Pages

Wednesday, July 27, 2016

Edisi Kembar - Mengamuk

Kali ni aku terpaksa salahkan blog yang ajar aku cara menangani anak kecil yang tiba-tiba mengamuk sebab nak sesuatu sampai berguling-guling, Dalam artikel tu bagitau jangan pujuk atau marah dia masa time dia mengamuk, just biarkan dia dan pada masa yang sama cuba alihkan perhatian dekat perkara-perkara menarik supaya dia berhenti menangis….

Untuk si kembar????? Memang tak jalan langsung…kesudahannya dia berguling-guling kat lantai jusco sampai nak muntah-muntah….cisssss menyesal ikut tips tu….

Kesimpulannya: setiap anak ni berbeza, tak payah nak gatal-gatal tiru cara orang lain ajar anak depa…last-last dalam setengah jam dia mengamuk sampai guling-guling, dan untuk elakkan dari orang lain ingat aku mak yang tak berperikemanusiaan , aku angkut dia masuk dalam kereta walupun meronta-ronta, babap bontot sikit dan bagi susu….terus dia senyap dan tido…

Bye 

Kiasan

Dalam hidup ni banyak benda yang kita sendiri tak faham maksud tersirat dan tersurat. Kadang-kadang pepatah melayu, perumpamaan atau kiasan pun kita tak faham.
Aku buat entry ni sebab nak jelaskan satu kiasan yang aku kira sangat famous dan sentiasa disalah ertikan. “PEREMPUAN YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK. PEREMPUAN YANG JAHAT UNTUK LELAKI YANG JAHAT”.
Yang jadi persoalannya kenapa ada ustaz yang kahwin dengan pelacur? Kenapa ada bekas gay yang kahwin dengan ustazah?
Kat situ kita dengan mudahnya cakap, bini dia tu kan pelacur tapi kenapa dapat kahwin dengan ustaz yang baik macam tu?
Dengar sini, apabila seseorang hamba itu bertaubat nasuha (iaitu bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan berjanji serta berazam untuk tidak melakukan dan mengulangi perbuatan mungkar tersebut), maka dia tergolong di kalangan hamba yang bertaubat dan baik. Allah tak akan kira dosa-dosa yang terdahulu walaupun manusia sekeliling masih lagi memandang pada dosa dia yang terdahulu.

Maka, janganlah kita cakap owh dia tu bekas pelacur, so sampai mati pun dia tetap jahat…wak lu…yang menilai kebaikan dan kejahatan sesorang tu adalah Allah. 

Edisi Maksiat – Pawagam




Aku bukan Islam sekular jauh lagi berfahaman syiah mahupun ortodoks. Tetapi aku rasa bila ada pihak yang nak bina pawagam di Kelantan, tak wajar di pertikaian dan dihalang dengan mengatakan pawagam adalah tempat bermulanya maksiat. Maksiat dan pawagam adalah dua perkara berbeza, maksiat atas diri kita sendiri, kenapa bila nampak pawagam nak kaitkan dengan maksiat? Kenapa kalau nak beromen kena kat pawagam je? Sedangkan pawagam tempat orang menonton wayang, boleh je bawa family untuk berhibur bukannya bawak awek lepas tu beromen kat dalam panggung.

Kalau macam tu kenapa tak tutup hotel, resort, spa sebab kat sana pun ramai je orang buat maksiat terang-terangan? Kat rumah pun boleh buat maksiat, kat mana-mana pun boleh samada nak dengan tak nak je.

Orang bina pawagam sebab nak galakkan family gathering, diorang boleh bawa anak-anak tengok movie upin-ipin ke, dukun doctor dani ke…, bukan orang bina pawagam untuk buat maksiat.

Pernah ke tengok ada kain rentang yang cakap “CINEMA IS OPEN NOW, NOW EVERYONE CAN DO MAKSIAT HERE, CAN DATING HERE, CAN DO ANYTHING HERE”…

Maksiat ni atas diri kita, mungkin ada orang anggap hiburan tu pun maksiat. Bagi aku lah, selagi tak berlebihan tak mendatangkan fitnah, tak tinggal solat masa tengok movie insyaAllah benda tu bukanlah maksiat.

