Pages

Thursday, August 9, 2012

FREE KFC,MCD,SUBWAY & STARBUCKS COUPON TO REDEEM








Hai semua,

Just print the coupon and redeem it before expiry date yerk...

Saya dah beberapa hari "me redeem" kupon ni...syok giler..jimat gak la...yela, kalau beli makanan kat pasar ramdhan, harga melampau giler...teringat semalam, beli Chicken Khabsah kat Param (Pasar Ramadhan) area Jusco AU2. Nampak macam sedap, so beli lah, harga dia RM 10!!!!!!!!! hokey (mahal giler). Bila balik, dah berkobar-kobar nak makan, sekali suap...rasa nak menangis..time ni la teringat my sis kat kampung....dia masak lagi sedap kot.


Kalau ye pown nak berniaga, janganla sampai ambek kesempatan..so lesson learn dia, beli dekat orang yang jadi peniaga tetap dari sebelum ramadhan lagi...InsyaAllah memang sedap rasa dia.

Wednesday, August 8, 2012

MEE KARI KETAM@KERAMAT



Ni tempat mee kari ketam..kat KL..
Kat air buah gelas besar tu..area situ…memang best…
Kalau x tau gak, pernah dengar mash nasi ayam(pernah masuk jalan-jalan cari makan)..kat situ la..:)

Ni alamat dia...


75A/4 Jalan Keramat, Dato Keramat,

54000 Kuala Lumpur(bersebelahan masjid Al Akram , pasar keramat)

bawah flat Baitul Mal

Bertentangan dengan Mash Nasi Ayam

Contact Person-019-234 6388 usamah , 019-249 6054 ubaidah

Tuesday, August 7, 2012

Berita Pelik - Perlu Ke????????



Boring bila baca akhbar skang..banyak cerita yang x sepatutnya keluar..memangla tujuan untuk bagi kesedaran kat orang supaya x buat benda-benda x sepatutnya...tapi perkara ni akan memalukan si mangsa walaupun butiran mangsa x dipaparkan..

Baca cerita kat atas ni...:



UBAT KURUS BOLEH SEBABKAN KEMANDULAN


Hurm, ramai yang x tahu ubat kurus ada kesan sampingan kepada kepada manusia. Ia boleh menyebabkan kemandulan. Banyak ubatan yang mengandungi bahan-bahan berbahaya yang kita sendiri x tahu berapa sukatan sebenar yang terdapat dalam ubat.

Salah satu cara untuk mengesan kesan negatif ialah, apabila kita mengambil ubat kurus, secara tiba-tiba waktu yang kita jangkakan waktu subur kita, tiada langsung pengeluaran cecair yang menandakan kita subur (biasanya time subur vagina kita akan mengeluarkan cecair sebagai petanda ovum telah terhasil).
Berhati-hati, jika keadaan ini berlaku, hormon anda berada di dalam keadaan tidak stabil..

QUOTE Kat bawah ni i ambek dari laman web Dr Rozmey..

JITRA,29 Jan (HPM)–Ramai wanita kini sanggup berbuat apa saja demi kelihatan cantik.
Ada yang mengambil jalan mudah dengan melakukan pembedahan buang lemak, pengambilan pil kurus dan sebagainya.
Namun, dalam kerakusan menguruskan badan, ramai wanita tidak mengambil berat akan kandungan yang digunakan dalam pil kurus tersebut.
Banyak kes kematian yang melibatkan pengambilan pil kurus dan jamu yang mengandungi bahan kimia yang merbahaya.
Selain itu, pengambilan pil kurus yang tidak diketahui kandungannya boleh menyebabkan masalah dalaman seperti kemandulan, masalah rahim dan sebagainya.
Sebagai pengguna yang bijak, anda dinasihatkan agar membuat rujukan ke mana-mana pusat kesihatan jika mahu membeli produk menguruskan badan

Jiran Cafe @Keramat






JIRAN CAFE
5 Petang -12 Tengah Malam
Hubungi En.Fazli @ 013-3699436


Harini berbuka puasa kat area keramat je.
Boring nak buka kat rumah, so saya pown berbuka bersama-sama ALIN kat JIRAN CAFE.
kawasan ni dekat dengan area kedai mara, kira kat area situ la..kalau nak lagi senang tau, kat tapak pasar malam ari ahad @keramat. Ha, ari ahad ada satu je tapak pasar malam kat keramat tu..

Jiran Cafe ni baru je sebulan buka, so service dia belum betul-betul well manage. Tapi kat sini main course dia western la..PIZZA. Ramai orang order pizza dia. Sedap kot? tapi saya x try pown. Makan Italian Fried Rice n Alin plak makan Laksa Johor.

So korang mungkin boleh try dalam 2-3 bulan lagi, sebab time tu diorang dah well manage. so meh cuci mata ngan JIRAN CAFE nih yerk.. Sorry gambar makanan dapat ambil satu je, sebab dah habis kena bedal..:)






Merawat Penyakit Dengan Ayat Quran

Salam.

Kita selalu ambil remeh tentang penyakit-penyakit yang ada. Kadang-kadang kita lebih percayakan BOMOH dari doktor.

Selain dari berjumpa doktor, kita still ada alternatif laen untuk merawat penyakit...Al-Quran kan boleh dijadikan penawar...

CONTOH SURAH DAN AYAT PENAWAR

Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawarnya di dalam Al-Quran. Sebagai contohnya.

Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)

Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kecil.

Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.

Ayat-ayat dalam surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections". Ayat ayat dari surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotik.

Surah An-Nahli ayat 35 hingga 47, ayat 66 hingga 74 dan ayat 81 hingga 89 untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang) dan juga untuk peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.

Ayat-ayat dari surah Al-Anbiyaa', surah Al-Qasas, surah Huud dan surah Kahfi khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.

Ayat-ayat dari surah Yusuf dan surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki.

Ayat-ayat dalam surah Maryam, Anbiyaa' dan Imran untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan.

Ayat-ayat dari surah Mukminun, Yunus, Hud, Anbiyaa, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-Qasas dan lain-lain surah untuk pelbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit.

Ayat-ayat dari surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual illness".

Silalah beramal dengan surah-surah dalam Al-Quran yerk...:)

Sunday, August 5, 2012

Puding Karamel




Malas nak cakap banyak..i puasa harini..penat...so korang bacalah yerk...:)





PUDING KARAMELbahan2
400 ml susu segar
5 sudu besar gula halus
3 biji telur (pada suhu bilik)
2 biji telur kuning (pada suhu bilik)
2-3 titik esen vanila
100gm gula
30ml air





cara2
mula2korang hanguskn gula tadi smpi perang tau kemudian masukkan air kacau smpi rata maksudnye x de buku2 atau ketul2
da siap ketepikn kite beralih pada krim, susu segar, serbuk vanila, telur dan esen vanila..Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60′C..
Dengan susu yang masih panas, masukkan sikit demi sikit ke dalam telur tadi. Kacau hingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi
Tutup loyang dengan dua lapis aluminium foil / penutup periuk pun boleh. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit.
Atau, bakar dalam oven. Tapi, perlulah diletakkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150′C.Bila dah masak, jangan buka aluminium foil. Biar 5 minit baru buka. Bila dah sejuk, simpan dalam peti ais.
SIAP! Dah boleh makan.