Pages

Wednesday, August 3, 2016

EDISI KEMBAR TIGA RASA - Survivor


Macam mana boleh terlepas, rasa dah ikat ketat dah tadi, dah banyak kali terlepas ni. Ni mesti ada saka yang boleh buat dia terlepas ni, mesti punyalah.

Ni bukan pasal ayam or any haiwan peliharaan aku, tapi ni pasal anak kembar aku si aisyah ni. Aku dah letak dalam car seat, dah pasang belt pun, kukuh dan ketat lagi kot belt tu, tapi tak sampai berapa minit dia boleh lepaskan diri dari belt tu tanpa bukak tempat lock pad tu. Pelik aku, si habib tak lepas, ape pasal dia ni boleh lepas.

Dah macam-macam cara ikat dah aku try, ikat lurus, ikat silang semuanya aku dah try, tapi semua dia berjaya lepas. Aku rasa masa dalam perut dia ada menuntut ilmu survivor tu yang dia boleh lepas dari jerangkap samar...hahahahahahahah

Satu hari aku pasang phone camera kat belakang, sebab aku nak tahu camaner dia buat sampai dia boleh terlepas dalam masa kurang dari lima minit. Tada!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! bijak betul si kecik ni, korang tau macamana dia boleh lepas kan diri??? Ni hasil dari rakaman camera yang aku ambik aritu.

Step 1

Dia akan pandang depan dulu, bila dia tengok mak dia tengah focus bawak kereta, baru dia buat step pertama. Kecikkan dulu badan, goyang-goyang bahu sikit...shake-shake you all, shake shake you all

Step 2

Keluarkan bahu kanan dulu, buat perlahan lahan, lepas dah keluar bahu kanan, terus keluarkan tangan kanan pulak.

Step 3

Bila dah keluar tangan kanan, senang nak keluarkan bahu dan tangan kiri pulak

Step 4

Bangun perlahan-lahan, keluarkan kaki kanan dan kiri,

Step 5

yey dah lepaskan diri, so boleh keluar dr car seat.....

Aku yang tengok ni berdebar-debar, geram n rasa nak menangis sebab dia boleh je terfikir trick licik yang macam tu, padahal masa dia buat keje ni dia baru setahun 2 bulan....jalan pun tak pandai lagi...camnor?????

Pening kepala acik memikirkan dia ni, agaknya dia ni nak jadi askar kot, tu sebab dia boleh je lepas dari apa-apa pun.

Ko jangan cakap car seat tu murah ye, segala jenis car seat aku dah try letak, semua sama tak sampai 5 min dia dah pandai lepas kan diri....

Patut dulu doc pernah cakap dianya tali pusat macam nak naik ke atas, so doctor suruh monitor takut-takut terjerut kat leher dia masa dalam perut...tapi mungkin ilmu survivor ni lah yang dia boleh lepas kan diri...Terima Kasih Allah, terima kasih kerana berikan ilmu survivor tahap dewa kepada anak aku ini...

Actually dulu si aisyah ni pernah terperangkap bawah katil, aku penat cari satu rumah, tapi still x jumpa. bila aku panggil dia ek pun tak, ook pun tak....dalam setengah jam aku cari dia, tetibe dia terpacul dengan badan penuh dengan habuk....rupanya dia datang dari bawah katil...hahahahahah

Dalam aku dok menung bakpenya dia jadi gini, pastu aku teringat yang dulu msa aku mengandung aku ada mimpi jumpa bunga hutan yang cantik nau-nau, kemain kembang lagi, warna merah bata bunga tu....aku sempatlah citer kat ayah aku pasal mimpi tu, sekali bapak aku cakap nanti anak aku lasak macam tarzan..sebab bunga hutan kan...jenis survivor....dan ternyata jangkaan dia tu tidak meleset sama sekali...

SYABBAS BETTA, SYABBASSSSS DIL TOPAGAL HEI, KUCH-KUCH HOTAHEI.....

No comments: