Harini aku tetibe rajin nak browse semua post-post lama aku
dalam blog, aku baru perasan entry aku yang paling hit sampai jejak above 10k
view benda2 berkaitan macam kat bawah ni:-
1) Kenapa isteri berlaku curang
2) Kenapa lelaki nak kahwin lebih dari Satu
Apa yang aku dapat simpulkan, yang view post “kenapa isteri
berlaku curang” kebanyakannya lelaki and post “kenapa lelaki nak kahwin lebih
dari satu” adalah dari kaum wanita.
Hurmmm, actually aku buat dua entry tu sebb memang benda2 tu
adalah perkara popular dalam masalah rumahtangga (base on aku punya research
sendiri ). Tapi aku tak sangka sampai hit macam tu, yelah diorang tengok sebab2
punca benda tu terjadi.
Tapi arini bukan lah aku nak cerita pasal dua benda tu, tapi
benda ni aku cerita sebab ada yang email aku tanya pasal masalah remeh temeh
dalam hubungan suami isteri yang kadang-kadang boleh lead pada pergaduhan yang
besar.
Susah aku nak cakap sebb aku bukan pakar motivasi. Tapi masalah
remeh ni memang selalu je jadi, plus bila kita baru-baru kahwen, time tu tengah
nak sesuaikan diri dengan perangai pasangan. Bila dah duduk serumah masing2
baru tahu tabiat pelik2 pasangan. Jangan cakap aku tak lalui semua benda tu,
semua orang lalui, bezanya cara kau kendalikan masalah tu.
Setakat ko rasa nak hempuk laki kau ngan gelas, nak tekup
ngan bantal time dia tido tu, benda tu normal lah…hahahahaha tapi jangan kau
buat benda tu betul-betul lah. Aku dulu kalau time gaduh tu, imaginasi aku dah
ke depan dulu, contohnya aku tengah pegang penyapu, time-time tu anak aku
menangis sebb mintak nasi, aku pulak sibuk mengemas n masak, laki plak sibuk
main game superman dalam I phone, buat-buat pekak pun ye jugak, so time tu
mulut aku just cakap, “bang tengok anak ni kejap”, bila dua tiga kali dia x
bergerak-gerak n asyik cakap kejap2, time tu imaginasi aku dah siap baling dah
penyapu tu kat dia, siap dah ketuk-ketuk dia sampai puas…hahahahaha tapi in
actual nya, aku masih lagi tercegat sambal pegang penyapu n kaki aku bergerak2...haahhahahah.
Up and down ni normal dalam rumahtangga, sometime sentap
menyentap tu memang kerap kali jadi. Kejap ko rasa menyampah je tengok muka
masing-masing, kejap ko rasa sayang melampau…dah nama manusia, memang lah ada
rasa macam-macam. Cuma korang kena settlekan masalah remeh temeh tu secepat
mungkin lah kan, jangan biar je berlarutan sampai jd kronik.
Benda yang kadang-kadang membelenggu kita ni adalah
disebabkan “expectation”, Bahasa melayu dia aku x tau apa……
Sebab kita selalu sangat expect benda yang gah-gah kat
pasangan kita. Macam contoh, lelaki sebelum kahwin selalu angan-angan dapat
bini body macam model, plus lepas bersalin pun ko harap perut bini kau x
geleber, badan seksi kemain sebab ko tengok badan marion counter cun melecun. Lepas
kahwin, badan bini ko still mantap, tapi lepas bersalin ko tengok perut dia ada
garisan macam “tupperware terbakar”, ko mula rasa menyampah, sebb apesal marion
badan cantik je, licin je…..tapi bini kau x? bodoh!!! Kulit manusia beza-beza
plus kalau dia ada pun stretch mark, laki dia usaha beli itu ini, hantar sana
sini untuk cantikkan bini dia (ni perumpamaan sebb marion counter tu memang
cantik), tapi kau, suh beli losyen kulit pun kemut, duit beras pun suh bini
support, ada hati kau nak mintak macam-macam kat bini kau…
So kau kena terima seadanya, kalau gemuk tu kau suruh lah
dia senaman, jogging, kawal makan. Tak payahlah kau nak compare ngan bini orang
lain, tu luaran yang kau Nampak, kau tak tau dalaman camner, bila bukak korset
perut berlambak-lambak keluar or tak…Cuma jangan terlampau over expectation tu,
sudah-sudah lah.
Macam tu gak wife, tinggi sangat expectation ko kat laki
kau. Nak suh dia jiwang, romantic, penyayang macam hero dalam drama melayu yang
meleleh ni. Memang tak lah kan? Ada yang jiwang, tapi kalau ko harapkan sepanjang
hayat laki kau camtu, susahlah. Mana ada manusia macm tu, ada time dia ok, ada
time stress lagi stress bila ko mintak menda merapu kat dia. Berpada-pada lah…kalau
kau dapat laki x jiwang, takkan cinta kau hilang camtu je kan?
So, benda paling penting is “terima seadanya”. Kalau dia ada
bad attitude pun kau kena ubah dia slowly dan paling penting nasihat elok2 n
jangan bandingkan dengan pasangan orang lain.
No comments:
Post a Comment