Pages

Monday, February 27, 2012

Prawn & Fresh Orange Can Produce Arsenic If You Eat Together




Entry kali ni pasal kesihatan. Saya pun x dapat pastikan kesahihan vitamin c apabila di makan dengan udang boleh menghasilkan arsenik. Feel free to read this article.

Seorang wanita tiba-tiba mati dengan tidak disangka-sangka dengan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Selepas bedah siasat awal ia disahkan bahawa kematian disebabkan keracunan arsenik.

Dari manakah arsenik yang datang?

Polis melancarkan siasatan secara mendalam dan meluas. Seorang profesor institusi perubatan telah dijemput untuk datang membantu menyelesaikan kes itu.

Profesor dengan berhati-hati melihat kandungan dari < h. Dalam kurang dari setengah jam, misteri itu dapat diselesaikan.

Profesor itu berkata: 'simati tidak membunuh diri atau dibunuh, beliau meninggal dunia akibat kemalangan dari kejahilan!'

Semua orang hairan, mengapa kematian akibat kemalangan dari kejahilan?

Profesor itu menjelaskan: 'arsenik dihasilkan dalam perut si mati.' Si mati yang mengamalkan pengambilan Vitamin C setiap hari, yang dengan sendirinya tidak menjadi masalah.

Masalahnya ialah bahawa dia makan sebahagian besar udang semasa makan malam. Makan udang tidak mendatangkan masalah dan tiada apa yang berlaku kepada keluarganya walaupun mereka telah sama-sama udang. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama si mati juga mengambil vitamin C ', itulah yang mendatangkan masalah!

Penyelidik di University of Chicago di Amerika Syarikat, mendapati selepas melalui uji kaji, makanan yang seperti kekerang lembut (shell) mengandungi kepekatan yang lebih tinggi lima sebatian arsenik kalium.

Makanan itu segar dengan sendirinya tidak mempunyai kesan toksik terhadap tubuh manusia.

Walau bagaimanapun, dalam mengambil vitamin C, tindak balas kimia berlaku dan asal unsur-unsur bukan toksik berubah kepada unsur-unsur toksik.
Keracunan arsenik mempunyai peranan magma dan boleh menyebabkan kelumpuhan kepada saluran darah yang kecil. Oleh itu, orang yang mati akibat keracunan arsenik akan menunjukkan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga, JANGAN makan udang apabila mengambil vitamin C '.

Me and My Hijab Part 2

Salam,

This entry is a continuation form Me and My Hijab part 1.

From the beginning i'm wearing a hijab until now, a lot of kata-kata dari people yang saya sendiri x faham jenis yang macamaner perlu saya dengar.

I still remember, after one year with this hijab, one of my colleagues asking me this question. "Kak, what a the reason you wearing hijab? I heard from people, you are not wearing a hijab last time and they said you are dressing like a city girl".

I respect this girl, honest and asking the right person who have full authority to answer this question.
As a usual, i have no reason for this, for me if i want to change for a better life and future, no need to create so many reason.

What i'm confused now, people still talking about my past thing. Hurm, tak takut dosa kan? Mereka bangga bila memakai tudung, bila tidak bersentuhan dengan lelaki, bila menjaga solat, tapi terlupa menjaga kata-kata.

Tapi saya pun terlupa sesuatu, sedangkan dalam surau pun orang boleh mengumpat, inikan pula dimana-mana, betul x?

For those people just stated wearing a hijab, just ignore them. In Zaman Rasullullah, we call this type of people is Junnu Janah (story marker). No need to worry, may be have some blessing for you.

Masa lepas pakai hijab, a lot of my clothes kena cheap sale huhu...semua x boleh pakai because out of spec. Boleh katakan semua kena lelong.

Masa ni, dah start wearing long shirt and long skirt. Masa first rasa janggal n panas, dah lama-lama baju lengan panjang makin banyak lah pulak, sampai dah boleh buka butik.

To be continue

2012 Wedding Theme Color

Salam to all readers!.
If you plan to get married this year, please read this!. This is the 2012 wedding theme colour. Jangan sekat pemikiran to focus on one color, be a brave type, combine what color u like and match with the surrounding.

Check it out the latest wedding theme color for 2012

Dark Blue and Purple



Orang and Coral



Purple and Grey



Blue and Mustard



Pink and Brown



Turqouise and Purple



Apple Green and Yellow

Si Cerdik dan Si Pelat at age 1 & 2 year old










Belek-belek album lama, terjumap gambar si cerdik and si pelat ni plak..terus masukkan dalam blog. Rindu sangat time diorang ni kecil-kecil lagi. Yela, nakal n lasak. Teringat time dulu, si cerdik lumur satu badan si pelat dengan planta, sampai berminyak-minyakla si pelat. Yang bagusnya, si pelat ni x menangis pun. huhu....nakal kan si cerdik ni, habis dia buat experimen kat si pelat ni. Si cerdik ni memang akak hyper sikit, and kadang-kadang memang a bit panas baran...huhu..si pelat plak, kreatif, kadang-kadang kalau tengah buat sesuatu, terjeli-jelir la lidah dia tu.

Sunday, February 26, 2012

Me, Asmah and Intan at Istana Budaya - Asmah Bachelor Luch










Salam,

Entry kali ni x banyak pun....ni gambar kami bertiga...My self, Asmah and Intan
Time nie nak pergi makan tengahari kat Istana Budaya. Bachelor Lunch With Asmah n intan. Dah penghujung-penghujung zaman bujang...this coming Saturday and Sunday will be her big day.
Tahniah Asmah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! SELAMAT PENGANTIN BARU....

Kalau korang ada nampak gambar diorang kat kereta, ni masa diorang tengah gaduh sape nak duduk belakang...hahaha...as usual..asmah the winner...hihhi...

Kat Istana Budaya ni, food dia agak best. Kami makan nasi campur and ikan talapia bakar..nyummy-nyummy. Tapi paling best of course donat and kuih muih dia. Donut dia memang syok sebab lembut sesangat...:)

Siapa datang sini x rasa donut dia, memang rugi.

Habis je makan kami semua bergambar kat dalam Istana Budaya ni..saje je nak rakam kenangan.

Thursday, February 23, 2012

Sardin Masala Obinam






Salam.

Nama makanan ni sebenarnya sardin masala, tapi masa tu yang tukang makan n habiskan ialah don obinam, so saya letaklah nama dia kat hujung nama makanan ni.

Sejarah sardin masala ni bermula tahun 2009. Time saya still dekat office lama lagi. Ada sorang secretary mat salleh nak berhenti, and kitorang kena la bawak makanan sorang sikit dari rumah. Toleh kiri toleh kanan, diorang semua dah ada menu masing-masing, ada nasi lemak, roti canai, karipap,donat...fikir punya fikir, keluarlah idea nak masak sardin masala. Menu ni saya belajar dari sahabat saya berbangsa India Punjabi. Dulu dia buat untuk di makan bersama capati.

Ni bahan-bahan untuk sardin masala:-

a- 2 Tin Sardin (saya prefer ayam brand)
b- 2 Labu bawang besar (di mayang halus)
c- 1 Inci halia (di mayang halus)
d- 2 Sudu kecil serbuk cili
c- 2 Sudu Kecil serbuk masala
e- 2 sudu kecil biji sawi
f- 4 sudu besar serbuk kari ikan
g- Minyak Zaitun (kalau x ada, minyak biase pun boleh)
h- Sedikit air
i- 1 cawan kecil tomato puree
j- Cili besar (dipotong nipis)


Ni cara buat dia

Goreng sardin sehingga garing dan angkat.
Leraikan sardin tadi, buang tulang tengah.

Panaskan minyak, kemudian masukkan bwang besar dan halia yang telah dimayang halus tadi. Tumis sehingga naek bau,kemudian masukkan serbuk cili, serbuk kari dan serbuk masala. Kacau sehingga agak garing, kemudian masukkan air . Bila kuah menggelegak masukkan tomato puree dan ikan sardin yang telah di goreng itu tadi. Akhir sekali, baru masukkan cili yang telah dipotong nipis.
Dah siap, sedia untuk di hidangkan.

Boleh je kalau nak makan dengan capati atau pun roti prata.
Selamat mencuba ye.

Wednesday, February 22, 2012

Kisah Saya Dan Pokok Durian 2

Salam.

Semalam terbaca komen member pasal cerita Kisah Saya dan Pokok Durian part 1.
Memang betul tumbuhan, haiwan dan semua benda hidup laen semua boleh bercakap, tetapi mengikut cara masing-masing. Kita semua berkongsi tempat di muka bumi Allah ni, so kena give and take la ye.

Kalau cerita pasal pokok durian ni, memang saya tiba-tiba rindu sangat dengan mahkluk Allah yang satu ni. Itulah teman saya tidak kira waktu. Kalaulah pokok durian tu jenis boleh cabut letak dalam handbag and tanam dalam pasu, dah lama dah saya buat.

Sebelum saya bertunang dulu, ada singgah tengok pokok durian tu, keadaan dia ok, cuma mungkin kulit x berapa elok sangat, dah tua agaknya kan. Cuma x nampak uzur. Bila saya pandang ke arah pokok durian tu, secara automatik air mata mengalir. Rasa sedih dan sayu sebab saya dah x dapat duduk dekat pangkal dan bercerita sekerap dulu lagi. Haritu, turun je dari kereta, terus pergi ke pokok durian dan lepak kat pangkal pokok. Macam biasa, bila angin bertiup je, terus dahan dan daun bergoyang-goyang ikut tiupan angin. Saya pula menterjemahkan goyangan itu adalah tanda pokok itu gembira dengan kehadiran saya dan juga sayu bila saya lama sangat tinggalkan dia. serentak itu juga tangan saya menepuk-nepuk pangkal pokok itu, kira macam tepuk-tepuk manja.

Duduk bersandar sekejap, then luruskan kaki ke hadapan sambil pejamkan mata. Saya cuba mengingati kembali nostalgia bersama pokok durian kesayangan saya ni. Aman dan damai sangat. Kemudian saya berbisik kepada pokok durian itu, bahawa tidak lama lagi saya akan bertunang, dan dengan izin Allah saya akan berkahwin, dengan izin Allah juga saya akan mengandung dan seterusnya melahirkan zuriat. Seakan-akan memahami apa yang saya katakan, daun-daun gugur berterbangan, masa ni saya rasa syahdu sangat-sangat. Gembira apabila mahluk yang satu ini berkongsi rasa gembira bersama saya.

Saya dongak lagi ke atas dan saya senyum, walaupun pohon durian ni x boleh balas balik senyuman saya, tapi saya yakin dengan izin Allah dia melihat perbuatan saya waktu itu.

Kemudian saya bercerita lagi, lepas ni mungkin saya duduk jauh dan x boleh balik macam sekarang ni sebab saya akan ada keluarga sendiri, tapi saya janji saya tak akan lupakan pokok durian ni sebab dia adalah mahluk pertama yang saya kongsi susah dan senang. Walaupun dia bukan manusia, tapi dia adalah teman yang setia.
Saya katakan pada dia bahawa saya masih memerlukan dia lagi dalam hidup, dan perlukan doa dia untuk saya juga. Saya juga berjanji yang saya akan menceritakan kisah dia kepada ahli keluarga saya satu hari nanti.

X puas rasanya duduk di pangkal pokok durian, rasa sekejap sangat, kalau ada masa, saya akan datang untuk tengok pokok durian ini. Sebelum pulang saya sempat tinjau keadaan sekitar pokok, takut ada anai-anai yang akan rosakkan akar dia, saya belum boleh kehilangan pokok ni...