Pages

Showing posts with label About Me. Show all posts
Showing posts with label About Me. Show all posts

Thursday, November 21, 2013

Tentang Kami

Assalam. Lama saya senyap, rindu dekat blog tapi perjuangan perlu diteruskan...Alhamdulillah, 12/11/2013@13:37 pm, Audra Iqbal selamat dilahirkan. Sakit memang sakit, tapi bila tengok dia keluar, kemudian senyum pada saya, hilang terus rasa sakit yang ada....

Tapi tula, sehari lepas bersalin and nak discharge, tiba-tiba iqbal kena kuning, as a mother  who just give a birth, of course rasa sedih bila iqbal kena tahan di NICU sebab kuning tinggi. Masa datang nk breast feed, hati saya luluh bila tengok Iqbal duduk bawah lampu photo untuk hilangkan kuning. Walaupun Mata Iqbal ditutp bila dok bawah lampu, tp bila dia dengar je suara saya, terus dia menangis and bukak penutup mata...Ya Allah masa ni, memang tk sanggup nk tengok dia, sediy n rindu sangat2.

Hari kedua terus mintak duduk wad biasa supaya boleh jaga Iqbal. Alhamdulilah kebah, n boleh balik rumah. Tapi....esknya kuning dia datang balik, kali ni mencecah 300 lebih, lagi sekali kena tahan wad, tapi saya mintak untuk duduk dua hari supaya kuning Iqbal betul - betul sembuh. 2 hari di wad buat saya insaf, anak saya cuma kuning biasa je, tpi saya dah menangis bagai nak rak, sedangkan bila saya lalu di bilik- bilik lai, ramai g bayi yang mengidap penyakit lebih teru dari Iqbal...

Alhamdulilah, bacaan terakhir menunjukkan perubahan positif, kuning reduce almost 90% , kami dibenarkan balik







Monday, October 21, 2013

Mat Gebu - Blogger Masakan Terkenal

Assalam.

Semalam dapat satu email, ada insan yang bertanya siapa sumber inspirasi saya, atau dengan lebih jelas, siapa bench mark dunia blog yang selalu saya jadikan rujukan?

Blog saya ni x sehebat blog lain, saya x pernah mencari populariti malah kalau dihitung dengan jari, boleh dikira follower saya, cuma lately ni readers saya makin bertambah. Jika ditanya siapa bench mark dunia blog saya? Sudah tentu saya jawap ada 2 blog yang saya akan kunjungi setiap hari tanpa rasa jemu, iaitu Mat Gebu dan Azlita Masammanis 

Kedua-dua blogger ni memang sumber inspirasi saya. Kenapa saya suka baca blog mat gebu? Sebab mat gebu adalah chef alam maya yang x pernah kenal erti penat, bayangkan setiap hari pasti akan ada satu atau dua resepi yang dia akan share dengan semua readers. Dan masakan yang di masak tu, memang selalunya sesuai dengan tekak kita-kita ni yang melayu tulen. Identiti mat gebu ni pulak memang misteri, yang saya tahu dia berasal dari johor dan menetap di johor. Rupa paras memang misteri, tapi dia dah buktikan walaupun dengan identiti misteri, blog dia tetap meletops.....

Kadang-kadang saya selalu terbayang yang mat gebu ni mungkin masa zaman sekolah adalah pelajar paling cemerlang dalam kelas sebab discipline dan fokus yang ada dalam diri dia. Kenapa saya cakap camtu ek? yelah, kalau x ada discipline yang bagus, mat gebu x akan boleh post everyday tiap jenis makanan yang dimasak beliau. Hanya dengan discipline yang tinggi je boleh wat cenggitu, tul x? Lagi satu saya memang respect sebab dia pencinta barang-barang antik, semua pinggan dan props yang digunakan semuanya mempunyai nilai-nilai artistik. Gambar yang dihasilkan seolah-olah berkata-kata dan berinteraksi dengan pembaca, hebatkan kurniaan bakat yang Allah berikan pada mat gebu....Subhanallah. 

Now, paling ketara, if sehari x layan blog mat gebu, memang rasa sedap badan jer, tangan sure gatal nak click website dia...hahahaha gila addict saya kan???

Blog kedua yang saya suka ialah Azlita masammanis. Ni pown antara makhluk Allah yang gifted. Semua hasil sentuhan dia, rasa macam menangis je bila tengok...geram semua ada sebab subhanallah cantik sangat-sangat.

Bila dia ambil gambar, memang menarik tertarik kau memang da bomb....huhuhu x tahu nak cakap macamaner, kiranya kalau korang jadikan resepi salah seorang dari diorang sebagai rujukan, tolonglah bagi kredit link. Penat diorang ni masak, tapi masih ada lagi yang suka mencuri hasil kerja tangan diorang...kang potong tangan tu tahulah..hihihi

Azlita ni pown orang johor, wah dua-dua orang johor. Tetiba teringat kat arwah mak, mak salu cakap, orang johor ni masak memang sedap...betullah tu.

Beliau ni surirumahtangga yang berjaya, speciality beliau adalah kek. Kek dan dessert memang menarik, x sia-sia if korang cuba kat rumah...jadikan mereka berdua ni sebagai panduan untuk korang hasilkan sesuatu yang hebat. Allah dah jadikan mereka berdua ni sebagai insan yang berbakat, jadi x salah jika mahu merujuk, cuma saya ulang lagi sekali, jangan curi hasil kreatif mereka....:)

Gossip


Gosip Atas Katil @ 1:30 am – 3:50 am

Gossip 1

Beliau    : Abang x puas hati lah
Aku        : nape? ni kita nak gossip ke?
Beliau    : Aah, kejap je…
Aku        : Ape yang x puas hatinya
Beliau    : Abang x puas hati kalau majlis kahwin tu, ada pengantin habis beribu-ribu untuk wat pelamin.
Aku        : Nape bang?
Beliau    : Yelah, harga pelamin sampai 2-3 ribu, pastu duduknya tak sampai setengah jam. Kalau duduk 3 hari 3 malam berbaloi lah jugak, ni setakat nak ambik gambar, pastu dah.
Aku        : Salunya duit pelamin tu ambik dari duit hantaran or laki ngan pompuan tuh kena share sesame ek?
Beliau    : Terpulanglah, ada yang share, ada lak yang guna duit hantaran. Tapi kalau dah hantaran dalam 7-8 ribu, nak ambik package hebat-hebat ape je yang tinggal tuk wat kenduri tul x?
Aku        : Betul gak kan? Tapi boleh je nak ambik pelamin, tp setakat yang murah-murah okeylah kot???
Beliau    : Kalau camtu okeylah, tak yah nak grand sangatlah, nak-nak if wat kat kampung, x ada nya pemberita nak datang wat liputan, dah tu jemputan bukan VVIP pown, orang kampung je kot….
Aku        : Abang cakap sebab abang jeles ke or apa?
Beliau    : Bukan jeles, sakit hati…membazir je wat benda camtuh…semua nak grand tapi nanti last-last berhutang sana sini, nanti sampai anak dah besar-besar pown hutang x habis bayar lagi. Cuba lah buat sesuatu tu ukur baju kat badan sendiri.
Aku        : Betul gak kan?
Beliau    : Tulah, kengkadang abang geram gak kat pihak pompuan, dah ada orang nak pastu nak demand plak, kang lelaki tarik diri, baru terkebil-kebil.

………………………………….redha jelah bila laki membebel……………………………….

Gossip 2

Aku        : Mie pown ada benda x puas hati gak.
Beliau    : Nape?
Aku        : Abang perasan x, tiap kali kalau kenduri mesti aka nada satu kejadian yang memang 100% terjadi.
Beliau    : Apanya?
Aku        : Salu je sebelum tiba waktu nak bagi tetamu makan, sibuk je mak cik-makcik yang tukang jaga lauk tu tapau untuk diri masing-masing. Berbondong-bondong plastic diorang. Lpeastu barulah diorang hidangkan untuk tetamu.
Beliau    : Aaah, abang pown perasan, pastu claim makanan yang tuan rumah masak x cukup, padahal diorang dah sebat dulu.
Aku        : Bukan ke, orang yang tolong masak tu kena ikhlas tolong tuan rumah, bukan sebat lauk tuan rumah?
Beliau    : Betullah tu, patutnya kita raikan jemputan yang datang tahlil, bagi semua tetamu makan, kalau ada lebih barulah boleh tapau sebagai tanda terima kasih kat mak-makcik kendarat tu. Tapi ni konsep dia lain, raikan makcik-makcik kendarat, if ada lebih baru jamu tetamu yang datang….muahahahahahahaha
Aku        : Tulah, kengkadang geram je rasa, kita sibuk nak senduk lauk untuk orang, dia sibuk nak tapau untuk anak beranak dia yang x makan lagi kat rumah tu. Adoiyai….last-last tuan rumah kena goreng bihun sebab nak cover mana yang x cukup.
Beliau    : Kesimpulannya????
Aku        : Kesimpulannya, kalau nak wat kenduri, panggil je anak beranak, xyah panggil makcik-makcik kendarat.
Beliau    : Hi,hihi…setuju2.
………………………………………… Tepuk-tepuk bantal nak titon……………………………….

Gossip 3

Beliau    : Nak tido dah ke?
Aku        : Nape?
Beliau    : Ada gossip lagi, tapi express…
Aku        : Citerlah….
Beliau    : Perasan tak, kalau majlis cukur jambul, mesti ada jemput makcik-makcik marhaban?
Aku        : Aah kan? perasan-perasan…tapi nape?
Beliau    : Ape kes plak pompuan yang buat marhaban, kengkadang bukan jadi marhaban, dah jadi meraban x tentu hala. Dah diorang lak yang buat cukur jambul, patutnya imam, bilal, orang laki-laki yang conduct majlis camtu. Yang abang nyampah tu, kan main lagi kuat lagi sora dia, kalah sora tok bilal azan kat masjid, dah macam dia plak imam ngan bilal. Pastu lepas je marhaban, ada lak lagu nasyid. Abang x kata salah, tapi bagi abang, biasanya majlis camtu orang lelaki je yang buat. Orang perempuan kalau nak buat, sesame pompuan x pelah, ni tidak, Jemaah lelaki ada kat luar dok isap rokok sambil lepak-lepak, diorang lak yang take turn…huh x relavant.
Aku        : Tul gak tuh, kengkadang memang nampak macam meraban je mak cik-makcik tu, nak-nak bila time nak cukur jambul tu, siap gelak kuat-kuat pastu bertepuk tampar, berdekah-dekah gelak…baek suh orang masjid n orang lelaki yang buat. Ringkas dan meraban….
Beliau    : Okey, dah tu je gossip malam ni, jom titon tayang…besok nak keje….
Aku        : Okey jom…sedia mula…k
Beliau    : Ala, kejap la…x leh tido

Aku        : Sorry masa tamat, esok I nak gi keje…hihihi kroh-kroh……….zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Sunday, January 20, 2013

ATV @ Kemensah Water Fall

Assalamualaikum.
ATV (All Terrain Vehicle) boleh dikatakan intermediate extreme outdoor activity. Memang best, kali ni kami pergi ke kemensah waterfall, which is the best ATV yang ada kat area KL ni, if kat terengganu, chemerong waterfall lagi mengancam!!! hehehehe.

Pagi-pagi kena keluar dari ruma, sebab nak naek sana dalam pukul 9 pagi, sebelum mula naek ATV kena lah training dulu, yang penting kena pandai handle handle. Trek kat sini, purposely diorang buat berbonggol-bonggol, supaya lebih mencabar, paling utama, kita perlu dengar arahan instructor, if dia cakap jangan lepas minyak or tekan break, sila ikut, kalau mahu selamat!!


Masa ni memang tak tau nak gambarkan macamana perasaan saya..bercampur baur....sekejap rasa confident, sekejap rasa nak balik...kecut juga perut...

masa mula-mula naik motor tayar 4 ni....rasa macam naik lori jer...goyang-goyang biler langgar batu ....cuak giler..rasa nak menangis...tapi bila dah lama-lama o.k sket la...dah mula boleh senyum bila nak ambek gambar.

Kalau korang teringin nak naek ATV, korang leh tengok package kat bawah ni, nama person incharge dia EN.MAS..

Seriously, tolonglah pergi sebab memang best sangat-sangat sampai korang x leh nak cakap ape-ape lagi dah..

Owh lupa nak bagitau, if korang risau sebab badan korang besar, sila jangan risau sebab lagi korang berat, maka lagi stabil kedudukan korang sebenarnya..hehehehe:) cuma kena pakai pakaian yang sesuai la, track bottom and t-shirt pown dah mencukupi plus kasut yerk..


Location
Price
Package
Duration
Event Company
Contact No
Kemensah, Ulu kelang
RM 50
½ hour ride at ATV base camp
½ hour
Adventure Park Kuala Lumpur
012-3775005
019-3407895
Kemensah, Ulu kelang
RM 100
1~1 ½ hours to tiers Waterfall
1~1½ hour
Adventure Park Kuala Lumpur
012-3775005
019-3407895

RM 150
1 ½ ~ 2 hours to Sofea Jane Waterfall
1 ½~2 hours
Adventure Park Kuala Lumpur
012-3775005
019-3407895
Kemensah Ulu Kelang
RM 200
2-2 ½ hours to Bukit Tabur /Dam ride uphill and down hill
2-2 ½
hours
Adventure Park Kuala Lumpur
012-3775005
019-3407895
Kemensah Ulu Kelang
RM 300
3~4 hours to Bukit Tabur/Dam/Sg Liza/ Dam Mas /Bukit Lalang
3~4 hours
Adventure Park Kuala Lumpur
012-3775005
019-3407895







































Thursday, December 6, 2012

London and England Trip - Part 1

Salam semua,
Sebenarnya, ni trip tahun lepas. This is my third time in London and England. 3 years back i've been here for bachelor vacation with my girlfriend, unfortunately, at that time i'm still not wearing hijab, so all picture have to disclose. But now, i would like to share with all readers my trip to london.

I went there by MAS (fully recommended), i'm really comfortable fly with MAS. The service is very good, and cabin crew always helpful, x sombong..and the best thing kalau naek MAS i selalu mintak roti lebih time breakfast...hahaha , sangat jahat okey..so jangan tiru macam saya..!

Our flight at 9 am, so i been there 3 hour earlier to check in all my luggage. Tips to traveller, x payah bawak banyak sangat baju, bawak baju yang boleh pakai 2-3 kali, sana if kita cuci pown, senang sangat nak kering. nanti dah sampai sana, kita still nak beli-belah, so your luggage will full with your shopping item..nanti kena charge course over luggage. I bring hand luggage which is full with my clothes and also large empty luggage. I put the small luggage inside the big one..so it's become one..:) hehehe.

From KL to London it will take about 13 hours journey. Make sure you bring a neck pillow to support your neck masa titon dalam flight nanti..kalau x, sakit tengkok woooo.
Yeah, seriously boring because it will take a very - very long time to arrive heatrow airport..so what you can do is, read your magazine, listen music with your mp3, or watch movie...normally if i travel more than 8 hours, serious i boleh  habiskan sampai 6 movie....hahaha hampeh, can you imagine how boring i am and how i wish i can play a guitar in the plane?????????? matik kena belasah kalau i insist nak buat jugak time tu..hehehe.

After 13 hours, safely landed at Heatrow airport..even in summer season, the weather still rasa macam winter, sebab i bukan orang putih so kalau sejuk sikit dah rasa menggigil.
Bila summer the problem is, waktu siang lebih panjang dr malam, kalau pukul 9 tu, macam pukul 6 kat malaysia, then ada mak cik-mak cik yang still garderning at this time...hahaha owesome lah!!!!

Then we took a taxi to go to islington wich our hotel located. taxi fare is quite cheap, 4 people only 33 Pound (do not convert it to RM since this is a London not Malaysia). Islington is quite far from heatrow airport, so the journey will take about 1 hour...sampai tertido-tido dalam taxi..sorry i forgot to snap picture of the taxi.. i was amazed with the taxi appearance look, it's similar with the colonial car...terasa macam zaman penjajahan british masa kat tanah melayu dulu la plak..walaupun tak merasa pown zaman tu...

we have to stay at islington since the graduation season for all university in London just started, so almost hotel in london city is fully booked. Last time i been here, i stayed at hotel which is located at malaysian hall. The rental is vey cheap, about 30~50 pound only.

Finally we arrived at islington small city. Best gak kawasan ni, still got shopping complex, starbuck and a lot of halal restaurant here..suddenly i saw evening market at the building alley, hahaha it's a great time to start cuci mata here. Hurm, a lot of thing you can buy here, laptop bag, shoes,blouse, legging and all street fashion wear is here. 100 metres from the market, i saw small shoes shop there, it's remind me at my hometown...memang macam kedai tai tong kat pekan area my home town...hahahaha but the different is all banded item sold here..
Yang penting ada jenama yang i suka..semestinya ADIDAS..hehe. The price is affordable, kalau convert pown still cheaper than malaysia market price.. cuma yang x bestnya, balik je malaysia, kasut kena curi...huhu sediy sangat-sangat...

 me and sister at islington small city

 Small Islington City



 Infront of Hilton Islington



see, dental whitening from 199 pound....:)

Malam tu kami keluar ke london city, tengok night scenery kat town...dulu x pernah jalan-jalan sini sangat, i fokus ke new castle, tapi sebelum tu sempat ke machester and liverpool ...tengok stadium old Trafford and ke universety of conventry UK. so time tu memang trip tu new castle je lah...hehehe. but this time sempat pusing-pusing sini...

From islington we took a train at angel station to go to london bridge station. Fare around 2.15 pound per head.. at london bridge station is more easier to find tourist attract places e.g london bridge, london eye, big Ben and also small shop sold sourvenier. A lot of souvenier here, but all of the items is made from china....hahahaha...better i go to china after this and borong all landmark sourvenier each contry...yeahhh that's a good idea rite????? then, claim dah pergi semua negara..sebab dh ada sourvenier...hehehe...

Lot of halal restaurant here, most of them is bangladesh people! Really supprised because bangladesh people at my country is a building general worker!!!! owesome!!!! agaknya yang datang sini memang orang senang kot..yang malaysia nun orang susah sikit...hihi my opinion lah...

The food serve here is halal..owh i forgot to tell something..only beef is halal, chicken is not halal. Might be the course to slaughter the chicken is expesive, so that the reason why only beef is halal. No need to worry, even the chicken is not halal, there is no pork available at this retaurant. The name of the restaurant is London Bridge Tandori - Indian Cuisine. You can order indian local cuisin, mutton curry, mutton tika and  prawn curry. I love the papadom, garlic nan, prawan briani, beef briani and also  cakni. Cakni also known as puree...the taste is amazing...ramai plak britush people yang suka makan indian food nih...diorang lepak-lepak sambil minum bir.....kadang-kadang rasa macam dalam pub yang kita selalu tengok dalam cerita omputih tu plak...

Weather still like a winter...i have to wear my glove..sangat sejuk, sampai biru-biru jari tangan...after dinner we back to islington..time to rest...kaki dah lenguh sangat-sangat sebab terlalu sejuk...


 London Eye
 London Big Ben
Halal Indian Food at London Bridge

I think enough for part 1, to be continue by part 2,3 and etc...hehe enjoy reading my trip..

Wednesday, November 14, 2012

Sekolah Berasrama Penuh - Kebaikan dan Keburukan


Dalam entry ni mungkin banyak benda yang saya rasa ramai setuju dan ramai x setuju..tapi still nak juga cerita.
Perlu diingatkan taw, ni pasal asrama penuh yer, bukan sekolah harian atau asrama biasa tu..kang x pepasal salah faham plak..

Ramai ibu bapa suka kalau anak-anak diorang masuk sekolah asrama penuh, sebab boleh fokus pada pelajaran, and pada ibu bapa yang kurang berkemampuan, diorang prefer sekolah asrama penuh sebab fully sponsored ngan scholarship, maka kurang beban yang perlu digalas..makan pakai anak-anak pown terjaga. Anak-anak pun x perlu berulang-alik rumah ke sekolah dan boleh menjimatkan lagi perbelanjaan. Anak-anak pun dapat guru yang bagus-bagus kalau belajar kat sekolah asrama penuh ni, maklumlah..guru cemerlang sahaja yang ditempatkan di sini...

Tapi kalau ditanya kepada anak-anak, ramai yang x suka masuk sekolah asrama ni sebenarnya..dan kesannya hanya dapat di rasa bila anak-anak dah besar panjang..dulu memang x rasa sangat, tapi bila dah besar mulalah terfikir balik. Tahu kenapa anak-anak x suka duduk sekolah asrama penuh ni?
Ni jawapan dia :-

1) Masa dengan ibu bapa semakin kurang
2) Wujud jurang dengan adik beradik disebabkan jarang berjumpa
3) Kurang mesra atau kekok dengan ibu bapa disebabkan jarang berjumpa

Ni antara benda-benda yang anak2 kurang suka bila kena hantar kat sekolah asrama penuh...yelah, habis je darjah 6, kena masuk asrama penuh, pastu jauh-jauh lak tu, balik pon sebulan sekali. Bila jarang balik, nak sembang ngan family pun rasa kekok. Habis je tingkatan 5, masuk plak u, lepas habis u, carik kerja dan berjauhan ngan family..lepas tu kahwin..huhu boleh korang fikir x, berapa lama je korang sempat bermanja ngan mak n ayah korang?? About 6 tahun je kot??? tu pown masa umor 1~4 tahun mana la korang ingat sangat kan???

Rasa x betapa sekejapnya anak-anak dapat manja ngan parent? huhu...sediy kan? serius sediy..korang tahu x time bila yang paling x best? sudah tentu time sabtu n ahad. Bila time parent kita x dapat datang tengok kita, perghhh sediy giler rasa..saya pown dulu-dulu tengok je mak n ayah orang laen datang..yelah diorang duduk dekat-dekat so x terasa sangat kan? Time tu, tengok je lah, pastu telan air liur bila tengok mak diorang bawak makanan sedap-sedap, tetiba teringat mak kat umah, cepat-cepat ambek duit syiling nak call mak. Sampai public phone, ramai giler orang, kena tunggu dalam 1 jam. Bila dapat je call mak, terus air mata berjurai-jurai turun sebab rindu sangat-sangat kat mak, rindu nak peluk mak n nak makan masakan mak...hehehe, tapi bila time dapat balik, rasa x nak balik asrama dah. Paling x boley bla, salu nangis bila nak balik hostel...huhuhu. time balik kampung, tak sempat bukak stokin dah cari nasi...hahahaha mak salu je masak lauk peberet, ikan terubuk bakar cicah air asam..huh..memang sedap..:)

Serius x suka sebab rasa macam belum sampai masa nak hidup berdikari...tapi masa kat universiti lain plak. Time tu dah cukup matang nak berdikari, dah faham erti merantau..ha, time ni memang happy sebab dah sampai masa untuk hidup sendirian tanpa family.



Tuesday, July 24, 2012

Korang Pernah Gaduh Ngan Best Friend?

Salam.

Tengok tajuk kat atas ni, sure korang gelak-gelak bila teringat time gaduh ngan member baek kan. Saya ada a few pengalaman gaduh ngan member baek yang mencuit hati...satu time waktu kecik dulu, satu lg time dh besar-besar ni.

Meh dengar citer time kecik dulu. Kalau x silap saya time tu saya darjah satu. Masa tu baru je masuk sekolah, baru nak kenal dunia. Time tu dlm kelas antara top scorer walaupun x pandai sangat...hihi...:), masa tu nak ambek injection kat punggong...huhu...ramai-ramai la beratur kat kantin. Time tu memang x faham pape, kalau tengok pungong member pown x rasa pape..tk mcm budak skang...macam2 diorang rasa..huhu.

Masa time nak cucuk kat punggong tu, tetiba member saya tu menangis macam nak rak...so saya dengan tak sengaja gelakkan dia, tak sangka plak dia marah kat saya, sampai x mau kawan.

Kebetulan time tu, meja saya sebelah je meja dia. Time tengah nak menulis, tangan saya termasuk sikit kat meja dia, serta-merta dia toloak tangan saya, then cakap camni "Ko jangan masuk kawasan aku, ni meja aku" ..hahaha, gaduh sampai x leh nak masuk sikit kat kawasan meja dia...cehh macam tu pun ada..siap letak pelopak (orang bandar panggil bekas pensil) kat tengah-tengah, kira nak tunjukan tu tanda sempadan konon...cehhh pirah...adalah sehari je dia wat camtu, esok tu x bley tahan, kawan balik cam biase...muahahahahahaha...sebab nya dia geram tengok saya x pujuk dia...baru dia tahu, saya ni memang jenis wat tak tau je kat orang...merajuk la camaner pown..

Ni plak citer time dah besor-besor.. Member baek aku ni satu opis je, gaduh pun sebab selisih pendapat. Time kat restoran plak tu, baru lepas main bowling, badan penat, pastu pendapat plak berbeza..masing-masing nak tegakkan kebenaran..muahahaha.bertekak la kat situ, sampai tinggi2 suara. Sib bek saya leh control, kalau x dh lama kena simbah ngan asid....

Pastu, time balik..tetiba rasa bersalah n sayu sangat2...banyak sangat kenangan ngan member baek tu...salu je share citer time dulu-dulu...salu jadi tempat nak citer kalau ada benda x puas hati...
Time tu memang rasa bersalah...

Esok tu lepas subuh, tengok phone ada misskol dari member tu...hihi...tp saya x call balik pown..saje je..sampai ofis, time nak lunch tetiba dia datang atas..pastu tengok mata dah merah-merah...muahahahahaha..sebak tetiba..time tu sama-sama mintak maaf. Lepas je dr tuh..rasa persahabatan tu lagi erat................cuma skang, dia dh nak berenti dari situ...nak masuk PETRONAS...:( sediy plak tetiba kan....minggu depan ni dia last day...>(

Hati Di Runtun Sayuuuuuuu

Salam semua.

Tiba-tiba je rasa sayu sangat2...rasa hati ni macam dirobek-robek, pastu air mata nak meleleh je...rupa-rupanya baru lepas tengok citer "DEEJAVU DI KINABALU". Ceh..hampeh tul tau...sentap yang melampau had kuasa. Sampai terbawak-bawak time makan karipap n roti john, sampai penyet karipap n roti john tu kena gigit...tih,tih,tih,tih...:) nampak sangat kuat makan kan...

Tapi memang x patut. Memangla jantung tu milik Inara, bekas kekasih Ammar, nadira dapat rasa perasaan inara kat ammar sampai dia jatuh cinta. Tapi kita kan ada akal, nape x guna akal. Sanggup tinggalkan Bazli yang banyak bekorban untuk dia. Huhu, tak sanggup kan nak kecewakan hati lelaki yang tunggu kita bertahun-tahun lamanya, pastu banyak bekorban...

Boley tak tetiba nak cakap camni..."TAK KENA KAT BATANG IDONG SENDIRI BOLEY LA CAKAP CAMTU"....huhu....semoga Allah kuatkan akal saya supaya boleh mengawal perasaan, bukan perasaan mengawal akal...:)

Monday, July 23, 2012

Kenapa aku suka Abbeyroad


Geram plak pagi tadi. Aku saje keluarkan signage board "abbeyroad" and ada gambar the beatles. So ada mamat ni tanya saya camni. "U, nape u suka abbeyroad ni? so saya pown ngan rasa bangga giler terus jawap camni. "Sebab kat sini la album the beatles release, kat sini ada studio time tu.

Jam tu gak mamat tu buat muka nak menguji saya, "kalau u minat sangat the beatles, u bagi la lagu yang u paling minat? ciss, pandang pakai gigi mamat ni...menyampah betul..hehe..saje emo..

Saya memang suka british punya rock, hehe...sedap je...slow..tapi best...
lagu the beatles yang saya suka here comes the sun..hohoho syok kan kalau dengar, lagi yang saya suka All my Loving, Love me do and mcm2 lagi. Kalau kat malaysia ni aku suka AIZAT sebab dia nye stail kadang-kadang macam the beatles..british rock...huhu...pakai smart-smart, pastu rambut stail lama-lama cikit...hehe...tomey kan...:)

Ahli dia x ramai pun ni nama-nama diorang John Lennon, Paul McCartney, Ringgo and George Harrison..ramai yang suka John Lennon, tapi i suka paul McCartney sebab muka dia kiut, pastu rambut lak macam helmet x ada cop sirim.

Saturday, July 21, 2012

best bila hidup di kelilingi dengan sahabat baek.

salam. lama rasanya x update blog. sebelum terlambat, salam ramadhan untuk semua.
Bila tengok tajuk atas ni, semua orang happykan bila ada sahabat baek. sepanjang hidup saya, saya belajar tentang mcm2 mcm2 perkara, tp ada satu perkara yang rasa perlu untuk saya share dengn korang semua.
sahabat baek ni adalah insan yang terima kita n sentiasa bersama kita, walaupun time kita melakukan kesalahan, tanpa mempersoalkan kesalahan kita. tp sahabat tu, akan sentiasa memberi nasihat pada kita, supaya kita x terus lakukan silap. tapi dia tidak akan sesekali meninggalkan kita
bestkan?sebenarnya, teringat tentang salah seorang sahabat yang paling saya sayang, nama dia hazlin. saje letak nama dia. time tu. lepas magrib, saya text satu sms inform something kt dia, then 2 minit lepas tu, dpat call dri dia. time angkat call tu, dengar suara dia nangis..huhu, rupanya dia nangis sebab happy ngn text yang saya bg kat dia tu...time tu memang rasa sayu sangat2, bila ada sahabat yang salu suka n sedih sama2 ngn kita.
pastu teringat kat sorang lg sahabat ni...saya panggil dia teh..orng miri..masa tu sakit, demam panas, pastu xlarat nk drive gi beli mkn, yng terharunys, walaupun jauh,dia tolong callkan mcd deivery...tp byar sendirik la...muahaha....pastu teringat plak kt siti hajar...hurm, ni memang mahluk yng akan bermatian protect saya time saya kena buli...:)
rasa bertuah bila kita ada sahabat camni, sebenarnya ramai lg, tp x latat nk type...bye bye...selamat buka posa!

Wednesday, June 27, 2012

Orang Suka Salah Faham Dengan Apa Kita Cakap

Bila sebut salah faham, memang ramai yang ada pengalaman masing-masing. Salah faham ni banyak terjadi, kadang-kadang kita maksudkan benda lain, atau kita nak ambil hati supaya tak guna ayat yang kasar, tapi orang salah faham dengan maksud kita pulak...

sebagai contoh. Jika ada yang bertanya kepada anda begini. "Adakah awak menyukai saya dan ingin berkahwin dengan saya?". Jawapan anda pula begini, "Saya tiada jawapan yang pasti kerana perkara itu belum berlaku, cuma mungkin saya akan consider untuk memikirkannya".

Dalam jawapan anda, x terselit langsung perkataan mengatakan anda suka dengannya, tetapi si pemberi soalah mudah tersalah anggap, dan mengatakan anda juga turut mempunyai rasa yang sama...huhuhu...

Untuk mengelakkan benda ini terjadi, jika ada soalan macamni, anda jawap je macam ni "SAYA MEMANG TAK MAHU.

Sunday, June 24, 2012

Beza sangat kan time dulu2 dan sekarang...

Bila duduk2, tetiba teringat time dulu2. Banyak sangat perbezaan, kadang2 rasa rindu kat waktu dulu. Masa kecik2 dulu, kalau kat kampung, time petang2, happy hour. Semua orang boleh jadi kawan untuk main sama2. Masih lagi happy, main teng teng, batu sremban, congkak, galah panjang, guli, sorok2...n mcm2 lagi. Pastu, habis je main, duit lebih dari sekolah tu, ada dlam 20 sen, boleh beli ais krim malaysia...satu baru 10 sen. Bila dah senja, balik rumah, mandi n siap2 nak gi mengaji plak. Sebelum mengaji sempat pergi singgah beli aiskrim. Dulu kalau darjah 4 baru nak mengaji Al-Quran, dah kira lewat sangat dah tu.

Bila time kat sekolah seronok sangat, waktu rehat je, mesti beratur ramai2 beli nasi goreng or mee goreng, air plak air sirap.masa tu baru 20 sen, air 10 sen...tapi saya bawa bekal je...hihi...lagi best...

Kalau time cuti sekolah lg best..sebab ramai kawan yg sunat...muahaha.....best sebabboleh mkn kenduri.....lagipon time cuti boleh balik kmpung, boleh teman atok gi tangkap burung wak wak....huhu...best sesangat.....time tengahari, makan ramai ramai. Bentang tikar kt bawah pokok ciku, pastu makan puas puas....huhu....makan sambil kena tiup angin...dulu lauk best..sebab semua lauk kampung....umbut kelapa masak lemak campur daging cincang..perghhhhh sedap!

Waktu dulu, fast food yang ada cuma A&W je, tu pown kalau abah ada duit lebih...kfc plak dpt mkn masa time nk blik kampung..masa tu dah rasa happy sangat2...walaupun sekali, tp pengorbanan mama n abah kumpul duit nk bawak anak2 mkn kfc, rasa sangat terharu...

Beza kan ngn zaman skang, bebudak dh xmain mainan dulu dulu. Semua dah canggih, ada i pad, y pad, galaxy tab....kalau mkn ramai ramai pun, masing masing mengdp gadget...

Fast food plak bersepah sepah....pastu time cuti, dh x ramai budak2 nk blik kg...huhu.....rindu zaman dulu kan....

Tak Suka Manusia Yang Hipokrit!

salam semua...
Happy plak arini.hehe...tapi td masa time duduk nampak satu column yang x menyenangkan mata memandang....
Biasalah pasal politik. ....... Kalau dulu orang yang dalam cerita tu, penyokong sebuah parti b, pastu siap kutuk2 parti a bagai nak rak. Cakap government penipu, makan duit rakyat, goverment ni semua mkn rasuah..n nth pe2 lagi yng dia kutuk. X cukup tanah mengutuk, macam2 rahsia kerajaan dia nak bongkar. Tup2, bila dah keluar je dari parti, boleh plak mengutuk parti yang pernah dia perjuangkan dulu...

Hurmmmm mcm ni punya orang pown ada ke? Pastu mula la cakap bagus2 tentang kerajaan.. Hurm...pelik la plak...hipokrit giler...saya bukanla penyokong mana pown...undi tu rahsia okey..x kisah pown ape parti yng anda pernah sokong, tp x perlu la nk mengutuk, pastu bila dah keluar parti, kutuk plak parti yng pernah anda sokong..hipokrit sungguh...orang mcm ni sebenarnya merosakkan minda bangsa.

My nephew pown boleh nilai..dia ckp mcm ni "eh maksu, ni kan owang yang dulu dlm parti tut tut tut tu kan? Nape dia dh masuk parti laen pulak? Boleh ke mcm tu?...

Budak kecik pown tau nilai, mana satu betul...bagi saya lah, manusia mcm ni, tak perlu untuk di diterima dlm mana2 parti politik sebab nanti bila dia keluar plak, dia akan burukkan parti laen, macam tu jugak kalau dia keluar lagi dari parti......

Thursday, June 21, 2012

Denda Yang Paling Saya Tak Suka Time Sekolah

Ari jumaat ni, tetiba rasa laen je. Tengok jari..owh rupanya kuku dah makin panjang. Tak la panjang sangat. Panjang sikit je, tpi still kena potong. Time potong kuku tu, tetiba sentap sikit...teringat satu peristiwa time sekolah dulu. Selalu kena denda sebab x potong kuku. Cess.....bukan la panjang mana pown, x sampai 1 inci..setengah inci pown x sampai...bukannya panjang sampai nak bela kuku, pastu tepek pewarna kuku. Tapi tu pown kena gak rotan kat tangan...dah tu rotan sakit plak tu...huh...menyampah plak bila ingat balik.

Hurm, yang pelik tu, kalau anak cikgu sure selamat. Taulah kitorang bukan anak cikgu...hik,hik,, saje nak lepaskan geram..hehe...apepun bagus gak kena denda tu, sebab nanti x buat lagi...muahahaha...tapi apepun, my english teacher (Aminah Abdul Ghani) sangat sporting, time cikgu bertugas buat spotcheck, then dia mengadu la, yang i salu sangat x potong kuku. Kira dia nak i kena denda la, since english techer tu merangkap guru kelas i. Tapi cikgu baru tu silap, cikgu Aminah panggil i kat depan class n suruh i tunjukkan kuku, then garu kuku kat muka. Lepas tu dia check muka i, ada luka tak? bila dia tengok x ada luka, dengan selamba dia cakap ngan cikgu baru tu. "Kuku dia x la panjang mana pown, still x boleh lukakan kulit, so no big deal. I x akan denda my student kalau dia x buat kesalahan yang serius, lagipun kesalah kecil ni x melibatkan prestasi pelajaran dia drop, oklah".

Hehe, x marah pun kat cikgu baru tu. Cuma memang kuku saya x lah panjang mana. setengah inci pun x sampai, tu sebab saya agak bengang bila dia denda.

Apepun memang x suka kalau denda di sebabkan "KUKU PANJANG X SAMPAI SETENGAH INCI!!!!!!!!!!!!!!!!"...

Cikgu Aminah ni, english teacher yang sangat2 best. Dia x la terus ajar kitorang speaking terus, tpi step by step. Memula dia ajak tengok cerita english...hahaha...best gak citer tu, ni tajuk dia "MY FAIR LADY".

Then kena buat cerita fairy tales yang kita tau. kalau broken pun xpe, janji ada effort nak buat. Then saya masa tu ada a few ayat yang tak reti nak buat. Konon nak cerita pasal snow white pengsan lepas makan epal beracun. So, saya pun letak la ayat camni "After eat the red delicious apple, the Snow White "PENGSAN". hehehe...sukati je kan saya letak ayat camtu. Yelah, memula nak belajar cakap bahasa inggeris dengan lebih proper.

Anyway, just to say thanks sebab time saya kahwin aritu dia datang, walaupun sesat sampai ke johol. Sampai je, dia terus peluk saya sampai nangis-nangis.Huhu, emo betul teacher saya tu, tp x dinafikan, dia banyak tolong saya time sekolah dulu, and sangat rapat ngan dia. Kalau cuti sem masa kat u, kena teman dia gi shopping,,huh...sediy plak bila ingat pasal cikgu-cikgi dulu-dulu.

time kita dulu, ngan cikgu dah macam kawan-kawan, tapi still ada hormat..tapi skang yang sediynya....bebudak skang, ngan cikgu macam musuh plak...

Apepun...tak suka DENDA SEBAB X POTONG KUKUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!

Monday, March 19, 2012

Berbicara Tentang Cinta

Salam and hai dear,
I got email from my blog reader asking me about tru love!.

Seperti biasa saya tak suka bercerita dengan cara yang serius sangat-sangat..sebelum tu boleh tak baca lirik lagu kat bawah ni, melodi dan lirik dia sangat menyentuh hati..read this first ya!

