Kelihatan seorang lelaki muda berkopiah sedang menongkat
dagu ditepi masjid. Melihat anak muda yang dalam kesedihan itu, seorang tua
bergelar imam mendekatinya.
Imam : wahai anak muda, mengapa termenung panjang?
Anak muda : Imam, aku sangat kusut memikirkan kehidupan yang semakin rumit dari hari-kehari
Imam: ceritakan kepadaku, mungkin aku boleh membantu untuk
menyelesaikan masalah mu itu
Anak muda : tiada siapa yang akan faham dan dapat menyelami
apa yang aku rasakan ini, malah imam sendiri tidak mungkin akan dapat membantu
Imam : Cubalah ceritakan dulu, jangan mudah buat tanggapan
jika belum mencuba
Anak muda : Imam, aku mempunyai seorang ibu, ibu kandung
yang melahirkan aku kedunia ini, tetapi aku sangat jijik memandang muka ibuku
itu?
Imam : Apakah yang ibumu lakukan sehingga kau jijik untuk
melihat wajahnya?
Anak muda : Ibu ku seorang pelacur, dia bekerja menjual tubuh untuk menyara
aku setelah bapaku meninggal dunia, aku tidak faham kenapa ibu ku sanggup
menjual tubuhnya, sedangkan masih ada pekerjaan lain yang halal
Imam : adakah sekarang ibu mu masih menjadi pelacur?
Anak muda : Tidak, sudah lama ibuku meninggalkan pekerjaan
itu dan sudah bertaubat
Imam : adakah ibumu menyesal dengan perbuatannya
dahulu?
Anak muda : ya, ibuku setiap hari meratapi dosa yang telah
dilakukan, hamper sepanjang malam ibuku menangis ketika solat tahajjud dan
taubat
Imam : Apakah perkara paling buruk yang ibumu pernah
lakukan terhadapmu?
Anak muda : ketika aku berumur 11 tahun, aku melihat ibuku
membawa masuk lelaki kedalam rumah, kemudian aku mereka bemesra didalam bilik
sehingga subuh. Aku tidak memahami apa-apa ketika itu. Sehinggalah jiran-jiran
mengejek mengatakan aku anak pelacur. Ketika itu baru aku tahu apa pekerjaan
sebenar ibuku.
Imam: Adakah kau masih mengingati kejadian tersebut?
Anak muda : mana mungkin aku melupakan peristiwa tersebut. Di
sebabkan ibu ku, aku dihina, di kecam oleh masyarakat. Kemana sahaja aku pergi,
pasti ada yang memanggilku dengan panggilan anak pelacur.
Imam : Ibumu telah bertaubat, tetapi kamu masih tidak boleh
maafkan dia dan menerimanya kembali?
Anak muda : tidak, aku tidak boleh memaafkan ibuku, aku
masih tidak boleh menerimanya. Dia tersangat jijik pada pandangan mataku. Biar seratus
tahun lagi, aku pasti tidak melupakan peritiwa itu
Imam : adakah kau berasa tenang bila membiarkan ibumu
sebegitu? Adakah kau hidup di bumi Allah ini hanya untuk melihat kisah silam
seseorang? Adakah hatimu puas bila melihat ibumu memendam rasa? Wajarkah ibumu
dihukum begitu, sedangkan dialah insan yang melahirkan kau dan membesarkan kau
hingga kau berjaya? Siapa dirimu di bandingkan dengan Allah yang menjadikan
manusia? Sedangkan Allah maha pengampun dan mengasihi hambanya? Adakah ibumu
tidak layak diberi peluang untuk bertaubat?
Terdiam seketika anak muda itu apabila mendengar hujah imam
tersebut. Terdiam apabila memikirkan kebenaran disebalik hujah2 itu. Memang benar,
hatinya tidak pernah tenang, sepanjang hidup hatinya diselubungi dendam dan
amarah. Dia hanya melihat kisah silam tanpa melihat keadaan sekarang. Dia menidakkan
taubat dan hijrah yang dilakukan oleh
ibunya. Hatinya hanya tahu memandang hina tanpa belas kasihan, sedangkan dia
terlupa dia juga mempunyai kesilapan yang berlipat kali ganda iaitu derhaka
kepada ibunya. Memang ibunya melakukan dosa besar. Tetapi itu dahulu, ibunya
telah jauh berubah, telah meninggalkan segala perbuatan kejinya itu. Sudah hampir
20 tahun peristiwa itu berlalu, dan sudah 20 tahun juga ibunya bertafakur
diatas tikar sejadah memohon ampun dari Penciptanya…
Imam : pulanglah kerumah, mintalah ampun dari ibumu. Jika masa
itu boleh diundur, pastinya ibumu tidak akan memilih jalan tersebut. Sesungguhnya
kita sebagai manusia adakalanya kita dilitupi oleh Zaman jahil, tetapi apabila
hidayah itu datang, taubat itu adalah pasti. Sesungguhnya ibumu tergolong dalam
insan terpilih. Sebagai manusia, kita tidak berhak menilai seseorang itu
berlandaskan kisah silam mereka.
“Sesungguhnya sesuatu yang batil pada pandangan mata kita,
tidak semestinya batil pada pandangan Allah”
Moral of the story :
Sebagai manusia, kita terlalu suka mencari kelemahan orang
lain sehingga kita terlupa diri kita juga lemah dan penuh dosa. Adakalanya didalam
hati kita terkumpul dendam yang sengaja dicetuskan oleh diri sendiri.
Kita hidup untuk apa? Untuk masa silam atau masa hadapan? Masa
silam tidak boleh di ulang, tidak boleh diubah. Tetapi masa hadapan kita boleh
perbaiki supaya tidak terkeluar dari landasan sebenar.
Kadang-kadang kita terlalu suka mengheret orang lain didalam
perbalahan di kalangan kita. Kita tanpa segan silu menuduh dan menuding jari
mengatakan sipolan bin sipolan itulah yang menyebabkan hidup kita berantakan. Tetapi
kita terlupa, dalam kita menyalahkan
orang lain, sebenarnya diri kita itulah yang menyebabkan berlakunya permasalahan
tersebut. Tetapi kita dibutakan dengan dengan sikap degil dan ego diri kita
sendiri. Walau beratus kali dinasihati, kita tetap dengan kedegilan kita.
Dalam islam sendiri ada menyebut, jika kita terdengar
sesuatu perkhabaran, adalah wajib untuk kita menyiasat kesahihan berita
tersebut. Dan mestilah dari saksi-saksi yang adil, mendengar dari kedua belah
pihak. Bukan sekadar membuat andaian. Biar tersalah anggap, tetapi jangan
tersalah hukum.
Adakalanya sebahagian dari manusia suka bersikap senyap
bukan sebab salah, tetapi tidak ada gunanya untu kita bercerita tentang sesuatu
perkara yang lepas. Menganggap tidak guna mulia disisi manusia, tetapi
pandangan pencipta kita sendiri. Tidak perlu takut dengan andaian manusia, yang
perlu takut adalah dengan pencipta yang satu.
Tidak perlu risau jika dipandang hina atau di salah anggap,
yang penting ketika dipadang masyar tempat kita diadili nanti. Di situ segala
pembohongan akan terlerai, akan ditelanjangkan satu persatu. Jika didunia kita
menyorokkan salah kita, tetapi tidak diakhirat.
Benar, tidak perlu gentar, apa yang paling digentarkan
pabila saat sakarulmaut tiba, akibat terlau banyak menceritakan keburukan orang
lain, mengaibkan orang lain, risau lidah akan berhenti tatkala malaikat maut
datang menjemput.
Fitnah ini sudah wujud dari dahulu lagi, dan punca fitnah
itu sendiri kebanyakkannya datangnya dari kaum hawa. Kaum yang suka sampai menyampai2 cerita. Dari
cerita yang sedikit kemudian ditokok tambah sehingga mengaibkan insan lain…
Jauhilah sifat-sifat mazmumah ini. Tidak ada gunanya kita
mengaku bahawa kita kenal Allah, kita kenal nabi Muhammad itu siapa, tetapi
dalam kehidupan seharian kita, kita masih bersangka buruk pada insan lain. Belajar
mencari salah diri kita sendiri sebelum
mencari kesalahan orang lain…
No comments:
Post a Comment