2014 in memory and welcome 2015.
Rasanya sepanjang 32 tahun hidup, tahun 2014 tahun yang
paling suram dan penuh dengan kejadian2 beremosi, lagi hebat dari kejadian
highland tower and tsunami.
Paling terkesan ialah 3 kes yang sangat-sangat besar
akibatnya, MH370, MH17 and banjir besar di negeri pantai timur, perak,perlis
and johor. Memang banjir ni tak lah seteruk tahun 1971, tapi kesan dia mungkin
lebih teruk, dah la banir, ada juga kejadian meragut nyawa sepasang suami
isteri dan seorang bayi..takziah pada keluarga diorang.
Seriously, memang x boleh nak gambar apa perasaan mereka
yang terbabit dengan banjir besar, hilang rumah, harta, malah ahli keluarga. Bersesak-sesak
kat penempatan banjir, if orang muda xpe, cuba bayangkan orang2 tua yang
terlibat, alahai kesiannya. Dah la uzur, bersesak kat tmpat yang memang x
selesa, nak pergi bilik air pun susah, so korang sumer boleh fikir kan?
Terfikir-fikir, kenapa eh benda ni jadi? Apa peringatan yang
Allah cuba bagi kat kita semua, benda ni dah seminggu kitorang kt opis jadikan
tajuk tiap kali time breakfast or lunch. One of my BFF cakap, sebab peringatan
ke atas mereka-mereka yang menyalah gunakan duit zakat. Betul gak, tiap tahun
kelaur kat paper berjuta duit zakat dibayar oleh seluruh penduduk Malaysia, tp
still ada lagi orang yang susah sampai rumah nak roboh macam yang di siarkan dalam
bersamamu, so mana pergi duit zakat yang berjuta tu? Memang pelik bila tengok
eh, apesal still ada lagi orang yang duduk rumah macam rumah abu nawas ni? Bukan
ke ritu ada keluar paper duit cukailah, duit zakat lah kemain banyak? So nape x
bagi ke diorang? Wah, tetiba cam over plak nak question kan soklan macma ni
kan? Letz fikir lah, bukan lah nak mempertikaikan atau mempersendakan? Just pertanyaan
untuk dapatkan kepastian je...sibuk-sibuk nak wat GST, tapi rakyat still ada
yang miskin lagi, sibu-sibuk keluar statistic purata pendapatan rakyat Malaysia
5000. Hurmmm rasanya tu bancian kat mana? Kalau balik kampong, still Nampak ada
je orang kampong yang susah, nak makan pun kadang-kadang kena mintak jiran, so
kat mana relevant purata pendapatan isi rumah 5000 tu?
So, semua kena fikir elok-elok, banyak sangat pengajaran kat
kita yang Allah suh fikir, bukan setakat kat mulut je kita cakap kesian. Camtu gak
kat mangsa yang terlibat tu, ada sebab Allah bagi ujian, kita yang tengok ni, x
yah la pepandai nak wat spesikulasi yang hebat sangat, sok-sok time kita kena,
tahu marah bila orang cakap macam-macam.
Tutup bab banjir, buka bab MH370 n MH 17. MH 370 tu memang
misteri mak lampir sebab sampai skang x jumpa-jumpa, walhal satellite ada,
system boieng tu sendiri dah canggih, ejen perisikan lagi lah hebat, boleh tahu
kau menyorok kat celah mana, tapi still x jumpa MH370 tu. Kat situ memang pelik
lah, sampai tun Mahathir pun tergelak bila baca, sebab macam x logic kot, if
yang hilang tu kereta tolak or kapal terbang mainan of course lah x leh nak
jumpa. Sampai skang waris diorang tertanya-tanya ape punca MH370 tu hilang.
Tu belum masuk bab andaian orang-orang yang terlampau bijak
pandai, kaitkan juruterbang dengan masalah peribadi sampai sanggup hilangkan
kapal terbang tu. Wah , kau dah kenapa? Orang giler pun x akan buat benda macam
tu kot.
Yang mampu kita buat adalah berdoa supaya MH 370 tu selamat
dijumpai.
MH17, kejadian kedua terburuk selepas kejadian tanjung
kupang. Memang mereka semua mati, bersyukur sekurang-kurangnya ada mayat
diorang dan kita tahu ape yang terjadi. Kita ni manusia, apa yang kita Nampak pada
mata kasar, x semestinya sama dengan yang tersirat. Bersyukur juga sebab mereka
semua meninggal ketika bulan ramadhan, which is orang yang meninggal pada bulan
ramadhan akan terlepas seksa kubur.
Apepun, semua dah berlalu, the past is past, so untuk tahun
2015, semoga tiada lagi insiden-insiden yang mengerikan berlaku.
No comments:
Post a Comment