Pages

Monday, June 30, 2014

Adillah Kepada Ayah dan Ibu


Salam ramadhan.

Alhamdulillah, baru ada masa nak update blog after dah berkurun lama. Thanks for readers yang still jengok n drop email suruh update blog.

 Topic ni dah ramai yang bincang, tp saya still nak tulis untuk peringatan kepada diri sendiri. Umum ada bahawa dalam islam menyuruh kita menaikkan martabat seorang ibu agar tidak di letakkan di maruahnya dibawah. Tetapi kadang-kadang kita sebagai anak, dengan sengaja menarik ibu kita mendapat dosa free.

 Pernah tak kita terfikir, dalam setiap perbuatan harian kita, selalunya kita akan mengutamakan ibu dari ayah. Ini kerana ibu adalah insan yang melahirkan kita, yang lebih masa berdampingan dengan kita…tetapi kita terlupa, bahawa sebagai anak, kita wajib mentaati ayah. Ayah adalah ketua keluarga, ayah tulang belakang keluarga. Syurga ibu kita adalah dengan redha suaminya iaitu ayah kita. Tapi kadang-kadang kita tanpa belas kasihan membawa ibu kepada doasa nusyus dan derhaka.
 
Sebagai contoh, kita nak keluar dengan boyapren, kita takut nak mintak izin dengan ayah kita. Kita suruh ibu sampaikan pada ayah. Kemudian disebabkan sayang sangat dengan anak, ibu pon bertanyalah kepada ayah kita, tapi ayah tak beri izin sebab tak suka kita berpeleseran dengan lelaki yang ntah apa-apa tah. Tapi kita degil, membentak-bentak hendak keluar, ibu jadi serba salah, terpaksa beri izin dan berpakat supaya merahsiakan yang kita keluar…kasihan ibu….tak pasal-pasal ibu mengabaikan cakap ayah, ibu yang dapat dosa derhaka pada suami.

Cuba kita ingat balik, sepanjang kita hidup, berapa banyak kita telah mengabaikan cakap ayah dan mengheret ibu dalam masalah kita? Tidak kasihan kah kita pada ibu yang selama ini besarkan kita? Bila kita dah besar, berakal, kita tetap menyusahkan ibu kita?
 
Begitu juga kepada ayah, selalu sangat kita lupakan kehadirannya dan seringkali kita menafikan hak seorang ayah. Kita lebih mengutamakan ibu sehingga melukakan hati seorang ayah. Tidak salah kita utamakan ibu, tetapi yang salahnya bila menafikan hak seorang ayah. Pernah tak kita fikir, ibu tidak bekerja, ibu menjaga kita, mendidik kita, manakala ayah pula mencari rezeki untuk keluarga, ayah menanggung segala macam perbelanjaan. Walau susah manapun, ayah x pernah mengeluh. Ayah cuba usahakan demi menyara kita adik beradik dan keluarga. Malah, duit poket ibu pown, ayah yang bagi. Bila kita nak duit, kita tak mintak pada ayah, tapi kita suruh emak mintakkan sebb kita cakap ayah garang.

Bila kita dah besar, dah ada kerja kita selalu lupa ayah kita. Kita Cuma beri duit belanja pada ibu kita. Ayah tahu, tapi ayah tak luahkan, walaupun ada rasa terkilan dan sebak sebb anak-anak lupa pengorbanan ayah. Kita tak beri ayah duit belanja sebab kita berpendapat yang ayah ada pendapatan. Ibu taka da pendapatan….kasihan ayah…bila anak kecil-kecil, ayah beri duit belanja, tapi bila dah besar, anak2 hanya beri ibu duit…terkulat-kulat ayah tengok anak-anak salam ibu dengan duit 50-100 ringgit di tangan. Ayah masuk dalam bilik, termenung memikir kenapa anak-anak lebih menghargai jasa ibu dari jasa seorang ayah…

Tidak salah memberi duit kepada ibu, malah digalakkan kerana jasa dan pengorbanan ibu, tetapi adillah kepada ayah. Jika hulur kepada ibu, hulur juga kepada ayah. Itu lah insan yang mencari rezeki untuk kita, usahlah abaikan ayah kita. Cubalah fikir kekecewaan hati mereka bila melihat keadaan macam tuh.
 
“Berlaku adillah kepada ayah dan ibu kita, InsyaAllah Allah akan berlaku adil kepada diri kita. Kadang-kadang kita terfikir kenapa masih ada permintaan kita pada Allah yang tidak dimakbulkan oleh Allah? Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Lihat balik perbuatan kita pada ibu dan ayah kita…baiki hubungan kita dengan mereka, masih belum terlewat untuk perbetulkan setiap kesilapan yang kita telah lakukan”.

 

Wallahualam….

No comments: