Pages

Wednesday, September 19, 2012

Tee Hui Yee - Pesakit Jantung Telah Meninggal Dunia





Sediy and sayu je bila dengar berita n baca paper pasal pesakit jantung yang pernah bergantung hidup dengan jantung mekanikal telah meninggal dunia. Sempat hidup sekitar 5 tahun selepas pembedahan @4 oktober 2007. Walaupun berlainan agama, tp sebagai manusia, wajar untuk rasa simpati kat semua orang...

Saya memang mengikuti perkembangan cerita tentang gadis ni, and ada follow up status dia after operation tu.. tapi semalam bila dengar dia dah meninggal, tergamam sekejap...:(

Kat bawah ni, saya ada copykan cerita pasal hui yee yang saya ambel dr sumber-sumber kat inetrnet.


Kepada keluarga gadis ini, saya ucapkan takziah.



sumber :-

http://mukjizatsaintifik.blogspot.com/2007/10/tee-hui-yee-shahiduzzaman-dan-cellular.html


>> Sunday, October 21, 2007
#fullpost{display:inline;}
Negara digawatkan dengan kisah pembedahan pemindahan Tee Hui Yee, seorang remaja cina yang telah dijalankan di Institut Jantung Negara (IJN). Beliau adalah pengguna jantung mekanikal menggantikan jantung asal. Oleh kerana jantung mekanikal yang digunakan oleh beliau hanya mampu bertahan selama setahun, Tee Hui Yee berusaha mencari jantung asli sebagai ganti. Saban hari gadis berusia 14 tahun ini, dalam kesedihan dan tangisannya, mengira-ngira bila nafasnya akan terhenti. Namun penantiannya selama 1 tahun berakhir apabila satu pasangan suami isteri sudi mendermakan jantung anak mereka kepada Tee Hui Yee.Pada 3 Oktober 2007, jantung penderma diterbangkan terus ke Kuala Lumpur melalui penerbangan ihsan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menunggu di Lapangan Terbang Ipoh. Menurut Utusan Malaysia, penderma tersebut berasal dari Sitiawan, Perak. Pada 4 Oktober, tepat jam 10.45 malam, Tee Hui Yee dibawa masuk ke bilik bedah dan menjalani pembedahan maraton yang berlangsung selama 13 jam.Namun begitu, Tee Hui Yee terpaksa menjalani pembedahan kali kedua apabila tubuhnya menolak jantung penderma pertama. Menurut ilmu sains perubatan, faktor utama penolakan organ insan lain disebabkan antibodi peneriama terlalu kuat. Dengan ini, sistem pertahanan badan menahan sebarang bentuk anasir luar untuk dimasukkan kedalam jasad penerima. Hasilnya, jantung atau sebarang organ tidak dapat diterima oleh tubuh penerima.Akan tetapi, di sana masih terdapat beberapa kemungkinan yang menjadi faktor penyebab kepada penolakan badan penerima terhadap organ penderma. Faktor tersebut dikenali sebagai Cellular Memory. Apakah ia Celular Memory itu? Cellular Memory ialah suatu istilah yang merujuk kepada perkara-perkara yang melibatkan memori, perangai, kegemaran dan citarasa yang mana semua itu tersimpan dalam setiap sel badan, bukan hanya tertumpu kepada otak sahaja. Menurut kajian sains lagi, setiap sel badan manusia, mampu menyimpan memori, perangai, hobi dan citarasa tuan empunya badan. Cellular Memory juga merujuk kepada kemampuan sel-sel badan menyimpan maklumat tentang personaliti, citarasa dan juga sejarah silam. Oleh itu, bagaimana pula sel-sel badan ini boleh menyimpan maklumat sepertimana otak?Kajian sains menunjukkan bahawa, semua sel berinteraksi di antara satu sama lain melalui rangkaian asid amino yang dikenali sebagai "neuropeptida" dan juga reseptor. Kajian-kajian sebelum ini berpendapat bahawa, asid amino banyak terdapat dalam otak sahaja. Namun begitu, selepas kajian baru dibuat, ia menunjukkan bahawa asid amino bukan sahaja tertumpu kepada otak, malah ia juga wujud di setiap organ terutama pada organ-organ penting seperti jantung.Kate Ruth Linton, seorang pelajar di kolej Montgomery, US, telah menulis satu jurnal berkenaan pemindahan jantung dan Cellular Memory yang bertajuk "Cellular Memory In Heart Transplant". Menurut jurnal tersebut, beberapa kajian telah dibuat terhadap penerima-penerima jantung. Kajian ini telah membuktikan bahawa penerima jantung terikut-ikut dengan tabiat serta perangai dari pendermanya.Sebagai contoh, satu kes telah berlaku pada Mei 1998 di mana satu pembedahan pemindahan jantung telah dijalankan. Claire Sylivia, seorang perempuan, menerima jantung dari seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang terbunuh dalam satu kemalangan motosikal. Tidak lama kemudian, Sylivia mendapati dirinya mengalami beberapa perubahan yang ketara pada selera, tabiat serta tingkah laku. Dia mendapati dirinya lebih terasa maskulin serta teringin memakan cili serta bir. Sedangkan sebelum ini Sylivia tidak menggemarinya.Selepas mendapati perubahan yang agak janggal pada dirinya, maka Sylivia pergi menemui keluarga penderma dan beliau dapati segala selera, tabiat dan tingkah laku hampir-hampir menyamai dengan Tim L., penderma jantung tersebut.



Sumber:-http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0111&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm



SIAPA dapat melupakan detik cemas pemindahan jantung Tee Hui Yee pada 4 Oktober 2007 setelah jantung pertama yang didermakan kepada gadis itu tidak dapat diterima oleh tubuhnya.
Pembedahan bersejarah itu dilakukan sebaik sahaja Hui Yee menerima organ jantung dan paru-paru seorang remaja dari Sitiawan, Perak, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Namun beberapa jam selepas organ itu dipindahkan, tubuh Hui Yee menunjukkan penolakan. Dia terpaksa menjalani satu lagi pembedahan, kali ini daripada seorang pekerja kilang yang kematian otak akibat nahas jalan raya. Dua pembedahan maraton itu mengambil masa selama 36 jam.
Bagi kebanyakan pakar, keadaan ini dianggap ajaib kerana dua pemindahan organ yang dilakukan kurang tempoh 24 jam berakhir dengan berjaya.
Di sebalik kehebatan pakar pembedahan tersebut, ramai terlepas pandang terhadap ‘benda’ kecil yang menentukan kejayaan pembedahan itu.
“Memang fizikal kotak pemindahan organ ini seperti tempat simpanan ais namun fungsinya amat penting.
“Ia cukup berharga hinggakan kebanyakan pemindahan organ bergantung padanya,” ujar Pakar Klinikal Bedah Jabatan Pembedahan Kardiotorasik, Institut Jantung Negara (IJN), Dr. Mohd. Nazeri Nordin.
Kadar kebergantungan pakar-pakar yang terlibat dalam sesuatu kes pemindahan organ terutama jantung ke atas ‘kotak ais’ itu amat tinggi.
“Paling mudah, lihat kes Hui Yee. Dengan jarak yang agak jauh (Perak ke Kuala Lumpur), pakar perlu menghantar jantung penderma yang diperoleh dengan segera dan memastikan organ berada dalam keadaan baik.
“Justeru, kelebihan kotak ais atau lebih dikenali kotak iglu yang mampu mengekalkan suhu serendah 0 darjah Celsius ini cukup fleksibel dan praktikal dalam memindahkan jantung,” katanya yang berpengalaman selama enam tahun dalam bidang pembedahan jantung.
Bukan sekadar peti pemindahan yang menentukan keadaan jantung, plastik yang digunakan untuk mengisi organ penting itu juga cukup berperanan.
KES Hui Yee menjadi contoh terbaik kejayaan pemidahan jantung di Malaysia.
Setiap jantung yang diperoleh daripada penderma dimasukkan ke dalam plastik khas mengandungi cecair penyejuk.
“Organ itu akan dibungkus dengan tiga lapisan plastik bagi mengelakkan organ tersebut ‘bersentuhan’ secara langsung dengan litupan ais sebelum diikat dengan ketat dan teliti.
“Lapisan kedua dan ketiga adalah ‘pelindung’ sekiranya terjadi sesuatu kepada lapisan pertama. Dalam masa yang sama ia berfungsi mengekalkan suhu tersebut,” jelasnya.
DR. MOHD NAZERI NORDIN
Lebih menarik, ais yang digunakan untuk menyejukkan kandungan plastik tersebut turut diproses sendiri di IJN bagi mengurangkan risiko jangkitan.
Proses penghantaran perlu dilakukan dengan segera dan teliti kerana jangka hayat bagi jantung hanya sekitar empat jam.
“Jantung adalah organ yang paling padu dan jika pemindahan berlaku, organ ini akan diperiksa, diselamat dan dikeluarkan terlebih dahulu, kemudian barulah paru-paru.
“Tambahan pula kita tidak mahu sebarang ‘kerugian’ akibat kerosakan jantung yang berlaku kerana kesilapan teknikal,” tegasnya.
Justeru, di samping kotak ais, kenderaan khas turut digunakan bagi melancarkan proses pemindahan organ penting terutama yang melibatkan situasi kecemasan.
“Lebih pantas organ itu sampai kepada penerima, peluang menyelamatkan pesakit itu lebih besar.
“Memanglah organ jantung boleh bertahan hingga empat jam, tapi lebih lama di luar lebih banyak risiko kerosakan akan berlaku,” jelas Nazeri.
Pengendalian organ dilakukan oleh sekumpulan pakar dan petugas terlatih. Namun di Malaysia pembedahan sedemikian baru dijalankan dua kali sejak 2005 kerana kekurangan penderma.
Sehingga kini belum lagi terdapat kes organ yang diperoleh rosak kerana kecuaian petugas ketika proses penghantaran.
“Semua pihak tahu kebarangkalian untuk memperoleh satu-satu organ terutama jantung bukannya mudah. Kami anggap detik ‘timbulnya’ organ untuk didermakan adalah saat yang cukup berharga.
“Ia teramat berharga hingga setiap langkah yang diambil dirancang dengan teliti,” ujarnya.