Pages

Monday, October 21, 2013

Please Move On

Entry yang saya dah lama sangat nak coretkan kat blog ni. Firstly sebelum start menulis ni, nak ucapkan terima kasih kat semua readers sebab Alhamdulillah traffic makin berkembang skang ni.

Untuk semua kaum wanita, x kisahlah pengkid ke, tomboy ke, selagi korang semua berjantikan perempuan sewaktu dilahirkan, tolonglah baca entry ni dengan minda dan jiwa yang terbuka. Fahami intipati coretan ni supaya korang faham keseluruhan yang cuba saya sampaikan.

Dear, sebagai gadis, perempuan, wanita, isteri dan apa-apa sahaja gelaran yang diberikan pada kita, memang tak dinafikan yang kita memerlukan lelaki sebagai pasangan hidup kita. Cinta tu memberikan kita seribu satu kekuatan untuk teruskan kehidupan. Tetapi jangan terlalu bergantung pada cinta yang boleh buatkan diri kita merana, terperangkap dan terjerumus kepada perkara-perkara yang tak elok.
Islam memang menyuruh kita taat pada suami selagi suami itu tidak menyuruh kita melakukan perkara mungkar. Selagi perkara itu diredhai Allah, selagi itu kita wajib taat. Tapi, perlukah kita taat dan menghambakan diri kita jika suami itu menyuruh kita melakukan sesuatu yang bertetangan dengan agama?
Korang mesti tertanya2 kenapa saya tulis macam ni kan??? Sebabnya sekarang ni, makin ramai wanita yang bergelar isteri dihadapkan ke muka pengadilan kerana tertangkap ketika urusan jual beli dadah berlaku.

Tidak dinafikan ada sebahagian wanita yang tidak tahu menahu kegiatan yang dilakukan suami mereka, tetapi masih ramai kalangan wanita yang tahu dan mereka turut membantu suami mereka itu dengan alasan encari rezeki mudah dan lumayan.

Dear please lah sedar yang tindakan korang semua tu sangat tidak berbaloi. Banyak lagi cabang rezeki yang boleh korang terokai. Apa yang korang buat ni seolah-olah meletakkan diri ke tali gantung. Memang saya sangat sedih bila wanita ini diexploitasikan oleh suaminya sendiri. Bayangkan masa depan anak-anak yang tidak bersalah apabila terpaksa menghadapi cemuhan semumur hidup, kerana kedua orang tua mereka mati ditali gantung kerana mengedar dadah.

Yang saya kesalkan, bila sudah ditangkap polis barulah korang menangis dan tersedar dari apa yang korang dah lakukan. Kalau dulu wanita dijadikan keldai dadah oleh awang hitam, tetapi sekarang ni, suami sendiri yang menggunakan mereka.

Please move on my dear, memang dia suami, tapi korang x salah jika melaporkan kegiatan mereka pada pihak berkuasa ataupon menasihatkan mereka supaya tidak terjebak. Korang tahu apa yang sepatutnya korang lakukan jika mereka masih berdegil. Takkan korang lebih rela bersekongkol dengan mereka, suami sebegini mula-mula ajak korang bersama-sama mereka, bila sampai satu tahap mereka tidak teragak-agak pula melibatkan korang ke kancah pelacuran. Pernah korang bayangkan benda macamni???
Disebabkan sayang suami, korang sanggup membenarkan mereka melakukan apa sahaja, yang penting korang tidak diceraikan. Wake up!!!!!!!!!!!!! Jangan biarkan diri korang jadi begini, korang masih ada harga diri dank orang berhak mempertahankannya.

Setiap insan yang masih hidup masih punya pilihan untuk dipilih. Kecuali jika korang sendiri x mahu berganjak dan rela diri diperlakukan seperti itu. Pilihan ada ditangan korang.
Kenapa korang masih lagi berharap pada suami yang sudah jauh tersasar, sedangkan korang tahu peluang untuk dia berpatah balik adalah -10%. Banyak pusat perlindungan yang korang boleh pergi untuk berlindung dan khidmat kaunseling. Bertindak lah bijak, jangan dera mental dan fizikal anda sendiri.

Untuk lelaki, suami atau apasahaja gelaran anda, janganlah jebakkan diri ke kancah yang hina dan jangan jadikan isteri anda mangsa keadaan. Mereka itu amanah Allah, bukan patung yang korang boleh lakukan sesuka hati.


Dear, korang akan rasa teramat lega bila korang dapat keluar dari cengkaman begini, tolonglah sedar dari tidur, move on demi diri korang, anak-anak dan sesiapa sahaja yang sentiasa di sekeliling korang……

No comments: