Pages

Thursday, March 8, 2012

Hutan Aokigahara

Selamat Malam..

Tadi masa balik dari kerja, sempat gak belek2 majalah kat kedai buku, selak punya selak...terkeluar plak gambar pasal Hutan Aokigahara.

Meh kita tengok ape istimewanya hutan ni. Hutan Aokigahara ni terletak berhampiran gunung fuji di jepun. Hutan ni merupakan tempat kedua paling popular selepas jambatan Gordon Gate di sanfrancisco untuk membunuh diri. Setiap tahun statistik kes bunuh diri meningkat, sehingga pada tahun 2010 seramai 243 kes cubaan membunuh diri berjaya dikesan.

Kawasan ni sangat menggerikan, kerana ramai yang memilih untuk menghabiskan riwayat mereka dengan meminum racun atau menggantung diri. Banyak mayat tergantung di sini. Masyarakat jepun di sini percaya hutan ini telah penuh dengan semangat jahat kesan dari aktiviti membunuh diri yang semakin rancak.

Bermacam-macam cara kerajaan jepun buat untuk menghalang aktiviti ni, tapi x jugak jalan. Pasangla papan tanda ke, kain rentang ke, diorang still gak ngan aktiviti bunuh diri. Kalau ye pun sedih, tak yah la bunuh diri tul tak? check it out ngan gambar kat bawah ni...post sikit-sikit jerk..kang ada plak yang ngeri nak tengok blog saya ni..


Tuesday, March 6, 2012

ACTIZEN FOOT MASK







Salam.
Entry kali ni bukan untuk perempuan sahaja o.k, lelaki pun boleh guna sebenarnya. Benda yang saya nak tunjukkan ni adalah FOOT MASK. Kepada golongan wanita yang berhempas pulas seharian kat dapur memasak sampai tumit dan bahagian kaki jadi kematu sampai merekah-rekah, saya syorkan guna FOOT MASK ni, benda ni sangat bagus dan berkesan. Kulit mati dan benda-benda kematu boleh hilang.
Kesan dapat di lihat selepas 4-6 hari pemakaian, pengelupasan pula akan berakhir pada hari ke 7-8, tetapi bergantung kepada tahap kekerasan kulit kematu anda tu la. Kalau jenis yang teruk sangat, anda perlu mengulangi memakai FOOT MASK ini, supaya betul-betul berkesan.

For more details go to this page:
http://actizenskincare.blogspot.com

Contact No:- 012-4172818
Email:- ecobeautystore@gmail.com

Kat bawah ni cara penggunaan FOOT MASK ni..Check it Out ya!


HOW TO USE:
1. Cut along the dotted line of the packet.
2. Remove both Actizen Foot Masks from the packet.
3. Wear the Actizen Foot Masks on both feet as if you are wearing socks.
4. Peel off the 2 sides of the waterproof stickers and press them firmly to fit.
5. You may wear socks over the masks to keep the mask in place while you move around.
Note: You may also tie another piece of plastic bag over the feet if you do not wish to wet your floor with foot mask essence while you walk around.
6. Wear foot mask for 120 mins and remove. Rinse feet with water.
7. Recommended to use once a month for initial stage.

EFFECT AFTER USE:
1. Horny layer (dead skin cells) from the foot is expected to peel off in 4 to 6 days time after using the mask.
2. When peeling occurs, soak feet with warm water for about 30 mins. User may gently rub off the dead skin during this time.
3. The peeling process is normal, harmless and is expected to last for a few days.

@Hot FM - Lelaki Berkahwin Dua

Assalamualaikum.
Tiap-tiap hari masa drive pergi kerja, saya selalu dengar channel Hot FM sebagai riadah telinga. Selalu tu, topik yang di hidangkan sekadar biasa-biasa sahaja, cuma pagi ni hati saya sedikit tercuit dengan isu yang di perdengarkan. Isu bermadu atau lelaki kahwin dua. Dulu pun ada juga isu ni keluar, tapi penceritaannya berbeza.

Masa dengar x rasa ada yang istimewa, sehinggalah seorang pemanggil bernama Harith, berusia 30 tahun dan mempunyai 2 isteri. Kemudian faizal bertanya kepada beliau apakah tips yang membolehkan beliau berkahwin 2 pada usia yang muda.

Ikuti jawapan harith dibawah ini.

"Saya berkahwin dua bukan sebab saya ingin mencari yang cantik atau memuaskan hawa nafsu. Isteri kedua saya adalah seorang bekas GRO dan lebih tua dari saya. Pernah bersekedudukan dengan lelaki yang bukan muhrim selama setahun kemudian terbabit dalam kancah GRO. Saya mengenali isteri saya bukan di kelab malam tetapi di sebuah kedai makan. Alhamdullillah sekarang sudah bertudung, berjubah, rambut yang dulu merah sudah kembali hitam dan sudah kembali mengerjakan solat.Sebenarnya ramai perempuan sebegini di luar sana yang kita lihat kotor dan hina tetapi mereka mempunyai hati yang bersih untuk berubah cuma mereka masih mencari insan yang boleh membantu mereka. Saya menyayagi isteri saya kerana Allah dan ikhlas untuk membantunya berubah".

Petikan di atas sedikit sebanyak yang saya ingatlah. Kemudian faizal bertanya, adakah isteri pertama beliau boleh menerima dan terkilan kerana memilih madu yang begitu. Harith menjawap, jika diikutkan terkilan tu boleh datang dari kedua-dua pihak, dari pihak beliau juga pasti akan rasa terkilan dengan cara hidup isteri kedua beliau tetapi perlu redha dengan apa yang dilalui oleh isterinya dahulu dan bersama-sama membantu untuk berubah. Menurut harith lagi, isteri pertamanya, memberikan sokongan untuk beliau mengubah isteri keduanya,yang penting perlu ihlas.

Nasihat terakhir yang membuatkan saya terkesima sekejap bunyi dia macam ni..

"saya merayu kepada semua lelaki di luar sana, tolong jangan rosakkab kaum wanita, kerana hiduo ini umpama roda, bayangkan jika suatu hari nanti anak kita berada di tempat kaum wanita yang telah dirosakkan".

Penutup yang sangat jelas dan penuh makna. Kita selalu buat ikut suka tanpa perlu memikirkan balasan yang akan kita terima pada masa akan datang. Kadang-kadang kalau x kena pada diri kita, anak atau ahli keluarga kita yang akan terkena bahana dek perbuatan kita dahulu...so hidup baik-baik di muka bumi Allah ini. Kita ni sama sahaja, kaya macamane pun, kita tetap menumpang di bumi Allah, makan rezeki yang Allah beri, hirup udara yang Allah beri..tak ada beza kita semua nanti.

Sunday, March 4, 2012

Selamat Pengantin Baru to Asmah dan Zulfahmi
















Today entry pasal wedding my best friend SITI NORASMAH YAKUB AND ZULFAHMI YAAMAT @ Pusat Komuniti Gombak Setia, Gombak.

Mereka ni bertunang sekitar bulan Jun 2011 dan selamat di ijabkabulkan pada 3.3.2012. Pada 4.3.2012 pula adalah majlis resepsi mereka. Alhamdullillah, semua berjalan lancar. Majlis akad nikah bertemakan Aqua Blue dan majlis persandingan pula bertemakan gold, cantik dan gah.

Di awal majlis kami di hidangkan dengan clip video pertemuan mereka kira pre-wed video lah, diikuti dengan video pernikahan dan memori kedua mempelai ketika zaman bujang...

check it out this wedding picture..

Thursday, March 1, 2012

30 Petua Memikat Suami/Lelaki Anda



Salam.

Boring lah pulak hari-hari cerita pasal kesihatan kan? Harini tukar selera, kita bincang isu kekeluargaan. Hehe, sila baca info kat bawah ni yek...


Happy reading!!!!!!!!!


30 Petua Memikat Suami/Lelaki Anda

Bagi isteri yang baru bernikah yang ingin terus kekal Memikat Suami/Lelaki nya menyayangi dan menghormati akan kehadiran nya. Dan pada bakal isteri pula akan mencari jalan supaya bakal Memikat Suami/Lelaki sentiasa sayang sepanjang hayat.Umpama sahabat dan kasih sejati.

Untuk gadis dan wanita yang belum berkahwin,ianya boleh dijadikan pertambahan ilmu dan modal nasihat buat teman -teman nya yang sudah berkahwin.

Maka di bawah ini antara cara-cara memikat suami/lelaki anda :

1. Selalu berdoa agar Memikat Suami/Lelaki sentiasa menyayangi kita.

2. Bila Memikat Suami/Lelaki balik dari kerja, tegur dan sentuh Memikat Suami/Lelaki sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan Memikat Suami/Lelaki sepanjang hari. ( jika Memikat Suami/Lelaki dalam mood yang sesuai)

4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.

5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah Memikat Suami/Lelaki. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

6. Ruangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada Memikat Suami/Lelaki.

7. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh Memikat Suami/Lelaki dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

8. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran Memikat Suami/Lelaki )sekali-sekala.

9. Beri pujian terhadap penampilan Memikat Suami/Lelaki – rambut, wajah, pakaian,kacak,kesederhanaan dan seumpamanya

10. Cepat-cepat pujuk bila Memikat Suami/Lelaki marah atau berkecil hati.

11. Minta bantuan Memikat Suami/Lelaki hanya jika sesuai–sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

12. Elakkan Memikat Suami/Lelaki dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

13. Bila Memikat Suami/Lelaki memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. ( Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

14. Bila Memikat Suami/Lelaki meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. (Sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian )

15. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada Memikat Suami/Lelaki sekurang -kurangnya 2 kali sehari.

16. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu Memikat Suami/Lelaki apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan Memikat Suami/Lelaki.

17. Bila Memikat Suami/Lelaki bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

18. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh Memikat Suami/Lelaki, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat Memikat Suami/Lelaki terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

19. Tanya Memikat Suami/Lelaki bila dia ingin berehat atau tidur.

20. Peluk Memikat Suami/Lelaki dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

21. Telefon Memikat Suami/Lelaki di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila Memikat Suami/Lelaki menggalakkannya.

22. Jika Memikat Suami/Lelaki perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

23. Jangan ganggu Memikat Suami/Lelaki ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

24. Jika Memikat Suami/Lelaki marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

25. Bila meminta bantuan Memikat Suami/Lelaki :-
* terangkan pada Memikat Suami/Lelaki dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan.
* Beri pilihan kerja yang disukainya.
* jangan menyuruh-nyuruh
* gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.

26. Pesan ke Memikat Suami/Lelaki untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

27. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama walaupun Memikat Suami/Lelaki berbau busuk, diamkan saja dan terima dengan hati yang sabar.

28. Sokong pendapat Memikat Suami/Lelaki kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

29. Peluk dan belai Memikat Suami/Lelaki sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

30. Sentiasalah lafaz 3 kata "I LOVE YOU"

Wednesday, February 29, 2012

TEPUNG BERAS & FRENCH OIL SOAP





(Sabun tu lebih kurang camni la, cuma packaging je warna lain)



Salam.

Mesti pernah dengar apa itu tepung beras kan? Kalau masa kecil-kecil dulu, mak saya selalu buat goreng pisang salut ngan tepung beras n gandum. Tapi bila dah besar ni, macam-macam benda saya explore.

Punca sebenar saya betul-betul menghargai kehadiran tepung ni bila saya kena ruam yang sangat teruk sampai kulit timbul bengkak-bengkak sebesar syiling 5 sen. Memang sakit, penat pakai macam-macam sabun, tapi x jugak jadi. Tiba-tiba ada kawan email tentang tepung gandum boleh hilangkan kesan lecur. Saya pun dapat satu idea, kalau tepung gandum letak kat badan, akan melekat, so saya tukarkan pada tepung beras. Tapi kalau tepung beras je mana nak effective kan, hehehe..jeng jeng jeng....saya masukkan sekali air limau nipis dalam resepi kulit saya ni...muahahahaha. OK, balik nanti saya akan try.

So, masa balik, saya pergilah watson kat depan rumah ni, then cari la barang-barang penjagaan diri, belek-belek punya belek, tiba-tiba tangan saya ni laju je capai ada satu sabun ni "FRENCH OIL SOAP". Sesuai di pakai untuk muka dan badan. Biarkan selama 3 minit, kemudian cuci. Sesuai untuk pesakit eczema.

Terus saya ambil sabun tu dan bayar. Sampai je kat rumah, saya masukkan 2 scoop tepung beras, dan larutkan dengan air limau nipis. Lepas tu saya pun sapu dikawasan ruam tu.

HOHOHOHOHOHOHOHO sangat pedih...berlinang sekejap air mata...hish...cari pasal betul exsperimen ni...saya biarkan semalaman, biar dia sebati kat kulit. Pagi besok tu baru saya cuci dan sabun dengan FRENCH OIL SOAP tu. Menakutkan, ruam tadi jadi merah kehitaman, huhuhu...cuak sekejap...takpe, kita tunggu sampai 3 hari. Lepas 3 hari rasa lihat kulit sekitar ruam tu mengelupas dengan banyaknya. Yang bestnya, saya cuma gunakan adunan tu sekali sahaja, tapi masuk hari ke 5, kulit baru terus tumbuh! huh terkejut saya. Ruam elok, kulit pun bersih. Bermakna kombinasi tepung n limau dan Sabun french oil tu sangat berkesan.

Sabun tu pun bagus untuk kulit badan dan muka. Kalau sesape ada jerawat, silalah cari sabun ni kat watson yek...

Lepas tu saya pun mcam biasa, bagi kat kawan-kawan n sedara-mara sabun tu, perfect!!!! semua yang pakai sabun tu, repeat beli...

Dia jual 3 peket around 7-8 ringgit.

UBAT CACING....



Salam all readers,
Penuh minggu ni entry saya pasal health. Saje buat entry mcam ni, sekurang-kurangnya dapat share all this info dengan anda semua.

Malam ni kita go to UBAT CACING. Kalau sebut isu ni, ramai teringat time kecil-kecil dulu kita selalu kena makan ubat cacing and ada juga ibu-ibu dahulu suruh anak mereka buang air besar di tempat lapang untuk tengok samada cacing keluar atau tidak, huhuhu sangat ngerikan?

Ubat cacing sangat sinonim dengan kanak-kanak, tapi kita terlupa cacing tu hidup dalam badan semua manusia.

Ubat cacing boleh diambil setiap 6 bulan. Ada dalam bentuk cecair ataupun tablet telan atau kunyah pelbagai perisa seperti coklat, strawberi, pisang dan buah-buahan..

Ubat cacing mengandungi Albendazole ataupun Mebendazole sebagai bahan utamanya. Kedua-dua jenis ubat cacing ini mampu menghapuskan Cacing Kerawit, Cambuk, Gelang, Kait, Pita, Trikinella & Cacing Benang. Albendazole bertindak menghalang penyerapan gula dan menyebabkan cacing-cacing tersebut kehilangan tenaga dan seterusnya mati.

Jangan ambil mudah dengan masalah kecacingan kerana kebanyakan kita mungkin beranggapan cacing hanya berada di dalam usus sahaja. Sebenarnya jangkitan cacing boleh berlaku di mana-mana bahagian badan - mata, hati, paru-paru, salur darah. Jangkitan juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit.

Sistem imun kanak-kanak yang tidak cukup kuat untuk melawan jangkitan cacing antara penyebab utama golongan ini mudah dijangkiti, tetapi jangkitan boleh berlaku pada golongan dewasa juga sekiranya kebersihan tidak diamalkan. Jangkitan cacing juga boleh diperolehi dari haiwan peliharaan anda seperti kucing atau anjing dengan hanya menyentuhnya (jangkitan melalui kulit).

Tanda-tanda kecacingan:-

* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
* Alahan kulit yang teruk - bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
* Gatal sekitar lubang najis (dubur)
* Alahan terhadap makanan
* Sakit perut - cirit-birit, kembung, sembelit
* Anemia - kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
* Keletihan luar biasa - lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
* Tiada selera makan, pucat,
* Kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)
* Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
* Hiperaktif
* Sakit kepala
* Sensitif terhadap cahaya
* Gusi & hidung berdarah
* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)

Tidak semua jangkitan cacing itu merbahaya tetapi rawatan serta pencegahan awal harus dipertimbangkan demi kesihatan & kualiti hidup.

Cara-cara mengelak jangkitan cacing

* Amalkan kebersihan diri & rumah - cuci tangan sebelum & selepas makan
* Cuci tangan selepas keluar tandas
* Cuci tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan anda, periksa juga sekiranya ia dijangkiti
* Pakai kasut apabila keluar rumah
* Basuh sayur-sayuran & buah-buahan dengan teliti terutama yang dimakan mentah
* Masak ikan & daging dengan suhu yang sesuai
* Jumpa doktor sekiranya terdapat tanda-tanda kecacingan yang serius
* Makan ubat cacing mengikut jadual tetap (setiap 6 bulan)
* Sekiranya salah seorang ahli keluarga telah dijangkiti, semua ahli keluarga harus mengambil ubat cacing juga.

Cara pengambilan Albendazole atau Mebendazole

Kanak-kanak 2 tahun ke atas sehingga orang dewasa - 1 dos
Kanak-kanak 1-2 tahun - 1/2 dos

* Wanita mengandung & bayi bawah 1 tahun dilarang sama sekali dari mengambil apa jua jenis ubat cacing !

Almex 400mg Vanilla Flavor Chewable Tablet
(Albendazole 400mg)
RM5/tablet

Family package 5 tablets for RM20 only!

Ni adalah jenis-jenis cacing dan kesan sampingannya.

A) Cacing gelang
Usus tersumbat menyebabkan muntah-muntah, perut kembung dan tidak buang air besar. Keadaan ini kadangkala menyebabkan kanak-kanak itu muntah cacing dengan banyak. Komplikasi ini perlu dirawat dengan pembedahan untuk mengeluarkan cacing yang terlampau banyak yang menyekat perjalanan usus. Cacing gelang juga menyebabkan kekurangan vitamin A kerana gangguan penyerapan zat makanan di dalam usus kecil.

Penghijrahan cacing:
Larva cacing boleh pergi ke paru-paru dan menyebabkan simptom batuk serta lelah. Cacing yang berhijrah ke saluran hempedu dan pankreas boleh menyebabkan demam, jaundis (sakit kuning) dan sakit perut. Simptomnya boleh menyerupai gejala batu di dalam hempedu. Cacing boleh dikeluarkan dengan menggunakan kaedah endoskopi atau pembedahan.

B) Cacing cemeti
Masalah intussusception (usus tersumbat) menyebabkan muntah berwarna kuning, perut kembung dan berak berdarah dengan banyak. Cacing yang sangat banyak pada usus besar dan rektum (pangkal usus) boleh menyebabkan 'prolaps rectum' atau usus terkeluar dan cacing dapat dilihat pada permukaan usus itu.

C) Cacing kerawit
Cacing kerawit paling kerap menyebabkan kekurangan darah atau anemia kerana cacing ini boleh menghisap darah di dalam usus. Anemia boleh menjadi teruk dan mengganggu tumbesaran, pembelajaran seseorang kanak-kanak dan pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung

Bahayakan cacing ni, so dapatkan nasihat doktor untuk pengambilan ubat cacing ni. Perlu ingat tau, walaupun kita orang dewasa, kita masih lagi perlu mengambil ubat cacing untuk kesihatan kita.