Pages

Showing posts with label Jelajah Makan. Show all posts
Showing posts with label Jelajah Makan. Show all posts

Tuesday, October 16, 2012

Warung Soto Berlada Mak Mah @ Keramat

The Warung Entrance

The Wonderful Menu



The Warung Interior



The Great Nasi Lemak..:) Sedap sesangat







The Soto Berlado - Sangat meleleh..:)



Assalamualaikum...

Hari  ni saya nak story mory pasal tempat makan favourite saya kat kl ni...Bertempat di jalan AU1C/2, ada warung soto berlada yang sangat best n menepati citarasa. Kat sini banyak sangat choice, ada nasi ayam, nasi lemak, mee jawa, soto, mee kari n laksa...Memang sedap, soto dia kuah pekat, x macam setengah tempat, bila tengok kuah soto dah sama mcam air masak jerk.

Rasa x payah cakap la..memang tangkap leleh. Nasi lemak dia paling cepat laku, sambal pedas n aroma daun pisang tu semerbak.

So korang leh pergi sini kalau nak makan yerk..lokasi dia sangat senang nak cari. If korang dari bandar KL, cari je stesyen jelatik, then ada simpang kanan kat tepi traffic light, then masuk simpang tu, pastikan sebelah kiri anda anda perodua, selepas perodua ada transnasioanl punya ofice. Sebelah je transnasional office, ada simpang ke kiri, masuk simpang tu, then pastikan sebelah kanan ada sekolah integrasi arab, then naek bukit, belok simpang kiri. lepas je simpang kiri tu..tada............... kat tepi simpang tu jew warung mak mah tu...:) 

So korang leh la parking keta kat situ...memang sempit cikit..
Kalau x silap, warung ni tutup hari ahad. Isnin sampai satu bukak pukul 4 sampai pukul 10.

Always welcome to the warung yerk...

Tuesday, September 11, 2012

Akhirnya - MEE KARI KETAM @ KERAMAT..:)

















Assalamualaikum.
Alhamdullillah, setelah sekian lama memendam rasa nak makan mee kari ketam, akhirnya dapat gak makan harini.

Semalam dah call awal-awal tanya pukul berapa boleh start datang. Diorang beroperasi dari 12:30 ~ 10:30 pm. Tapi dalam kul 12:45 noon tu dah boleh datang makan dah.
Tadi kitorang jer pelanggan yang ada..hehe.

Menu kat sini, ketam seketam ketamnya. Memang syok sesangat, boleh makan dengan aman dan damai sebab x ada orang time ni.

Saya pesan mee kari ketam biasa, tp my friend pesan mee kari ketam bunga. Rasa dia memang terbaik, lemak n manis, tambah plak ngan hirisan cili potong, memang sangat-sangat mengancam tekak yang dah lama terliurkan si badan ketam ni. Kami makan dengan rakus, habis ketam tu di siat-siatkan..hihi..:)

Harga kat sini x lah mahal mana, kira, masih mampu lagi kalau nak makan kat cini. Kedai ni kecil je, tapi memang meletop.

Tapi skang ni bukan time isi ketam penuh, so isi tu x la padat sangat. korang tunggu dalam bulan 2 nanti, time tu memang isi ketam tengah padat n penuh, boleh la korang try k. Selain kari ketam, korang leh try ketam sup, ketam cili n black paper. Nak makan nasi n ketam pown boleh.

Tapi saya suka rasa kari dia tu, memang pekat n terasa lemak manis dia. Kiranya, kuah dia x la macam kari yang pakat-pakat tuang air masak n santan cair jer...ni kari ori hokey.

Entry yang lepas saya ada bagitau kat mana lokasi dia, tapi still nak bagitau gak.

Korang cari je bangunan baitulmal kat area keramat, sebelah je masjid keramat tu.
ni No contact si Usamah:-0192346388. Korang leh je call n tanya dia, kalau korang was-was kat mana kedai ni.







Wednesday, August 8, 2012

MEE KARI KETAM@KERAMAT



Ni tempat mee kari ketam..kat KL..
Kat air buah gelas besar tu..area situ…memang best…
Kalau x tau gak, pernah dengar mash nasi ayam(pernah masuk jalan-jalan cari makan)..kat situ la..:)

Ni alamat dia...


75A/4 Jalan Keramat, Dato Keramat,

54000 Kuala Lumpur(bersebelahan masjid Al Akram , pasar keramat)

bawah flat Baitul Mal

Bertentangan dengan Mash Nasi Ayam

Contact Person-019-234 6388 usamah , 019-249 6054 ubaidah

Tuesday, August 7, 2012

Jiran Cafe @Keramat






JIRAN CAFE
5 Petang -12 Tengah Malam
Hubungi En.Fazli @ 013-3699436


Harini berbuka puasa kat area keramat je.
Boring nak buka kat rumah, so saya pown berbuka bersama-sama ALIN kat JIRAN CAFE.
kawasan ni dekat dengan area kedai mara, kira kat area situ la..kalau nak lagi senang tau, kat tapak pasar malam ari ahad @keramat. Ha, ari ahad ada satu je tapak pasar malam kat keramat tu..

Jiran Cafe ni baru je sebulan buka, so service dia belum betul-betul well manage. Tapi kat sini main course dia western la..PIZZA. Ramai orang order pizza dia. Sedap kot? tapi saya x try pown. Makan Italian Fried Rice n Alin plak makan Laksa Johor.

So korang mungkin boleh try dalam 2-3 bulan lagi, sebab time tu diorang dah well manage. so meh cuci mata ngan JIRAN CAFE nih yerk.. Sorry gambar makanan dapat ambil satu je, sebab dah habis kena bedal..:)






Thursday, August 2, 2012

Nasi Tumpang












Korang mesti tau nasi tumpang kan? nasi ni banyak kat area kelantan, kat KL pown ada...memang sedap...dia bungkus dalam daun pisang..dia buat macam balut tapai, cuma a bit panjang dr tapai la...ada nasi, kerisik n lauk-pauk,...nyum-nyum...

Nasi kena masuk time panas-panas supaya dia berhimpit cantik ngan lauk-pauk...:)



baca ni yerk...i ambek dari blog orang..



"Nasi yang dimasak agak lembik dan dibungkus bersama dengan lauk-pauk seperti ikan, udang, telur dadar dan sambal. Pada masa dahulu Nasi Tumpang ini disediakan sebagai bekalan kepada nelayan yang turun ke laut.


Dalam bungkusan daun pisang yang tersedia, Nasi Tumpang kelihatan seperti nasi impit tetapi beradun pelbagai lauk pauk yang disatukan. Nasi ini dimasukkan ke dalam kelongsong daun pisangketika panas selepas dimasak.
Di bahagian atas, hujung yang besar - diletakkan lauk pauk, ada sambal pedas, potongan ikan tongkol dan serunding ikan. Nasi Tumpang sedap dimakan pada waktu sarapan sepertimana kita makan Nasi Lemak. Seperti juga Nasi Lemak, Nasi Tumpang sesuai dimakan pada bila-bila masa."