Pages

Sunday, August 5, 2012

Mee Bandung Muar




Korang rasa, makanan beli or buat sendiri yang best n sedap? dah tentu yang kita buat sendiri.

Kalau cerita pasal mee bandung, sure mesti ramai yang x puas hari sebab banyak mee bandung yang pakai sos cili je...ceh...ape kelas kan????


Kat KL ni, kat restoran selasih ampang park ada jual mee bandung muar yang special..memang pekat n sedap. udang dia pown manis lagi..erkkk citer time posa ni, tekak rasa berselero plak tetibe...:)


meh la, jemput baca resepi mee bandung ni..sure tangkap leleh kalau dapat makan..:)


Mee Bandung Muar


Bahan-bahan:
1 kg mee kuning 0 tangkai cili kering (buang biji jgn x buang plak)

1 labu bawang putih (diketuk je dgn pisau atau lesung batu)

5 biji bawang merah

½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air

½ cawan udang hidup

1 cawan daging rebus (dipotong nipis)

Sawi ( ikut suka, kalu x suke x yah ubuh mcm aku hehe x suke syur) Kobis (pon ikut suka)

¾ - cawan gula pasir

3 - 4 cawan air rebusan daging

1 sudu makan sos tiram

Telur ayam (ikut perut hehehe)

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut tepuk dada tnya sendiri


Cara memasak:
Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
masukkan minyak didalam kuali
Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
Masukkan sos tiram
Masukkan udang, daging rebus
Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Untuk menghidang (pastikan mee asing dgn kuah tkut nnt kembang nk mkn baru la dicampur bersama)
Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
Hidangkan.


Sorry yerk..i ambek bulat-bulat dari blog budak kecik ni...wink-wink

Coklat Cup Cake - My sis punya jugak....wink wink..:)



Salam semua.



Muahahahaha....banyak gile i cedor dari belog my sis...yela, saja je promotekan resepi dia tu supaya korang leh rasa..:)


Meh baca bahan dan cara-caranya:-

Bahan-bahan
85gm tepung naik sendiri
55gm gula kastor
55gm margerin lembut (soft margerin)
1 biji telur
1 sudu besar serbuk coklat

Cara-cara
campurkan kesemua bahan-bahan tadi. Kemudian putarkan sehingga adunan sebati , kembang dan lembut. Setelah itu masukkan adunan dlm acuan dan bakar pada suhu 220 darjah celsius selama 20min. Pastikan oven dipanaskan sebelum adunan dibakar. Siap !

Tau Fu Fah - My Sis Resepi








Ni resepi my sis gak..muahahaha..saje cedok dri belog dia...kuang-kuang.. Time puasa ni, memang banyak la benda yang dia nak buat...so yang jadi bahan ujikaji ialah orang-orang yang ada kat rumah tu la... :)

Tapi setakat ni dia nye resepi sedap la..korang boleh buat sendiri..senang n jimat.


So x yah cakap banyak...korang buat lah yerk..pastu ikot suka korang air gula dia korang nak letak perasa ape, pandan ke, vanilla ke...yang penting korang happy ngan hasil yang korang buat tu....:)


Bahan-bahan


1 kg kacang soya

6 liter air

50gm tepung jagung

10gm GDL (tu gambar nye..dah macam bunyi lesen GDL kan????)


Cara-caranya


Rendam kacang soya selama 4 jam dalam air. Ini untuk memudahkan kulit kacang soya dikupas. Selepas itu kacang soya ini dikisar bersama2 6 liter air. Campuran ini dikisar dan ditapis untuk mendapatkan air soya. Air ini kemudiannya dimasak sehingga mendidih. Sementara itu GDL dan tepung jagung dicampurkan dan dicairkan dengan sedikit air. Setelah air soya mendidih , air soya dicampurkan bersama campuran GDL dan tepung jagung. Campuran ini hendaklah ditutup dan dibiarkan sejuk selama 1 jam. Kemudian siap , boleh la dicedok :D




Saturday, August 4, 2012

Bihun Goreng Pattaya



salam.
Menu berbuka arini, bihun goreng pataya...hehe.
Dah lama nk buat, tp x tercapai sebab malas......
mula tu buat je bihun goreng biasa, lepas tu, dadar telur dlm kuali leper....bila dh masak, masukkan bihun goreng tadi, then lipatkn ikut suka korang....

ni resepi bihun goreng saya...
1/2 peket bihun-rendam sebentar
4 sudu besar cili mesin,
2 sudu besar bawang merah yang di kisar
1sudu kecil bawang putih yng di kisar
sedikit kubis
5biji fish ball di belah 2
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
sedikit garam

so korang gorengla ikut sukahati korang yek...:)

Thursday, August 2, 2012

10 Malam Terakhir Ramadhan



Salam.



10 Ramadhan terakhir tu, merupakan malam buruan semua umat islam, tapi jangan terkejut, ada antara rakan-rakan saya yang bukan beragama islam turut memperakui kelebihan bulan ramadhan.



Teringat masa zaman belajar dulu, sahabat saya ni, berbangsa baba dan nyonya. Tapi selalu ikut saya puasa sebab waktu ramdhan, dia x ada member nak makan..hehe, so secara x langsung dia pown terjebakla puasa.



Nak di jadikan cerita, 10 malam terakhir tu, dia selalu terbangun bila saya solat n baca yassin. Yang bestnya, bila saya berdoa, saya nampak dia pown sama tadah tangan juga. Lepastu saya tanya dia, apa yang dia doakan masa saya berdoa tu?


Dia cakap, kalau boleh dia nak sambung belajar kat new zealand, sebab tu cita-cita dia, mintak tuhan lorongkan rezeki dia..



Waktu 10 malam terakhir ni, kita sama-sama lipat gandakan amalan kita.


Kat sini saya nak kongsikan doa untuk semua pembaca yang selalu baca blog saya ni. Doa ni ialah untuk kepada wanita dan lelaki yang masih belum berkahwin.

Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah :

Menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah.

Digalakkan juga supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.

Ibu bapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena.

Bagi suami isteri pula 10 malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.

Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: “Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”.

Dengan demikian, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, dan mempertingkatkan amal ibadah mudah-mudahan kita dipermudahkan oleh Allah SWT untuk melakukan amalan-amalan khususnya 10 malam terakhir ramadhan ini agar kita menjadi hamba Allah SWT yang bertuah di dunia dan di akhirat.

Nasi Tumpang












Korang mesti tau nasi tumpang kan? nasi ni banyak kat area kelantan, kat KL pown ada...memang sedap...dia bungkus dalam daun pisang..dia buat macam balut tapai, cuma a bit panjang dr tapai la...ada nasi, kerisik n lauk-pauk,...nyum-nyum...

Nasi kena masuk time panas-panas supaya dia berhimpit cantik ngan lauk-pauk...:)



baca ni yerk...i ambek dari blog orang..



"Nasi yang dimasak agak lembik dan dibungkus bersama dengan lauk-pauk seperti ikan, udang, telur dadar dan sambal. Pada masa dahulu Nasi Tumpang ini disediakan sebagai bekalan kepada nelayan yang turun ke laut.


Dalam bungkusan daun pisang yang tersedia, Nasi Tumpang kelihatan seperti nasi impit tetapi beradun pelbagai lauk pauk yang disatukan. Nasi ini dimasukkan ke dalam kelongsong daun pisangketika panas selepas dimasak.
Di bahagian atas, hujung yang besar - diletakkan lauk pauk, ada sambal pedas, potongan ikan tongkol dan serunding ikan. Nasi Tumpang sedap dimakan pada waktu sarapan sepertimana kita makan Nasi Lemak. Seperti juga Nasi Lemak, Nasi Tumpang sesuai dimakan pada bila-bila masa."






Monday, July 30, 2012

PIZZA ADIK AKU - Kejam Giler Kau Intan...










Salam..


Huhu, kejam giler my sis ni...buat pizza kat rumah, mentang-mentangla dia dah habis semester..so skang dia bersuka-sukaan kat rumah sambil buat food yang best-best...hurmmmm


sediy kan...tapi i still gak nak kongsi resepi budak kecik nii..geram tau.


Resipi Roti:

125gm tepung roti
160gm tepung biasa
200ml air suam
1 sudu teh yis (mauripan)
1/2 sudu teh madu
1 1/2 sudu teh minyak
3/4 sudu teh garam

langkah-langkah:
campurkan yis , garam dan air kacau. Masukkan campuran tadi dengan minyak dan madu digaul dengan campuran tepung sedikit demi sedikit. Uli atau putar sehingga adunan menjadi lembut dan tidak melekit. Sekiranya masih melekit ditangan uli dengan sedikit tepung sehingga mnjadi doh.Tutup doh dengan kain basah dan tinggalkan selama 1 jam. Doh ditekan dengan jari untuk hasilkan lubang pastikan lubang itu tidak tutup kembali menandakan doh telah bersedia. Kemudian masukkan dlm bekas acuan.


Topping:
Nenas
Daging kisar( boleh guna ayam atau daging)
Cendawan butang
Mozarella
Chedar
Sos spaghetti

Langkah-langkah:


Sapukan diatas roti dengan sos spaghetti ( prego bolognese) kemudian taburkan cheese mozarella dan lapiskan dengan daging kisar. Setelah itu aturkan hirisan nenas dan cendawan diatas daging kisar. Taburkan cheese chedar diatasnya . Bakar pizza pada suhu 240 darjah celsius selama 20 min. Siap !


Intan cayang, nanti i balik...tolong buat yerk...hihi:)