Pages

Monday, June 30, 2014

Adik Firdaus Dullah


Alhamdulillah, Allah masih izinkan untuk terus active dalam blog ni…

 Ingat tak kisah remaja istimewa yang dikurung dan hamper kebuluran dia flat semarak di nilai? Ya Allah, kasihan anak ini. Tidak kisahlah apa juga alas an yang diberikan oleh ibu kandungnya itu, setiap manusia yang berakal, pasti tidak boleh menerima alas an terlalu susah sehingga tidak mampu menyara anak ini.

Termenung sekejap, bibir kita jangan sewenang-wenang berkata tidak mampu, jika Allah tarik balik rezeki yang ada, jadi tak mampu betul-betul nanti. Bila baca laporan yang mengatakan gaji bersih puan lola 1500++, tak mungkin tak mampu beli baju RM5 sehelai untuk anak-anak. Jika tidak mewah pown x mengapa, janji anak itu cukup makan, cukup pakai, x terbiar dengan keadaan persekitaran yang kotor. Memang kami orang luar tidak berada di tempat puan lola, dan tidak faham kesusahan yang dialami, tapi kami faham tentang tangungjawap seorang ibu untuk menjaga anak istimewa ini. Persoalannya bukan susah atau  x mampu, tapi kenapa keadaan anak ini sangat daif, baju koyak rabak, tidak berseluar, najis bersepah-sepah, dan tidak mandi…

 Allah itu tidak akan menguji hambanya selain sesuai dengan kemampuan diri mereka. Allah kurniakan anak ini bukan sebagai pembalasan atau apa-apa yang bersifat buruk, tetapi Allah menguji ibu bapanya dan Allah menguji kita sebagai masyarakat. Adakah kita prihatin? Atau kita sekadar melontarkan rasa perihatin tanpa berbuat apa-apa?

 Anak ini terlalu naïf, walaupun ibunya meninggalkan dia dalam keadaan berseorangan, kotor dan kelaparan, tetapi bibirnya tetap memanggil nama ibu. Ya Allah, seburuk mana pon layanan seorang ibu, tetapi anak itu tetap meletakkan ibu di tempat paling dalam dihatinya…

Berjurai sekejap airmata ni. Bukan sahaja memikirkan anak istimewa itu, tetapi memikirkan anak sendiri juga. Tak terbayang jika saya biarkan sang kuriang saya itu bergelumang dengan najis, kadang-kadang bila biarkan dia main sorang-sorang pun hati sudah ditebak rasa sayu…

 Jika sebelum menjadi ibu, naluri keibuan itu tiada, tetapi bila Allah meminjamkan nikmat mengandung dan melahirkan zuriat, barulah terasa naluri keibuan itu. Betullah kata orang, nikmat menjadi ibu itu adalah nikmat yang tak terungkap dengan kata-kata….

Seharusnya bersyukur dengan nikmat pinjaman Allah ini, yang entah sampai bila akan dipinjamkan…sebab itulah selagi ada umur, perlu bersyukur dengan nikmat yang ada.

Rezeki yang Allah kurniakan itu juga, mungkin bukan untuk kita, tetapi untuk anak-anak kita, lebih lagi puan lola yang ada anak istimewa. Gaji yang puan lola dapat itu adalah rezeki yang Allah pinjamkan untuk anak istimewa itu…jika tidak mampu, usahalah sesuatu supaya anak itu tidak terabai. Sebagai manusia, memang kita tidak akan lepas dari kesalahan, tetapi selagi kita masih bernafas, masih ada lagi peluang untuk kita ubah keadaan.
 
Abaikan kata-kata hinaan orang sekeliling, jangan biarkan kata-kata itu mematahlan semangat puan lola untuk berubah….

 

 

Adillah Kepada Ayah dan Ibu


Salam ramadhan.

Alhamdulillah, baru ada masa nak update blog after dah berkurun lama. Thanks for readers yang still jengok n drop email suruh update blog.

 Topic ni dah ramai yang bincang, tp saya still nak tulis untuk peringatan kepada diri sendiri. Umum ada bahawa dalam islam menyuruh kita menaikkan martabat seorang ibu agar tidak di letakkan di maruahnya dibawah. Tetapi kadang-kadang kita sebagai anak, dengan sengaja menarik ibu kita mendapat dosa free.

 Pernah tak kita terfikir, dalam setiap perbuatan harian kita, selalunya kita akan mengutamakan ibu dari ayah. Ini kerana ibu adalah insan yang melahirkan kita, yang lebih masa berdampingan dengan kita…tetapi kita terlupa, bahawa sebagai anak, kita wajib mentaati ayah. Ayah adalah ketua keluarga, ayah tulang belakang keluarga. Syurga ibu kita adalah dengan redha suaminya iaitu ayah kita. Tapi kadang-kadang kita tanpa belas kasihan membawa ibu kepada doasa nusyus dan derhaka.
 
Sebagai contoh, kita nak keluar dengan boyapren, kita takut nak mintak izin dengan ayah kita. Kita suruh ibu sampaikan pada ayah. Kemudian disebabkan sayang sangat dengan anak, ibu pon bertanyalah kepada ayah kita, tapi ayah tak beri izin sebab tak suka kita berpeleseran dengan lelaki yang ntah apa-apa tah. Tapi kita degil, membentak-bentak hendak keluar, ibu jadi serba salah, terpaksa beri izin dan berpakat supaya merahsiakan yang kita keluar…kasihan ibu….tak pasal-pasal ibu mengabaikan cakap ayah, ibu yang dapat dosa derhaka pada suami.

Cuba kita ingat balik, sepanjang kita hidup, berapa banyak kita telah mengabaikan cakap ayah dan mengheret ibu dalam masalah kita? Tidak kasihan kah kita pada ibu yang selama ini besarkan kita? Bila kita dah besar, berakal, kita tetap menyusahkan ibu kita?
 
Begitu juga kepada ayah, selalu sangat kita lupakan kehadirannya dan seringkali kita menafikan hak seorang ayah. Kita lebih mengutamakan ibu sehingga melukakan hati seorang ayah. Tidak salah kita utamakan ibu, tetapi yang salahnya bila menafikan hak seorang ayah. Pernah tak kita fikir, ibu tidak bekerja, ibu menjaga kita, mendidik kita, manakala ayah pula mencari rezeki untuk keluarga, ayah menanggung segala macam perbelanjaan. Walau susah manapun, ayah x pernah mengeluh. Ayah cuba usahakan demi menyara kita adik beradik dan keluarga. Malah, duit poket ibu pown, ayah yang bagi. Bila kita nak duit, kita tak mintak pada ayah, tapi kita suruh emak mintakkan sebb kita cakap ayah garang.

Bila kita dah besar, dah ada kerja kita selalu lupa ayah kita. Kita Cuma beri duit belanja pada ibu kita. Ayah tahu, tapi ayah tak luahkan, walaupun ada rasa terkilan dan sebak sebb anak-anak lupa pengorbanan ayah. Kita tak beri ayah duit belanja sebab kita berpendapat yang ayah ada pendapatan. Ibu taka da pendapatan….kasihan ayah…bila anak kecil-kecil, ayah beri duit belanja, tapi bila dah besar, anak2 hanya beri ibu duit…terkulat-kulat ayah tengok anak-anak salam ibu dengan duit 50-100 ringgit di tangan. Ayah masuk dalam bilik, termenung memikir kenapa anak-anak lebih menghargai jasa ibu dari jasa seorang ayah…

Tidak salah memberi duit kepada ibu, malah digalakkan kerana jasa dan pengorbanan ibu, tetapi adillah kepada ayah. Jika hulur kepada ibu, hulur juga kepada ayah. Itu lah insan yang mencari rezeki untuk kita, usahlah abaikan ayah kita. Cubalah fikir kekecewaan hati mereka bila melihat keadaan macam tuh.
 
“Berlaku adillah kepada ayah dan ibu kita, InsyaAllah Allah akan berlaku adil kepada diri kita. Kadang-kadang kita terfikir kenapa masih ada permintaan kita pada Allah yang tidak dimakbulkan oleh Allah? Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Lihat balik perbuatan kita pada ibu dan ayah kita…baiki hubungan kita dengan mereka, masih belum terlewat untuk perbetulkan setiap kesilapan yang kita telah lakukan”.

 

Wallahualam….

Tuesday, March 18, 2014

Pray For MH370


Salam, sengaja mendiamkan diri sebab nak tengok berapa banyak teori-teori yang kita semua buat tentang MH370. Dari pakar-pakar penerbangan professional, sampailah kepada ahli-ahli kedai kopi, semua bercerita tentang kehilangan pesawat MAS nih, semuanya mengikut logic pemikiran dan gerak hati….

Tetapi ada juga yang logic, macam kata mak mertua aku, “kalau terhempas or meletup, mesti kain-kain baju, beg-beg dalam kapal terbang tu terjun masuk laut, n ada yang terapung-apung or berterbangan,,,,lepas tu mesti ada kepulan asap tebal kat udara”. Nampak macam kelakar, tapi bila kita fikir-fikirkan balik, ada betulnya juga.

Dalam kita bersedih, ada juga yang mengambil kesempatan dengan membuat gossip-gosip liar, menuding jari mengatakan kebanyakan penumpang dalam kapal terbang tu mahluk yang berdosa, tu sebab jadi macam tu.  Tidak cukup dengan itu, mereka mengaitkan kapten MAS itu adalah penyokong tegar Anwar Ibrahim, sampaikan sanggup merancang untuk melarikan pesawat…

Mahluk Allah sekalian, semua tu bagi saya tidak berasas, kalau betul pun beliau kecewa, perancangan untuk melarikan pesawat bukan sesuatu perancangan yang boleh dibuat hanya beberapa jam…ianya memerlukan masa yang lebih lama, mungkin mengambil masa setahun. Memang dia kapten pesawat but don’t assume yang dia tahu semua laluan air traffic, dan kena ingat untuk mematikan radar komunikasi awam Negara, bukan sesuatu yang mudah…kita ni bercakap tentang kapal terbang, bukan pasal kereta tolak yang bila-bila masa boleh dicuri tanpa dapat dikesan….kapal terbang dah tentu mempunya alat pengesan, dekat body kapal terbang pun ada alat yang boleh hantar maklumat if terhempas or berlaku sesuatu…so benda macam ni memerlukan perancangan yang lebih teliti…orang kalau nak mencuri pun ada perancangan, bukan boleh buat sesuka hati dalam sekelip mata. Lagipun, kalau dia nak buat, dr dulu lagi dia dah buat, x payah tunggu sekarang, dari zaman Anwar kena tangkap masuk ISA lagi dia boleh buat.

Dalam keadaan macam ni, tak sepatutnya kita menunding jari mencari siapa yang bersalah atau membuat andaian tidak berasas, apatah lagi perkara tidak sahih. Kasihanilah keluarga mereka, sudahlah kehilangan ahli keluarga, kemudian dituduh dengan bermacam-macam spesikulasi.

Jangan mempertikaikan kredibiliti kapten MAS tersebut, walaupun beliau telah menerbangkan pesawat lebih dari 18,000 hours, tetapi beliau masih tetap seorang manusia biasa. Walaupun sekiranya nanti pengakhiran pencarian pesawat mengatakan ianya terhempas, jangan sesekali menyalahkan beliau. Semua yang terjadi itu ada hikmah, dan sentiasa ingat tiap yang berlaku melalui keizinan Allah. Jika Allah mengatakan “KUNFAYAKUN”, maka ia akan tetap terjadi. Bagus macamanapun sesuatu teknologi itu, tetapi kehendak Allah mengatasi segala-galanya.

 Sudah menjadi trend semasa, sesuatu kejadian mesti ada tokok tambahnya, sehingga melalut-lalut. Si pembuat cerita datangnya dari pelbagai latar belakang. Dari yang tidak bertutup, sampailah yang bertudung litup…kasihan, bertudung litup, menutup aurat, tetapi lidah tidak terjaga..lainlah kalau orang yang jahil, dah tentu jahilnya…yang alim pun sama..nampaknya, iman seseorang itu susah dinilai…

Belum lagi kisah bomoh VIP vs KJ. Timbul adegan cabar mencabar, ada yang mengatakan bomoh ni syirik, tetapi dibidas kembali, kerana apa yang dgunakan didalam upacara itu hanyalah simbolik. Susah nak komen sebab aku pun tak faham apa maksud simbolik bagi bomoh tu, mungkin cara dia betul, Cuma x semua orang boleh terima, dan mungkin cara dia betul…entah, yang aku paling pasti, kalau kita memohon pertolongan dari Allah, tidak perlu benda-benda lain, cukup dengan menyerah diri pada Allah, percaya pada yang satu, ikhlas dan tidak ada perantara…bab bomoh ni…no komen…

Kemudian timbul pula bab pengganas. Macam mustahil bab pengganas nih. Malaysia ni ramai penyiasat, perisik perseindirian..eh, macam-macam asset ketenteraan yang ada, tak mungkin Negara kita bodoh sangat tak dapat nak kesan perancangan pengganas. Kalau serangan pengganas, kenapa sampai kehari ini x ada sebarang tuntutan? Ye dak?? Lepas tu, yang dalam tu bukannya orang besar-besar yang bawak maklumat Negara. Yang ada orang biasa-biasa dan manager syarikat telekomunikasi…so apa motif pengganas. Then kalau melibatkan pengganas, kenapa sampai sekarang dengan ada bantuan US army, still x ada hint??

Semua ni jadi tandatanya, sebab untuk melencongkan sesebuah pesawat dan memutuskan talian komunikasi adalah sesuatu yang sangat sukar dan ianya memerlukan bantuan pihak-pihak yang terlibat dengan keselamat Negara. Orang nak buat u turn dekat jalanraya pun kena tengok kiri kanan, inikan pula kat ruang udara…

Apapun yang terjadi, sebagai umat islam, kita sama-sama berdoa keselamatan mereka serta redha dengan ketentuan Allah. Hentikan segala tuduhan yang tidak berasas, kasihanilah waris-waris mereka yang ada, hormatilah perasaan mereka dan jadikan kisah ini sebagai pedoman hidup…Amin

Sambil-sambil tu, bolehlah baca artikel dari blog trendmalaya.blogspot
 Senarai Kemalangan Terburuk Melibatkan MAS


 Sejarah Kemalangan Udara Malaysia Airlines - Malaysia Airlines antara syarikat penerbangan yang tidak lari dari kemalangan udara dan kemalangan pesawat terhempas. Berikut adalah rekod kemalangan yang telah berlaku.

4 Disember 1977 - Nahas kapal terbang terburuk dicatatkan di Malaysia apabila 100 orang penumpang dan anak kapal maut apabila kapal MH653 telah terhempas di dalam paya di Tanjong Kupang, Johor. Pesawat jenis Boeing 737-200 itu dilaporkan telah dirampas sewaktu dalam proses pendaratan ke arah lapangan terbang Subang pada jam 7.54 pagi apabila kapten pesawat melaporkan bahawa pesawat berkenaan dirampas individu tidak dikenali.

Beliau kemudiannya memaklumkan pada menara kawalan pesawat berkenaan di ubah laluan ke Singapura sebelum semua komunikasi antara pesawat dan menara kawalan hilang pada jam 8.15 malam. Antara yang terlibat dalam kemalangan maut tersebut ialah Menteri Pertanian Datuk Ali Ahmad dan Duta Cuba dalam perjalanan ke Jepun, Mario Garcia. Sebab dan punca rampasan tidak diketahui sehingga kini.

18 Disember 1983 - Penerbanga MH684 dari Singapura dilaporkan terhempas dua kilometer dari landasan pendaratan di lapangan terbang di Subang pada jam 7.20 malam. Kapten pesawat cuba untuk mendaratkan pesawat jenis Airbus 300-B4 dalam keadaan cuaca teruk dengan hujan yang lebat. Kapal itu juga dipercayai melanggar beberapa batang pokok sebelum mendarat menyebabkan gear pendaratan sebelah kanan terbenam dalam tanah. Tidak ada kematian dilaporkan tetapi pesawat tersebut rosak teruk.

15 September 1995 - 34 orang orang meninggal dunia apabila penerbangan MH2133 terbabas melebihi landasan di lapangan terbang Tawai dan terhempas ke dalam bandar apabila pesawat dalam proses pusingan. Siasatan mendapati pesawat jenis Fokker 50 itu terlibat dalam kemalangan berpunca dari kesilapan juruterbang.

Kemalangan-kemalangan Lain

15 Mac 2000 - Sebuah pesawat jenis Airbus A330-300 dengan penerbangan MH085 laluan antara Beijing ke Kuala Lumpur telah rosak semasa memunggah kargo di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Pesawat itu rosak berpunca dari bahan kimia, oxalyl klorida, yang bocor daripada kanister semasa proses pemunggahan dilakukan dan menyebabkan 5 kakitangan dilaporkan sakit. Sebuah syarikat dari China telah disaman USD 65 juta (RM211.9 Juta) kerana telah memalsukan laporan mengisytiharkan bahan kimia yang dibawa dan gagal mengisytiharkan bahan kimia tersebut menghakis.

1 Ogos 2005 - Penerbangan MH124 terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Perth selepas anak kapal melaporkan perisian gagal berfungsi apabila pesawat jenis Boeing 777-2H6ER itu cuba untuk mendapatkan ketinggian selepas berlepas. Pesawat yang dalam pejalanan ke Kuala Lumpur itu menghadapi masalah dengan peralatan dan memaksa juruterbang mengawal pesawat secara manual. Pesawat berjaya mendarat tanpa apa-apa kemalangan.

17 Disember 2013 - Penerbangan MH170 dari Jakarta, Indonesia mengalami pergolakan udara yang teruk apabila dalam cubaan untuk mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur ekoran pusaran udara yang berpunca dari pendaratan sebelumnya, Airbus A380 super jumbo. Vorteks yang terhasil menyebabkan Boeing 737-800 untuk turun kebawah dan ke sisi semasa pendaratan. Juruterbang bagaimanapun mampu mengawal pendaratan dan tiada kemalangan dilaporkan.


Saturday, February 22, 2014

Sedihnyer

Hidup ni tak pernah sunyi dengan dugaan dan cabaran, kadang-kadang airmata jatuh tanpa dipinta. Ya, diri ini di uji lagi, hati hampir goyah, tp hidup perlu diteruskan. Sedih bila sahabat yang kita hargai melangkah keluar untuk mencari rezeki di tempat lain.

Beb, aku tak tau nk ckp macamaner, tp kau antara sahabat aku yang terbaik. Aku suka sembang ngan kau sebab kau soft spoken. Kalau kau gurau kasar pown, seriyesly aku x terasa hati, sebab aku tahu isik hati kau camaner.

lepas ni, tetiap pg aku naek tingkat 48 aku dah tak nmpak kau lg kt sini. Aku dah x leh nk sembang2 sambil gelak kuat2.

Isnin ni aku hilang si soft spoken, hujung bulan 4 aku bakal hilang  si sweet spontaneous, and yang tinggal, nin dia, nin dia si sense of humour...tu pown tak taula sampai bila dia stay....

Satu persatu akan keluar dari sini....tp tulah, aku harap kita still macam dulu..

beb, aku teringat masa ko cakap si sweet spontaneous dah resign, then masa tu aku tetiba nangis, and ko ckp aku kejam giler sebab aku x nangis pown bila ko resign....tp ko x tahu, dalam hati aku dh mcm hujan ribut...giler kau tak sedih..

To si soft spoken, sweet spontaneous n nin dia, nin dia sense of humour...korang sahabat aku yang terbaik.....

Mcm aku ckap, aku sayang semua sahabat2 aku..setiap seorang ada kelebihan. walaupun dah bnyak kali aku hadap situasi mcam ni, tp aku still x leh nk berlagak biasa...

Esok, hari last aku dpt lepak ngan kau kt opis....pastu dah x ada muka kau kat situ...mesti pasni aku cam x sanggup nk tengok meja kau...mesti tetibe aku rasa cam nak kelip mata laju2 sebab tahan sebak...puhhhhh sediy betol...

Arghhhh pasni si sweet spontaneous plak...nin dia nin dia sense of humour tak taula bila.....

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rundu-rinduan...

Sunday, February 9, 2014

Oh My Malaysia


Assalamualaikum.

Sangat menakutkn. sangat menjengkelkan bila duduk di negara malaysia ni....tau kenapa?????????????? sebab we can't communicate in our own lovely bahasa malaysia...damnnnn sebab mana-mana restaurant, or public places di jaga oleh bangsa asing yang hanya boleh cakap bahasa diorang...sorry to say, yes government dah buat undang-undang untuk tidak membenarkan mana-mana pekerja asing bekerja dalam sektor makanan, tapi...malangnya implementation plan gagal....

Try ke old town white coffee di ampang park....and you will see how many of them is foreigner, try go to giant setiawangsa, still them....ni ke Malaysia???? sampai kita nak cakap bahasa kita pun susah sangat...lepas ni, apa jadi kat malaysia pun x tahu. jangan sampai semua signage, buku, majalah n news paper bahasa myanmar, bangladesh sudah lah.

kalau kita pegi kat negara lain, kita susah nak jumpa situasi macam ni, kita bekerja di negara mereka, dan kita perlu cakap bahasa mereka, tapi kat malaysia...sebaliknya berlaku...dah la pergi pasar-pasar n medan selera semua bukan orang malaysia yang berniaga...lama-lama orang melayu x ada hakkat bumi sendiri...lama-lama jadi palestin....

Siapa yang salah??? orang kita yang salah sebenarnya....saya x nak sentuh tentang pihak berwajib sebab x ambik tindakan dan x pantau lambakan pendatang asing ni...tapi saya nak lihat di sudut yang paling mudah....cuba salahkan diri kita sendiri. Kita yang menjadi punca lambakan warga asing nih. sebab apa? sebab kemalasan dan kesibukan kita.
Contohnya, kita wanita bekerjaya, anak pulak ramai..dan ini memerlukan kita mengambil pembantu rumah. Tapi kita x cari orang kita, kita cari warga asing jadi orang gaji. kenapa kita tak cari orang melayu kita??? sebab orang melayu kita memilih kerja....

Simple kan??? semua yang berlaku adalah berpunca dari diri kita sendiri,,,,beb, pendek kata, kalau x ada permintaan, penawaran x akan ada......

Counting Day To 3 Months....................