Pages

Wednesday, November 14, 2012

Sekolah Berasrama Penuh - Kebaikan dan Keburukan


Dalam entry ni mungkin banyak benda yang saya rasa ramai setuju dan ramai x setuju..tapi still nak juga cerita.
Perlu diingatkan taw, ni pasal asrama penuh yer, bukan sekolah harian atau asrama biasa tu..kang x pepasal salah faham plak..

Ramai ibu bapa suka kalau anak-anak diorang masuk sekolah asrama penuh, sebab boleh fokus pada pelajaran, and pada ibu bapa yang kurang berkemampuan, diorang prefer sekolah asrama penuh sebab fully sponsored ngan scholarship, maka kurang beban yang perlu digalas..makan pakai anak-anak pown terjaga. Anak-anak pun x perlu berulang-alik rumah ke sekolah dan boleh menjimatkan lagi perbelanjaan. Anak-anak pun dapat guru yang bagus-bagus kalau belajar kat sekolah asrama penuh ni, maklumlah..guru cemerlang sahaja yang ditempatkan di sini...

Tapi kalau ditanya kepada anak-anak, ramai yang x suka masuk sekolah asrama ni sebenarnya..dan kesannya hanya dapat di rasa bila anak-anak dah besar panjang..dulu memang x rasa sangat, tapi bila dah besar mulalah terfikir balik. Tahu kenapa anak-anak x suka duduk sekolah asrama penuh ni?
Ni jawapan dia :-

1) Masa dengan ibu bapa semakin kurang
2) Wujud jurang dengan adik beradik disebabkan jarang berjumpa
3) Kurang mesra atau kekok dengan ibu bapa disebabkan jarang berjumpa

Ni antara benda-benda yang anak2 kurang suka bila kena hantar kat sekolah asrama penuh...yelah, habis je darjah 6, kena masuk asrama penuh, pastu jauh-jauh lak tu, balik pon sebulan sekali. Bila jarang balik, nak sembang ngan family pun rasa kekok. Habis je tingkatan 5, masuk plak u, lepas habis u, carik kerja dan berjauhan ngan family..lepas tu kahwin..huhu boleh korang fikir x, berapa lama je korang sempat bermanja ngan mak n ayah korang?? About 6 tahun je kot??? tu pown masa umor 1~4 tahun mana la korang ingat sangat kan???

Rasa x betapa sekejapnya anak-anak dapat manja ngan parent? huhu...sediy kan? serius sediy..korang tahu x time bila yang paling x best? sudah tentu time sabtu n ahad. Bila time parent kita x dapat datang tengok kita, perghhh sediy giler rasa..saya pown dulu-dulu tengok je mak n ayah orang laen datang..yelah diorang duduk dekat-dekat so x terasa sangat kan? Time tu, tengok je lah, pastu telan air liur bila tengok mak diorang bawak makanan sedap-sedap, tetiba teringat mak kat umah, cepat-cepat ambek duit syiling nak call mak. Sampai public phone, ramai giler orang, kena tunggu dalam 1 jam. Bila dapat je call mak, terus air mata berjurai-jurai turun sebab rindu sangat-sangat kat mak, rindu nak peluk mak n nak makan masakan mak...hehehe, tapi bila time dapat balik, rasa x nak balik asrama dah. Paling x boley bla, salu nangis bila nak balik hostel...huhuhu. time balik kampung, tak sempat bukak stokin dah cari nasi...hahahaha mak salu je masak lauk peberet, ikan terubuk bakar cicah air asam..huh..memang sedap..:)

Serius x suka sebab rasa macam belum sampai masa nak hidup berdikari...tapi masa kat universiti lain plak. Time tu dah cukup matang nak berdikari, dah faham erti merantau..ha, time ni memang happy sebab dah sampai masa untuk hidup sendirian tanpa family.



Tuesday, November 13, 2012

Nasi Carrot Sapi dan Ayam Tairu Kofta











Assalamualaikum.
Selamat Hari Diwali untuk semua penganut hindu. Alang-alang dah bercuti ni, awal2 lagi dah terfikir nak masak sesuatu yang sedap untuk dimakan time cuti nanti..

