Pages

Saturday, July 23, 2016

Ujian

Setiap benda yang Allah beri pada hambanya. Semuanya adalah ujian. Perkahwinan, anak, perkerjaan, rezeki tu semua ujian dari Allah. Macam contoh bila bini lepas beranak, ujian kat husband sebb husband tengok bini badan dah start gemuk, perut dah geleber2, rambut dah gugur banyak, so husband Boleh je terima bini dalam keadaan camtu? Samada dia encourage bini untuk kurus balik, terima seadanya or pergi cari bini no dua.

Camtu gak kalau bab anak, bila bini x leh beranak, ujian Kat laki samada gi buat rawatan kesuburan, ambik anak angkat or gunakan alasan tu untuk kahwin lain. Ujian gak pada orang sekeliling supaya jaga mulut dari cakap benda yang x sepatutnya seperti, bini kita mandul lah, bukan shap
Shooter lah, lemah tenaga batinlah....

Rezeki pun sama, bini di uji bila dapat lelaki Yg susah, time tu lah ramai lelaki kaya nak cucuk jarum, janjikan syurga dunia dan x perlu bersusah payah hidup dengan laki yang susah, so kalau dia setia dia akan tolong husband dia, susah senang bersama , camtu gak laki, laki di uji bila time senang, masa ni poket tebal, nafsu nak berbini dua, tiga dan empat semakin membuak2, tengok bini kat rumah, semua benda rasa x kena, x cantik lah, x bergaya, macam orang kampung lah, semua benda tak kena. Sedangkan masa susah dulu, tulah wanita yang paling setia, naik moto dalam hujan sambil terboyot2 sebb mengandung, semua dia harung, tp bila laki dah senang, sibuk nak kahwin lain sebb dah mampu.

Ada yang cakap perkahwinan ni perjudian. Salah!!!! Sebb kalau kita cakap perkahwinan tu perjudian, memang tersungkur je lah jadinya. Berapa ramai yang menang time berjudi? Boleh kira dengan jari kot. Perkahwinan ni satu ujian dan pelajaran untuk kita. Bertahun kita hidup ngan mak ayah, tup2 kahwin dan kena berdikari sendiri, kena terima perangai pasangan yang kadang2 macam babun, so kenalah belajar camaner nak sesuaikan diri, cari penyelesaian kalau ada masalah, bukan terus bercerai dan cari pasangan baru. Ada pasangan lepas 10 tahun kahwin baru ada keserasian....

Pak Cik aku pernah cakap, masa 3 tahun kahwin rasa tak sanggup berpisah ngan pasangan, lepas 5 tahun kahwin, rasa macam biasa2 je, tapi still romantik, lepas 15 tahun kahwin dah rasa macam kawan2 je, jumpa kat rumah orang kahwin time rewang, tegur bini sambil angkat kening je, bila orang tanya tu sapa,
Ko cakap tu bini kau, orang pun geleng2 kepala sebab ingat kawan lama kau. Hawau je, nampak nau gi kenduri asing2, bini pergi dengan ahli mesyuarat tingkap, laki pergi ngan group mengopi dia.

Sebb tu aku cakap benda ni ujian, setiap yang Allah bagi tu ujian untuk kita.

Cuma kita sebagai hamba, kena bersyukur dengan apa yang kita ada.

Abang Sado, Jubah Sado

Abang sado, jubah sado, orang yang tengok tersedak sampai Tak sador kan diri. Makin Ramai nak jadi orang arab, tak salah sebab hak masing2, pergi kerja ramai lelaki sado pakai jubah sado. Kat arab Saudi memang diorang pergi keje pakai jubah sebab tu culture diorang, cuma jubah orang arab tak ketat Dan sendat. Last week masa jalan ke lrt Ampang park, terserempak dengan abang sado yang pakai jubah sendat mendat (jubdat), aku ni bukanlah ghairah sangat nak tengok benda2 yang x sepatutnya, tapi bila dia pakai jubah yang sendat melampau sampai nampak lurah anu, aku dah x nampak pakai jubah tu sesuatu yang bagus. Mesti orang akan cakap apesal aku tengok, tak jaga mata, masalahnya aku ter tengok sebab jubah dia sendat macam sarung nangka, segalanya Jenis lekuk semua nampak, tertonjol2, nasib aku tak muntah time tu. Jangan lah salah gunakan pakaian yang bagus macam tu, lumrahnya jubah tu longgar Dan selesa, bila ketat memang mengganggu permandangan orang lain, tak
Pasal2 aku berdosa haritu. Tak tahulah salah designer or apa, tapi kalau Kau tau ko sado, x yah lah pakai Baju yg muat2....

Agak2, ada tak Pak arab yang pakai jubah sendat????

Nota : orang berlumba2 nak
Jadi orang arab dari berlumba2 nak jadi orang Islam yang beriman.

Thursday, July 21, 2016

Mama Dinousor

Terkejar2 harini, macam mak popeye dah rasa…dengan anak-anak yang aku terpaksa berlari berkejaran sekeliling rumah hanya untuk tukarkan pampers!!!!!!!!

Pagi2 aku dah pasang high pitch sebab sibuk nak makan kuih raya pagi-pagi, err tu si abang lah. Si kembar memang melayu habis…”ibu, nak acik, kokok, air teh”..kau ada? Anak pagi-pagi mintak nasi, kokok (ayam goreng) dengan air the”….menangis laju2 aku bila dia panjat meja buka tudung saji…

Tengah aku sibuk-sibuk nak siap2 pergi kerja, aku dengar si Iqbal jerit2.

“Mama dinosaur tolong saya, tolong saya mama dinosaur”, berlari-lari dia keliling rumah, ntah apa-apa tah agaknya, aku pun buat tak reti je, beranggapan dia main dengan adik-adik dia kot.

Tapi dia keep on terpekik-pekik panggil mama dinosaur, aku pun terus naik kan volume sora and tanya dia sape mama dinousour tu?

“Ibu lah mama dinosaur tu, kalau marah selalu macam mama dinosaur”.

Sentap aku, selamba badak je dia panggil aku mama dinasour.

“kalau ibal cakap ibu mama dinosaur, ibu tak nak beli gummy lagi dekat Iqbal”

“okey ibu dinosaur”….


Haaaaaaa????? Hah, stress aku dibuatnya ngan anak-anak…garang sangat ke aku sampai dia panggil aku mama dinosaur???? pppppppppppppppppp

FB/IG - Edisi Sentap

Aku pernah ada FB sebelum ni, tapi dah lama off kan FB tu, so untuk masa sekarang ni, dah hampir 6 tahun aku bebas gejala FB…ppppp

Entry ni aku buat khas untuk korang yang ada FB, Instagram or ape-ape media social yang korang guna. Pernah tak bila korang bukak FB, instag, the lepas tu ada notification tentang status yang di update oleh kawan-kawan? Dan most of dia punya entry akan buat korang rasa nak muntah, loya or yang sewaktu dengannya? Aku rasa mesti ramai yang rasa camtu, plus mesti ada kutuk-kutuk dalam hati n sentap2 berbulan-bulan bila tengok or baca entry diorang?.

Sebenarnya, petua untuk ada FB, Instag yang ramai followers, “Show Off” adalah salah satu requirement penting yang perlu ada, barulah orang nak baca dan nak follow dan sedap untuk di jadikan bahan kutukan. Zaman sekarang ni ramai yang bercita-cita nak jadi “Insta famous” sebb bila follower dah ramai, maka akan terbukalah peluang rezeki, jual apa pun laku…sebab ramai follower kan. Cuba kalau fb/insta kita tu senyap sunyi, citer benda biasa-biasa, tak ada gossip liar, tak ada show off, tak ada posing duck face, tak de make up tebal macam mak lampir, posing macam model, ko ingat ada ke orang yang tengok? Hidup ni kadang-kadang perlu bijak ambil kesempatan, orang suka atau tidak, belakang kira. Semua orang tau kebanyakan manusia ni suka gossip, viral, kutuk-kutuk…so dengan cara macam show off or tulis ape-ape yang menarik je akan naikkan jumlah follower  diorang…plus nak tengok berapa ramai yang akan like benda yang diorang post tu.
Yang bermasalah bukan orang yang post benda2 show off tu, yang bermasalah adalah orang baca dan sentap sendiri, lepas tu komen yang kesat-kesat kat page orang tu. Padahal kau kenal orang tu pun tak, tapi ko yang tetiba nak sentap sendiri.

Bagi aku common sense lah, sape yang tak suka show off? Ramai yang suka nak post kebahagiaan masing-masing, cinta teragung masing-masing, dapat hadiah beg berjenama dari husband, husband bawak honeymoon keliling dunia, husband ucapkan kata-kata terindah, husband bagi duit berkepuk-kepuk, husband belikan hadiah rumah. Macam2 orang suka nak kongsikan. Tapi benda baik dan indah memang lah diorang post kat FB, tapi bab dia makan kaki ngan husband dia, bab hutang keliling pinggang sebab bercuti keliling dunia, bab dia kena maki ngan laki dia, bab dia tido asing-asing sebab gaduh laki bini, bab sakit kepala duit x ada nak beli susu anak, bab dia maki laki dia sebab laki dia curang??? Semua tu takkan diorang nak cerita, logiklah mana ada dalam hidup semua nya indah, yang korang pun satu, tak payah sentap dengan posting or entry diorang tu, dah fb/insta diorang, hak diorang lah nak show off kan? Kita yang membaca ni tak payah berlebih-lebih sentap.
Kalau aku pun, I will do the same things, time aku rasa nak cekik orang, tak kan aku nak citer, mesti aku citer yang sweet, yang fake2…ppppp

Orang show off sebab nak hiburkan hati dia, sedih, luka, duka kat dalam hidup dia, dia je yang tahu. Posting benda-benda yang macam tu boleh hiburkan hati dia, boleh cover up semua benda-benda yang tak bagus dalam life dia, at least bila fam dia tengok, diorang tak lah susah hati…mak ayah pun tak risau. Mak ayah zaman skang semua dah ada FB/insta, bayangkan kalau diorang baca posting anak dia maki-maki laki dia, maki-maki bini, citer tengah ondaway nak gi mahkamah syariah, citer duit tinggal seposen dalam poket, mesti lah diorang risau kan? So kadang-kadang benda camni bagus gak sebb as a signal yang kita manage our life in better way.

So, jangan sentap-sentap ye bila baca posting orang lain, bersangka baik je sudah ye….



Kembar Tiga Rasa

Semalam lepas habis kerja, aku bergegas ambik anak-anak kemudian singgah kat “aco” (sebutan anak sulong aku untuk jaya jusco). Bila sampai jusco, aku keluarkan anak-anak aku yang tiga orang tu, kemudian naik ke ground floor dengan walkerlator. Sepanjang2 tu ramai yang jelling-jeling anak kembar aku, ada yang tegur, cakap so nice, very cuter, bertuah dan macam-macam. Masa aku nak ambik trolley, ada sorang wanita yang lebih kurang sebaya aku or muda or tua sikit datang and tanya “is both of them twin?”. Aku jawap ye, lepas dia dia keep on watching anak aku main-main, tak lama lepas tu dia tanya samada aku ambik IVF or apa-apa suntikan untuk dapat kembar? Aku jawap naturally Allah bagi. Dia cakap lagi aku bertuah sebab dapat twin, rumah mesti riuh rendah. Dan dia pun memang teringin sangat nak dapat anak kembar, sebab terbayang keseronokan bila ada twin dalam family dia. Aku just senyap, tak nak komen apa-apa sebab dalam hati aku je tau apa yang aku rasa.

Sumpah! Bukan aku mengeluh, aku bahagia bila Allah kurniakan aku kembar. Aku gelarkan kembar 3 rasa, bukan sebab anak aku triplet (anak aku non identical twin, 1 girl and 1 boy), tapi bila pengalaman aku besarkan diorang tu memang ada  3 rasa, manis, pahit, masam…ppppp.
Allah je yang tahu apa yang aku dan mak-mak yang ada anak kembar. Aku memang x pernah terfikir untuk dapat kembar, apatah lagi nak buat IVF, Allah yang beri aku nikmat ni, walaupun masa dapat tahu aku mengandung kembar, aku melalak bagai nak rak. Doctor scan perut aku, bgtau yang ada dua kepala, Allah! Terkejut aku, ingat anak aku cacat, rupanya kembar. Aku melalak bukan sebab apa, sebab aku takut tak mampu nak pikul tanggungjawap besar dan didik diorang. Sedangkan anak sulong aku pun, kadang-kadang aku rasa nak kejar dia sekeliling rumah bila dia nakal, inikan pula bila ada kembar nanti.