Lirik Bagaikan Bidadari - Tomok

Bagai sebuah cerita aku dan dia
Bermula hanya matanya yang mempersona
Dia membuatkan hari-hariku
Bagai sempurna tiada celanya
Malam ku gelisah siang ku bertanya
Jika kau tak bersama

(Korus utama)

Hadirmu bagaikan bidadari
Melengkapkan langkahku yang terhenti
Kaulah permaisuri gelap dunia tanpamu
Umpama nafasku kan berhenti
Jika kau hilang dalam hidup ini
Percayalah kasih cintaku padamu

Tak pernah hilang
Tak akan pergi

Kita kan terus bersama
Bukan untuk seketika tapi untuk selama-lama
Jangkauan kasih kita hingga ke akhirnya
Hidup kita bagai di syurga

Tak pernah hilang
Tak akan pergi
Tetap di hatiku
Kekal di hatiku
Hanya kamu
Tetap di hatiku
Tetap di hatiku


O.k lets talke about love. Ini adalah pendapat saya ya, jangan samakan dengan pendapat orang lain, kita semua manusia tetapi pendapat lain-lain.

Kita manusia, masing berbeza-beza rupa dan segala-galanya, tapi kita masih ada satu persamaan yang kita sendiri x sedar, persamaan kita ialah kita tak boleh hidup sendirian, kita perlukan seseorang dalam hidup kita. Memang kadang-kadang kita katakan kita boleh hidup tanpa pasangan, tapi dalam kuat, kita menangis sendirian mujur kita ada adik beradik laen untuk kita tumpang kasih dan sayang.

Kita pernah putus cinta, kita pernah menangis bila cinta kita tidak berbalas, kadang-kadang kita rasa sakit hati melihat kawan-kawan sebaya kita satu persatu mendirikan rumah tangga, sedangkan kita sendiri masih belum berjumpa dengan mr.right kita.
Percaya atau tidak, sebenarnya kita dah pun jumpa pasangan kita, cuma kita sendiri x pernah perasan akan kehadiran dia dalam hidup kita. Kadang-kadang kita mempunyai terlalu tinggi expectation, tapi bila tengok diri kita sendiri pun serba kekurangan.

Allah jadikan kita berbeza-beza, tapi masih punya akal untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk.
Cinta itu perlu dicari, ianya tidak akan datang bergolek. Kalau kita betul-betul mencari cinta, pasti kita akan jumpa.
Cuma kita perlu bijak memilih siapakah pasangan hidup kita.

Cuba kita lihat sekeliling hidup kita, siapa orang yang selalu susah dan senang dengan kita, siapa orang yang selalu ada di samping kita. Kadang-kadang kita lihat dia seperti manusia yang tak punya perasaan langsung kat kita, tapi kalau kita cuba selami hatinya, kita mesti tahu, ape rasa yang tersirat di hati dia.

Ramai orang kata, persamaan itu membawa kebahagiaan, dan persamaan itu adalah punca sesebuah pasangan itu kekal ke akhir hayat. Bagi saya, itu semua pendapat sahaja..bagi saya kalau kita terlalu banyak persamaan, maka banyak jugalah sisi yang masih kosong kerana persamaan yang ada, and ruang kosong itu tak terisi sampai bila-bila pun. Kalau kita ada perbezaan dan ada sedikit persamaan, maka ruang kosong itu sudah pun di penuhi, dan wujudlah keserasian yang dicari selama ini.

Kadang-kadang tidak ada seorang pun tahu ape yang akan terjadi dalam hidup kita, harini kita kata bahagia, esok lusa kita tak akan tahu. Ape yang penting, perlu ada kejujuran, dan saling menghargai.

to be continue yek....

Monday, February 27, 2012

Me and My Hijab Part 2

Salam,

This entry is a continuation form Me and My Hijab part 1.

From the beginning i'm wearing a hijab until now, a lot of kata-kata dari people yang saya sendiri x faham jenis yang macamaner perlu saya dengar.

I still remember, after one year with this hijab, one of my colleagues asking me this question. "Kak, what a the reason you wearing hijab? I heard from people, you are not wearing a hijab last time and they said you are dressing like a city girl".

I respect this girl, honest and asking the right person who have full authority to answer this question.
As a usual, i have no reason for this, for me if i want to change for a better life and future, no need to create so many reason.

What i'm confused now, people still talking about my past thing. Hurm, tak takut dosa kan? Mereka bangga bila memakai tudung, bila tidak bersentuhan dengan lelaki, bila menjaga solat, tapi terlupa menjaga kata-kata.

Tapi saya pun terlupa sesuatu, sedangkan dalam surau pun orang boleh mengumpat, inikan pula dimana-mana, betul x?

For those people just stated wearing a hijab, just ignore them. In Zaman Rasullullah, we call this type of people is Junnu Janah (story marker). No need to worry, may be have some blessing for you.

Masa lepas pakai hijab, a lot of my clothes kena cheap sale huhu...semua x boleh pakai because out of spec. Boleh katakan semua kena lelong.

Masa ni, dah start wearing long shirt and long skirt. Masa first rasa janggal n panas, dah lama-lama baju lengan panjang makin banyak lah pulak, sampai dah boleh buka butik.

To be continue

Si Cerdik dan Si Pelat at age 1 & 2 year old










Belek-belek album lama, terjumap gambar si cerdik and si pelat ni plak..terus masukkan dalam blog. Rindu sangat time diorang ni kecil-kecil lagi. Yela, nakal n lasak. Teringat time dulu, si cerdik lumur satu badan si pelat dengan planta, sampai berminyak-minyakla si pelat. Yang bagusnya, si pelat ni x menangis pun. huhu....nakal kan si cerdik ni, habis dia buat experimen kat si pelat ni. Si cerdik ni memang akak hyper sikit, and kadang-kadang memang a bit panas baran...huhu..si pelat plak, kreatif, kadang-kadang kalau tengah buat sesuatu, terjeli-jelir la lidah dia tu.