Rasanya aku pernah buat entry vaksin ni, tapi x ingat tahun
bila. This week kecoh tentang vaksin n kisah komen one of imam muda, I can’t
remember his name. Sarcastic komen, but I don’t want to comment about him…better
cerita pasal kebaikan vaksin ni. Islam memang menuntut kita ambil vaksin
sebagai langkah penjagaan dari terkena penyakit berbahaya ni. Mufti pun
meletakkan hukum harus untuk vaksin. Aku tak kisah if ada yang anti vaksin, itu
hak masing-masing. Diorang ada pandangan diorang sendiri, dan aku pun ada
pandangan aku sendiri, kena respect each other lah kan. Tapi bila komen yang
mengatakan malaikat tak akan ambil nyawa orang yang ambik vaksin tu, memang
melampau. Aku tak rasa diorang yang ambik vaksin ni mengagung2kan vaksin tu dan
menidakkan kuasa Allah yg esa. Ambik vaksin tu adalah usaha supaya terhindar
dari kena sebarang penyakit berjangkit, selebihnya adalah kerja Allah. Yang penting
bukan percaya disebbkan vaksin tu kita tak sakit, tapi semua tu kuasa Allah. Tawakal
tanpa usaha tu memang pelik, macam orang yang rumah terbakar, tapi tak ada usaha
selamatkan diri, dan hanya bertawakal kepada Allah. Kalau bukan ajal, memang
kau akan selamat dan kalau dah ajal memang kau tetap akan pergi gak walaupun
kau berusaha untuk selamat kan diri, tp at least kau berusaha. Ajal maut, Allah
yang tentukan.
Untuk golongan anti vaksin (aku x suka guna wording ni, tapi
x tahu nak guna ayat apa) aku rasa diorang mungkin ada alternatif lain untuk
prevent anak diorang dari kena virus berjangkit, ok itu hak diorang, Cuma yang
aku tak suka bila anak korang sakit, korang bagai nak giler salahkan doctor,
salahkan sana sini sebb x rawat anak kau. Kenapa time ni kau tak fikir benda tu
kuasa Allah, if doctor rawat pun anak kau, tapi ketentuan kata dah ajal, so ko
kena terima lah, macam kau terima yang vaksin tu bukan penyebab untuk prevent
sakit. Tu memang aku x setuju, sebb hanya certain situation je kau relate
dengan agama.
Untuk golongan yang memang gunakan vaksin ni, aku hope
korang tak letakkan kepercayaan yang vaksin tu adalah penyebab anak korang
terhindar dari penyakit berjangkit tu, tapi korang letakkan sepenuh kepercayaan
bahawa yang menyembuhkan adalah Allah swt. Aku dulu pun tak cucuk rubella sebb
masa time nurse datang kat sekolah aku demam, lepastu ayah aku bawak gi klinik
nak enjit, tapi vaksin tu x de stock, lepas tu terus terlupa nak ambik sampai
aku pregnant. Aku memang takut sebb baru teringat aku x cucuk rubella lagi, and
time tu doc tu cakap takpe, lepas bersalin awak boleh ambik enjection rubella,
time tu memang aku sangat-sangat takut if anything jadi kat anak aku, tapi
Alhamdullillah anak semua ok, Cuma ada a bit rashes kat muka. Lepas tu plan nak
ambik rubella after 3 months after bersalin, and doc suruh buat upt takut pregnant…tup-tup
memang aku pregnant, yang buat aku pucat kali ke dua, aku pregnant kembar…masa
tu aku memang follow instruction doctor, jaga kesihatan elok-elok, permakanan n
macam-macam, Alhamdulillah anak kembar aku sihat, dan now aku dah pun ambik rubella
walaupun dah tua…
Nampak tak apa aku maksudkan, walaupun anak2 aku lahir
sihat, tapi aku still ambik rubella after that sebb itu preventive action aku,
and anak-anak aku semua vaccinated. Tapi aku tak lah mengatakan vaksin tu penyebab
utama malaikat maut tak ambik nyawa aku n anak aku, sebb aku tahu malaikat
bukan takut vaksin, dia hanya menurut perintah Allah swt.
Cuma aku terkilan berita budak meninggal tu ada pihak yang
persendakan, bab imam muda tu, aku tak tau nak cakap macam mana, tapi zaman
sekarang ni banyak sangat yang segera, bukan aku kata diorang x bagus, tapi
ustaz2, mufti2 dulu n yg masih ada zaman sekarang lebih low profile, ilmu
tinggi dan diorang melalui fasa hidup yang jauh dari dunia glamer..serious aku
kurang suka benda camni di jadikan pertandingan or pape lah..sebb aku tengok
ramai yang terikut-terikut dengan trend, bukan ke arah yang betul-betul
berdakwah… aku cakap segelintir ye, yang mana yang bagus tu
memang baguslah…
Sekian terima kasih
No comments:
Post a Comment