Pages

Showing posts with label Sudut Agama. Show all posts
Showing posts with label Sudut Agama. Show all posts

Wednesday, January 16, 2013

Holy Water

Assalamualaikum.
Hum, nampak x tajuk kat atas tu??? Saje saya buka isu pasal isu Holywood Holy Water. Bukan ape, since zaman university saya dengar isu holy water ni, banyak sangat version. Tapi to be honest, satu pown saya tak percaya, kenapa saya x percaya?? sekejap lagi saya beritahu reason dia kenapa saya x percaya. Tapi sebelum tu, saya nak beritahu tentang version-version holy water yang pernah saya dengar sepanjang 30 tahun saya hidup..

1)   Air persetubuhan antara father and mother (paderi lelaki & perempuan)
2)   Air rendaman mayat paderi yang telah mati
3)   Air yang telah di campurkan dengan air mani paderi dan di bacakan doa
4)   Air rendaman tulang anjing hitam
5)   Air rendaman kitab bible
6)   Air capuran darah anjing, darah paderi dan telah di ritualkan

Hah, setakat tu jelah yang aku ingat, versi mengarut holy water. Saya rasa banyak sangat kecelaruan yang berlaku kat sini, giler ape nak pergi tadah air mani orang then nak campur ngan air biasa. Dah sah-sah cakap kebanyakan paderi  tidak boleh berkahwin dan berzina, so mana datangnya air mani tuh. Lepas tu, plak version yang paling mengarut, air rendaman paderi yang dah mati, ko bayangkan bangkai manusia yang kat sabah dalam tangki air tu pown dia punya bau dah macam haremmmm, ni kan pulak ko nak buat jadi holy water, perghhhhh x lalu seh nak minum...comman sense lah, kalau dah air bau cam tu, busuk cam longkang, kalau oran suruh minum, ko nak minum ke??? Giler kau nak minum..dah sah-sah mayat tu kena kebumikan, kang x pasal-pasal kena tangkap polis...huhu

Ni plak version yang sopan sikitlah, air rendaman kitab bible. Adoi aiiiii, korang bayangkan, kita pown dalam islam ada yang rendam surah yassin guna air hujan malam jumaat sebab nak suruh anak tu hafal Quran, or jadi baek, tapi ada x, budak yang minum air tu jadi camtu? yang hafal Quran tu kebanyakannya, yang rajin membaca dan menghafal, ko telan la setempayan pown air rendaman surah yassin tu, kalau kau x baca n tak rajin, x ada maknanya boleh hafal..
Samalah macam bible tu, x kan sebab rendam and minum air tu,kita leh terpesong akidah, memang nampak pelik lah kan.

Kita orang islam ni tiap kali ada bacaaan yassin, mesti ada air kan, pastu air tu kita minum tul x? Mak aku cakap untuk lembutkan hati aku yang keras..hahahahaha aku rasa time tu bergelen aku minum, tetap gak aku nih degil, last-last mak aku tanya aku, apesal aku degil sangat, then ayah aku selamba je cakap camni, sampai mak aku diam x cakap-cakap pasal benda tu lagi.." anak-anak ni degil, sebab ikut perangai ibu bapa dia, dia x akan ikut perangai orang laen, apa yang dia nampak, itu yang dia ikut (time kecik-keciklah, kalau dah besar tu jahat gak, tu atas diri sendiri hokey). Kalau betul kita didik dia, dia akan jadi baik, sebagai ibu bapa, kita kena sentiasa doakan anak, bukan marah anak guna kata-kata kesat, dalam setiap doa, perlu kita doakan untuk anak-anak. Kalau kita marah anak-anak pastu setiap kesalahan anak kita ungkit, kemudian kita pergi citer kat saudara mara, sampai anak malu, anak-anak akan berdendam dengan kita. Kita ni yang jadi pendorong anak-anak jadi degil dan nakal sampai dewasa". Ha, hambek kau, panjang lebar ayah aku cakap. Ayah aku bukan marah mak aku or tujukan kata-kata tu kat mak aku, dia nasihat in general, sudahnya mak aku x marah-marah aku, pastu aku ngan sendirinya jadi manusia yang dengar kata. Even skang pown kalau aku tengah makan sedap-sedap, aku cepat-cepat sms ayah aku camni "Pa, makan ape tadi? sihat ke? ayah aku jawap camni "dah, makan roti je tadi, sihat je pa ni, cuma letih sikit".
Korang nampak tak, ayat ayah aku tu cam biasa je, tapi aku nyer air mata, terjun laju-laju sehhh sebab apa, sebab aku sentiasa ingat kat ayah aku, sebab doa dia lekat kat hati aku. Tu guna doa dari ibu bapa. Kalau guna air yassin bergelen, tak ada doa n kesedaran tak guna.
erhhh out of topik plak...hahahahaha

Kalau macam tu hebatlah holy water tu, dah lama dah aku ni terjebak. Sebab apa? sebab masa kat UTM dulu, dorm aku sebelah jer ngan dorm budak kristian khatolik, dah sah-sah kalau dia nak wat dajal dia akan letak la holy water tu dalam cerek ke, dalam air aku ke, tul x? sebab cerek memang letak kat luar dorm, memang kena share cerek kat situ. setiap block ada 2 cerek. Next Door Mate aku nih, memang tiap-tiap hari sabtu akan gi church kat jalan pudu tu, tak pernah miss, lelaki pown yang semayang jumaat seminggu sekali tu pown ada yang miss..hahahaha. Seriyus dia memang penganut khatolik yang warak lah pada aku, semua lagu dia hafal, pastu sebilik ngan dia plak, anak orang asli mix china, tapi jenis freethinker. Hahaha, tapi habis je grade, minah orang asli tu, x ada plak peluk kristian ke apa? camtu gak dia...maksud aku, kalau semudah tu holy water tu, dah lama dah budak yang sebilik ngan dia tu masuk kristian...hahahaha tapi yang aku tahu, aku antara yang ambek kesempatan suh budak orang asli tu pakai tudung n ikut kitorang gi ceramah kat dewan, sebab nak nampak ramailah.. pastu kalau perhimpunan agama laen, dia pown pegi gak...huhuhu.

Masa kat UTM dulu, memang la ada kekecohan pasal holy water ni, ada kes budak terminum holy water, muka jadi hitam, pastu lepas je minum tu, dia x pandai mengucap...phewwwww tapi sumpah, aku x pernah tahu sape minah tu, penat aku risik kabar, tapi x ada pown...

Sebenarnya holy water tu air biasa je, cuma ianya dicapurngan minyak zaitun dan di bacakan dengan doa oleh paderi (doa ape aku x tahulah kan).
Air nih diorang letakkan kat luar gereja, sebagai bahan wudhuk. Once bila diorang whuduk guna holywater ni, semua setan gondol akan duduk kat luar gereja je, x leh ikut masuk. hahaha, nampak x, dalam semua agama, diorang pown x suka hantu setan ni... Cuma cara diorang berwhuduk tu berbeza, diorang akan mulakan ngan dahi pastu wat lambang salib sambil sebut perkataan 'In the name of father, son and the holy spirit' (korang jangan pepandai plak nak buwat camtu, kita orang islam, ambek wuduk macam biasa).

Untuk bacaan lebih jelas, boleh click kat link bawah ni:-

http://firstdayever.blogspot.com/2011/04/holy-water-sumber-bekas-paderi-besar.html

Wednesday, January 9, 2013

Peranan Isteri Dalam Rumahtangga

Assalamualaikum.
Sebenarnya lately ni saya agak risau melihat masyarakat kita sekarang ni. Bila baca di dada-dada akhbar, banyak sangat kes-kes penceraian yang berlaku. Pernah suatu ketika dahulu saya melihat pasangan artist yang saya kira loving couple. Bila nyanyi sama-sama, siap berpeluk n berpegang tangan bagai atas pentas, lentuk-lentuk kepala, memang time tu saya lak yang rasa happy lebih-lebih bila tengom diorang tu bahagia semacam. Tapi, x beberapa lama, keluar gosip diorang bercerai...huhuhu serius memang terkejut...

Yelah, kita manusia, mampu merancang, tapi yang menentukan Allah S.W.T. Kerdil sangat-sangat kita ni rasanya. Dalam rumahtangga ni, banyak cabarannya, tak macam bercinta. Honest, bercintalah 8 tahun sekali pown, bila dah kahwin barulah kita tahu perangai terpendam pasangan kita...hehehehe...sama lah macam perempuan, mula-mula bercinta sampai 8 tahun sanggup x makan budu, cencalok time lunch ngan boypren...tapi bila dah kawen, segala belacan, budu, tempoyak, cincalok, petai, kerdas, jering semuanya ada time makan kat rumah...hahahahaha baru pecah tembelang. Lelaki pown sama, time belum kawen, nak kentut siap leh masuk toilet or gi tempat tersembunyi nak melepaskan bom motarnya...tapi bila dah kawen, silap-silap depan muka kita dia leh kentut...hampeh sungguh!

Saya ni perempuan, so rasanya lagi best bagi tip peranan isteri dalam rumah tangga. Yelah, sebagai isteri ni kena la jaga makan minum laki, pakai n segala benda lagi...kena banyak sabar, and jangan bebel banyak-banyak...hahahaha...lelaki ni kadang-kadang suka tanya soklan yang kadang-kadang boleh wat kita geram...contoh cam hal-hal kat bawah ni


Suami : Yang, baju abang mana?
Isteri : Tu atas katil tu.
Suami : Seluar abang plak kat mana?
Isteri : Kan ada, sekali dengan baju tu.
Suami : Spendar abang mana? nak pakai spendar yang mana ni?
Isteri : Spendar abang habis, abang pakailah spendar saya!!!!
Hohohohohohooooooooo

Ha, ni lah contoh2 benda yang kita kena sabar ngan suami. Kadang-kadang tu, benda tu memang rutin harian, tapi di akibatkan dah kawen and duduk serumah, kenalah tanya benda-benda kecik camtu, tul x? Takkan nak tanya nama sape, umur berapa, tinggal kat mana plak, sebab soklan tu dah habis tanya masa time bercinta dulu...muahahahahaha so, time kawen memang soklan bodoh-bodoh je yang kita kena layan...so kena sabar...diorang ni bukan ape, saja nak dengar suara kita kaum hawa yang seksi meksi nih..erkkk perasan la pulokkss

Pastu ada husband yang suka wat ayat sampai kita kena fikir 4-5 kali nak tolak ajakan dia..

Suami : Yang, jom makan sama
Isteri : Abang makanlah dulu.
Suami : Ala, jom lah, x best makan sorang-sorang.
Isteri : Makanlah dulu, saya nak mandikan anak ni, nak basuh baju lagi
Suami :  Takpelah kalau x nak teman, abang ajak perempuan lainlah temankan abang makan lainkali
hohohoooooooooooooooooo dengan sepantas kilatnya kita akan duduk sebelah suami kita dan makan nasik dengan dia....hiiiiiihuuuuuuuuuuuu


Suami : Sayang, teman abang pergi bengkel kereta jap
Isteri : X naklah, panas. Kalau gi shopping nak lah
Suami : Kejap je, lepas tu kita pergilah shopping
Isteri : X nak, abang pergilah bengkel, bila dah sudah abang ambik lah saya untuk gi shopping
Suami : Xpelah kalau camtu, abang pergi sorangla
Isteri : Abang gi sorang? Nak ambek saya pergi shopping x lepastu???
Suami : Tak kot, abang nak ajak ex-girlpren abang temankan gi bengkel, lepastu terus gi shopping...
Isteri : Nak ikotttttttttttttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Hohohohooooooooooooooooooooooooooooo

So banyak benda harian kita yang kita tengok macam remeh temeh, tapi kalau kita x buat, akan menimbulkan bara-bara masalah yang akan memudaratkan.

Kat bawah ni antara benda-benda yang kita rasa remeh, tapi wajib kita ambil berat!!!

1) Sentiasa teman suami makan
2) Sentiasa layan suami kalau dia ajak bersembang
3) Kalau suami ajak pergi sesuatu tempat, silalah berbesar hati mengikutnya
4) Jangan selalu sangat menolak ajakan suami (faham-faham jelah yerk)
5) Jangan selalu sangat pakai bedak sejuk time tido
6) Balik kampung sama-sama ngan suami, jangan balik asing-asing nanti x pasal-pasal rumah asing-asing lepas tu
7) Sentiasa minta izin suami, walaupun nak keluar lunch ngan kawan-kawan kat KLCC...hihihihi
8) Sentiasa menjawap panggilan suami walaupun kita tengah marah or penat
9) Sentiasa senyum bila berdepan ngan suami
10) Sesekali tanyalah suami, apa yang dia teringin nak makan, kemudian masak bukan beli kat kedai mamak..kecuali kalau mee goreng mamak...hihuuuuuuuuu
11) Ni paling penting, jemaah ngan suami...jangan time suami ajak solat asyik cakap bendera merah, tapi time malam ok lah pulak...hihuuuuuuuu

Ha, banyak x perkara yang kita tengok cam kecik-kecik je, tapi kena ambik berat...
Pernah x korang tengok kat kampung-kampung or jiran2 korang yang bini dia mulut nauzubillah, sana sini mengumpat, buruk-burukkan orang, kira mulut memang mulut puaka lah, lepas tu gaduh sana-sini. Jadi radio buruk bergerak, pantang ada gossip terkini, dialah yang akan sebarkan cerita tu...

Cuma yang peliknya, dia dapat suami yang baik dan suami dia plak boleh tahan ngan perangai dia sampai 30 tahun lamanya...

Apa resepi dia???? hahahaha senangje, memanglah mak cik tu mulut dia celupar, suka gossip, pastu radio buruk, tapi kalau dia dengan suami n anak-anak kat rumah, segala sifat buruk tu, dia akan letakkan luar pintu rumah...hehehe. Kiranya mengumpat, gossip2 tu outdoor xtvt...hik hik...indoor xtvt dia lain macam. Masakkan untuk suami, layan suami makan, sembang, tengok tv, solat berjemaah, sentiasa senyum...yang paling best mak cik tu sediakan makan minum sekeluarga lagi perfect dari kita-kita nih!!!!
Pendek kata, dia memang x bwak langsung perangai outdoor dia tu time ngan suami...

Bayangkan kalau kita salu je ngelak kalau suami ajak teman makan, kononnya nak diet...opkos diorang bosan, pastu time makan sure diorang berangan bukan-bukan...yelah, ada isteri tapi makan sorang-sorang..soooooooooooooooooooo ape lagi...mulalah langkah mereka panjang.....

Hahaha, so korang fikirlah yerk...tapi x dinafikan ada je lelaki yang kita dah layan sebaik mungkin, tapi still gak wat perangai...tu mungkin kena tengok sejarah perkahwinan korang camaner...mungkin sebab terpaksa, terdesak atau sekadar nak kawen sebab umur dah nak jejak 40...

Kalau sejarah perkahwinan korang ok, x ada masalah, dapat restu keluarga...muhasabah diri, then minta pertolongan Allah yerk...:)

Selamat beramal..renung-renungkan...



Isu Kalimah Allah

Assalamualaikum.
Wah sangat hebat tajuk atas tu...Jangan salah faham yerk korang. Saya ni bukan penyokong kepada sesiapa pown. Saya sendiri pon x tahu siapa dan dari mana asalnya isu ini timbul. Walaupun berita-berita kat TV mengatakan pembangkang yang memulakan isu ini, tapi saya x nak jump to the conclusion. Fakta ni, selalu diputar belit, sampai kita pun x tahu mana satu yang betul. Maka, saya mengambil langkah untuk tidak menyentuh siapa yang membangkitkan isu ini. Saya pon manusia, risau bila tersalah cakap, mendatangkan fitnah, nanti kat akhirat kena dakwa, sapo nak jawap kan????

Cuma kat sini, saya nak ulas tentang isu Kalimah Allah ni. Sememangnya tak patut jika digunakan oleh orang yang bukan beragama Islam. Sedangkan dalam syahadah kita berbunyi begini "Aku bersaksi, tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah". Dah terbukti, Allah tu untuk orang islam. Tak salah mereka diluar nak gunakan Kalimah Allah, tapi peluk Islam dan lafaz syahadah.

Jika mereka menggunakan Allah sebagai tuhan mereka, maksudnya mereka harus percaya Allah itu wujud, bukannya menyembah salib yang tergantung patung jesus dan mariam.

