Pages

Tuesday, July 1, 2014

Orang Kita, Bangsa Kita.............................


Assalamualaikum, masih dalam mood ramadhan  dan masih diberi keizinan untuk teruskan ibadah berpuasa, Alhamdulillah.

Pagi-pagi dah buka paper online, terbaca tentang gadis cina yang bakal memeluk Islam, iaitu Felixia Yeap.
 
Rata-rata memberikan komen yang positif, tetapi dalam positif masih ada terselit kata-kata kurang enak yang x sepatutnya dilemparkan oleh orang islam sendiri.
 
Sepatutnya kita sebagai umat Islam tidak perlu bersangka buruk dan mendabik dada sehingga melihat bangsa lain yang memeluk islam ini hina dan tidak ikhlas. Ikhlas atau tidak, itu kerja Allah. Hanya Allah yang boleh menilai. Kadang-kadang terasa malu bila melihat bangsa melayu yang beragama Islam seakan-akan memperlekehkan mualaf ini. Pernah tak kita terfikir, disebabkan sikap kita ini, bangsa lain memeandang serong dan mewujudkan perkauman dengan bangsa kita. Sebab apa? Sebab berpunca dari diri kita sendiri. Sikap kita sebagai orang melayu yang terlalu ego, rasa diri tersangat bagus sehingga memperlekehkan bangsa lain. Dan disebabkan sikap kita yang suka berbalah sesame sendiri, pendirian tidak teguh, tidak sependapat tentang agama, terpengaruh dengan khabar angin yang menyebabkan bangsa lain menolak Islam dan menolak hokum hudud itu sendiri.

 Ingat kisah Yusuf Qardawi yang mengatakan Gelatin Babi itu Halal? Kisah itu dibahaskan pada masyarakat yang duduk dinegara barat yang susah untuk mendapatkan barang halal. Kemudian bila masuk bab coklat Cadbury yang ada gelatin babi, tetiba kita selewengkan kenyataan Yusuf Qardawi. Kemudian perbalahan berlaku antara ustaz Kazim Elias dan Ustaz Asri….
 
So, kesimpulannya, bila masyarakat bukan Islam melihat perbalahan dan ketidak sependapat dikalangan ahli agama, maka situasi menjadi bertambah buruk. Tidak kisah samada ahli agama atau sesiapa sahaja, jika mendapat perkhabaran kita dituntut supaya mengesahkan kesahihan perkhabaran tersebut. Kami yang ada ni kebanyakannya jahil dari segi HUKUM FEQAH, jadi kalau ahli agama sendiri x sependapat, susahlah nak dijadikan rujukan….

Islam itu agama yang mulia, tapi bangsa kita yang membuatkan agama Islam itu buruk di mata bangsa lain. Bila bercerita kisah Cadbury, extream betul bila da yang membuat permintaan untuk menaja tukar darah, eh…melampau. Islam itu mudah, tapi kita yang jadikan Islam itu rumit….kenapa perlu tukar darah? Sedangkan kita tidak pernah tahu bahawa kandungan coklat Cadbury itu ada DNA Babi…kita bukan makan secara sengaja, dimanakah relevantnya permintaan untuk menukar darah…baik ko telan je air tanah untuk samak perut…dari buat permintaan begitu (emo sekejap).

 

 

No comments: