas dan wang tunai milik mangsa, hilang.Mereka kemudian diberitahu yang Allahyarham Hanizah tinggal di situ bersama Intan Yusniza hampir empat tahun lalu iaitu selepas suami wanita terbabit yang juga bekas anggota polis berpangkat sarjan, meninggal dunia pada 1986.Mayat Hanizah dan Intan Yusniza kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Damansara, kira-kira jam 10 malam, hari sama.Demikianlah bermulanya kes pembunuhan yang menarik perhatian ramai pihak sekitar 1991 - Intan Yusniza, murid darjah enam Sekolah Kebangsaan Salak Selatan yang juga pengacara tetap rancangan Kelab Kanak-kanak Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM), mati dibunuh bersama ibu angkatnya.

Wednesday, September 12, 2012

Suasana Menggerunkan Pada Hari Berbangkit Kelak

Salam.
Bila baca balik email dr member ni, rasa cam sediy n sayu sangat.
Rasa amal ibadat tu still x cukup lagi. Kadang-kadang bila tengok ada orang sekeliling or sedara-mara yang susah, tiba-tiba terfikir, sampai ke tidak potongan zakat yang kita beri tu pada orang yang memerlukan, sampai ada lagi orang yang hidup diorang merempat..hurmmm terfikir lagi, bersih ke harta yang kita ada ni? betul ke potongan zakat tu berpatutan ngan ape yang kita ada?

Pastu terfikir lagi, banyak nye salah yang kita dah buat, ada lagi ke hutang yang kita x lunaskan lagi, sape lagi yang perlu kita mintak maaf sebab sakitkan hati diorang..:(

Hurm, korang bacala kiriman email yang disebarkan oleh officemate saya ni key.

"Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra. bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur.. mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: "Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul." Ibnu Abbas ra berkata: "Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian pakaian syurga." Jibril as akan menyeru: "Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?" Bumi akan berkata: "Sesungguhnya Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran.. tanda dan gunung ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW." Rasulullah SAW bersabda: "Lalu diangkatkan tiang tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka empat malaikat berada di atas kubur." Israfil bersuara: "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!" Maka kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula.. kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga. ketika Rasulullah SAW berdiri.. baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati.. tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi. Jibril as berkata kepadanya: "Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas." Baginda SAW bertanya "Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?" Jibril as menjawab: "Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala." Baginda SAW bersabda: "Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!" Jibril as berkata: "Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?" Baginda SAW bersabda: "Bukan seperti itu pertanyaanku." Jibril as berkata: "Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?" Baginda SAW bersabda: "Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?" Jibril as berkata: "Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia sebelummu?" Baginda SAW bersabda: "Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku." Jibril as berkata kepada baginda SAW: "Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!" Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta ronta. Jibril as berkata kepadanya: "Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?" Buraq berkata: "Aku tahu semua itu. Akan tetapi.. aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini." Baginda SAW bersabda kepada Buraq: "Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku nescaya aku memberi syafaat kepadamu." Setelah berpuas hati.. Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih.. malaikat Israfil as menyeru: "Wahai tubuh tubuh yang telah hancur.. tulang tulang yang telah reput.. rambut rambut yang bertaburan dan urat urat yang terputus putus! Bangkitlah kamu dari perut burung.. dari perut binatang buas.. dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa. Roh roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya terbinalah tulang tulang. Urat urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh. Allah Taala berfirman: "Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita." Malaikat Israfil as menjerit: "Wahai roh roh yang telah hancur. Kembalilah kamu kepada tubuh tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam." Allah Taala berfirman: "Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh tubuhnya!" Apabila roh roh mendengar sumpah Allah Taala.. roh roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad jasad mereka. Apabila semuanya sedia.. masing masing melihat. Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis.. melihat makhluk makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan. Jibril as menyeru: "Wahai sekalian makhluk.. datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala." Umat umat datang di dalam keadaan satu satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat.. baginda SAW akan bertanya: "Di mana umatku?" Jibril as berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir." Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!" Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis. Nabi Muhammad SAW berkata: "Mengapa kamu berdua menangis." Jibril as berkata: "Bagaimana keadaan umatmu.. Muhammad?" Nabi Muhammad bertanya: "Di mana umatku?" Jibril as berkata: "Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan." Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: "Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?" Jibril as berkata: "Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!" Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka.. mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: "Wahai Muhammad!." Air mata mereka mengalir di pipi. Orang orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai umatku." Mereka berkumpul di sisinya. Umat umatnya menangis. Ketika mereka di dalam keadaan demikian.. terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: "Di mana Jibril?" Jibril as berkata: "Jibril di hadapan Allah.. Tuhan semesta alam." Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: "Di mana umat Muhammad SAW?" Jibril as berkata: "Mereka adalah sebaik umat." Allah Taala berfirman: "Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu." Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala." Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: "Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala." Orang orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: "Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik baik kepadaKu tuduhan apa apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!" Hamba hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: "Hari ini.. Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini.. Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan.. Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik.. penjaga neraka! Katakanlah kepadanya.. bawakan Jahanam!" Jibril pergi berjumpa Malik.. penjaga neraka lalu berkata: "Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam." Malik bertanya: "Apakah hari ini?" Jibril menjawab: "Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan." Malik berkata: "Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?" Jibril menjawab: "Ya!" Malik bertanya: "Di mana Muhammad dan umatnya?" Jibril berkata: "Di hadapan Allah Taala!" Malik bertanya lagi: "Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?" Jibril berkata: "Aku tidak tahu!" Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang tiangnya. Neraka mempunyai tiang tiang yang keras.. kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis). Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak kanak mula beruban rambut. Ibu ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk. Subhanallah….."

Tuesday, September 11, 2012

AYAM GORENG or TIKUS SAWAH GORENG???? - BECAREFULL KALAU KE INDONESIA



















Hurm,
Tetiba rasa ngeri plak tengok gambar ni, real giler..memang nampak macam ayam kan?
huhu, tak tahulah betul atau tidak, ni pown i dapat email dr my friend. Memang ngeri giler..di sangkakan ayam..rupanya tikus sawah. Huh, x boleh blah, bukan ape, bila kita pergi melancong ke negara yang budayanya lebih kurang kita, of course lah, kita sangkakan banyak yang halal, kecuali kalau kat Bali. Tutp-tup dapat email camni, memang kena berhati-hati lah..

Tapi kan, cutting of peha dia, memang nampak cam ayam kan, kita pown x leh nak kenal kalau dah siap goreng, besar giler tikus kat sana,,agaknya cam tikus mondok lah kan?


Akhirnya - MEE KARI KETAM @ KERAMAT..:)

















Assalamualaikum.
Alhamdullillah, setelah sekian lama memendam rasa nak makan mee kari ketam, akhirnya dapat gak makan harini.

Semalam dah call awal-awal tanya pukul berapa boleh start datang. Diorang beroperasi dari 12:30 ~ 10:30 pm. Tapi dalam kul 12:45 noon tu dah boleh datang makan dah.
Tadi kitorang jer pelanggan yang ada..hehe.

Menu kat sini, ketam seketam ketamnya. Memang syok sesangat, boleh makan dengan aman dan damai sebab x ada orang time ni.

Saya pesan mee kari ketam biasa, tp my friend pesan mee kari ketam bunga. Rasa dia memang terbaik, lemak n manis, tambah plak ngan hirisan cili potong, memang sangat-sangat mengancam tekak yang dah lama terliurkan si badan ketam ni. Kami makan dengan rakus, habis ketam tu di siat-siatkan..hihi..:)

Harga kat sini x lah mahal mana, kira, masih mampu lagi kalau nak makan kat cini. Kedai ni kecil je, tapi memang meletop.

Tapi skang ni bukan time isi ketam penuh, so isi tu x la padat sangat. korang tunggu dalam bulan 2 nanti, time tu memang isi ketam tengah padat n penuh, boleh la korang try k. Selain kari ketam, korang leh try ketam sup, ketam cili n black paper. Nak makan nasi n ketam pown boleh.

Tapi saya suka rasa kari dia tu, memang pekat n terasa lemak manis dia. Kiranya, kuah dia x la macam kari yang pakat-pakat tuang air masak n santan cair jer...ni kari ori hokey.

Entry yang lepas saya ada bagitau kat mana lokasi dia, tapi still nak bagitau gak.

Korang cari je bangunan baitulmal kat area keramat, sebelah je masjid keramat tu.
ni No contact si Usamah:-0192346388. Korang leh je call n tanya dia, kalau korang was-was kat mana kedai ni.