Pages

Friday, August 26, 2016

Bangsa Johor

Aku suka Tun Mahathir, tapi bila masuk bab "isu bangsa Johor", aku tak bersetuju dengan Tun.
Aku rasa bukan Johor je ada benda2 macam ni, Kelantan, Terengganu dah lama ada cuma kurang menonjol macam Johor. Aku tak rasa Istilah bangsa Johor ni issue yang boleh memecahbelahkan perpaduan, Sultan dia wujudkan istilah tu tanpa pinggirkan mana-mana kaum, orang cina, india, melayu, bugis, portugis, orang asli semua di kira bangsa Johor. Bagus, sebab semangat cintakan negeri ni yang buatkan x ada pecah belah, bila diorang kat negeri luar pun, diorang still akan tolong menolong bangsa masing-masing, memang itu yang di harapkan, sape lagi nak tolong kalau bukan bangsa sendiri. Masa aku dekat U dulu, ada je persatuan anak-anak Johor, anak2 Kelantan, tapi yang paling aktiv anak-anak Kelantan, diorang ni bagus sebab masing-masing jaga bangsa masing-masing x kira ko keturunan apa pun, janji anak-anak Kelantan. Bila time puasa, leader diorang ni akan kumpulkan anak-anak Kelantan yang nak balik naik bas or keretapi, leader n orang kanan yang akan collect duit, beli ticket, semua balik serentak kira satu gerabak keretapi ni diorang saje, kalau aku, memang aku suka sebab keselamatn terjamin, ada orang jaga masa kat perantauan...apa-apa masalah diorang akan sama2 pikul, pernah dulu ada member tak dapat lagi duit ptptn, diorang ni lah pergi ke HEP, pergi ke Pej PTPTN untuk Tanya status pinjaman...suppose semua negeri ada benda2 macam ni, tak lah rakyat berjuang untuk diri sendiri je....

Johor ni Sultan dia proactive, memang aku suka dan kadang-kadang aku pernah rasa menyesal sebab tak lahir kat Johor....hahahahahahaha. Pemimpin ni lah penggerak sebenarnya, bila ada Sultan yang macamni, lama-kelamaan negeri Johor memang boleh bebas miskin, bebas gelandangan satu hari nanti, ni baru pemimpin, kalau setakat nak jadi pemimpin tapi nak duduk sesaja, aku pun boleh jadi pemimpin.

Aku tengok Sulan Johor ni dia idealistic, semua benda dia turun padang sendiri, tengok apa jadi kt negeri dia, so bila orang tanya semua benda dia tahu. Aku faham apa maksud Tun, bila ada label bangsa Johor ni, diorang ada semanagt kenegerian yang kuat dan akan utamakan bangsa dia sendiri sampai akan sisihkan bangsa lain, tu kalau kita tengok kt sudut negative, tapi kalau kau tengok kat sudut positif, bangsa2 lain pun kenalah start benda yang sama supaya boleh bersaing secara sihat, betul x? kalau yang lain-lain pakat2 tengok je, memang nanti bangsa yang paling maju bangsa Johor lah. Tahu nak kondem, tapi bersaing sihat tak mau, ape cer kan???

Ingat kes Sarawak tak bagi bukan anak-anak Sarawak kerja di Sarawak? ha ni sama lah maksudnya, bila bangsa sendiri di tindas of course lah pemimpin yang akan bela nasib bangsa sendiri. Penindasan kat bangsa Sarawak sebab ko cut orang Sarawak, lepas tu bawak masuk orang lain kerja kat Sarawak, akai ada ka???? So kat sini point yang paling bagus untuk aku show betapa pentingnya label bangsa ni. Ni tak, asyik nak kira bangsa melayu, bangsa cina, bangsa india sampai kita pun rasa label perkauman ni lah yang memecah belahkan bangsa dan kaum yang ada. Ko letak bangsa Johor, semua kaum termasuk dalam bangsa Johor, sampai uncle sebelah rumah aku ni pun rasa bangga jadi bangsa Johor.

Bila istilah bangsa ni digunapakai dan diguna praktis, maka isu kaum x wujud dah, sebb bangsa tu dah melambangkan scope yang luas, hidup dalam pelbagai kaum, latar ekonomi ni yang kita nak, dari dulu lagi kalau wujud benda macamni memang x lah berpecah belah macam sekarang. Ko tengok, orang cina ada 2 je parti, MCA n DAP, orang melayu berapa banyak? UMNO, PAS, Keadilan, Amanah...tu lah tanda2 berpecah, ada yang syarat kena anak melayu baru boleh masuk parti, macam2 lah.

Eh, Nampak plak aku kaki bodek sultan Johor....hahahah aku ni nasihat je, x nak dengar takpe....anyway aku ucapkan tima kasih lah kat sapa-sapa yang sudi baca blog aku, macam malam tadi, habis je aku tekan publish x sampai seminit orang dah click baca entry aku. Walaupun aku tak popular, tapi ada gak yang visit blog aku. err aku berblog bukan untuk femes ye, tapi aku suka menulis sebenarnya...

No comments: