Aku salu je baca yang ada parent suruh anak baca abc masa umur setahun...and a bit proud bila anak-anak pandai baca kat flash card, boleh kenal binatang kat flash card...baguslah ada effort macam tu...tapi aku x buat benda tu, sebab anak aku boring main benda camtu, aku notice mamat ni suka benda actual, so aku kena bawak dia pergi zoo untuk dia kenal semua jenis binatang or kalau aku jumpa lembu or kerbau kat tepi jalan masa balik kampung, aku akan tunjuk kat dia...cam tu gak abc, aku pernah gak suh dia hafal kat flash card, tapi setakat tu je....dia hafal bukan dia faham pun....so aku try suh dia tengok kat sign notice yang ada tulisan tu, and suh dia carik mana a,b,c...so aku rasa tu antara cara yang berkesan lah, camtu gak warna...aku just sembang-sembang ngan dia baju yang dia pakai tu warna apa, rumput tu warna apa, langit tu warna apa....aku x lah fokus nau kat buku2 or flash card...sebab dia jenis suka main, so dia practise belajar sambil main lah....
Aku tak kisah kalau dia tak tahu abc, 123 tu, tapi aku pentingkan pemahaman, at least aku sembang ngan dia, dia boleh balas dengan jawapan yang betul. contoh aku tanya, ibal nak minum susu banyak ke sikit? dia akan cakap nak minum banyak. Ibal pagi tadi sarapan apa? dia akan cakap sarapan nasi lemak, tengahari makan nasi lauk telur...so kat situ aku faham dia tahu apa jawapan yang betul untuk soalan aku tu...
Aku memang akan sembang dengan anak aku selalu, supaya dia faham apa yang aku nak cakap, rather aku paksa dia baca buku, aku lagi suka cara camtu...at least dia bukan setakat menghafal...now aku dah tak boleh nak kelentong dia kalau kedai makan tu x de jual mee or apa-apa yang menu yang bergambar...sebab dia akan tengok gambar, so dia akan tahu apa jenis makanan tu, kalau nak kelentong pun, bab menu yang x de gambar lah, ada sekali tu dia nak makan mee goreng, aku cakap lah x de sebab aku x bagi sangat dia makan mee..sekali ada gambar mee goreng kat menu tu, terus dia cakap aku tipu dia,,,atas sebab2 berdosa tipu budak-budak aku pun order lah....haih...x baik kan tipu budank-budak ni....
No comments:
Post a Comment