Pages

Wednesday, November 14, 2012

Sekolah Berasrama Penuh - Kebaikan dan Keburukan


Dalam entry ni mungkin banyak benda yang saya rasa ramai setuju dan ramai x setuju..tapi still nak juga cerita.
Perlu diingatkan taw, ni pasal asrama penuh yer, bukan sekolah harian atau asrama biasa tu..kang x pepasal salah faham plak..

Ramai ibu bapa suka kalau anak-anak diorang masuk sekolah asrama penuh, sebab boleh fokus pada pelajaran, and pada ibu bapa yang kurang berkemampuan, diorang prefer sekolah asrama penuh sebab fully sponsored ngan scholarship, maka kurang beban yang perlu digalas..makan pakai anak-anak pown terjaga. Anak-anak pun x perlu berulang-alik rumah ke sekolah dan boleh menjimatkan lagi perbelanjaan. Anak-anak pun dapat guru yang bagus-bagus kalau belajar kat sekolah asrama penuh ni, maklumlah..guru cemerlang sahaja yang ditempatkan di sini...

Tapi kalau ditanya kepada anak-anak, ramai yang x suka masuk sekolah asrama ni sebenarnya..dan kesannya hanya dapat di rasa bila anak-anak dah besar panjang..dulu memang x rasa sangat, tapi bila dah besar mulalah terfikir balik. Tahu kenapa anak-anak x suka duduk sekolah asrama penuh ni?
Ni jawapan dia :-

1) Masa dengan ibu bapa semakin kurang
2) Wujud jurang dengan adik beradik disebabkan jarang berjumpa
3) Kurang mesra atau kekok dengan ibu bapa disebabkan jarang berjumpa

Ni antara benda-benda yang anak2 kurang suka bila kena hantar kat sekolah asrama penuh...yelah, habis je darjah 6, kena masuk asrama penuh, pastu jauh-jauh lak tu, balik pon sebulan sekali. Bila jarang balik, nak sembang ngan family pun rasa kekok. Habis je tingkatan 5, masuk plak u, lepas habis u, carik kerja dan berjauhan ngan family..lepas tu kahwin..huhu boleh korang fikir x, berapa lama je korang sempat bermanja ngan mak n ayah korang?? About 6 tahun je kot??? tu pown masa umor 1~4 tahun mana la korang ingat sangat kan???

Rasa x betapa sekejapnya anak-anak dapat manja ngan parent? huhu...sediy kan? serius sediy..korang tahu x time bila yang paling x best? sudah tentu time sabtu n ahad. Bila time parent kita x dapat datang tengok kita, perghhh sediy giler rasa..saya pown dulu-dulu tengok je mak n ayah orang laen datang..yelah diorang duduk dekat-dekat so x terasa sangat kan? Time tu, tengok je lah, pastu telan air liur bila tengok mak diorang bawak makanan sedap-sedap, tetiba teringat mak kat umah, cepat-cepat ambek duit syiling nak call mak. Sampai public phone, ramai giler orang, kena tunggu dalam 1 jam. Bila dapat je call mak, terus air mata berjurai-jurai turun sebab rindu sangat-sangat kat mak, rindu nak peluk mak n nak makan masakan mak...hehehe, tapi bila time dapat balik, rasa x nak balik asrama dah. Paling x boley bla, salu nangis bila nak balik hostel...huhuhu. time balik kampung, tak sempat bukak stokin dah cari nasi...hahahaha mak salu je masak lauk peberet, ikan terubuk bakar cicah air asam..huh..memang sedap..:)

Serius x suka sebab rasa macam belum sampai masa nak hidup berdikari...tapi masa kat universiti lain plak. Time tu dah cukup matang nak berdikari, dah faham erti merantau..ha, time ni memang happy sebab dah sampai masa untuk hidup sendirian tanpa family.



Tuesday, November 13, 2012

Nasi Carrot Sapi dan Ayam Tairu Kofta











Assalamualaikum.
Selamat Hari Diwali untuk semua penganut hindu. Alang-alang dah bercuti ni, awal2 lagi dah terfikir nak masak sesuatu yang sedap untuk dimakan time cuti nanti..

Fikir punya fikir, ingat nak buat mee rebus, tapi macam ringkas sangat plak, then terlintas nak buat nasi carrot sapi dan ayam tairu kofta.....sebenarnya resepi ni lebiy kurang sama macam nasi bukhari, cuma saya ubah serba sedikit sesuai dengan tekak sendiri.

Meh baca resepi untuk buat hidangan ni

Untuk Nasi

3 beradik bahan tumisan
Setengah labu bawang besar dimayang halus
2 ulas bawang putih di mayang halus
1 batang serai di mayang halus
1/2 inci halia di mayang halus
1 sudu besar serbuk rempah kurma
1 batang carrot di sagat halus dan memanjang
2 sudu besar buah badam
1 sudu besar buah kurma dicincang
1 sudu besar kismis
3 sudu minyak sapi
2 cawan beras
sedikit garam
4 cawan air

Cairkan minyak sapi, tumiskan bahan penumis sehingga naek bau, kemudian masukkan bahan-bahan yang dimayang halus. goreng hingga sedikit garing, kemudian masukkan rempah kurma, kacau sehingga sebati, kemudian letak sedikit garam dan akhir sekali masukkan badam, kismis dan kurma, padamkan api.

Di dalam perikuk nasi, masukkan beras yang telah di toskan tadi, kemudian masukkan bahan-bahan yang telah ditumis , kacau sehingga rata dan masukkan 4 cawan air dan carrot yang telah disagat halus tadi, masak nasi seperti biasa.

Untuk Ayam Tairu Kofta
Bahan perapan ayam

6 Ketul ayam
1 packet tairu,
2 sudu besar rempah kari
2 sudu rempah kurma
1 sudu jus sunquick
1 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu serbuk jintan manis,
1/2 sudu serbuk ketumbar

Bahan untuk masakan

Bahan Kisar
2 batang serai
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kuyit hidup
10 tangkai cili kering/cili padi
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah kurma

Bahan Tumisan
1 sudu minyak sapi
3 beradik bahan tumisan
1 ulas bawang putih dimayang
1/2 ulas bawang besar dimayang halus

Bahan Lain
1 sudu besar badam cincang
1 batang carrot disagat memanjang dan nipis
1/2 cawan santan
3 cawan air

Cara-cara

Gaul ayam bersama bahan perapan semalaman, biasanya saya gunakan tairu/yougart perisa asli, tetapi diakibatkan semalam cari x jumpa, yang ada cuma yougart perasa strawberry, so saya pown selamba je guna yougart perisa strawberry untuk perap ayam ni.. mengejutkan sebab rasa dia lagi sedap dari guna perisa asli..hehehe

Panaskan minyak biasa dan letak sesudu minyak sapi,tumiskan 3 beradik penumis, masukkan bawang putih dan bawang besar yang dimayang halus sehingga sedikit layur dan garing, kemudian masukkan bahan kisar, kacau sehingga garing dan naik bau, kemudian masukkan ayam yang telah diperap semalaman, biarkan ayam sedikit mengecut dengan rempah dan bahan kisar yang di goreng itu tadi. Kemudian, masukkan 3 cawan air dan santan, masakkan sehingga ayam empuk dan kuah sedikit kering, perisakan dengan garam dan gula. Apabila dah agak empuk, masukkan carrot dan badam, kacau sehingga betul-betul pekat tetapi masih berkuah. Tutup api, dan sedia dihidang bersama nasi carrot sapi tadi.

Resepi ni terpulang pada individu, if ada yang suka rempah, boleh tambah dengan rempah lain, tapi saya suka rempah yang sederhana jer. Kalau suka kering, kurangkan air, yang saya punya resepi ni, agak berkuah dan pedas sedikit...

kalau resepi asli, diorang guna serbuk cili, tapi saya modified ikut selera sendiri..hehehe..hasilnya sangat menyelerakan..

Saturday, November 10, 2012

Carta Panduan Bersalam Untuk Lelaki dan Wanita

Assalamualaikum semua.

Kali ni, saya nak tulis sikit panduan tentang bersalaman antara lelaki dan perempuan serta aurat sesama kita.
Lepas ni kalau time raya, tak perlu nak bersalaman dengan orang yang bukan muhrim kita. Walaupun orang itu lebih tua dari kita, cukup sekadar hormat, tak perlu nak bersalaman.Untuk suami pula, janganlah terlalu dayus membiarkan lelaki yang bukan muhrim menyentuh isteri anda, memang la ada di kalangan mereka tu berpangkat datuk atau nenek, tapi hukum islam itu perlu diambil kira. Kita lagi takut orang tua berkecil hati,tapi kita tak takut langsung dengan hukum Allah.

Meh baca carta kat bawah ni...kalau nak lagi details, sila pergi ke web kat bawah ni
khttp://sya-nor.blogspot.com/2012/06/dengan-siapa-saya-haram-bersalam.html



Gejala LGBT

Merunsingkan bila fikirkan gejala LGBT yang makin berleluasa sekarang ni. LGBT ni stand for Lesbian, Gay, Biseksual and Transgender..ingatkan  fat je yang ada transfat...gender pown ada.

Harini kalau kita lihat, sana-sini gejala ni semakin kritikal, jalan je selangkah, jumpa lesbian, jalan lagi selangkah, jumpa golongan gay plak...

Susah sebenarnya nak rungkai ape yang terpendam dalam diri mereka ni, kita sebagai sesama islam kena mendekati golongan ni dengan cara yang paling halus. Memang lah mereka salah, tapi janganla kita menghentam mereka sampai terkeluar kata-kata yang x elok, betul x? Kalau nak mengubah, kena secara perlahan-lahan.

Cuma saya tertarik nak bercerita tentang pasangan pengkid. Seriusly, memang nampak style diorang ni, lebih lelaki dr lelaki sebenar..semalam masa masuk 7 eleven, perasan sorang "mamat" yang agak kacak n style, cuma masa tu terdetik kat hati, macam ada "sesuatu"..
masa time dia mintak rokok tu, bila dengar suara dia, still nampak mcam lelaki biasa, cuma bila dia pusing tu, baru kantoi dia perempuan sebenarnya..sebab bahagian dada dia x berapa nak flat. Dari segi penampilan, dia pakai kemeja, seluar slack, n kasut hitam kilat. Tak tahu la kat mana dia kerja, sampai dibenarkan berpakaian macam lelaki. Seingat saya, kalau bidang kerja saya, malam or kat luar korang nak jadi macamaner pown, lantak koranglah,,janji kat tempat kerja pakai macam biasa.

Sekarang ni, ramai pasangan kepada golongan pengkid ni memakai tudung dan rupa paras memang cun sangat-sangat..sampai bila diorang masuk kat kedai mamak, ramai lelaki yang nak hantuk kepala kat dinding sebab frust diorang pilih pengkid.

Geram pown ada sebab tengok diorang berpegang tangan dan berpeluk-peluk kat tempat awam,tapi nak buat macamanar, pihak berwajib pon x ada tindakan. Yang diorang kisahkan, serbu kat hotel-hotel murah sebab nak tangkap pasangan lelaki dan perempuan yang buat maksiat, sedangkan kat shoping complex, ada lagi yang lebih teruk dari itu.

Jika kita teliti balik, kalau yang perempuan dan lelaki tu, if kena tangkap kita still boleh kahwinkan diorang tul tak? tapi kalau golongan macam ni, nak kahwin macamane betul x?

Lagi parah bila ada pasangan yang duduk serumah dan ada anak angkat lagi...hohohoho, macamaner nak buat kalau macam tu.


Saturday, October 20, 2012

Diskriminasi - Bahasa Inggeris

Salam.

Walaupun sekarang berperang dengan demam panas n selesema yang teruk, tp still gagahkan diri untuk tulis something dalam blog ni.

Sebenarnya dah lama geram dengan isu bahasa inggeris ni... memang nampak sangat diskriminasi. Bila x kena orang, x kena tempat n masa, boleh je seseorang tu di kritik lagu nyanyian nye di sebabkan penggunaan bahasa inggeris yang di katakan broken..sebagai contoh awie rafael. Kecoh satu malaysia kata bahasa nya bahasa rojak..sampai ada sesetengah stesyen radio yang tidak memutarkan lagi lagu itu yang ada version inggeris.

Boleh saya komen sikit? beberapa hari lepas saya menonton TV and iklan ice lipton tea. Hampir semua conversation nya broken inggeris. sebagai contoh " Rileks la, Got Ice Lipton Tea What? "A you sure you not his dad? sure la..."

Tapi kenapa x ada siapa pown yang pertikaikan penggunaan bahasa inggeris kat situ? Kenapa bila ada sesetengah yang buat macam tu sahaja yang diambil tindakan?

Pelik kan, ...

Thursday, October 18, 2012

Pakaian Menutup Aurat

Salam Semua.

Saya bukanlah insan yang selayaknya untuk bercerita tentang aurat. Saya sendiri masih dalam fasa membaiki diri.

Cuma apa yang saya nak kongsikan ini, adalah hasil dari ilmu yang saya pelajari sepanjang fasa membaiki diri. Ramai orang keliru tentang pakaian yang menutup our aurat. Maaf ya, baru-baru ni saya ada terbaca tulisan yang mengatakan pakaian yang cover aurat itu x adakalnya tidak mengikut syariat. Saya x setuju dengan tulisan beliau. Apa maksud pakaian yang menutup aurat tapi tidak ikut syariat? walaupun pakaian itu labuh, longgar tetapi jarang, ia masih tidak bersifat menutup aurat. Aurat ini tidak boleh di lihat walaupun bayang-bayang. Begitu juga dengan jubah yang labuh, tetapi ketat, ia tidak tergolong dalam ketegori menutup aurat, kerana masih menampak susuk tubuh, terbonjol sana-sini. Itu pakaian yang bungkus tubuh badan tapi masih menampakkan bentuk dan lekuk aurat kita.

Sebagai contoh, telekung. Kita ada sehelai telekung yang labuh, cantik tetapi jarang. Apabila di pakai, akan nampak bayang-bayang tengkuk, dan kaki. Adakah ia ketegori pakaian yang menutup aurat? masih lagi tidak, kerana ianya jarang. . .


My dearest dear, pakaian yang menutup aurat ini, sememangnya mengikut syariat. Kenapa saya katakan begitu? kerana, pakaian yang dalam erti kata sebenar menutup aurat kita mestilah tebal, longgar, labuh tidak menampakkan bentuk tubuh badan kita. Itulah maksud sebenar-benar pakaian yang menutup aurat...Bukan pakaian yang nampak macam tutup semua aurat, tapi sebenarnya masih lagi jarang atau ketat. Tolonglah fahami istilah ni, bercakap tentang aurat, jangan sebarangan, jika tidak pasti bertanyalah kepada yang lebih arif.

Gambar kat atas tu, antara baju yang tidak dalam ketegori menutup aurat. Dan lagi satu adalah pakaian yang menutup aurat. Bacalah elok-elok dan fahamkan yerk.
Maaf kalau saya ada menyakiti hati sesiapa..

Tuesday, October 16, 2012

Warung Soto Berlada Mak Mah @ Keramat

The Warung Entrance

The Wonderful Menu



The Warung Interior



The Great Nasi Lemak..:) Sedap sesangat







The Soto Berlado - Sangat meleleh..:)



Assalamualaikum...

Hari  ni saya nak story mory pasal tempat makan favourite saya kat kl ni...Bertempat di jalan AU1C/2, ada warung soto berlada yang sangat best n menepati citarasa. Kat sini banyak sangat choice, ada nasi ayam, nasi lemak, mee jawa, soto, mee kari n laksa...Memang sedap, soto dia kuah pekat, x macam setengah tempat, bila tengok kuah soto dah sama mcam air masak jerk.

Rasa x payah cakap la..memang tangkap leleh. Nasi lemak dia paling cepat laku, sambal pedas n aroma daun pisang tu semerbak.

So korang leh pergi sini kalau nak makan yerk..lokasi dia sangat senang nak cari. If korang dari bandar KL, cari je stesyen jelatik, then ada simpang kanan kat tepi traffic light, then masuk simpang tu, pastikan sebelah kiri anda anda perodua, selepas perodua ada transnasioanl punya ofice. Sebelah je transnasional office, ada simpang ke kiri, masuk simpang tu, then pastikan sebelah kanan ada sekolah integrasi arab, then naek bukit, belok simpang kiri. lepas je simpang kiri tu..tada............... kat tepi simpang tu jew warung mak mah tu...:) 

So korang leh la parking keta kat situ...memang sempit cikit..
Kalau x silap, warung ni tutup hari ahad. Isnin sampai satu bukak pukul 4 sampai pukul 10.

Always welcome to the warung yerk...