Fikir punya fikir, ingat nak buat mee rebus, tapi macam ringkas sangat plak, then terlintas nak buat nasi carrot sapi dan ayam tairu kofta.....sebenarnya resepi ni lebiy kurang sama macam nasi bukhari, cuma saya ubah serba sedikit sesuai dengan tekak sendiri.

Meh baca resepi untuk buat hidangan ni

Untuk Nasi

3 beradik bahan tumisan
Setengah labu bawang besar dimayang halus
2 ulas bawang putih di mayang halus
1 batang serai di mayang halus
1/2 inci halia di mayang halus
1 sudu besar serbuk rempah kurma
1 batang carrot di sagat halus dan memanjang
2 sudu besar buah badam
1 sudu besar buah kurma dicincang
1 sudu besar kismis
3 sudu minyak sapi
2 cawan beras
sedikit garam
4 cawan air

Cairkan minyak sapi, tumiskan bahan penumis sehingga naek bau, kemudian masukkan bahan-bahan yang dimayang halus. goreng hingga sedikit garing, kemudian masukkan rempah kurma, kacau sehingga sebati, kemudian letak sedikit garam dan akhir sekali masukkan badam, kismis dan kurma, padamkan api.

Di dalam perikuk nasi, masukkan beras yang telah di toskan tadi, kemudian masukkan bahan-bahan yang telah ditumis , kacau sehingga rata dan masukkan 4 cawan air dan carrot yang telah disagat halus tadi, masak nasi seperti biasa.

Untuk Ayam Tairu Kofta
Bahan perapan ayam

6 Ketul ayam
1 packet tairu,
2 sudu besar rempah kari
2 sudu rempah kurma
1 sudu jus sunquick
1 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu serbuk jintan manis,
1/2 sudu serbuk ketumbar

Bahan untuk masakan

Bahan Kisar
2 batang serai
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kuyit hidup
10 tangkai cili kering/cili padi
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah kurma

Bahan Tumisan
1 sudu minyak sapi
3 beradik bahan tumisan
1 ulas bawang putih dimayang
1/2 ulas bawang besar dimayang halus

Bahan Lain
1 sudu besar badam cincang
1 batang carrot disagat memanjang dan nipis
1/2 cawan santan
3 cawan air

Cara-cara

Gaul ayam bersama bahan perapan semalaman, biasanya saya gunakan tairu/yougart perisa asli, tetapi diakibatkan semalam cari x jumpa, yang ada cuma yougart perasa strawberry, so saya pown selamba je guna yougart perisa strawberry untuk perap ayam ni.. mengejutkan sebab rasa dia lagi sedap dari guna perisa asli..hehehe

Panaskan minyak biasa dan letak sesudu minyak sapi,tumiskan 3 beradik penumis, masukkan bawang putih dan bawang besar yang dimayang halus sehingga sedikit layur dan garing, kemudian masukkan bahan kisar, kacau sehingga garing dan naik bau, kemudian masukkan ayam yang telah diperap semalaman, biarkan ayam sedikit mengecut dengan rempah dan bahan kisar yang di goreng itu tadi. Kemudian, masukkan 3 cawan air dan santan, masakkan sehingga ayam empuk dan kuah sedikit kering, perisakan dengan garam dan gula. Apabila dah agak empuk, masukkan carrot dan badam, kacau sehingga betul-betul pekat tetapi masih berkuah. Tutup api, dan sedia dihidang bersama nasi carrot sapi tadi.

Resepi ni terpulang pada individu, if ada yang suka rempah, boleh tambah dengan rempah lain, tapi saya suka rempah yang sederhana jer. Kalau suka kering, kurangkan air, yang saya punya resepi ni, agak berkuah dan pedas sedikit...

kalau resepi asli, diorang guna serbuk cili, tapi saya modified ikut selera sendiri..hehehe..hasilnya sangat menyelerakan..