Boleh je pantau sapa-sapa yang datang dengan boypren kena pisahkan tempat duduk ke, anything yang can prevent fitnah and maksiat boleh je dilakukan. But nowdays lah, ramai yang pergi pawagam tu orang yang berfamily, bawak mak diorang, anak-anak untuk tengok movie. Aku pun selalu je bawa anak aku tengok cerita kartoon, at least dia terdedah dengan dunia luar sikit.

 

 

Tuesday, July 26, 2016

Edisi Kembar Tiga Rasa – Kuih Gunting


Sebelum ni aku dah banned biskut Mazola kerana menjadi penyebab si kembar terberak di subuh hari dan sekaligus aku kena bangun awal subuh untuk basuk “yak” dia.
Aku ingat malam tadi boleh tido dengan aman. Tapi tulah kita merancang, Allah yang menentukan, tepat pukul 3:50 pagi, anak aku sembamkan bontot dia kat muka aku, serta merta aku lemas di sebabkan bau-bauan yang macam tong sampah, cisss berak lagi. Terpaksa lah aku basuh berak dia dan macam biasa bila dah makan haruslah akan keluar sikit-sikit rupa paras benda yang kita makan, dan aku berjaya mengecam  cebisan daun kari yang macam terdapat dalam kuih gunting.
Ini semua salah kuih gunting!!! Dan terpaksa jugak aku sorokkan kuih gunting tu dalam almari….moga esok aku boleh tidur dengan aman tanpa gangguan dari mana-mana pihak berwajib.
 Tahun depan jangan harap aku nak beli biskut Mazola dan kuih gunting lagi!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, July 25, 2016

Edisi Kembar - Bala

Kalau diam tu bala sebab kat rumah aku tak pernah ada situasi diam yang mendamaikan, yang ada suara hiruk pikuk anak-anak yang bergaduh sesama sendiri or bermain sambil berkejaran dan berteriak "little lola" "little lola" sekeliling rumah....

Diam tu bala, dan sememangnya bala sebab lepas mandi pagi tadi aku terperasan baju kotor dah bercampur dengan baju yang elok. Memang bala sebab kena cuci semua baju tu balik sebab semua dah berbau busuk.....pppppp bala balaa.....

Pilihanraya USA

Wah kemain hebat promosi calon pilihanraya USA. Hillary Clinton or Donald Trump….
Ada yang tanya aku sokong siapa? Aku jawap aku sokong Donald Trump, dan selepas tu beribu-ribu carutan aku dapat dari kawan-kawan….hahahahahahaha

Kejadahnya aku nak sibuk Negara diorang, aku rakyat Malaysia kot….hihihi jangan marah daaaaa

Sahabat

Ramai yang tanya kenapa aku kurang bercerita tentang family dan jarang sekali aku share gambar aku satu family dan aku tahu ada ramai yang berkecil hati dengan aku bab benda ni. Maafkan aku kalau ada yang terasa. Tapi lepas aku jelaskan ni, harap sesiapa yang berkecil hati akan faham tujuan sebenar diri aku.

Aku bukan jenis yang suka bercerita tentang sesuatu yang bagi aku tak perlu kepada orang lain. Untuk kata yang lebih tepat aku hanya berkongsi dengan insan-insan yang aku gelarkan mereka sahabat. Sahabat yang susah senang bersama, yang tak pernah ada syak wasangka, sahabat yang tak pernah berkawan dengan aku atas apa-apa alasan kecuali ikhlas, sahabat yang tak pernah bermusuh dengan aku walau apa jua ujian dan dugaan dalam perhubungan, sahabat yang tak pernah stalk pasal diri aku semata-mata nak tahu cara kehidupan aku, sahabat yang terima aku seadanya, sahabat yang bukan hanya tahu ajukan soalan “kau kerja apa? Jawatan apa? Pakai kereta apa? Anak dapat berapa A masa exam? Husband kau kerja apa? Husband pakai kereta apa? Kau duduk rumah kat mana? Rumah apa? Sahabat yang tak pernah persoalkan kedudukan aku di mata dunia.

Maafkan aku kalau aku tak share dengan korang, tapi aku hanya mencari insan yang bergelar sahabat, bukan kawan yang masih ada rasa dengki, tak senang hati, syak wasangka, pulau memulau, sindir menyindir dan suka sampai menyampai cerita. Maafkan aku wahai teman.

Sahabat dan teman adalah dua perkataan yang seakaan-akan sama maksudnya, tetapi berbeza hala tujunya, dan insan-insan yang bergelar sahabat adalah orang yang selama ini setia dengan aku, setia hadapi cabaran dalam bersahabat, protect sedaya upaya bila ada yang mengorek cerita dari diorang, sahabat yang luhur dalam menyayangi aku.

Betul, semua sahabat tak pernah ajukan soalan yang di atas tu kepada aku, malah aku sendiri tak pernah membezakan mereka, sahabat ini lah yang selalu mengisi ruang sedih dan gembira hidup aku, sahabat yang aku selalu share cerita tentang anak-anak, family dan segala-galanya selagi ia tidak berbaur cerita tentang rumah tangga. Sahabat inilah yang selalu berkunjung ke rumah waktu hari jadi anak-anak aku, waktu open house atau waktu kenduri, inilah muka-muka yang setia dari dulu lagi.
Untuk korang, aku tahu korang baca blog aku, terima aku ucapkan untuk korang. Tak perlu aku mention nama sorang-sorang, sebab korang tahu siapa yang bergelar sahabat.


Terima kasih sahabat.

Edisi Kembar Tiga Rasa – Road Block & Parti Bogel


Edisi ni paling win setakat ni. Ni jadi petang semalam, lepas cuci kereta aku terus ambik Iqbal dan si kembar dari rumah pengasuh. Ondaway nak balik rumah ada roadblock, dan aku tak panic sebab selalu je ada roadblock dan x pernah pun ada issue. anak-anak pun memang semua duduk dalam car seat, so aku just bawak kereta macam biasa, sampai depan polis tu aku buka tingkap bagi salam, eh….time bagi salam tu baru aku perasan aku tak pakai seat belt, tapi aku buat-buat cool macam taka da apa-apa berlaku. Yang buat aku pelik, polis tu macam terperanjat bila tengok kereta aku dan terus suruh aku jalan sambil muka dia berkerut-kerut. Aku pun jalan je lah sebab takut dia tahan balik bila terperasan aku tak pakai tali pinggang….

Sepanjang jalan tu aku berfikir apehal polis tu tak tahan aku, memang terang jelas dan nyata aku tak pakai seat belt, tapi kenapa polis tu tak tahan aku langsung.

Bila sampai rumah, time aku nak turunkan anak-anak masa tu baru aku tahu kenapa polis tu tak tahan aku dan buat muka terkejut. Hahahahahaha yeszzza ada parti bogel dalam kereta aku, ntah masa bila diorang tanggal baju dan seluar hanya tinggal pampers!!!!!! Tiga-tiga hanya berpampers je sambil pakai rantai aku yang aku tertinggal dalam kereta, sekali pandang macam parti konsep hawaiiiiii.


No wonder lah polis tu terkejut, dan akibatnya aku menanggung malu sepanjang jalan nak masuk ke rumah sebab aku bawak tiga budak bogel….malas aku nak sarungkan diorang baju….hahahahahahahahaha 

Edisi Kembar Tiga Rasa – Tragedi Biskut Mazola


Tragedy biskut Mazola ni terjadi pukul 3 pagi tadi. Sedap nau rasa tido dalam ekon, gelap gelita…tengah syok-syok tido, tetiba aku dengar orang mengerang tapi aku abaikan sebab aku terfikir mungkin aku bermimpi. Tapi bunyi mengerang tu makin lama makin kuat sampai lah tiba-tiba aku terbau sesuatu yang busuk macam telor tembelang, aku rasa aku tahu bau apa tu, cepat-cepat aku bangun dan pegi cium bontot sorang-sorang. Kesudahannya si kembar kena jirus dengan air sejuk subuh-subuh buta sebab berak2, yang mengagumkan berak dia penuh dengan kacang hasil dari makan biskut Mazola.


So, jangan harap nak makan bizkut Mazola lepas ni, tak memasal aku kena bangun pukul 3 semata-mata nak cuci bontot dia….

Dan tak pasal-pasal aku terpaksa sorokkan semua biskut raya supaya dia x curi-curi makan time aku pergi mandi....ppppp

ISLAM FOBIA - Hujan Chennai di Kuala Lumpur

Islam fobia. Tapi in my point of view. Aku bekerja di Kuala Lumpur, di sebuah syarikat minyak British. Bangga? Tak langsung! Kalau balik kampong tok aku asyik lah cakap aku kerja pump minyak. Orang tua-tua bukan paham apa company minyak ni, bagi diorang petrol pump je lah. Siap cakap macamni “korang besok belajar sampai PHD, kak mimi kau belajar sampai master tapi keje kat petrol pump je”. Wah sentap ni…..siap cakap kerja petrol pump pun boleh pakai kereta, banyak ke duit sampai boleh bayar kereta?

Wah, itu lah persepsi tok aku, memang rasa nak tikam diri sendiri je. Dulu bila zed Zaidi marah arron aziz menang anugerah bintang popular aku tak berapa faham, but bila aku makin lama dalam industry minyak ni, makin aku paham kenapa dia marah bila orang asing monopoli bidang kita (tapi kes arron tu terpencil, hanya berapa je Singaporean yang ada, plus bersaing secara sihat).
Cerita tentang islam fobia in my version ni, a bit meluas dah rasanya yang sama situasi dengan aku. Most of engineer yang ada bukan dari kalangan rakyat Malaysia, boleh di kira berapa kerat orang local india,Chinese, melayu dan paling tepat hanya 15% orang tempatan. Belakang, kiri, kanan, depan, atas, bawah semua made in Chennai.

Dan dalam erti kata yang paling tepat, golongan engineer perempuan yang beragama Islam, hanya ada dua (termasuk diri aku). Belakang aku Chennai, everywhere Chennai, 1% pinoy, 2%english the rest is Chennai.

Aku tulis Islam phobia bukan sebab apa, sebab aku beragama Islam dan aku kelompok minority di tempat kerja yang berlokasi di Malaysia!!!!! Kadang-kadang aku rasa aku bukan duduk kat Malaysia, rasa cam duduk kat Chennai sana.

Fobia!!!! Ye fobia yang teramat, lagi-lagi bila aku terpaksa habiskan hari-hari aku mencium bau ketiak yang semerbak bertebaran di ruang office. Pernah aku terfikir nak beli deodorant untuk diorang, tapi aku musykil pandai ke diorang ni pakai, or diorang rasa diorang nyer bau ketiak tu seksi…Buweekkkkk .

Tolonglah wahai kerajaan, tolong lah pantau kebanjirang mereka ni, orang kita yang ada ir pun berlambak-lambak..aku bukan nak kata apa, dulu masa aku kena assign kat india sekejap, aku pernah jumpa sorang mamat ni, dia kerja tukang check paip je, tapi bila aku balik Malaysia dan tak lama lepas tu aku tengok dia keja kat Malaysia dan berpangkat Manager….
Impress….kenapa Malaysian susah sangat nak dapat kerja????why why and why????? Why all Bangladesh, Chennai, Myanmar, senang nau dapat kerja…lagi memeranjatkan bila ada technical expertise yang memerlukan syarat sebagai warganegara sahaja yang layak untuk jadi safety office (sebb kena register dengan dosh and niosh) dah di penuhi oleh Bangladesh…errr kot tak caya try pergi kat negeri yang tengah buat project Rapid….


Sunday, July 24, 2016

Qada Solat

Aku belajar solat masa aku umur 7 tahun (complete solatlah maksudnya). Tapi masa tu bukan faham sangat, yang tau nak main je, kalau tak jumpa kawan-kawan hidup aku rasa tak tenang je, sampai mak aku pernah halau aku adik beradik tidor rumah kawan kalau rasa tak boleh berpisah dengan diorang. Boleh tahan sentap lah mak aku time tu, ayah aku jenis cool je tapi bila dia bukak mulut, satu rumah senyap sunyi..makan dalam kalau dia cakap…mak aku pernah sentap sampai seminggu ngan ayah aku (sebab ayah aku cakap asam pedas mak aku cair, x kena dengan tekak dia).
Di akibatkan aku tak dapat mengekang nafsu nak main combat-combat dengan kawan-kawan, maka timbul lah “ajaran sesat” yang abang aku cipta. Korang pernah dengan “qada’ solat?” selalunya orang qada’ solat bila terlepas waktu, tapi ni lain punya qada. Kitorang awalkan qada’ solat sebab nak main combat-combat tanpa henti.

Waktu tu dah nak cuti sekolah, abang aku ajak qada solat seminggu. Maknanya kitorang qada solat seminggu awal, 7 kali subuh, 7 kali zohor, 7 kali asar, 7 kali magrib dan 7 kali Isya. Berjam2 kitorang solat, sebab nak habiskan awal, so nanti tak lah susah di kemudian hari. Aku pernah tanya abang aku, salah ke tak benda ni? Dia jawap benda ni tak salah, yang salah kalau tak solat, kita dah solat so tak salah lah.

Bila start cuti sekolah, kitorang memang tak duduk rumah dah. Macam-macam activity dah plan, pagi nak pergi main combat-combat, lepas tu main galah panjang, main pondok-pondok atas pokok dan macam-macam activity extream lah. Tapi aku pelik sebab kawan-kawan aku yang lain pun sama, tak de pun balik sembahyang, agaknya diorang pun qada’ sembahyang sama cam kitorang.
Bila petang, ayah aku balik kerja dan kebetulan aku tengah main kat luar rumah, boleh pulak dia tanya, dah sembahyang ke belum?. Aku memang jujur, so aku cakap aku dh qada’ sembahyang minggu lepas, so seminggu ni tak payah solat dah.

Akibatnya, seminggu tu jugaklah aku tak boleh main dengan kawan-kawan dan seminggu tu jugak aku kena dengar tazkirah dari bapak aku supaya tak terpedaya dengan dakyah sesat abang aku. Dan sebagai balasan kepada master mind, abang aku kena rotan kat punggung sampai berbirat2, tido pun guna sebelah badan je…hahahahahaha


Edisi Murid Kena Tampar

Makin hari, makin mengarut dunia ni, rasa dah malas dah aku nak hidup dalam dunia macam ni. Nak pergi mati aku belum cukup amal ibadat, maka kenalah aku hidup kat dunia ni tanpa prejudis (Ya Allah, masukkan lah aku dalam golongan yang solehah, aminnnn).

Aku malas nak buat kerja, so pagi ni aku just baca portal isu semasa lagi terkini. Isu yang tengah viral skang ni adalah isu “USTAZAH TAMPAR MURID SAMPAI PATAH LEHER”.
Mula-mula aku baca tajuk dia “USTAZAH SAMSENG”, hawau je jebauk yang letak tajuk macam ni. Nak lariskan news ke? Suka-suka label kan orang dengan gelaran macam tu. Ni boleh saman fitnah ni!.

Maka berduyun-duyunlah junnu Jannah mengutuk ustazah tu, dan maka berduyun-duyun golongan maksom (golongan yang perasan diri xada salah, padahal masih mengutuk) yang menulis maki-makian tanpa sebarang usul periksa serta memviralkan issue berkenaan ke group wassup yang sedia ada.

Bahaya betul dajjal mata satu ni, dengan post gambar dekat FB dan viralkan, satu dunia boleh trending. Mak aku dulu gelarkan “radio buruk bergerak” (khas untuk golongan mok cik2 yang pergi rumah ke rumah nak mengumpat), but now tak bergerak pun, dok setempat je, bila post pape citer kat fb orang lain akan share kat page masing-masing…maju sungguh teknologi sekarang, tak perlu surat berantai lagi.

Oklah, berbalik pada isu ustazah tampar budak perempuan kat sekolah, bapa dia viralkan dan kesudahannya cerita tu semuanya cerita tipu muslihat. Sejauh mana muslihat, aku tak tahu sebab itu seperti yang ditulis dalam media.