Islam itu suci, Allah itu pencipta kita, jika mereka menyamakan Tuhan mereka itu seperti Allah, lain pula ceritanya. Perkara ni boleh serongkan akidah kita sendiri nanti, sebab akan ramai yang keliru jika Allah tu boleh diguna pakai oleh orang bukan Islam.

Tak kisah siapa yang bangkitkan isu ini, saya x bersetuju kalimah Allah diguna pakai oleh golongan bukan Islam.


Saturday, November 10, 2012

Carta Panduan Bersalam Untuk Lelaki dan Wanita

Assalamualaikum semua.

Kali ni, saya nak tulis sikit panduan tentang bersalaman antara lelaki dan perempuan serta aurat sesama kita.
Lepas ni kalau time raya, tak perlu nak bersalaman dengan orang yang bukan muhrim kita. Walaupun orang itu lebih tua dari kita, cukup sekadar hormat, tak perlu nak bersalaman.Untuk suami pula, janganlah terlalu dayus membiarkan lelaki yang bukan muhrim menyentuh isteri anda, memang la ada di kalangan mereka tu berpangkat datuk atau nenek, tapi hukum islam itu perlu diambil kira. Kita lagi takut orang tua berkecil hati,tapi kita tak takut langsung dengan hukum Allah.

Meh baca carta kat bawah ni...kalau nak lagi details, sila pergi ke web kat bawah ni
khttp://sya-nor.blogspot.com/2012/06/dengan-siapa-saya-haram-bersalam.html



Thursday, October 18, 2012

Pakaian Menutup Aurat

Salam Semua.

Saya bukanlah insan yang selayaknya untuk bercerita tentang aurat. Saya sendiri masih dalam fasa membaiki diri.

Cuma apa yang saya nak kongsikan ini, adalah hasil dari ilmu yang saya pelajari sepanjang fasa membaiki diri. Ramai orang keliru tentang pakaian yang menutup our aurat. Maaf ya, baru-baru ni saya ada terbaca tulisan yang mengatakan pakaian yang cover aurat itu x adakalnya tidak mengikut syariat. Saya x setuju dengan tulisan beliau. Apa maksud pakaian yang menutup aurat tapi tidak ikut syariat? walaupun pakaian itu labuh, longgar tetapi jarang, ia masih tidak bersifat menutup aurat. Aurat ini tidak boleh di lihat walaupun bayang-bayang. Begitu juga dengan jubah yang labuh, tetapi ketat, ia tidak tergolong dalam ketegori menutup aurat, kerana masih menampak susuk tubuh, terbonjol sana-sini. Itu pakaian yang bungkus tubuh badan tapi masih menampakkan bentuk dan lekuk aurat kita.

Sebagai contoh, telekung. Kita ada sehelai telekung yang labuh, cantik tetapi jarang. Apabila di pakai, akan nampak bayang-bayang tengkuk, dan kaki. Adakah ia ketegori pakaian yang menutup aurat? masih lagi tidak, kerana ianya jarang. . .


My dearest dear, pakaian yang menutup aurat ini, sememangnya mengikut syariat. Kenapa saya katakan begitu? kerana, pakaian yang dalam erti kata sebenar menutup aurat kita mestilah tebal, longgar, labuh tidak menampakkan bentuk tubuh badan kita. Itulah maksud sebenar-benar pakaian yang menutup aurat...Bukan pakaian yang nampak macam tutup semua aurat, tapi sebenarnya masih lagi jarang atau ketat. Tolonglah fahami istilah ni, bercakap tentang aurat, jangan sebarangan, jika tidak pasti bertanyalah kepada yang lebih arif.

Gambar kat atas tu, antara baju yang tidak dalam ketegori menutup aurat. Dan lagi satu adalah pakaian yang menutup aurat. Bacalah elok-elok dan fahamkan yerk.
Maaf kalau saya ada menyakiti hati sesiapa..

Wednesday, September 12, 2012

Suasana Menggerunkan Pada Hari Berbangkit Kelak

Salam.
Bila baca balik email dr member ni, rasa cam sediy n sayu sangat.
Rasa amal ibadat tu still x cukup lagi. Kadang-kadang bila tengok ada orang sekeliling or sedara-mara yang susah, tiba-tiba terfikir, sampai ke tidak potongan zakat yang kita beri tu pada orang yang memerlukan, sampai ada lagi orang yang hidup diorang merempat..hurmmm terfikir lagi, bersih ke harta yang kita ada ni? betul ke potongan zakat tu berpatutan ngan ape yang kita ada?

Pastu terfikir lagi, banyak nye salah yang kita dah buat, ada lagi ke hutang yang kita x lunaskan lagi, sape lagi yang perlu kita mintak maaf sebab sakitkan hati diorang..:(

Hurm, korang bacala kiriman email yang disebarkan oleh officemate saya ni key.

"Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra. bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur.. mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: "Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul." Ibnu Abbas ra berkata: "Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian pakaian syurga." Jibril as akan menyeru: "Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?" Bumi akan berkata: "Sesungguhnya Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran.. tanda dan gunung ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW." Rasulullah SAW bersabda: "Lalu diangkatkan tiang tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka empat malaikat berada di atas kubur." Israfil bersuara: "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!" Maka kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula.. kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga. ketika Rasulullah SAW berdiri.. baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati.. tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi. Jibril as berkata kepadanya: "Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas." Baginda SAW bertanya "Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?" Jibril as menjawab: "Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala." Baginda SAW bersabda: "Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!" Jibril as berkata: "Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?" Baginda SAW bersabda: "Bukan seperti itu pertanyaanku." Jibril as berkata: "Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?" Baginda SAW bersabda: "Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?" Jibril as berkata: "Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia sebelummu?" Baginda SAW bersabda: "Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku." Jibril as berkata kepada baginda SAW: "Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!" Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta ronta. Jibril as berkata kepadanya: "Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?" Buraq berkata: "Aku tahu semua itu. Akan tetapi.. aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini." Baginda SAW bersabda kepada Buraq: "Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku nescaya aku memberi syafaat kepadamu." Setelah berpuas hati.. Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih.. malaikat Israfil as menyeru: "Wahai tubuh tubuh yang telah hancur.. tulang tulang yang telah reput.. rambut rambut yang bertaburan dan urat urat yang terputus putus! Bangkitlah kamu dari perut burung.. dari perut binatang buas.. dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa. Roh roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya terbinalah tulang tulang. Urat urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh. Allah Taala berfirman: "Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita." Malaikat Israfil as menjerit: "Wahai roh roh yang telah hancur. Kembalilah kamu kepada tubuh tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam." Allah Taala berfirman: "Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh tubuhnya!" Apabila roh roh mendengar sumpah Allah Taala.. roh roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad jasad mereka. Apabila semuanya sedia.. masing masing melihat. Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis.. melihat makhluk makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan. Jibril as menyeru: "Wahai sekalian makhluk.. datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala." Umat umat datang di dalam keadaan satu satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat.. baginda SAW akan bertanya: "Di mana umatku?" Jibril as berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir." Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!" Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis. Nabi Muhammad SAW berkata: "Mengapa kamu berdua menangis." Jibril as berkata: "Bagaimana keadaan umatmu.. Muhammad?" Nabi Muhammad bertanya: "Di mana umatku?" Jibril as berkata: "Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan." Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: "Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?" Jibril as berkata: "Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!" Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka.. mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: "Wahai Muhammad!." Air mata mereka mengalir di pipi. Orang orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai umatku." Mereka berkumpul di sisinya. Umat umatnya menangis. Ketika mereka di dalam keadaan demikian.. terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: "Di mana Jibril?" Jibril as berkata: "Jibril di hadapan Allah.. Tuhan semesta alam." Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: "Di mana umat Muhammad SAW?" Jibril as berkata: "Mereka adalah sebaik umat." Allah Taala berfirman: "Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu." Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala." Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: "Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala." Orang orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: "Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik baik kepadaKu tuduhan apa apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!" Hamba hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: "Hari ini.. Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini.. Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan.. Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik.. penjaga neraka! Katakanlah kepadanya.. bawakan Jahanam!" Jibril pergi berjumpa Malik.. penjaga neraka lalu berkata: "Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam." Malik bertanya: "Apakah hari ini?" Jibril menjawab: "Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan." Malik berkata: "Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?" Jibril menjawab: "Ya!" Malik bertanya: "Di mana Muhammad dan umatnya?" Jibril berkata: "Di hadapan Allah Taala!" Malik bertanya lagi: "Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?" Jibril berkata: "Aku tidak tahu!" Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang tiangnya. Neraka mempunyai tiang tiang yang keras.. kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis). Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak kanak mula beruban rambut. Ibu ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk. Subhanallah….."

Sunday, August 26, 2012

Ibadah Korban di Negara Luar or Tempat Sendiri, Mana Satu Lagi Utama - Komen Saya?

Salam.

Lama tak update sebab sibuk berhari raya. Seawal hari Khamis saya pulang ke kampung halaman untuk sambut lebaran. Tahun beraya bagai nak rak..kuih raya 2 kotak saya bawak balik kampung. Saje order lebih untuk makan-makan sambil tengok cerita tamil time raya..haha manyak syiok cerita tamil.

Tapi bukan nak cerita movie tamil, saya nak bercerita tentang ibadah korban yang akan berlangsung sempena hari raya haji akan datang ni.

Masa dalam perjalanan pulang ke Terengganu, sempatla dengar radio, n tiba-tiba terselit iklan tentang ibadah korban kat kemboja, Laos, Bangladesh, Sri Lanka, Acheh. Promosi ni kepada sesapa yang nak korban kat sana.

Time tu, rasa hati, jantung, paru-paru n semua pancaindera yang ada rasa nak mengamuk jerk...hehe.

Kalau kita fikirkan, Ibadah korban ni memang bagus, amat di galakkan. Tapi kita sedar ke, yang dekat dalam malaysia ni ramai lagi insan yang susah, yang memerlukan pertolongan dari kita. Salah kalau nak buat ibadah, tapi tengok orang sekeliling kita dulu sebelum kita tengok orang kat luar sana. Berapa ramai mualaf kat malaysia ni yang terpinggir, yang duduk merempat kat bawah jambatan, kat rumah dah hampir roboh? yang x cukup makan pakai? Dah jadi macam "kera di hutan disusukan, Anak di rumah mati kelaparan".

Saya x cakap x boleh, tapi lepaskan dulu orang-orang yang ada kat malaysia ni. Pernah saya lihat ada satu hamba Allah ni tiap tahun buat ibadah korban kat kemboja, bila saya ajukan soalan adakah dia dah mejalankan ibadah korban kat malaysia? jawapan dia simple je..."Alah, ramai je lagi orang yang buat ibadah korban kat malaysia, so aku ambek alternatif korban kat luar". Memang kejam statementu. Kalau buat kat malaysia dulu then nak buat kat tempat laen, takpe gak. Ni suka hati assume camtu. Honest saya cakap, kalau kat kampung saya, time dulu, boleh jejak dekat 10 ekor lembu orang korbankan tiap tahun, tapi zaman skang, nak jejak 2 ekor pown susah!

Tapi bila nak korban kat negara luar, ramai plak. Orang kat negara sendiri sape yang nak tolong?

Seharusnya macam ni, yang dalam negara ni kita raikan, dan yang susah di luar negara pon kita patut raikan juga. Diorang ni susah, nak makan sedap setahun sekali pon susah. Tapi mcm saya cakap tadi, x salah nak korbang kat mana-mana pon, sebab itu ibadah, tapi perlu di utamakan orang sekeliling yang susah. Orang kita pon ramai yang susah, kalau jumpa tulang pun sampai berminggu-minggu diorang rebus.

Kalau nak bekorban, utamakan tempat sendiri dahulu, kemudian barulah di tempat orang laen. Bukan saya kata x boleh, tapi raikan orang di sekeliling kita dahulu, kemudian baru sahabat sesama Islam di negara-negara luar.

Dahulu, saya pon rajin derma baju n barang-barang untuk misi kemanusian yang di anjurkan oleh kelab-kelab NGO, tapi bila ada satu kejadian yang menyentuh hati saya, bermula dari situ, saya akan utamakan orang sekeliling dahulu kemudian baru yang lain-lain.

Kalau x silap saya dalam 2 tahun lepas, saya dah kumpulkan baju-baju yang masih elok lagi, dan collect duit sorang sikit, dapatla dalam 15 ribu ringgit. Duit ni untuk bantu saudara sesama Islam kat luar sana.

Dalam perjalanan balik tu, saya terus buat keputusan nak balik ke kampung. So, saya sempatlah bersantaian kat jalan raya sebab kereta x banyak. Tiba-tiba mata saya terlekat kat satu pondok kecil kat tepi sungai yang rupa dia x ubah mcm reban ayam. Saya perlahankan kereta, nampak ada kanak-kanak tengah main-main kat luar pondok tu, terus je saya berhentikan kereta kat situ. Walaupun x pasti penghuni dia Islam atau tidak, saya tetap beri salam sebagai tanda hormat. Owh orang islam kita rupanya.

Melihat keadaan rumah dia, rasa mcm duduk di kem pelarian plak. Saya pon sempat bersembang dengan penghuni tu. banyak gak soalan yang saya tanyakan.

Tetiba rasa sebak sebab duit zakat x pernah sampai kat tangan dia, daging korban pown jauh sekali sebab masyarakat setempat anggap mereka ini merempat.

Baju yang diorang pakai, bukan setakat berlobang, tapi dah bertukar warna. Selipar pown di anyam dri daun mengkuang and lalang. Korang boleh bayangkan betapa susah diorang tu. Saya tanya diorang makan ape hari-hari? diorang cakap makan ubi, cicah garam. Nasi plak kadang-kadang ada, tapi x pernah dapat makan ayam or daging, kecuali ada orang datang sedekah.

Memang nampak macam tipu kan? x kan lah zaman moden skang ada orang camni, betul x? Tapi kalau korang tengok or alami sendiri, korang sendiri akan menitik air mata tengok mereka ni. Bila kita bagi biskut, diorang berebut-rebut, sampai ada anak kecil dia, korek lubang, nak tanam biskut tu supaya boleh berbuah...huhuhuhu ...sediy sangat-sangat...time tu air mata bergelen-gelen keluar. ..punyalah x pernah makan biskut tiger n chipsmore.

So, kalau korang nak tolong saudara Islam yang laen, korang tolonglah saudara islam kita dulu, ramai lagi yang hidup dalam kemiskinan, serba kekurangan sampai x kenal makanan yang sedap-sedap.

Maaf kalau saya ada menyentuh hati sesiapa, tapi ini adalah pandangan peribadi saya.

Tuesday, August 7, 2012

Merawat Penyakit Dengan Ayat Quran

Salam.

Kita selalu ambil remeh tentang penyakit-penyakit yang ada. Kadang-kadang kita lebih percayakan BOMOH dari doktor.

Selain dari berjumpa doktor, kita still ada alternatif laen untuk merawat penyakit...Al-Quran kan boleh dijadikan penawar...

CONTOH SURAH DAN AYAT PENAWAR

Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawarnya di dalam Al-Quran. Sebagai contohnya.

Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)

Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kecil.

Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.

Ayat-ayat dalam surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections". Ayat ayat dari surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotik.

Surah An-Nahli ayat 35 hingga 47, ayat 66 hingga 74 dan ayat 81 hingga 89 untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang) dan juga untuk peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.

Ayat-ayat dari surah Al-Anbiyaa', surah Al-Qasas, surah Huud dan surah Kahfi khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.

Ayat-ayat dari surah Yusuf dan surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki.

Ayat-ayat dalam surah Maryam, Anbiyaa' dan Imran untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan.

Ayat-ayat dari surah Mukminun, Yunus, Hud, Anbiyaa, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-Qasas dan lain-lain surah untuk pelbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit.

Ayat-ayat dari surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual illness".

Silalah beramal dengan surah-surah dalam Al-Quran yerk...:)

Thursday, August 2, 2012

10 Malam Terakhir Ramadhan



Salam.



10 Ramadhan terakhir tu, merupakan malam buruan semua umat islam, tapi jangan terkejut, ada antara rakan-rakan saya yang bukan beragama islam turut memperakui kelebihan bulan ramadhan.



Teringat masa zaman belajar dulu, sahabat saya ni, berbangsa baba dan nyonya. Tapi selalu ikut saya puasa sebab waktu ramdhan, dia x ada member nak makan..hehe, so secara x langsung dia pown terjebakla puasa.



Nak di jadikan cerita, 10 malam terakhir tu, dia selalu terbangun bila saya solat n baca yassin. Yang bestnya, bila saya berdoa, saya nampak dia pown sama tadah tangan juga. Lepastu saya tanya dia, apa yang dia doakan masa saya berdoa tu?


Dia cakap, kalau boleh dia nak sambung belajar kat new zealand, sebab tu cita-cita dia, mintak tuhan lorongkan rezeki dia..



Waktu 10 malam terakhir ni, kita sama-sama lipat gandakan amalan kita.


Kat sini saya nak kongsikan doa untuk semua pembaca yang selalu baca blog saya ni. Doa ni ialah untuk kepada wanita dan lelaki yang masih belum berkahwin.

Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah :

Menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah.

Digalakkan juga supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.

Ibu bapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena.

Bagi suami isteri pula 10 malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.

Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: “Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”.

Dengan demikian, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, dan mempertingkatkan amal ibadah mudah-mudahan kita dipermudahkan oleh Allah SWT untuk melakukan amalan-amalan khususnya 10 malam terakhir ramadhan ini agar kita menjadi hamba Allah SWT yang bertuah di dunia dan di akhirat.

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan, Masa Untuk Anda Lipat Gandakan Amal n Usaha.

Time bulan puasa ni, memang waktu untuk kita lipat gandakan amal ibadat, sebab banyak masa terluang.
Tapi jangan lupa, kita pun boleh berusaha untuk dapatkan sesuatu time bulan puasa ni, mcm nak kahwen ke, nak hamil ke...n mcm2 lg.
Waktu ni, kita boleh fokus pada ibadah, so time ni, kita boleh selitkan doa untuk perkara yang kita nak tu.


kalau cerita tentang doa ni, ramai perempuan yang nak doa supaya cepat kahwin. tapi xramai yang sedar, memang kita doa nak kahwen, time doa tu kita salu je rendah diri, cakap kat Allah boleh je terima sape2 je janji baek n beriman. tp bila Allah dah lorongkan, then jumpa plak ngan lelaki yang x berapa nk kcak, mulalah kita rasa mamat tu perasan n x cermin diri sebelum ngurat kita. uikkk cantek sangat ke kita?? selambe nk kutuk orang. perempuan ni pun satu, walaupun dah memang x cantek, tp salu je rasa diri tu cantik, pastu demand, nk yag putih, hensem mcm remy ishak, bront palare, tp diri sendirik pun x seberapa...jangan la mcm tu, rupa tu bukan segalanya, cukupla sedap mata memandang n tinggi iman dia. kahwen bukan untuk sehari dua, to ke akhir hayat...

yang lelaki pun sama, kalau perempuan tu memang bukan di takdirkan untuk awak, x perlu bermati-matian untuk mengurat, terima Qada dan Qadar. Berusaha tu boleh, tp tengokla feedback dia, kalau dah memang suam-suam kuku, angkat kaki cari laen...semoga berusaha yek...

Thursday, March 22, 2012

Lelaki Dayus - Dari Laman Ustaz Azhar Idrus

Suka dengar Ustaz Idrus punya cerita...banyak nasihat dan pengajaran yang saya dapati. Kali ni saya postkan isu tentang lelaki dayus...

Silalah Baca ye


Bukan mudah menjadi suami kerana tanggungjawab yang digalas oleh suami adalah sangat besar terutama dalam bab tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka. Bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada isu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w tidak akan masuk syurga.

Nabi s.a.w bersabda:

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya: Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat: Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus. (H.R. Ahmad dan An-Nasaie; Albani mengesahkannya Sahih : Ghayatul Maram, no. 278)

Dalam sebuah hadith lain pula:



ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ – تَبَارَكَ وَتَعَالَى – عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya: Tiga yang telah Allah haramkan baginya syurga: Orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan si dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya. (H.R. Ahmad)

Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?

Erti Dayus

Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu:

1. Sabda Nabi s.a.w:

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya: Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak. Lalu sahabat berkata: Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus? Bersabda Nabi s.a.w: Iaitu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya). (H.R. At-Thabrani; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki dayus adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

2. Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-

قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya: Apakah dayus itu wahai Rasulullah? Jawab Nabi: Iaitu seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, buka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya)

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus

Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah dayus, ia adalah seperti berikut:

هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya: Seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)

Imam Al-‘Aini pula berkata: Cemburu lawannya dayus. (Umdatul Qari, 18/228)

Berkata pula An-Nuhas:

قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم

Ertinya: Cemburu (iaitu lawan kepada dayus) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram. (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir:

فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره

Ertinya: Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya. (Faidhul Qadir, 3/327)

Imam Az-Zahabi pula berkata:

فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

Ertinya: Dayus adalah sesiapa yang menyangka (atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji (seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana cintanya kepada isterinya, maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan (yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya. (Al-Kabair, 1/62)

Imam Ibn Qayyim pula berkata:

قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة

Ertinya: Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan (terhadap ahli keluarga), dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota (terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.

Dayus Adalah Dosa Besar

Ulama’ Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar:

لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)

Ertinya: Allah telah melaknat lelaki dayus (laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320)

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini. Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :

والقواد عند العامة السمسار في الزنى

Ertinya: Al-Qawwad (salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina. (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186)

Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya:

الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة

Ertinya: Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu (atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat. (Al-kabair, 1/45)

Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah

Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan’ kepada isteri.

Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.

Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Nabi s.a.w bersabda:

من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة

Ertinya: Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah (isteri dan anak). (H.R. Ahmad, no. 1445, 1/168)

Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda menyebut tentang keterlanjuran mereka secara ‘ringan’ dan ‘berat’, mereka ingin mengetahui cara bertaubat.

‘Ringan-ringan’ Sebelum Kahwin

Jika seorang bapa mengetahui ‘ringan-ringan’ anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin ditegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah ‘ringan-ringan’ atau ‘terlanjur’ sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa taubat yang sangat serius, rumahtangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumahtangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan ‘ringan-ringan’ dengan orang lain pula.

Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumahtangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih ‘ringan-ringan’ dan ‘terlanjur’ ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda. Suami juga patut sekali sekala menyemak handphone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua.

Pasti akan ada wanita yang kata, “Habis, kami ini tak payah check suami kami ke ustaz?” Jawabnya, perlu juga, cuma topic sekarang ni sedang menceritakan tanggungjawab suami. Maka perlulah fokus kepada tugas suami dulu.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi:

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya: Berkata Ubadah bin Somit r.a: Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu Nabi s.a.w bersabda : Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad? Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

Bila Lelaki menjadi Dayus?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila:

1. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4. Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘sporting’ yang memahami.

6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7. Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan? Tidak sama sekali.

9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14. Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati: “Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku.”

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi. Awas wahai lelaki beriman, jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini. Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori dayus yang tiada ruang untuk ke syurga Allah s.w.t. Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi s.a.w bersabda:

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya: Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid. (H.R. Ahmad; sahih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Tuesday, March 13, 2012

Sudah Cukup Baikkah Kita?

Salam dear..
Read the story below...ni i cut from harian metro..i love the ingredient of the story...
I have to explain this, because i have bad experience in sharing info. Last time i post my friend QUOTE and Sajak, tiba-tiba saya telah diserang dengan hebat oleh orang yang tiba-tiba terasa dengan tulisan saya. Takpela, no worries mungkin orang tu tak faham corak penulisan saya lagi kot...hehe kesian dia kan....:)


----------------------------------------------------------------------------------
Novel Bersiri - Istikharah Sang Perindu (Siri 31): Sudah Cukup Baikkah Kita?
Oleh Aminah Mokhtar

UNTUK mengekalkan kesabaran dalam hati agar utuh dan tidak bergoyang aku pegang pesan Ustaz Naufal, sudah cukup baikkah kita untuk memberi yang terbaik agar mendapat semua yang baik-baik dan sentiasa berada dalam kebaikan?

Aku tanyakan diri, kata hatiku; kadang-kadang sahaja. Sebabnya aku ini bukanlah baik sangat; hanya sedang-sedang sahaja. Dan bukanlah pula jahat sangat; hanya berangin sahaja.
Kak Ika bawa aku berjumpa Ustaz Amin. Lapang rasa hati. Sebabnya aku rasa, dia bukan tandingan Ustaz Naufal. Ini bermakna Ustaz Naufal cuma ada satu pesaing sahaja iaitu Hendry. Alhamdulillah. Aku tidaklah rasa tertekan. Bukanlah satu cabaran yang besar untuk aku pujuk Kak Ika terima Ustaz Naufal. Hal Hendry, nantilah aku cari jalan untuk selesaikan.

Pertama, aku mesti dapatkan maklumat lebih banyak, di mana Kak Ika letakkan lelaki bukan Melayu itu di dalam hati�nya. Aku berdoa siang malam, agar anak Eropah yang nampak tinggi budi pekertinya itu hanya melintas dalam fikiran Kak Ika sahaja. Iya, harap-harap hanya lintasan. Harap-harap, kedudukan Ustaz Naufal masih kukuh dan tidak tergugat.


Hari ketiga, pisahkan diri dari kandang lembu dan kambing dan pisahkan diri dari Pak Long, rindu pada ibu sudah mulai datang, pada nenek juga. Aku sibukkan diri berganda-ganda dari semalam, agar hati tidak terusik untuk mahu pulang ke kampung. Mujurlah di asrama di pinggiran kota raya ini jauh dari sungai. Kalau tidak, tentu rinduku pada ibu dan nenek tidak dapat kutahan-tahan.


Sungai, laut dan kolam tasik, menggamit nostalgia yang luar biasa getarannya. Barangkali aku dibesarkan dengan bunyi desiran air. Kolam belakang rumah dan sungai tepi rumah. Kata Ustaz Naufal, sehebat manapun air kolam, air sungai dan air laut mampu berikan kita ketenangan, hanya dua air sahaja yang sangat disukai Allah.

Pertama, air mata yang me�ngalir kerana minta ampunan Allah dan menangis kerana takutkan azab Allah. Kedua, peluh yang mengalir kerana mengimfakkan kudrat ke jalan Allah. Usah pergi jauh-jauh mencari sungai, mencari laut hingga ke hujung dunia, kata Ustaz Naufal lagi, kolam yang paling dekat mampu berikan kita ketenangan yang hakiki. Lebih tenang daripada segala macam ketenangan yang ada
di dalam dunia ini, iaitu kolam mata dan kolam peluh. Kolam-kolam yang semua orang memilikinya. Sayangnya, tidak ramai yang tahu menghargainya.

Alhamdulillah, sejak Kak Ika tempatkan di asrama anak-anak yang perlukan perlindungan ini dan sangat mengharapkan cahaya untuk jadikan penyuluh jalan, air mataku selalu mengalir. Air mata seorang gadis yang kasar, ganas dan keras hati macam aku, akhirnya mengalir juga. Syukur Ya Allah.

Sekurang-kurangnya dapat juga aku lupakan seketika, ladang Fikrah Solehah di tepi sungai.

Aku terima cabaran Kak Ika. Diberinya aku assignment seorang Cahaya yang sudah kehilangan kilauan cahaya dan lari dalam gelap gulita. Berkali Kak Ika meyakinkan aku, cahaya itu sebenarnya, tidak hilang dan tidak juga padam, masih ada baranya, masih boleh dihidupkan semula.

Kak Ika meyakinkan aku lagi, Cahaya yang sudah pun lari itu tetap akan pulang, apabila ia sudah penat berlari. Kalau dia tidak punya kudrat untuk pulang sendiri, Insya-Allah akan ada kudrat orang lain untuk membawa�nya pulang. Akukah orang itu?

Aku cuba dapatkan maklumat tentang Cahaya dari hospital. Tetapi masih susah, sebab aku tidak ada hubungan keluarga dengan dia. Maklumat pesakit, rahsia.
Aku bertambah runsing. Jauh

di sudut hati rasa nak beritahu Kak Ika, tetapi aku tetap kuatkan hati, aku mahu buat semuanya sendiri. Aku mahu buktikan pada diri aku sendiri, dan juga pada Kak Ika yang aku boleh buat tanpa bantuan Kak Ika.

Tapi pada Pak Wi lain pula yang aku rasa. Apa sahaja masalah aku, ringan sahaja mulutku beritahu dia. Aku rasa selamat apabila dapat berkongsi masalah untuk mencari Cahaya. Aku rasa bersalah kalau tak beritahu dia. Kenapa ya?

Agaknya, inilah pertama kali dalam hidup aku rasakan kehadiran seorang ayah. Mak hai, sentimentallah pula!

“Kita nak buat apa ni Pak Wi? Jehan tak mahu dia mati tak sempat bertaubat. Jehan rasa bersalah sangat Pak Wi.”

“Jangan berhenti berdoa, Jehan.” Pak Wi pandang aku dan mengangguk. Dia berhenti memotong pokok bunga raya dan melor di luar pagar.

“Jangan cepat berputus asa dari rahmat Allah. Ini semua ujian untuk Jehan. Janganlah takut untuk jadi berani. Gen Y macam Jehan, takkanlah begitu mudah buang kehebatan diri.”

Pandai betul Pak Wi susun ayat. Ini yang buatkan aku lemah. Benarlah Pak Wi punya aura yang hebat menjadi ayah yang dihormati. Aku benar-benar terasa menjadi anak yang dilindungi.

Aku pungut ranting-ranting yang jatuh dan kumpulkan ke dalam beg plastik besar.

“Hari tu, dia dah sebut solat, Pak Wi. Dia dah sebut dosa, pahala. Jehan yakin, dia memang nak bertaubat. Doakan dia Pak Wi. Doakan Cahaya akan balik ke sini semula. Doakan Cahaya tak tersesat jauh.” Aku bukan main-main, kata-kata itu memang lahir dari hati sanubari aku.

Sepanjang petang aku bantu Pak Wi bersihkan rumah. Dua puluh orang ibu-ibu muda yang mengandung antara tujuh hingga sembilan bulan sedang berehat di atas katil masing-masing. Mereka anak-anak malangkah atau anak-anak yang bakal mereka lahirkan akan lebih malang dari mereka? Seram aku memikirkannya. Yang penting mereka perlu dipimpinkan tangannya untuk mencari jalan keluar.

Sehabis bersihkan laman asrama, sementara menanti panggilan dari hospital aku memerap dalam bilik bacaan yang menempatkan novel-novel dan buku motivati tulisan Cahaya Ilham. Aku pujuk hati menatap buku-buku itu, tetapi fikiran terus melayang ketika diberi kesempatan melawat Cahaya di wad sebelum bersalin. Aku nak panggil dia adik, tapi rasa kekok. Aku pun beraku - kau sahaja. Nampak lebih akrab. Dia nampak boleh terima walaupun dia nampak agresif dan marah-marah ketika aku berdiri di sebelah katilnya. Muka masam mencuka.

“Bawa aku ke hospital ni, kenapa? Aku nak balik.” Dia membentak. Dia duduk di birai katil, mukanya nampak lelah di hujung usia kandungan yang sedang menanti hari.

Aku pujuk dia. “Kau tak sihat. Demam. Tekanan darah kau, agak tinggi. Nurse yang beritahu aku, suruh kau berehat. “

Dia pandang aku rasa nak telan. Masih duduk berjuntai. Nampak sungguh tidak selesa. Berkali-kali aku suruh dia berehat dan baring, dimarahnya aku pula, kerana suruh dia buat itu ini.

“Itu aku punya pasallah. Kau susah hati apa hal? Aku tak minta tolong kau, dah cukup baik. Hei, kau jangan ambil tahu hal aku boleh?” Dia tercungap. Agaknya perutnya yang besar jadikan nafasnya tersekat-sekat.

“Tak boleh. Aku kena ambil tahu hal kau. Sebab kau tanggungjawab aku. Aku kena jaga kau dan jaga anak kau.”

Dia jadi bertambah geram dan bengang dan sakit hati. “Dia anak aku masa aku tengah mengandung sajalah. Bila dah keluar dia dah tak ada kena mengena dengan aku. Sukahati akulah nak buat apapun? Yang kau ni sibuk-sibuk apa hal? Aku bencilah. Pergi balik!” Nasib baik perutnya memboyot dan menghalang dia bertindak lebih agresif. Kalau tidak, mahu dibelasahnya aku.

Aku tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan. Cerpen Sudah Saya Seberangi Lautan Api, terngiang-ngiang ketika aku bacakan pada Kak Ika. Aku pujuk hati dan terus jadi perempuan Melayu terakhir yang lemah lembut dan sopan santun. Syukurklah, darjah kesabaran aku ini masih dalam suhu di bawah paras beku. Kalau tidak, entah siapa yang belasah siapa. Aku pujuk dia lagi.

