Korang, just nak share citer
pasal kejadian pagi tadi. Masa nak pergi kerja, macam biasa after park kereta
kat lrt station, saya mesti singgah kat satu mini mart untuk beli air feel
fresh orange. So mak cik yang jaga mart tu memang ramah, n salu gak la
bersembang ngan dia. Pagi tadi, masuk-masuk je kedai, tengok mak cik tu tengah
nangis sedu-sedan…di akibatkan saya dah terbiasa dengan dia, nampak je muka
saya, terus dia tarik tangan saya n bercerita . Tapi apa yang saya nak share ni
adalah rumusan dari apa cerita makcik tu, and ada jugak yang saya dapat masa
saya berkunjung ke sebuah rumah kebajikan masyarakat.
Guys, antara korang mesti ada
yang kurang bernasib baek dalam kehidupan kan? Yelah, ada yang bernasib baik
dapat ibu bapa yang sangat prihatin dan amanah dalam menjaga kebajikan Korang,
tul x? Tapi apa perasaan orang yang mempunyai ibu bapa yang tak menjalankan
tangungjawap, malah mengabaikan korang waktu kecil, tapi bila korang dah besar
and ada pendapatn sendiri, tiba-tiba mereka menuntut supaya korang membalas
segala budi yang diorang dah buat masa korang kecik-kecik dulu.
Yes, memang kesian bila dengar
cerita mak cik tu, tapi kita hanya mampu mendengar, yang menghadapi tu je tahu
apa yang terjadi n betapa sakitnya diorang nak hadapi ujian macamni.
Tak dapat dinafikan ramai ibu
bapa yang malas jalankan tangungjawap, tapi nak kan imbuham setiap bulan, lebih
kritikal, bila anak-anak gagal beri duit bulanan, anak-anak akan dihalau dan di
malukan dikhalayak ramai, sampai berparang-parang sambil mulut terkumat-kamit
menyumpah seranah…
Hurmmm, isu ni memang x dapat
disangkal sebenarnya, dah ramai mengalami benda macam ni, malah ada ibu bapa
yang mengharamkan air susu dan makan minum anak-anak mereka time kecik-kecik
hanya disebabkan anak diorang bila dah besar, x hulurkan duit untuk mereka.
Dalam isu ni, x payah risau, air
susu ibu dan makan minum time korang kecik-kecik tu, tetap halal walaupun
diorang haramkan, sebab itu adalah kewajipan ibu dan bapa. Dahh termaktub dalam
hukum islam. So sesapa mak n ayah yang cakap camtu, mungkin diorang x mahir
hukum islam…if diorang ckap camtu, diorang yang salah…
Kalau ibu dan bapa korang x ada
punca pendapatan, dalam kesusahan yang amat sangat, serta korang memang
berkemampuan, so wajib untuk korang menafkahi mereka, tapi if korang sendiri
pown hanya cukup-cukup makan, benda tu x jadi wajib pown, tolong setakat yang
mampu sahaja.
Ada juga isu ibu bapa yang hanya
akan baik dengan korang bila korang bagi dia duit. If korang x bagi, batang
hidung korang pown dia x sudi nak tengok, malah siap sindir-sindir korang…
Seriously, korang tahu x apa
kesudahan ibu bapa yang macamni???? Ha, ni kisah dia…kebanyakan mereka ni,
ramai yang tersadai kat rumah orang tua-tua.
Masa sebelum puasa dulu, saya
berkesempatan menziarahi salah sebuah pusat jagaan orang tua-tua kat ibu kota. So
masa tu memang kesian sangat-sangat tengok diorang ni, ada yang
termenung,menangis sambil menanti anak-anak diorang jenguk diorang. Kebetulan masa
tu, saya sempat dengar cerita salah sorang dr penghuni rumah ni, nenek tu
cerita anak-anak dia buang dia, hantar dia kat rumah tu and x pernah
jenguk-jenguk sampai la ni.
Beriya dia menangis…saya pown
dengar jelah kan…simpati gak…tapi masa makan tengahari dengan penjaga-penjaga
kat situ, diorang setiap dari diorang kat situ, ada sejarah silam
masing-masing. Dan diakibatkan kesilapan diorang sendiri yang membuatkan
diorang terlantar kat rumah orang tua-tua…
Masing-masing sebenarnya ada
lipatan sejarah yang sukar nak dirungkaikan. Masa Zaman mereka muda-muda, ada
dikalangan mereka ni, suka membeza-bezakan anak-anak. Ada anak yang diorang
sayang, kurang sayang n x sayang langsung, malah ada yang biarkan anak diorang
x bersekolah dengan alasan, x berkemampuan, tapi, anak yang dia sayang diorang
akan sekolahkan sampai university. Ada pula
yang suka mengungkit, setiap sen yang dibelanjakan untuk anak-anak, pasti akan
diungkit dan dicatit dalam buku 555, dan mereka akan claim balik bila anak-anak
dah besar. Kemudian ada juga yang suka sumpah anak-anak, kononnya sumpahan si
tanggang. Malahan ada yang bezakan anak
perempuan dan lelaki, tu belum yang jenis suka marah sambil keluarkan
maki-makian…dan akhirnya bila anak-anak dah fed up dengan perangai ibu bapa
mereka, so kat sinilah mereka campak ibu dan bapa.
Kalau ibu dan bapa ikhlas
besarkan anak-anak, mereka x akan minta pembalasan, apa yang diorang nak
hanyalah kasih sayang dan perhatian…dan anak-anak pon x akan berkira kalau ibu
bapa mereka ikhlas, pasti rezeki sentiasa menyusul untuk kedua orang tuanya…
Kepada ibu bapa, belajarlah
menjadi ibu bapa yang ikhlas membesarkan anak-anak tanpa meminta balasan dan
insyaAllah anak-anak akan sentiasa menghormati kita.
Kepada anak-anak, janganlah
sampai membuang ibu bapa kita diakibatkan perselisihan faham yang dah berlaku
bezaman-zaman, maafkanlah mereka…..
No comments:
Post a Comment