Pages

Tuesday, December 24, 2013

Lahirlah Sang Kuriang@ Audra Iqbal

Salam semua. Dah lepas pantang ni, barulah dapat menjenguk blog ni. Thanks pada kawan-kawan and family yang datang melawat and sahabat yang sentiasa mendoakan saya dipermudahkan bersalin.

Jujurnya, dari saat hamil sampailah bersalin adalah waktu yang sangat mencabar tapi teramat indah.

Masa saya disahkan hamil, kandungan sudah pon berusia 8 minggu. Masatu, memang x tahu langsung saya mengandung. Seingat saya saya rasa perut macam sakit- sakit, then badan agak berisi, risau bila badan naik, then saya terus ambik package untuk lose weight. instructor pon suruh saya buat pregnancy test before proceed sebab dia x nak responsible if anything happen. Saya pon buatlah, time tu kt opis, lepas 5 minit tengok balik, ada 2 line. Terkejut and tak sangka sangat- sangat, yelah sebelum tu saya bunting pelamin, tapi kecundang ditengah jalan...menitik air mata, terus call hubby n bagitau lepas tu, ambik wuduk and buat solat syukur.

Readers, time tu hanya Allah je yang tahu apa isi hati saya, yelah masa gugur dulu, orang yang dekat dengan saya berulang kali caksp saya gugur sebab rahim saya lemah. Memang terkilan dengan kata-kata dia, tapi beliau suruh saya bersabar dan maafkan dia. Saya hanya mampu mengadu pada Allah dan buktikan bahawa saya mampu lahirkan zuriat dengan izin Allah.

Sepanjang mengandung, memang mencabar, morning sickness sampai usia kandungan mencecah 5 bulan. Saya hanya boleh makan biskut, roti dan air soya jer. Air masak biasa pon kalau minum, muntah balik, yang saya lalu air zam- zam jer...tiap - tiap hari kalau lalu dekat pantry or kedai makan, muntah belilah jawapnya. Bila bulan keenam baru dapat makan sedap sikit, tekak dah boleh terima, cuma still mulut rasa pahit je. rasa pahit mulut tu sampai nak bersalin pown saya still rasa.

Seingat saya makanan yang saya lalu hanyalah makanan pakistan dan india jer. Tiap hari, makan beriyani, naan, kari n segala makanan pedas serta berempah.

Saya pulun h bis, tapu berat cuma naik 8 kg jer...yang besar cuma perut, mcm nk meletup jer..sebab si kecik ni yang membesar....


Kalau nk cerita pengalaman bersalin, semua sama jer. Sakit semua sama, cuma kejap or lambat jer...saya masuk labour room pukul 4 pagi, padahal masa pukul 12 malam dah bukak 4 cm. cuma time tu contraction x kuat sangat, sakit pown kejap je...siap boleh mkn burger lagi...huhu...

So contraction rasa masa dah bukak 8-9 cm....sakit memang sakit, tapi masa tengok si debab tu keluar n dia letak atas badan, terus menangis....he is a boy...scan dulu girl...time tu scan 4D, and dok ckap girl, masa Scan kt tmpat lain 2D, dok cakp boy..tapi naluri kuat cakap dia lelaki...Alhamdullillah.

Perasaan jadi ibu memang susah nk cakap, paturla orang cakap mental kena kuat, kalau x, boleh meroyan. Bayangkan waktu saya perlukan sokongan, ada insan yang kurang menjaga bahasa. Baby time tu kena kuning, and saya risau setengah mati, boleh pulak insan tu cakap kuning ni boleh sebabkan otak anak cacat. Yes, i know the risk, tapu bukan mcm tu cara nak sampaikan fakta begitu...ada caranya...sekali lg saya kena faham situasi insan itu...

Memang x sempat nk berpantang betul- betul pown. Sekadar yang boleh jer.
Tapi now alhamdulillah, become better. Pada insan yang suka provok hidup saya dan kadang- kadang suka menjadikan sesuatu isu itu besar, thanks pada korang yerk...one find day Allah will pay back. Jujurnya, saya x mampu maafkan apa yang telah anda lakukan. Fikirkanlah dengan matang....

Sang Kuriang Dah Sebulan




Christmas Dinner

Assalam semua. Alhamdulillah 44 confinement days dah pown berlalu, and dah boleh masak balik. Tangan ni gatal sangat nak pegang kuali and masuk dapur....Malam ni sempena besday beliau, saya buat beef steak jer, x payah resepi sebab mana2 steak sama jer...


Thursday, November 21, 2013

Tentang Kami

Assalam. Lama saya senyap, rindu dekat blog tapi perjuangan perlu diteruskan...Alhamdulillah, 12/11/2013@13:37 pm, Audra Iqbal selamat dilahirkan. Sakit memang sakit, tapi bila tengok dia keluar, kemudian senyum pada saya, hilang terus rasa sakit yang ada....

Tapi tula, sehari lepas bersalin and nak discharge, tiba-tiba iqbal kena kuning, as a mother  who just give a birth, of course rasa sedih bila iqbal kena tahan di NICU sebab kuning tinggi. Masa datang nk breast feed, hati saya luluh bila tengok Iqbal duduk bawah lampu photo untuk hilangkan kuning. Walaupun Mata Iqbal ditutp bila dok bawah lampu, tp bila dia dengar je suara saya, terus dia menangis and bukak penutup mata...Ya Allah masa ni, memang tk sanggup nk tengok dia, sediy n rindu sangat2.

Hari kedua terus mintak duduk wad biasa supaya boleh jaga Iqbal. Alhamdulilah kebah, n boleh balik rumah. Tapi....esknya kuning dia datang balik, kali ni mencecah 300 lebih, lagi sekali kena tahan wad, tapi saya mintak untuk duduk dua hari supaya kuning Iqbal betul - betul sembuh. 2 hari di wad buat saya insaf, anak saya cuma kuning biasa je, tpi saya dah menangis bagai nak rak, sedangkan bila saya lalu di bilik- bilik lai, ramai g bayi yang mengidap penyakit lebih teru dari Iqbal...

Alhamdulilah, bacaan terakhir menunjukkan perubahan positif, kuning reduce almost 90% , kami dibenarkan balik







Tuesday, October 29, 2013

Pantang Selepas Bersalin

Salam dear,
Just nak share satu entry pasal berpantang,
Korang suka x time berpantang?
Nak –nak bila berpantang tu melibatkan kaedah tradisional,
Aku ni memang degil and x suka ikut benda-benda yang aku rasa tak logic,
Kalau korang belajar bio mesti korang akan setuju ngan aku,
Aku lebih percaya kat benda yang dah dibuktikan melalui research oleh medical practicioner,

Ape pendapat korang pasal berbengkung?
Yang korang kena seksa diri korang dari atas sampai bawah,
Dah macam mayat kena balut,
Pastu ikat terik-terik sampai nak bernafas pown susah,
Ewwww aku x rela kot, gila kau, dah menyeksa nyawa kot,
Pastu ko leh tak bayangkan,
Kau baru je lepas bersalin,
Pastu kau nyer darah nifas x kering lagi,
Tapi still kena pakai bengkung,
Pastu menyusahkan hidup bila nak tukar pad,
Nak berak, nak kencing,
Pastu kena pakai balik….
Hygene ke kalau camtu,
Tak nak aku,
X hyegene langsung.
Pastu aku x sanggup nak biarkan diri aku terseksa dengan bengkung tuh.

Korang sedia maklum kan,
Darah nifas tu adalah darah toksin yang keluar lepas bersalin,
Toksin yang keluar tu, adalah toksin dari seluruh badan,
Dia akan turun ke bawah, so if korang pakai bengkung tu,
Tak ke menggugat kelancaran pembuangan toksin????
So kenapa nak bengkung?
Dah la time tu Rahim korang still mengembang dan bengkak lagi,
Pastu korang seksa Rahim korang dengan tekankan dia kedalam…

Senang je kalau nak kurus, nak keluarkan toksin, nak susutkan Rahim,
Breast feed je baby korang, settle semua beb….
X payah sibuk nak jaga adat,
Sampai korang kena guna pepatah “biar mati anak, jangan mati adat”,
Nak kurus kena pakai bengkung ke?
Aku x nampak kat mana logic dia,
Setahu aku, cikgu pendidikan jasmani aku cakap,
Nak kurus, kena excersize,
X pulak aku dengar dia suh pakai bengkung,
Or pakai bengkung sambil berlari-lari atas trademill….

Bab bertungku, aku leh terima lagi lah,
Sebab untuk bagi rasa panas kat perut korang,
Tapi x lah boleh nak kurus pown,
Ko bayangkanlah,
Perut korang tu berapa banyak lapisan lemak tebal dan degil,
X logic lah panas tungku tu nak tembus tujuh lapis kulit korang,
Tu lum campur ketebalan lemak tepu korang kan???
So setakat nak rasa suam n comfort boleh lah.

Ni lagi yang aku x suka,
Bab berurut,
Ada ke patut, korang nye Rahim lum kecut lagi,
Dah kena berurut,….
Weh ikut logiclah,
Benda tengah bengkak,
Pastu ko nak sengkak,
Seksa kot Rahim kau tuh,
Tunggulah sampai Rahim kecut dulu,
Aku pown nanti suh mak dayang tu urut badan, tangan n kaki,
Yang lain-lain tuh, biar tunggu kecut dulu…
Kira kalau ko nak faham, dalam bahasa kasar dia camni lah,
Contoh ko tengah period,
Pastu tetiba orang urut Rahim yang kembang sebab kuar darah period,
Apa kau rasa?
Sakit x?
Seriyeslah sakit kan???
Camtu gak lah nifas tuh….

Ha, nip own aku x leh kompromi,
Dah la dalam pantang,
Time tu recovery session kan?
Pastu ko nak breastfeed anak kau kan???
Tapi kau nak makan nasik ngan ikan kering je???
Mana nak datang susu kau???
Aku nak makan sedap,
Tapi still dalam ketegory makanan dalam pantang lah,
Cuma bukan ikan bilis or ikan masin,
Yang aku tahu aku nak makan benda berkhasiat,
Macam sup ayam kampung,
Daging or ayam bakar,
Sup ikan merah,
Ha, pape yang x gatal dan x sejuk lah…..

Ko leh tak bayangkan,
Hari-hari ko mengadap ikan bilis ngan ikan masin…
Boring kan???
So, tak yahlah terikat ngan benda camtu,
Elok je habis pantang sok, darah tinggi plak,
Sebab makan ikan masin banyak sangat…..

So aku plan masa pantang ni,
Aku makan vitamin Shaklee,
Pastu bila dah okey sikit,
Aku nak berlari-lari atas trademill,
Hahaha, lagi senang…aku x tak nak stress-stress….


Shaklee ni aku tahu dari member opis aku yang kengkadang nampak soleh,
Walaupun nama dia Solehin, tapi dia x lah soleh selalu…hahahahaha
Dia lah yang kenalkan kat aku Shaklee ni,
So aku test masa aku preggy,
HB aku low, aku makan vitalea,
Terus naek n maintain,
Pastu makan ostematrik,
Habis semua shoping kompleks aku jalan,
Yep, memang gagah giler aku time preggy,
Dah nak due pown aku x reti dok diam,
Malam pown aku x rasa kejang,
Elok je aku kroh-kroh tetiap malam…

Kadang-kadang je aku terbangun ,
Tu pown sebab tetiba aku rasa sikecik dalam perut ni
Bergendang, main bole sepak, main ragbi bagai nak rak,
Sampai herot-herot perut aku…

So…bagi aku,
Time korang pantang,
Janganlah terikat sesangat ngan benda yang leh memudaratkan korang,
Enjoy time pantang key….




Sunday, October 27, 2013

Tom Yam Lemak


Assalam.

Dah tak tahu nak masak apa malam ni, so saya just buat tom yam lemak dan goreng telur je. Ringkas dan senang. Untuk tom yam ni, saya x guna seafood, saya guna ayam dan daging je.

Jom tengok resepi

1 ketul dada ayam dipotong kecil
2 ketul daging sebesar kotak mancis, dipotong kecil
5 batang cendawan
2 batang saleri di potong kecil
3 sudu besar pes tom yam
1/2 cawan santan atau susu sejat
3/4 air kelapa muda

Bahan dihiris
5 tangkai cilipadi
1 batang serai
1 batang daun ketumbar

Didihkan air kira-kira 3 cawan, bila dah mendidih masukkan cilipadi dan serai, kemudian masukkan pes tomyam. Kemudian masukkan ayam dan daging, agak hampir masak, masukkan air kelapa muda dan santan, bila dah pecah minyak jadukkan sayur sayuran. Tutp api dan tabur dengan daun ketumbar.

p/s

Air kelapa tu optional, kalau x letak pown xpe. Tapi kalau letak akan ada rada manis kelapa dalam tom yam tu.

Saya x letak bawang n daun limau purut sebab dalam pes tom yam tu dah complete semua, garam pown xperlu sebab dah cukup masin.

Tom yam macam ni lagi pedas lagi sedap sebenarnya.....so selamat berhujung minggu...