Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Salam semua, alhamdulillah dipanjangkan umur untuk berblogging lagi...:)
Umum mengetahui, sebagai manusia biasa kadang kala kita marah bila ditegur atau dicuit sedikit, sedangkan teguran itu untuk kebaikan kita.
Rata-rata apabila menerima teguran, mereka akan membidas dan memaki hamun kembali orang yang menegur, sementelahan itu, yang menegur pown agak biadap, sesuka hati melabelkan orang yang ingin di tegur sebagai "bitch, x ada agama dan macam-macam lagi. Yang dah buat salah tu, memang bersalah..tapi yang menegur tu pown...alahai....cetek sangat pemikiran sampai memalukan mereka yang nak ditegur.
Baru-baru ni, seakan jadi trend bila artis bercuti kemudian upload gambar dalam facebook, instagram, dan terdapat gambar yang kurang sopan dan manis untuk tontonan umum. Maka berduyun-duyunlah peminat perihatin menegur dengan bahasa kasar, biadap, melulu melabelkan mereka sebagai bitch sambil diselang selikan dengan hadis dan petikan ayat Al-Quran. Kemudian, apabila artis ini membaca komen, mulalah rasa panas hati, kemudian menyumpah seranah yang tukang komen....
Emmm alahai.....Walhal sudah diketahui, aksi-aksi atau pakaian yang menjolok mata usahlah dipamerkan di laman sosial anda, walaupun itu hak anda...tapi sebagai wanita jagalah batasan, kalau nak pakai pon, x perlu diwar-warkan dalam laman sosial. Begitu juga dengan yang prihatin menegur, kalau ikhlas nak menegur, silalah beri teguran mengikut saluran yang betul dan berkhemah, bukan dengan memaki or menghentam mereka dengan kata-kata kesat di laman sosial mereka. Ye, memang mereka telah melakukan kesalahan, tapi x salah kalau kita menegur dengan cara paling halus supaya tidak memalukan mereka. Sekeras-keras mereka pown, mereka tetap manusia yang akan kalah pada kelembutan...so private message mereka, then tegur dengan kata-kata yang ikhlas...
Kalau anda pown sama keluarkan bahasa kasar, jatuhkan airmuka mereka...maka anda pown tergolong dalam manusia yang cetek ilmu. Memang sebagai wanita kita rasa sakit hati bila kaum kita sendiri seolah-olah menayang lurah dendam yang ada sampai terjojol biji mata kita menengok, silap-silap menitik-nitik air liur kan????
Kadang-kadang mereka ni terlupa, akibat terlalu menonjolkan imej seksi, amat berbahaya. Ramai stalker yang mencari mangsa melalui laman sosial ni, kadang-kadang gambar tu sahaja dah cukup membuatkan mereka ni menjadi rakus...sebelum terjadi apa-apa, baiklah buang sahaja gambar tu....
Menjadi wanita ni bukan mudah seperti disangkakan, banyak yang perlu dijaga dan dikawal...x manis bila tengok anak dara bersidai sampai tengah malam dengan kawan-kawan lelaki di kedai mamak...memang x buat apa-apa, tapi fikirkan tentang keselamatan diri anda. Kalau lelaki pown boleh jadi mangsa cabul golongan gay...inikan pula kaum wanita yang penuh dengan lekuk-lekuk yang menghairahkan...
Korang tau x, perogol ni, dia x kisah kalau wanita tu gemok gedempol ke, jerawat batu penuh satu muka ke, selulit berkilo-kilo je, janji wanita...diorang sapu bersih je, sebab bila dah dikuasai nafsu, diorang dah x nampak benda ni semua..nafsu dah macam binatang...semua dia sebat...
So, ada sebab kenapa elakkan menayang gambar seksi, bersidai-sidaian diluar sampai lewat malam...semuanya atas sebab keselamatan....
No comments:
Post a Comment