Pages

Wednesday, July 3, 2013

Apa Yang Suami Mahu Dari Isteri

Assalamualaikum.

Tengah duduk-duduk dengan beliau kat rumah sambil x ada buat apa-apa, so saya dan beliau pown sembang2lah pasal kehidupan rumahtangga ni. Saya pon saje je tanya beliau, apa sebenarnya yang suami harapkan dari isteri. Yelah, selalunya lelaki ni kurang nak luahkan apa yang terpendam kan, so saya pown suruhlah beliau cerita dari sudut general supaya saya boleh share dengan readers saya.

Banyak juga sebenarnya, nampak simple tapi kalau kita abaikan memang akan beri kesan pada rumahtangga kita. Seriyes, tapi kalau kita amalkan memang suami kita akan tersenyum lebar. Meh saya kongsikan apa yang beliau cakap kat saya haritu.

1)   Tak berpakaian menjolok mata dan mekap over-over bila gi opis
2)   Pakai seksi-seksi kat rumah
3)   Tak membebel-bebel
4)   Kalau marah ngan suami, jangan lepaskan kat pinggan mangkuk
5)   Kalau ada masalah rumahtangga, x yah gatal-gatal nak citer kat bestpren, selesai cara baik n ngadu je kat Allah
6)   Rajin kemas rumah walaupun rumah buruk
7)   Rajin memasak, bukan rajin membungkus lauk kat kedai mamak
8)   Time makan jangan tanya soklan2 yang leh matikan selera suami
9)   Time hidangkan makanan, hiaslah makanan tu kasi selera suami terbuka, idak le main lempar je dalam pinggan macam hidang nasik kat kucing
10)  Bangun je tido, terus mandi sebelum sediakan sarapan, ni tidak, dengan taik mata bersepah, air liur basi lagi, terus je wat sarapan..paling tidak pown, cuci lah muka and gosok gigi dulu
11)  Selalu cuba resepi baru, janganlah hari-hari asam pedas ngan kari ayam...muak tau tak...
12)  Kemas tempat tido, spray bau-bauan harum, jangan lah bilik bau kepam
13)  Jimat cermat, x yah rambang mata bila tengok jiran sebelah beli sofa n tv baru
14)  Baik dengan family diorang


Eh, banyak lagi sebenarnya, tapi x larat nak tulis,,tapi setakat ni, korang bacalah dulu yerk...

3 comments:

Anonymous said...

Buat entry permintaan kawan2 pula..
Hihii

REgards
FLat out2

nawarzara said...

ko nak entry apa? Kenapa lelaki lepas kahwin jadi debab? hihihi

Anonymous said...

kenapa lelaki suka perempuan mcm si dia.. :)