Pages

Sunday, January 11, 2015

Dak Debab

Hari ni tetibe rasa sentap. Senyap yang melampau. Tetibe je menangis teresak2... Over je rasa..haha. Selama ni just dengar je yg si debab ni nk berenti, tp x dengar dr mulut dia sendiri. But today dia wassup pasal dia dah resign. Wahhh gugur jap jantung. Rasa down sangat2, tp tu rezeki dan pilihan memasing, dia berhak nk tentukan life dia. Lgpun ekonomi tak stabil, people make a move lah. Nape tetibe rasa sedih?? Of course sediy sebb mmng rapat ngn dak debab ni. Benda yang buat terkenang2 if dia x de lg kt Company tu is, dia Salu mintak biskut or pape makanan yg ada kt meja tu...pastu tetiap ari jumaat sure dia kena tazkirah ngn aku..hurmmmm lepas ni dah x de sape nk mintak biskut n nk dengar tazkirah jumaat. Ape yg spesel kt dia??? Sangat spesel sebb dia x penah kutuk orang, x pndai sampai menyampai, Salu positif thinking. Tu lah keistimewaan dak debab ni... Dah kawen or belum??? Belum...dak debab ni taste tinggi, nak yang cantik jer, yang x cantik dia x nak. Tu sebb dia x kawen lg. Td bru je kena ceramah..x Yah cari yg cantik, carik yang sesuai, sebab yg sesuai tu lah cantik kt mata kita nnti. Ko bukan x hensem dik, tp taste ko tu x kena gaya. Carikla yg betul2 cantik tanpa mekap, kt rumah ko nk tengok dia tanpa mekap, sok2 kawen terkejut ko, seblm tidur cantik, bangun tido dah mcam mak lampir je rupa. Kecantikan pompuan ni mcm pemadam, makin di tenyeh, makin hilang bentuknya...x kekal pon..sok2 dah mengandung, beranak if x jg badan..geleber sana sini..ha time tu bru ko tau langit tinggi rendah. Jngn marah aku dak debab, mulut ni gatal je nk berceramah...giler lama x bg ceramah kt kau. Bila ko resign, mmng terasa sangat dik, yelah ko kan orang Melaka, bahasa kasar, kengkadang kau hawau2 kan aku..memula dulu aku sentap, tp dah lelama aku rasa best lak perkataan hawau tu. Wahh tetibe teringat "sayang 2"..haha pasword si sheikh tu, x pepasal aku di tuduh...muahahaha..dah la debab, penat aku type pasal ko..nnti lah aku sambung lg

Friday, January 9, 2015

From Chennai To Kuala Lumpur

Haishhhh, makin teruk rasanya meysia ni. Toleh kanan, toleh kiri semua orang asing... Bila naik train, pak Arab kemain ramai, negro x Yah ckp la kan, Vietnam, philipines, India, pendek kata ramai nau dah diorang ni.
Naik senak mata ni tengok. Lepas cuti bersalin hariti, naik je opis tetibe mcm eh, dah kenapa suasana mendung, lepastu ada bau2 keti...sekali tengok ramai nyer lah made in chennai. Korang tengok ek, kemain kuar dlm paper graduan melayu ramai menganggur, hai macamner x menganggur, dah company besar2 lebih rela hire made from chennai instead of local people. Dah mcm x capable je engineer from local ni. Dah la diorang dtng by fam package, lepas tu local people yang kena fire n and end contract. Sedangkan made from chennai ni yng costly. If hire orang kita, x le jd camni industri oil n gas kt meysia ni. Rasa dah mcm kitorang ni plak yang foreigner kt opis ni. Selagi kuasa2 besar mcm petronas, shell, exxon x implement dasar2 yg mewajibkan local people untuk doing their job, consultant yg ada akan terus hire made from Chennai ni. To be honest, apa yg membezakan local people ngn diorang ni? I don't want to mention it, u know their advantage Rite???? So please, if x ada dasar2 yg mcm tu, negara ni akn jd negara yg punya penganggur pling ramai sebb tenaga mahir local x di gunakan sepnuhnya

Tuesday, January 6, 2015

Novel Melayu

Today pergi kinokuniya nak cari DIY for iqbal, sambil2 tu jeling dekat bahagian novel melayu, eh macam dah lama sangat x baca novel melayu. Bukan x nak baca, tp almost novel melayu ni memperbodohkan wanita, yang buat lg nampak bodoh tu, penulis dia wanita. Eh, kau dah kenapa tulis cerita yg memperbodoh dan memperlekehkan kaum sendiri...rasa sakit nau hati bila baca cerita melayu plus drama akasia yg adaptasi dr novel. Boleh pulak pompuan tu bodoh sangat lepas kena rogol buat2 senyap, pastu sanggup kahwin n dengn perogol tu sebb jatuh cinta...macam harammm jer...ape hal ko x report polis, lepas tu boleh pulak ko jatuh cinta ngn lelaki yg rogol ko tu. Else, ada cerita pompuan yang kena paksa kahwen dengn family, pastu cam sanggup.

Typical giler, semua asas yg sama, pompuan miskin pastu kerja kt comp orng kaya, then jatuh cinta ngn orang kaya tu...lpas tu ada yg kena kahwen paksa, lelaki tu x suka pompuan tu, dera macam2, boleh plak ko tahan orang hina kau mcm2...boleh stay, pastu menangis2...Malu lak rasa bila watak pompuan yg di gambarkan kebnyakannya bodoh, sanggup kena maki...sangap tengok citer2 camtu...haruslah x beli sebb  x ada moral...logic x? Kerja kt comp holding, tp masuk pejabat bergaduh pasal pompuan...giler orng2 besar2 tu ada masa nk fikir benda2 camtu....huhuhu...tp yg peliknyer citer camtulah yg jd best seller...nampak sangat yg membaca tu jenis x de perasaan bila watak pompyan tu di perkotak katikkan...

Monday, January 5, 2015

Hari Pertama Kerumah Pengasuh

Harini kira hari pertama hantar anak2 ke rumah pengasuh. Sebelum ni hantar iqbal jer kt rumah pengasuh, but now plus dgn twin sekali.

So berempat lah kami menuju rumah pengasuh pagi2. Masa pergi tu, habib merengek, jenuh gak lah memujuk pnggil2 nama dia...tetibe ada assistant kecik tolong panggilkan nama si habib. Walaupun pelat, tp berkesan gak, diam si habib tu sampai lah kt rumah pengasuh...so part menghantar dah passed. So letz talk bab mengambik, ni mmng cabaran sket sebb rumah pengasuh iqbal tingkt 2, rumah pengasuh kembar tingkt 1. First ambik iqbal, lpas tu bru ambik kembar, masukkan sorang2 dlm car seat...fuh berpeluh ketiak, dah macam ketiak bangla je baunyer...huhuhu...so settle, mari menuju ke bukit antarabangsa....ondaway blik tu semua ok, x meragam...

Parking kereta jom, sesi mengangkut anak2 masuk rumah. Masuk je rumah, tiga2 mintak susu...wah, gelabah giler kot, cepat2 bancuh susu, iqbal pangku sebelah kiri, dia nyusu sendiri je. Habib pangku kanan, aisyah dlm rocker...tangan kanan sumbat mulut habib, tangan kiri sumbat mulut aisyah...lega!!!!! Tido dah diorang...terlepak sekejap kepenatan...dlm penat2 tu tetibe ada tangan comel tepuk2 belakang, sedap je rasa..ingat iqbal saje2 pukul, rupanya dia tolong picit..hohoho best giler dia picit, satu badan dia tepuk...sambil tepuk sambil tengok muka, pastu dia sengih2 nampak gigi...sejuk perut mengandungkan dia...so ready for the next day plak. Hope esok diorng dah boleh adapt situasi baru ni

Sunday, January 4, 2015

Kun Faya Kun

Ingatkan berita banjir dah reda, tp still teruk lagi, nmpak sangat tak tengok berita. Ramai pulak yang membantu, x kisahlah if diorang selfie or menunjuk2, tu antara diorang dengan Allah, yg pling penting still ada effort untuk menyumbang instead of orng yg asyik nk komen2 x tentu hala...
a few days back ada dapat gambar dr my friend yg rumah dia kena banjir, teruk lah...yg kesian kt rumah sebelah tu, walaupun rumah tinggi, tp still tenggelam. If x silap ni kt kg paya kechik temerloh, Pahang..

Eh, kesian sangat, tau2 jelah if banjir ni mcm2 penyakit. Tetibe teringat masa zaman sekolah dulu, ada beberapa kali banjir kt kg, tengok budak2 naik bot gi sekolah ambik spm. Sian lak tengok, tp skang belum lg dengar banjir lagi lah.

walaupun kt kl x banjir, tp still kena tempias demam n batuk. Lagi kesian, anak2 pun demam, si kembar dr pg meragam..wah tak cukup tangan ni, sebelah tangan pegang abang, sebelah lg pegang adik, kaki lak henjut rocker si habib...cam iron mommi sangat..hahaha tiba2 rasa cam, eh ramai nau plak anak aku ni....

Jom tengok pict


Thursday, January 1, 2015

Move on


Kenapa Allah uji kita?
Sebab, Allah sayang kita sebenarnya, worst thing yang jadi today is for the best thing in future sebenarnya. Tapi kita kan manusia, benda yang kita x nampak tu lah yang kita x boleh nak hargai dan faham, tu sebb kita selalu ragu-ragu bila Allah uji kita.

The same thing jadi kat saya. For those yang tahu my personal life, of course tahu pada usia kandungan kembar mencecah 5 bulan, saya telah diuji dengan ujian yang maha dasyat sampai tak termampu nak bangun dan bangkit balik, seluruh hidup rasa macam dah musnah, yang mampu time tu menangis, sampai pernah satu tahap drive dari rumah my father ke KL dalam keadaan menangis tanpa henti,

Ujian yang Allah beri time tu memang berat sangat-sangat, dah la preggy, emosi memang x stabil, ditambahkan pula dengan ujian yang mendatang, time tu rasa macam nak cabut nyawa sendiri, mujur ada family yang sentiasa beri semangat.

A few months untuk emosi kembali normal and boleh keluar jumpa kawan2 balik, sepanjang tu, memang my father, my mom n my brother banyak bagi support, so start time tu baru rasa, eh abang aku ni sayang kat aku rupanya, ingat dia x kisah tentang aku...huhuhuhu

yes, bila kita di uji, kita x nampak apa kebaikan yang kita akan dapat, yang kita tahu kita questionkan kenapa Allah pilih kita, sedangkan ramai lagi orang lain kat muka bumi ni, tapi kita gak yang Allah pilih.

Masa tu, memang x boleh terima hakikat, but slowly kita boleh blend dengan apa yang terjadi, slowly kita jadi kuat sebenarnya, camtu gak my self, so from there dapat kekuatan baru.

Semua bergantung pada kita, so dalam hidup ni usahlah banyak sangat nak mengeluh if dapat ujian, memang susah, tapi slowly cuba terima ujian tu dengan redha, ajal maut semua tu Allah yang tetapkan, macam tu gak ngan jodoh n rezeki.

Paling penting kena move on, tak payah nak ratapi or fikir2 balik ujian yang Allah bagi tu, fikir untuk kebaikan takpe, tp bukan fikir untuk carik pasal.

lagi satu, stop share sesama manusia, x berbaloi. Better kita cerita dengan Allah, lagi berbaloi and salah satu sebb Allah uji kita pun sebb dia rindukan rintihan kita untuk meminta tolong dan mengadu pada Nya, so rajin-rajin lah kita meminta pertolongan pada Allah dan beramal ibadat, bukan beramal ketika kita susah dan lupakan dia ketika kita senang...


Whatever


Punya lah lama x menulis, memang x ada masa and rasa malas sangat nak menulis, tp tiap kali bukak blog and tengok kat stats, visitor still ramai walaupun x update. Apa yang korang baca? Huhuhuhu. Bukak email plak, ramai plak yang tanya kenapa lama x update blog, wah i bukan femes pun, suam-suam kuku je pon...anyway thanks kat sape yang still lagi baca walaupun x update. Untuk yang email tanya pasal tips nak dapat anak kembar tu, seriously no tips pun, mungkin sebab genetik, tu yang dapat kembar. Bab, yang tanya samada ada buat IVF ke tidak? Semestinya jawapannya adalah TIDAK. Tak delah duit sebanyak tu nak buat IVF, meh la story kali kedua pasal my twin ni, so hope boleh menjawap secara keseluruhan soklan korang tu.

Actually my second pregnancy ni memang x plan pun. My eldest pun masa tu baru 5 bulan, so memang terkejut sangat-sangat bila tahu pregnant. If korang pernah preggy, korang sure tahu yang perubahan bentuk badan korang kan? So from there we can predict something wrong, tul x? So time tu memang rasa eh apesal badan cam rasa lain je, bila duk mencangkun rasa sakit kat tulang punggung tuh, rasa ngilu2, tp time tu belum time period overdue pun. Cuma tangan cam gatal je nak check urin, so letz check. Masa check tu, tengok ada satu line je, memang hati gembira siap terloncat-loncat bila result x preggy, yeszza i x pregnant...tetiba dalam 15 min pastu, nak buang pregnancy test tu, masa nak buang tu, baru perasan ada satu line samar-samar timbul...erk dua line lah pulok, tapi samr-samar je...hurmm camner ni? Preggy ke tak? Takpe, biar je dulu, tunggu after 1 week, nanti check balik. After 1 week tu check balik, yesss conpom preggy.
Termenung sekejap, aduss iqbal still kecik lagi ni, so camner ni nanti, boleh ke manage ni? Pening gak time tu, tp malas fikir..
.
Yang buat tahu kembar tu, after 3 months, so nak check up untuk buat buku pregnant. Suruh doc tu scan, masa scan tu memula Nampak cam biasa je, bila doc pusing-pusingkan alat tu, tetibe dia menjerit cakap Nampak ada dua kepala, time tu memang x faham, eh ada dua kepala? Huh, nape camtu plak, macam2 timbul kat kepala, owhh rupanya kembar...
Fuh, lega dengar, ingat apesal tadi. Time tu x tau nak cakap apa, semua rasa ada, panic+suka+takut+tak confident = blur...
Serious, memang blur time tu sebb x expect pun akan dapat kembar.
If yang nak tahu berat or cabaran dia, korang leh baca kat entry sebelum-sebelum ni, ada je share kat situ..rajin-rajin scroll keh.