Aku just nak share opinion aku pasal benda ni, aku tak cakap cikgu cikgi, ustazah tu jahat or ntah apa-apa walaupun ada segelintir yang macam tu. Cuma bagi aku, tak salah merotan murid, rotanlah selagi tidak mencederakan murid dan mengaibkan murid tu, Cuma jangan disentuh bahagian muka dan kepala mereka. Baik ibu-bapa, guru or sesiapa pun, elakkan menampar, menolak kepala, pukul kepala sebab saraf penting banyak kat situ, berapa banyak kes orang hilang pendengaran sebab kena tampar? Otak bergegar sebab kena pukul kat kepala?. Apa yang aku nak tegaskan, sila pukul mereka kalau mereka bersalah, tetapi jangan pukul di tempat-tempat yang tidak sepatutnya, dan jangan memalukan pelajar di depan khalayak ramai.

Ustazah tu bagus, cuma menampar tu bukan kaedah terbaik untuk pukul. Dia buat perkara yang betul, Cuma mungkin bila kita di provoke, sabar tu dah hilang maka jadilah insiden menampar murid.
Pekerjaan guru dan nurse antara pekerjaan yang paling mencabar, memang kau rasa nak tampar je murid or pesakit yang degil-degil, tapi kena tengok balik apa tujuan utama kita pilih kerja yang macam tu? Sebab kita yakin kita perlu banyak bersabar, walaupun kadang-kadang ko rasa nak pacak je kepala diorang dengan cangkul.

Berbalik pada cerita tadi, budak tu memang dah salah dan secara-terang-terangan melakukan kesalahan dalam kawasan sekolah, bila kena tampar dia balik dan mengadu pada bapa nya, bapanya tak puas hati upload gambar yang anak dia cedera sebab kena tampar, disahkan ada masalah saraf sehinggan di masukkan ke hospital. Gambar yang diupload tu, dah di viralkan keseluruh pelusuk dunia kemudian di share oleh berjuta-juta penduduk, sampai akhir cerita sebenar terbongkar.
What can I say, bukan salah ustazah yang menampar but “ U JUST SPOILED YOUR DAUGHTER”. Sepatutnya sebagai seorang bapa, selidik dulu dengan berjumpa dengan ustazah atau pihak sekolah, dapatkan penjelasan bukan dengan cara sebarkan cerita tak betul yang akhirnya memalukan keluarga sendiri terutamanya pelajar terbabit. Of course satu kampong memang dah kenal dengan dia, tahu masalah peribadi budak tu, tapi bila bapa sendiri viralkan benda tak sepatutnya, cerita yang hanya satu kampong tahu tak sampai seminit satu dunia tahu pelajar tu bermasalah. Kesian kat budak tu kot, betul dia bersalah, betul dia ada masalah discipline, tapi sebagai bapa berjumpa dulu dengan pihak berwajib, jangan viral kan benda tak betul. Bila baca balik, orang kampong sendiri mengutuk budak tu cakap macam-macam. Now, masa depan budak tu yang terjejas, pergi sekolah confirm kena sindir dan cikgu2 pun tak berani nak sentuh or tegur.

Orang akan cakap tak jadi kat batang hidung sendiri boleh lah….wak lu, aku pun kalau benda ni jadi kat anak aku, takkan aku nak viral, mampos jap lagi orang dari tak kenal anak aku, terus jadi kenal. Sok-sok anak aku nak kahwin, boleh plak bakal mertua cakap “eh ni bukan budak yang bermasalah dengan cikgu dulu ke? Yang dah viral kat FB?”.  Sapa nak jawap, so if ada masalah jangan viralkan sesuka hati, fikir pasal masa depan anak tu, kalau anak kita salah terima kenyataan dan belum terlambat untuk di betulkan. Bila jadi macam ni, emosi budak pun rosak dan paling aku risau dia akan memberontak je nanti…Ya Allah lindungi lah budak tu…

Untuk ustazah dan guru2, bersabarlah dan gunakan denda tu dengan kaedah yang baik, pukullah mereka kalau nakal, tapi elakkan tempat-tempat yang tak sepatutnya.

Sekian


Jual Tanah

Sekaki tanah RM 2.50, paling tinggi kami boleh beri RM 3.00, ini harga yang YB setuju untuk naikkan.

Berderau darah aku mendengar explanation dari wakil pejabat tanah tentang urusan jual beli tanah untuk di jadikan empangan sungai jernih. Mengikut pemahaman aku, tanah ayah aku ada dalam 11 ekar dan di atas tanah beliau ada pokok sawit yang sedang mekar dengan buah-buah sawit gred A, dan paling mengejutkan harga yang ditawarkan oleh wakil pejabat tanah adalah tidak termasuk dengan harga pokok kelapa sawit itu. Adilkah? Orang kampong bersungkuk sangkak menanam sawit (ayah aku tak tana, dia keje gomen maka dia upah orang untuk tanam) tetapi bila masuk bab penjualan tanah, harga yang di berikan memang macam “HAWAU”, orang Melaka cakap “MACAM SEPAH HAWAU”.

Common sense, masa petronas nak buat project dekat tanah orang kampong, paling kurang dia akan bayar pada kerajaan negeri adalah RM 18 sekaki (tanah arwah tok aku dulu, dalam tahun 1990 an), dan masa tu diorang bayar pada tok aku dalam RM 8 sekaki (ini apa yang tok aku ceritakan), tapi time tu adalah tahun 1990 an, waktu tu RM 8 sekaki dah di kira besar. Sekarang tahun 2016, harga jatuh RM 3 sekaki! Semakin rendah nilainya. Aku lihat orang kampong yang mana tidak berpelajaran tinggi, semua seakan akan gembira bila dicongak dihitung dapat sorang 180 ribu, semakin lebar senyum masing-masing.

Melihat keadaan orang tua-tua yang aku rasa nak siku-siku je sebab teruja sangat dengan jumlah yang kedengaran hebat tu, aku mengambil keputusan untuk beri ceramah percuma kepada mereka.
Aku ajukan beberapa soalan kepada mereka, samada lepas ni apa perancangan mereka, di mana nak duduk sebb tapak rumah dah kena ambil, tanah kebun pun dah kena ambil juga. Apa yang mereka nak buat untuk sara hidup bila kebun dah kena jual. Kalau ada “plan”, nak beli rumah kat mana sebab rumah teres sekarang pun paling cikai mencecah 90-180k sebuah, sedangkan duit yang dapat hanya 180k (untuk tanah-tanah yang kurang dari 5 ekar). Adakah mereka pasti yang anak-anak mereka akan jaga mereka, akan beri mereka duit saran sepanjang mereka hidup? Adakah anak-anak sudi nak membenarkan mereka menumpang tinggal?. Semua soalan itu aku ajukan kepada mereka, selepas mereka mendengar soalan aku, dengan serentak mereka bangun dan terus hentak meja DO yang datang tu sebagai tanda tak setuju.

Bukan aku menghasut, tetapi janganlah sampai mengambil kesempatan kepada ketidak cerdikan warga kampong yang tak berpelajaran. Maka ayah aku antara salah seorang yang berkapasiti tinggi untuk “leader”, terus beri hujahan yang jitu dan mantap.

“saya rasa ini tidak adil, tidak adil!! Saya nak lawan dimahkamah, tak perlu pegawai penilai sebab kalau guna pegawai penilai, mesti akan sama juga nilai yang dinilaikan”.
Bapa aku memang arif dengan hal ehwal tanah, dan DO yang datang pun tercengang-cengang, tetapi terpaksa bersetuju dengan cadangan yang aku kemukakan, menurut DO itu lagi, kalau ikutkan pengalaman yang lepas-lepas mungkin harga yang baru yang ditawarkan oleh mahkamah adalam RM 9 sekaki.

Aku lihat orang kampong semua bersetuju, maklumlah nak jadi jutawan baru. Barulah lega hati mereka, sekurang-kurangnya jika tanah mereka dibayar RM 9 sekaki, maka juta juga yang mereka dapat, bolehlah mereka beli rumah baru, beli tanah untuk berkebun supaya kelangsungan hidup dapat diteruskan.

Aku berharap supaya janganlah sewenang-wenangya membeli tanah rakyat dengan harga yang hampir mencekik tempolok mereka, buat urusan jual beli win-win situation. Jangan fikir keuntungan negeri sahaja, fikir tentang kesusahan yang rakyat hadapi.

Doakan bapa aku berjaya dengan misi juta-juta, nanti aku bagi korang loan tanpa interest (tertakluk pada terma dan syarat) ...pppppp

Sekian.