Pages

Sunday, August 7, 2016

Suhaimi inteam

Aku ada baca yang Suhami ni tak hantar anak dia pergi sekolah dan x prefer anak dia ambik UPSR, SPM or PT3. Sebabnya peperiksaan tu dikatakan tak relevant dah. Kalau kau tanya aku, aku akan cakap logik. Dulu2 nilai SPM kalau dapat pangkat dua dah dasyat dah, dah dapat fly oversea. Orang cakap zaman sekarang budak dah makin pandai, so setakat exam yang macam sekarang ni macam makan kacang.

Suhaimi ni if tak silap aku dia buat home schooling, dan bagi aku betul dia cakap tanpa SPM pun boleh bekerja, kenapa kita hanya tertumpu pada spm? zaman sekarang ada je alternatif lain, mungkin dia nak hantar anak dia masuk sijil kemahirang vokasional, macam kat obersea...nowdays ada banyak alternatif, nak ambik A-Level, O-Level semua terpulang pada parent.

Home schooling ni bagus, kalau dilaksanakan dengan cara yang betul, sahsiah anak-anak pun senang dibentuk. Aku perasan dia dedahkan anak-anak dia pada awam macam buat nyanyian amal kat pasar malam, bagi aku tu salah satu teknik yang bagus, zaman sekarang kalau tengok, budak-budak belajar hebat tapi bila bab kemahiran hidup, level confident memang tak dak. Apa yang suhaimi ni buat memang boleh build up budak-budak nyer self confident. cuba kau tengok orang macam che det, siti nurhaliza, diorang ni jenis yang berniaga, jenis yang terdedah dengan orang awam dari usia yang kecik, tu sebab both of them ni antara orang yang sustain dalam career masing-masing.

Paling bagus home schooling ni boleh elakkan jenayah buli, terjebak dengan rakan-rakan yang x berapa nak berdiscipline, dan ibu bapa boleh luangkan masa dengan anak-anak diaorang.

Masa di rumah kita boleh bagi sebanyak mungkin input, buat kelas belajar ikut kreativiti kita yang penting follow silibus yang betul, so anak-anak tak bosan dengan kaedah pembelajaran yang setakat dalam kelas semata-mata.
Kalau pergi tengok sekolah international, kaedah diorang memang macam home schooling, cikgu one two one teaching and solving problem. Sebab reputasi cikgu ni bergantung sepenuhnya pada result anak murid, if diorang teruk tak ada sape nak hantar anak masing-masing pergi sekolah private tu...

Plus kalau kat rumah, kita boleh ada kan subject elektif ikut kesukaan anak-anak contohnya kelas gitar, piano,art n kraft or apa-apa yang anak kita suka....

So, jangan cepat melenting kalau dengar orang tu tak hantar anak dia ke sekolah or tak bagi anak dia ambik exam malaysia standard, dia mesti ada alternatif untuk anak dia, cuma kita sebagai orang luar tak payah banyak sangat syak wasangka....


No comments: