This is the time to all Malaysian people realise that US is
supported Israel. Yup, all of us voice
out to boycott all product from US and Israel…sadly when I found out Malaysia
one of Israel importer product, we are at ranking no 11 !.
Terkedu sekejap, Malaysia Negara yang sangat kecil berbanding Negara lain, tetapi kita mengimport terlalu banyak product dari Israel. Sebagai umat Islam kita memang perlu untuk sama-sama membantu Palestin dalam apa jua cara sekalipun. Banyak syarikat-syarikat yang secara terang-terangan support Israel, Cuma kadang-kadang kita keterlaluan memboikot sehingga menimbulkan kucar kacir.
Sekarang ni heboh sana sini boikot Mc Donald, walaupun
hakikatnya banyak lagi syarikat-syarikat dan product2 lain yang terang-terang
hulur bantuan pada Israel, tapi x ada sape pon nak boikot. Ektream pada Mc
Donald sahaja.
Paling menyedihkan, semua orang tahu applikasi wassup (Jan
Koum) Facebook (Mark Zuckerberg) Google (Sergey Brin) adalah penyokong Israel,
tapi dengan applikasi itu juga kita menyebarkan kempen boikot ISRAEL.
Jumlah kita gunakan applikasi ni lebih banyak dari kita
habiskan duit beli Mc Donald, tetapi ada sesiapa yang ambil langkah berhenti
dari guna facebook? Wassup? Google? No body!!!! Tiap-tiap hari update status,
dan setiap kali korang click, setiap kali tu lah diorang dapat duit…kita tak
boikot kenapa? Sebb kita fikir, kita tak keluar duit pon untuk guna facebook
tu…padahal dah tentu korang langgan internet, so caj is from there….sah-sah
facebook, google and wassup bukan perniagaan franchais, tapi kita tak pula
sedar.
That the reason kenapa saya marah dengan orang kita.
Kadang-kadang terikut-ikut dengan trend, smpaikan benda-benda lain yang lebih
besar kita x nampak. Atas alasan apa kita guna facebook? Sebb kita gunakan
untuk tujuan kebaikan? Sebb kita sebarkan kebaikan?? Tapi dah sah-sah Facebook
tu support Israel, tapi kenapa kita butakan mata kita? Yang kita nampak
Mcdonald.
Extream sangat-sangat, sampai nampak orang pasang sticker
pon boleh plak pegi pecahkan cermin kereta diorang, baling batu kt pekerja Mc
Donald, eh dalam islam pon x ajar cara-cara macam tu. Nak boikot, silakan tapi
jangan jadi pengganas.
Ni just nak cerita je…aku follow sorang mamat yang memang
anti Israel, tapi bila aku tengok-tengok balik ni manusia yang jenis cakap x
serupa bikin.
Segala benda yang dia beli banyak giler product from Israel,
tapi giler-giler boikot Mc Donald…buat apa kau kecoh-kecoh cakap kau anti
Israel, tapi ko sendiri beli barang Israel???? Ko cuma nampak Mc Donald…weh
banyak lagi kot selain dari Mc Donald tuh…
Arghhh geram plak tetibe. Tapi tulah, if kita ni rakyat
biasa, boikot memboikot tetapi if pihak berwajib Negara kita masih meneruskan
import export brang-barang dari Israel, kita boleh buat apa? Itu lagi besar
nilai sumbangan kepada Israel.
Perkara-perkara sumbang-menyumbang ni hanya boleh terhenti
jika Malaysia tidak menjalinkan perdagangan dua hala dengan Israel dan mcam tu
juga dengan Negara yang menyumbang kepada Israel. Itu sahaja cara yang paling
besar effect dia kepada ekonomi dunia.
Kita boleh je guna barang-barang tempatan atau pon dari
Negara Islam lain yang kualiti dia sama je, tp itulah, kadang-kadang orang kita
ni riak, shoping barang2 branded mulalah kita rasa diri ni up to date sangat n
perasan mat salleh sangat…
Sekadar renungan :- guys, if kita sayangkan orang islam kita kat palestin tuh, bukan setakat bantuan keewangan sahaja yang mereka perlukan, tetapi senjata yang paling ditakuti oleh orang kafir adalah doa orang-orang mukmin. Jom kita sama-sama berdoa setiap kali selepas solat atau bila-bila masa sahaja untuk saudara-saudara kita dipalestin. Tak guna kita hanya memboikot, berdiri tengah panas lancarkan kempen anti Israel, tetapi tidak pernah walau sekali pon kita memanjatkan doa untuk mereka di sana. Anjurkan lebih banyak aktiviti keagamaan seperti solat hajat, doa dan zikir untuk semua warga islam di seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment