Pages

Thursday, June 27, 2013

Master Chef Malaysia - Syura Deserve To Win

Master chef selebrity malaysia dah pown melabuhkan tirai, tapi still ada gak yang terkejut sebab syura menang. Kengkadang saya pown pelik, yang kat luar ni lagi hebat dari juri-juri kat dalama tu, padahal kalau kau tanya diorang ni pandai masak apa? sekor-sekor x reti nak jawap apa, betul tak. Lagi best ada yang mengkritik tu jenis kuku merah-merah sebab pakai pewarna kuku yang mana memang nampak sangat x pernah masak, kalau ada pown setakat celor meggi dalam mangkuk, tp ada hati nak cakap orang x layak menang.

Ramai betul rupanya juri-juri hebat kat luar sana yang berdebat sesama memasing, padahal diorang tu ada yang setakat meniaga setahun sekali tu pown sebab bulan puasa, jenis nak carik untung, kalau kau pergi gerai diorang ni, masak ikan pown mentah...jahanam statement...:)

Seriously saya tak terperanjat pown bila syura menang, she deserve to be a winner. Yes, memang nampak celina and che Ta consistant, tapi both of them expert dalam western fusion, compare to syura, dia berkebolehan dalam masakan melayu tradisional, tapi setiap masa dia improve kualiti dalam hidangan barat.

Ramai sangat dah chef yang hebat dalam western food ni, padahal ni malaysia, takat mana lah tekak kau nak sumbat western food hari-hari kan? last-last nanti balik je rumah mengelupur nak cari budu, tempoyak, belacan ngan ikan masin tul tak? cuba kau gi tanya Siti nurhaliza tuh, yang dah tahap diva glamer ngan kayanye tu, apa makanan yang dia suka? op kos la dia cakap tempoyok ikan patin....tu dia...diva kot, setakat makan sehari dua boleh la, tapi nak makan hari-hari baik lagi makan masakan kampung. Ko kira berapa je chef yang hebat dalam masakan melayu? x ramai beb, boleh kira ngan jari, tul x? chef ismail, chef zaida n lelain lah. Bukan syura x pandai langsung masak western, tapi ko pernah tak bayangkan camaner situasi nak masak depan orang ramai? Panik giler, sama panik macam kau nak akad nikah depan tok kadi....

Dah la krew ramai, pastu masa singkat, pastu meja sebelah-sebelah lak tu, huh memang stress, saya sendiri pown dah pernah rasa, tapi bukan masak depan orang ramai la, kes saya lain, kes kena tunjukkan cara solat yang betul depan parents masa umur 7 tahun...gila gelabah sampai posisi sembahyang pown dah haruk pikuk, siap salah baca doa qunut lagi, boleh plak time tu baca doa untuk sembahyang mayat...hambik kau...

Saya bangga bila syura menang, bukan apa, at least orang menghargai bakat anak kampung tu, walaupun dia terer masak kampung, tapi hidangan final dia bagi saya memang superb,  First class fine dining, layaklah untuk menang. Juara bukan diambil kira dari masakan lepas-lepas, tp masakan pada hari final tu.

Cuba tengok, berapa ramai orang yang tahu nak masak hidangan melayu, dan berapa ramai mat salleh celup yang pandai masak western? Bab western ni, memang ramai minah or mat salleh celup yang mengaku x makan belacan, tp makan steak, fish and chip and salad, puiiii boleh blah, x yah nak berangan jadi mat salleh.   Dulu masa kau kecik-kecik mak kau x ada nya nak masakkan kau steak, garlic bread, paling western pown kau masa kecik-kecik kau makan burger pasar malam yang jual singgit satu tuh. Hari-hari mak kau masak sambal udang petai, tempoyak, lemak cili padi, asam pedas bagai, pastu mengaku lidah omputih....kalau sekali sekala tu cayalah jugak kan??

Memang ramai yang x tahu nak masak masakan kampung, nak buat kerabu, asam pedas, gulai kawah, nasi dagang sumer tu...ingat senang je? bagi saya lah, western food ni x sesusah masakan melayu yang perlu ketelitian dalam segala benda, silap sikit memang x akan jadi...berapa ramai yang kenal apa itu sulur keladi, cekur manis, pucuk turi, sayur beremi, pegaga, daun tenggek burung? Yang ramai kenal, oregano, pudina, salad tul x? So if syura menang pown memang layak sebab kita ni dah ketandusan chef yang hebat dalam masakan melayu, memasing nak mengejar yang barat je.....

So tahniah tu syura...

2 comments:

Che Tah Apa-apa said...

kah kah kah!!!!! statement kau memang jahanam nyah!!!!! siap ngutuk lagi...tapi memang betul pown setakat makan scrambled eggs pastu terus ngaku western kan kans????

Hik,hik,hik aku pown sokong syura ni sebab dia pandai masak kampong,

nawarzara said...

betul apa aku cakap, cer kau tengok, syura tu memang terer kot masak kampung...cuba kau bagi laki kau makan western hari-hari, sesilap laki kau, silap-silap laki kau gi cari orang yang pandai masak kampung. takat mana lah tekak nak terima masak barat ni kan???