Untuk orang yang melihat, memang akan rasa teruja untuk ada anak kembar, akan rasa beruntung ada anak kembar (bagi aku sama je, ada anak bukan kembar pun, still beruntung), akan rasa macam di beri kelebihan dan macam-macam lagi. Aku tak nafikan lah, rasa keterujaan tu, tapi tanggungjawap tu melebihi dari had kuasa yang ada.

Masa diorang baru lahir, every night selang sejam aku akan bangun bagi diorang susu, aku rasa macam burung hantu, kejap-kejap bangun, sambil menyusu sambal tersengguk-sengguk tahan mengantuk. Benda ni berlarutan sampai 3 bulan, bulan ke empat baru keadaan agak terkawal. Bila time tido memang masalah, sebab kau tak boleh letak diorang berdekatan, sorang bising, sorang akan nangis. So aku kena pisahkan diorang tido. Tido memang perlu bantuan buai. Buai elektrik sebab lenguh tangan aku nak henjut diorang, bila dah nyenyak baru alihkan kat atas tilam.
Cuma kalau dah namanya kembar, seiras atau tak seiras, tapi dah dari kecik duduk dalam perut berdua, kau pisahkan macamana sekali pun, dia tetap tak senang duduk bila kembar dia tak ada kat sebelah. Pernah dia tak nak tido, bulat je mata pandang kiri kanan, aku tepuk pun dia tak nak tidor, sampai mata dia merah tahan ngantuk. Aku terfikir nak letak kembar dia kat sebelah, mungkin dia resah bila kembar dia tak ada, bila aku letak je kembar dia, dia pun nampak kembar dia dah ada, time tu jugak dia lelap mata dan tido sampai ke pagi.

Tu belum masuk bab berak, demam n macam-macam lagi. Semua benda tu berlaku serentak! Di ulang, serentak!. Pernah aku menangis sambil demam-demam sebab terlampau penat.
Bila dah masuk setahun, diorang dah start melasak, dah merangkak, so memang tak reti duduk diam kembar ni, abang dia yang sulong tu lagilah. Dia master mind untuk setiap acara. Pernah time tu aku balik kerja, dah habis kemas dapur semua, aku buatkan diorang susu. Aku dok ingat diorang ni minum susu sambil tengok vivi (televisyen), so aku mandilah….time mandi tu aku dah rasa pelik je, sebab diorang senyap sunyi, memang tak pernah rumah aku senyap sunyi camtu. Tapi aku biarkan je lah, mungkin tengah baring-baring sebb tengok citer kartoon.
Habis je mandi, aku cepat-cepat carik diorang, time tu aku dah berderau dah, tengok kat ruang tamu kosong, cepat-cepat pergi dapor, yessszzzz memang terbaik, diorang ada kat dapur…tapi kau tau apa diorang buat???? MAKAN SAMPAHHHHHHHHHH!!!!!! Yang tukang ajar suh makan sampah tu, si abang yang sulong, dia supervisor, tengok adik-adik tengah sibuk rasa2 sampah tu….time tu memang aku dah hilang sabar, aku jerit macam tarzan, ambik bontot sorang-sorang aku lepuk sampai 3 kali setiap satu bontot. Sambil lepuk, sambil nangis sebab penat nak kemas sampah-sampah yang dah bersepah kat dapur tu. Time tu aku meraung-raung sambil istigfar dan tahan diri dari mencarut or cakap benda-benda yang tak sepatutnya. Sakit nau ati aku, yang sakit sangat ati tu, anak aku si kembar girl tu, dia dah ada damal tong sampah tu!!! Sambil jilat-jilat jari makan sampah….lepas tu senyum-senyum tengok aku…Ya Rabbi….

Aku heret tiga-tiga masuk bilik air, mandikan diorang sambil aku continue menangis2…pppppp habis mandi, aku bagi susu and paksa diorang tido, time tu hanger memang kat tangan aku je, bukan nak pukul, tapi acah-acah supaya diorang takut dan tidor. Disebabkan diorang takut agaknya, terus diorang tido.

Tu baru sikit perangai kembar tu, belum masuk bila dia dah pandai cakap n jalan. Aku ingat lagi, masa tu dia dah pandai cakap dan pandai jalan dah, so aku tido kan diorang, abang dia si Iqbal dah tido, habib pun dah tido, aisyah je belum tido. Yang buat aku sakit hati, dia boleh bangun dan pegi kejut habib! Suruh habib bangun main dengan dia. Bila aku marah, dia buat muka cemik-cemik, and stop sekejap dari kacau habib. Bila aku tutup mata, dia tak bangun pergi kejut habib, tapi aku nampak kaki dia kuis badan habib…aku nampak je, terus aku pukul bontot dia….finally tido gak semua sekali….

Aku rasa kalau bukan kembar pun, ramai je yang facing masalah yang sama macam aku, semua budak-budak ada zaman main-main diorang, bab mak2 jadi tarzan memang lumrah lah, bergegar rumah tu x payah cakap lah kan…dah biasa dah rasanya….
Cuma aku just nak share sikit je, bila nak ada anak kembar, jangan fikir pasal seronok, tapi fikir pasal tanggungjawap dan siap sedia dengan mental dan tahap sabar yang paling tinggi makam nya…



Wednesday, July 20, 2016

Yuna dan Usher

Kadang-kadang aku ada gak baca tentang artis-artis Malaysia ni, tapi sekadar baca jelah. Tapi semalam bila aku tengok kes yuna, aku rasa mcam nak tulis sesuatu.
Aku scroll ke bawah, aku tengok bermacam-macam komen yang macam ustaj dan ustajah, kafir mengkafir, masuk api meraka, pendek kata semua yang komen tu adalah ahli syorga.
Cuma aku a bit pelik lah, yang komen macam ahli syorga (aku tak eja syurga sebab syurga hanya tempat orang yang betul2 layak) ni, ada plak masa untuk pergi baca dan tulis komen-komen macam tu, lepas tu claim diri macam ustaj dan ustajah.

Kiranya Yuna ni, jahat nau-nau. Perasan atau tak, kalau dulu orang semua takut dengan kisah dajjal mata satu, tapi aku rasa in other way, dajjal yang ni paling bahaya. Bab mana dajjal nyer, bab blog yang letak video yuna, lepas tu post dekat blog2 depa dengan harapan, ramai yang akan view, bila ramai yang view traffic dekat blog akan meningkat,  orang click sana, click sini dan dapat duit dari nuffnang sebab blog ramai viewer dan iklan banyak orang click. Purpose utama sebab nak orang baca blog, tapi tak fikir cara  tu x betul bila boleh leading pada fitnah. Dajjal yang ni paling bahaya, tak perlukan modal, just post and share dan orang akan baca serta komen macam cibai. Orang yang view tu akan tulis komen yang menghentam peribadi yuna tanpa usul periksa. Weh, dalam Islam sendiri pun ada etika-etika untuk menegur, tak payah lah relatekan dengan peribadi orang lain.
Aku bukan peminat yuna or sape-sape, tapi aku suka lah dia Berjaya kat sana, dan aku bukan menyokong kejadian yang terjadi, Cuma aku tak suka bila blog-blog hiburan ni sesuka hati take advantage kat orang lain, Yuna kot, cuba kau letak kisah artist yang suam-suam kuku, sape yang nak baca blog kau, betul x?

Aku frust bila kita ni dah makin maju, tapi makin kebelakang, guna kan agama untuk mengutuk dan menghina orang.

Kena ingat, yang pakai tudung, yang tutup aurat, yang ustaj, ustajah, semua tu belum tentu ahli syurga, orang yang masuk syurga bukan di sebabkan benda-benda atas tu, tapi orang yang masuk syurga tu adalah orang yang mendapat syafaat dari Allah. Ko solat berkurun pun, belum tentu ko masuk syurga, sebab syurga neraka tu ketentuan dari Allah. Allah yang nilai kita, so jangan lah nak mengkafirkan orang lain. Orang yang masa hidup dia pun beragama lain, tapi bila mati kita tak tau dia  masuk syurga atau neraka, sebabnya saat ajal dan maut, hanya between dia dan pencipta je yang tau.

Berapa ramai orang bukan islam masa nak mati tiba-tiba boleh mengucap kalimah syahadah? Ramai je kes2 macam ni berlaku, persoalannya, jangan nak judge seseorang berdasarkan apa yang kita Nampak pada mata kasar kita.
Bila bab yuna, kemain kita kutuk, tapi bila time tengah tengok cerita “tuan anas Mikhail”, “Mr Perfect 10”, masuk bab romantic, pegang-pegang n peluk2, kemain ko terkinja-kinja sambal feeling-feling ko hero and heroin dalam drama tu. Eh boleh pulak ko cakap “ala berlakon je”…kepala hotak mu…




Tuesday, July 19, 2016

Ubat ada DNA Khinzir

Author:Nawarzara

Semalam masa tengah drive, aku teringat kes arwah tok aku yang sakit tahun 2004, masa tu dia tengah kemas kan pokok bunga kertas, tiba-tiba rasa macam berpeluh-peluh dan pitam, kebetulan cik aku ada kat kampong, so dia tolong bawak kan pergi hospital. Bila sampai hospital, doctor cakap tok aku ada issue dengan jantung, kena masuk ke wad CCU, khas untuk jantung katanya.
Arwah tok aku sakit tak lama, dalam 3 hari je, lepas tu berjumpa penciptanya semula. Benda yang aku nak cerita ni lebih kurang sama dengan vaksin lah, since now ramai sangat yang mempertikaikan ulama punya pandangan, dan cakap doc sewenang-wenangnya nak cucuk vaksin, dan ada yang cakap vaksin ni agenda yahudi untuk jatuhkan umat islam.

Masa arwah tok aku sampai hospital tu, baru tahu yang organ dalaman tok aku dah tak berfungsi, jantung bahagian belakang dah mati, tinggal berapa persen je yang boleh pam darah, Cuma tok aku x ada kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang je yang menyebabkan dia tak collaps tiba-tiba.
Aku ingat lagi, masa hari ke terakhir tu, nenek aku tak tunjukkan langsung dia lemah, dia rajin bersembang, asal datang nurse kat tempat dia, dia akan sembang, tanya macam-macam, kira time tuk aku ni femes lah. Petang tu, doc datang untuk bagi satu ubat yang untuk jantung dia, ubat tu 50/50 kesan dia, if berkesan, jantung nenek aku akan slowly ok balik, Cuma doc bagi tau, dalam ubat tu (aku x sure ubat ke, vaksin ke, yng penting bentuk cecair) ada DNA khinzir, so doc bg tunjuk yang dekat ubat tu ada majlis fatwa punya kelulusan, da nada certifacte sekali untuk jelaskan benda2 tu. So waris boleh pilih untuk cucuk or tak cucuk. Cik aku suruh cucuk sebab dalam keadaan terdesak, Cuma doc bgtau, walaupun waris setuju, tapi kalau taka da keperluan dia tak akan cucuk. Sebelum dia cucuk ubat tu, dia tengok condition tok aku dulu, lepas dia tengok dia cakap, x ada keperluan untuk cucuk, sebab heart beat tok aku dah lemah. Tapi masa tu aku x percaya, sebab tok aku still boleh cakap, masa tu aku memang tak tau nak cakap apa lagi dah, sebab sedih sangat2. Cik tanya doctor, agak-agak pukul berapa tok aku boleh bertahan? Doctor cakap dalam +-4 jam. Yes, memang tepat, masa tu pukul 4, by the time pukul 7:10 malam, nenek aku mengucap dan terus jantung dia terhenti terus.

Faham tak ape aku nak terangkan, walaupun doc tu bukan islam, dan yang nak di suntik tu ada kandungan DNA khinzir, tapi dia tak sewenang-wenangnya nak suntik, dia suruh waris buat keputusan dan tunjukk kebenaran dari majlis fatwa untuk penggunaan ubat tu. Dan paling penting kalau tak ada kepentingan, dia tak akan suntik. Macam kes tok aku, doc cakap x perlu suntik sebab jantung tok aku dah hamper collaps semua, tinggal 20% je time tu, dia bukan tak usaha untuk pulihkan tok aku, tapi ikut kemungkinan, kalau suntik pun, tok aku tak akan selamat, kecuali kalau Allah tiba-tiba increase kan percentage jantung dia nyer operasi, above 40% baru doc suntik.
Majlis fatwa ni bukan sewenang-wenangnya nak bagi kelulusan, dan ubat yang digunakan itu pun setelah tak ada usaha lain yang boleh dibuat kecuali dengan suntik ubat tu je, baru lah diorang gunakan. Itupun jika keadaan betul-betul darurat dan keadaan pesakit yang masih dalam condition tolerable.


Sekian.