“Cahaya, anak itu keluar dari rahim kau kan? Nak bersalin sakit kan? Semasa mengandung, kau berkongsi nyawa dengan dia. Dia anak kau. Dia darah daging kau. Mana boleh kau cakap macam tu. Kau tahu tak, dia jadi anak kau bukan setakat dalam dunia ini saja tahu, dia anak kau dunia akhirat. Di dunia boleh kau auta orang, di akhirat nanti berani kau nak berauta dengan Allah? Berani?”

“Eh kubur masing-masinglah. Aku punya pasallah nak buat apa.”

“Memanglah kubur masing-masing, tapi masalahnya, kubur kau sebelah kubur aku, bila kau kena belasah dengan malaikat nanti, bising tau, mengganggu aku. Aku nak berehat pun tak boleh. Sebab itulah aku kena jaga kau dari sekarang.”

Dia terkebil-kebil pandang aku. Baru dia tahu, ayat siapa lebih berbisa. Lebih power! “Mengandung ni, bergadai nyawa Cahaya.”

“Aku tak ada hal. Mengandung berapa kali pun, tak ada masalah. Yang kau kecoh sangat tanya aku macam-macam apa hal?”

“Sebab aku sayangkan kau. Aku nak kau selamat.” Syukurlah suaraku masih belum kasar lagi.

“Banyaklah kau punya sayang. Aku tak perlukan kau. Faham? Yang kau bawa aku ke hospital ni, apa hal? Aku belum nak beranak lagi. Kau ni kecohlah. Susahkan aku saja.”

“Aku kena tolong kau.”

Mendengarnya dia semakin geram. Dan mula marah. “Tolong apa bendanya? Kau memang penyibuk. Menyusahkan hidup aku. Eh, aku tak pernah kacau kau. Kau tak kacau aku, boleh tak?”

“Ini tanggungjawab aku, nak pastikan kau selamat. Itu saja.”

“Selamat apa bendanya? Kau punya pasal, aku dah tak selamat. Hei, aku bencilah tengok muka kau.”

Ditujalnya dahi aku. Dia termengah lagi.

“Nasib baik aku sarat me�ngandung, kalau tak, dah tentu kau dapat belasah aku. Hei, menyusahkan orang.”

Aku tarik nafas lagi. Aku pastikan panas baran masih dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku.

“Aku tak nak kau susah nanti. Sebab itulah aku merayu pada kau, tolonglah jangan beri anak kau pada orang tu.”

“Hei, kau apa hal nak halang aku? Salah aku beri anak aku pada dia? Dia nak bayar, aku ambillah duit. Bukannya payah. Beranak sajalah. Dapat duit, siapa tak mahu?” Dia masih agresif. Masih tidak rasa bersalah walau sekukupun.

“Itu anak kau. Kau tak rasa bersalah ke? Lagipun orang yang ambil anak kau tu, agamanya lain.”

“Duit. Kau tahu duit? Aku dah tiga kali beranak. Siapa nak bayar bil hospital? Siapa nak beli susu anak aku? Lagipun nak buat apa susahkan otak, tak payah keluar duit, aku dapat duit. Duit? Kau tak nak duit?”

“Kau tahu tak siapa yang ambil anak-anak kau dulu?”

“Lepas beranak, aku dah tak ada hubungan dengan orang yang ambil anak aku. Dia bawa hal dia, aku bawa hal aku. Kau kecoh apa hal?”

“Hati-hatilah Cahaya. Dunia ini banyak jeratnya. Silap langkah nanti, kau tak ada peluang nak pulang. Tersadai tengah jalan.”

“Aku tahulah jaga diri. Tak payahlah nak nasihatkan aku. Aku bahagia dengan cara aku. Kau peduli apa?”

“Kalau kau tak sayangkan diri kau sendiri, kau ingat ada orang lain yang sayangkan kau?”

“Ramai orang yang sayangkan aku, kalau tak, takkan aku me�ngandung?”

“Kau masih belum faham antara sayang dengan nafsu.”

“Nak hidup, sayang ke nafsu ke, aku layan saja. Yang penting, kocek aku berisi.”

“Kau boleh dapatkan duit dengan cara lain. Banyak cara nak dapat duit.”

“Kerja kilang?”

“Yang penting halal.”

“Budak kilang pun ramai yang rosak. Zaman sekarang godaan kuat. Lagipun nak hidup, nak senang.”

“Hidup ni, tak lama Cahaya.”

“Kau tahu kenapa aku jadi macam ni?”

“Yang dah lepas biarlah. Pandang depan, kau ada masa depan. Jangan padamkan masa depan kau. Lepas bersalin, sambung belajar. Aku boleh tolong kau.

“Kau gila? Aku dah tiga kali beranak, nak belajar apa? Otak aku ni, dah tak boleh terima pelajaran. Kau ni cakap macam orang tak ada otak.”

“Kau muda lagi. Masih ada masa depan.”

“Eh, kau tahu tak? Aku ni dah rosak. Masa depan apa benda�nya? Aku dah rosak tahu tak? Aku dah rosak?”

“Alhamdulillah, kau tahu siapa diri kau. Bila kau kenal siapa diri kau, kau akan kenal siapa yang ciptakan kau.”

“Kau cakap apa ni? Dah pergi, pergi, Jangan serabutkan kepala otak aku.”

“Kau kena jejakkan kaki kau ke bumi, nanti kau akan nampak emak kau, akan nampak ayah kau, akan nampak adik beradik.

“Kau boleh tolong aku tak?”

“Boleh.”

“Tolong diam. Aku runsing dengar kau meracau tak berhenti. Runsing tau. Runsing!” Dia benar-benar marah. Muka dan telinganya jadi merah. Nafasnya keruh. Dia nampak begitu payah menarik nafas. Aku pandang dia terus. Dia jadi semakin marah. “Apa tengok-tengok?”

“Aku nak cakap sikit saja lagi.”

Dia pandang aku macam nak telan.

“Bukannya kau tak boleh buat maksiat Cahaya. Boleh. Buatlah.”

Terbeliak biji matanya pandang aku.

“Siapa kata tak boleh? Boleh.”

Mukanya berlibang-libau. Aku nampak matanya berkata, eh kau biar betul!

“Kau dengar sini baik-baik. Apabila kau nak derhaka kepada Allah dan buat maksiat ingat lima perkara ini dulu. Kalau kau boleh buat, silalah buat. Ini bukan aku kata tau, ini kata Ibrahim Adham, seorang wali Allah kepada seorang lelaki. Syarat pertama, kau boleh derhaka kepada Allah dan boleh buat maksiat tapi jangan kau makan rezeki Allah di muka bumi ini. Kau makanlah rezeki lain. Boleh?”

Dia tak berkata sepatah pun.

“Kedua, kau boleh buat maksiat tapi kau tak boleh tinggal di atas muka bumi Allah. Kau carilah planet lain, duduk kat bulan ke, kat matahari ke. Boleh?”

Dia masih tidak bersuara.

“Ketiga, kau boleh buat maksiat dan derhaka kepada Allah, tapi kau kena cari satu tempat yang bila kau buat maksiat yang Allah tak nampak. Boleh?”
Dia menarik nafas payah.

“Keempat, kau boleh buat maksiat, tapi bila malaikat maut datang nak cabut nyawa kau nanti, kau minta tangguh, kau kata, nanti dulu, kau nak bertaubat nasuha dulu. Boleh?”

Dia pandang aku satu macam. Matanya nampak macam rasa bersalah.

“Kelima, kau boleh buat maksiat, tapi bila malaikat Zabaniah nak campakkan kau ke dalam neraka nanti, kau cakap kat dia, kau tak nak. Boleh? Hah, kalau kau kata kau boleh buat semuanya itu, silalah buat maksiat. Silalah!”

Aku nampak mukanya berubah serta-merta dan jadi huru-hara. Lama dipandangnya aku.

“Alhamdulillah. Anak-anak Pak Wi di sini semuanya sihat. Mereka benar-benar dah insaf. Mudah-mudahan taubat mereka diterima Allah.” Aku terkejut. Pak Wi terjengul di muka pintu.

Tiba-tiba fon berdering, ada panggilan dari hospital. Aku rasa nak terus terbang. Pak Wi tanya kenapa.

“Dia selamat dibawa semula ke hospital Pak Wi.”

Kami bergegas ke hospital setelah beritahu Ustaz Amin dan Kak Ika dan serahkan tugas kepada dua orang lagi pembantu asrama.

“Keluar wad nanti, terus bawa ke mari.”

“Dia akan melahirkan anak bila-bila saja.”

“Nanti Pak Wi uruskan bayi dia.”

“Inilah masalahnya, Pak Wi.”

“Sejak bila pula budak-budak yang kita bawa ke sini tak ada masalah?”

“Dia dah ambil duit pendahuluan, Pak Wi.”

“Duit pendahuluan?”

“Dia dah jual anak dia.”

“Bukan jual anak, Jehan, dia nak serahkan anak dia pada keluarga angkat. Alhamdulillah. Dia tak buang anak.”

“Masalahnya akidah budak tu.”

“Dia beri pada siapa?”

“Orang bukan Islam.”

“Nanti Pak Wi dan Ustaz Amin akan uruskan. Jehan jangan risau. Jaga saja budak tu baik-baik. Jangan berkeras sangat dengan dia.”

“Pak Wi, dua lagi anak dia, dia dah jual. Kita kena selamatkan akidah budak-budak tu, Pak Wi.”

“Kita cari keluarga angkat budak-budak tu.”

“Masalahnya dia tak tahu.”

“Tak tahu?”

“Dia cuma nak duit saja Pak Wi.”

“Dapatkan maklumat dari hospital.”

“Jehan dah cuba, tapi dia pandai, dia bersalin bukan di hospital yang sama.”

“Tak ada maklumat langsung?”

“Bayi tu diserahkan di luar kawasan hospital.”

“Berapa umur budak-budak tu?”

“Dua dan satu tahun.”

“Jehan kena pujuk dia baik-baik.”

“Jehan tak akan putus asa Pak Wi.”

“Jehan tahu kan? Jiwa dia tak aman. Pujuk dia baik-baik. Jangan berkeras. Anggap dia kawan. Jangan ungkit-ungkit perkara yang dah lepas. Ba�nyakkan mendengar. Jangan banyak sangat tunjuk ajar dia. Dengar dulu apa saja yang dia nak cakap.”

“Insya-Allah. Insya-Allah. Doakan Jehan kuat, Pak Wi.”

Jalan sesak. Perjalanan ke hospital sepatutnya mengambil masa setengah jam, ini dah satu jam, masih tak sampai-sampai. Fon tanganku berbunyi lagi. Jururawat di wad bersalin, suruh aku datang segera, Uri Cahaya melekat dia perlukan pembedahan kecemasan.

Empat jam menunggu akhirnya Cahaya diusung keluar dari dewan bedah. Ditempatkan dalam wad ICU, untuk pemantuan rapi setelah kehilangan tiga liter darah, mujurlah dia boleh membuka mata. Air matanya meleleh. Aku pegang bahu dia. “Alhamdulillah, kau selamat.”

Dia nampak kecewa dan sebak. Suaranya tertahan-tahan. “Tapi anak aku mati. Orang tu mesti cari aku nak balik duit pendahuluan. Aku dah habiskan duit tu. Matilah aku kena bunuh dia.”

“Jangan bimbang. Kau serahkan pada aku dan Pak Wi. Ustaz Amin dan ramai lagi orang yang boleh tolong kau.”

“Aku dah tak boleh buat bisnes lagi.”

“Bisnes?”

Suaranya masih lemah. Dia nampak sungguh kecewa. “Rahim aku dah kena buang. Aku tak boleh mengandung lagi.”

“Allah sayangkan kau. Sebab itulah Dia ambil anak kau. Dia ambil rahim kau.”

“Dia tak beri aku buat maksiat lagi?”

Aku pegang tangannya. “Allah sayangkan kau Cahaya.”

Dia pandang aku lemah. Dia pegang tangan aku. “Jehan, betulkah Tuhan akan ampunkan aku?”

Tidak percaya apa yang aku dengar. Aku mengangguk laju. Hati terasa sebak. Terasa usahaku selama ini, berbaloi sungguh. “Walau sebanyak buih di lautan pun dosa kita.”

“Aku orang berdosa.”

“Pernahkah ada manusia yang tak berdosa?” Air mataku bergennag. “Kita bukan malaikat yang tak bernafsu. Tapi... kita juga bukannya haiwan yang tak berakal.”

“Jehan....” Suara Cahaya semakin sebak. Dia menangis tertahan-tahan.

“Tapi dosa aku banyak. Bertimbun-timbun. Dan kau..... “ Dia masih pegang tangan aku. Matanya sayu pandang aku. “Aku....aku....”

“Kenapa Cahaya?” Aku pandang dia cemas.


bersambung yek.....hehehe....bestkan cerita ni....ambil ikhtibar dari cerita ni..:)

Thursday, March 1, 2012

30 Petua Memikat Suami/Lelaki Anda



Salam.

Boring lah pulak hari-hari cerita pasal kesihatan kan? Harini tukar selera, kita bincang isu kekeluargaan. Hehe, sila baca info kat bawah ni yek...


Happy reading!!!!!!!!!


30 Petua Memikat Suami/Lelaki Anda

Bagi isteri yang baru bernikah yang ingin terus kekal Memikat Suami/Lelaki nya menyayangi dan menghormati akan kehadiran nya. Dan pada bakal isteri pula akan mencari jalan supaya bakal Memikat Suami/Lelaki sentiasa sayang sepanjang hayat.Umpama sahabat dan kasih sejati.

Untuk gadis dan wanita yang belum berkahwin,ianya boleh dijadikan pertambahan ilmu dan modal nasihat buat teman -teman nya yang sudah berkahwin.

Maka di bawah ini antara cara-cara memikat suami/lelaki anda :

1. Selalu berdoa agar Memikat Suami/Lelaki sentiasa menyayangi kita.

2. Bila Memikat Suami/Lelaki balik dari kerja, tegur dan sentuh Memikat Suami/Lelaki sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan Memikat Suami/Lelaki sepanjang hari. ( jika Memikat Suami/Lelaki dalam mood yang sesuai)

4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.

5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah Memikat Suami/Lelaki. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

6. Ruangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada Memikat Suami/Lelaki.

7. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh Memikat Suami/Lelaki dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

8. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran Memikat Suami/Lelaki )sekali-sekala.

9. Beri pujian terhadap penampilan Memikat Suami/Lelaki – rambut, wajah, pakaian,kacak,kesederhanaan dan seumpamanya

10. Cepat-cepat pujuk bila Memikat Suami/Lelaki marah atau berkecil hati.

11. Minta bantuan Memikat Suami/Lelaki hanya jika sesuai–sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

12. Elakkan Memikat Suami/Lelaki dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

13. Bila Memikat Suami/Lelaki memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. ( Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

14. Bila Memikat Suami/Lelaki meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. (Sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian )

15. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada Memikat Suami/Lelaki sekurang -kurangnya 2 kali sehari.

16. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu Memikat Suami/Lelaki apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan Memikat Suami/Lelaki.

17. Bila Memikat Suami/Lelaki bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

18. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh Memikat Suami/Lelaki, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat Memikat Suami/Lelaki terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

19. Tanya Memikat Suami/Lelaki bila dia ingin berehat atau tidur.

20. Peluk Memikat Suami/Lelaki dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

21. Telefon Memikat Suami/Lelaki di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila Memikat Suami/Lelaki menggalakkannya.

22. Jika Memikat Suami/Lelaki perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

23. Jangan ganggu Memikat Suami/Lelaki ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

24. Jika Memikat Suami/Lelaki marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

25. Bila meminta bantuan Memikat Suami/Lelaki :-
* terangkan pada Memikat Suami/Lelaki dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan.
* Beri pilihan kerja yang disukainya.
* jangan menyuruh-nyuruh
* gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.

26. Pesan ke Memikat Suami/Lelaki untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

27. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama walaupun Memikat Suami/Lelaki berbau busuk, diamkan saja dan terima dengan hati yang sabar.

28. Sokong pendapat Memikat Suami/Lelaki kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

29. Peluk dan belai Memikat Suami/Lelaki sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

30. Sentiasalah lafaz 3 kata "I LOVE YOU"