Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa ni tak semestinya tak
bersalah dan menyalahkan anak-anak atas apa yang berlaku. Ramadhan ni aku just
nak bercerita tentang penyesalan seorang ibu sewaktu zaman sihat dia dulu. Aku kenal
nenek ni dah lama, tapi satu benda yang aku perasan, anak-anak dia jarang
sangat-sangat jenguk dia dekat kampong, hari raya pun diorang susah sangat nak
ziarah. So nenek ni hari-hari memang keseorangan, sampai aku pun jadi pelik
kenapa susah sangat anak-anak nak ziarah, macam kacang lupakan kulit.
Satu hari tu aku beranikan diri tanya dia kenapa hidup dia
sorang-sorang, x di kelilingi anak2 n cucu2? Sepatutnya dia dah tak duduk
sorang-sorang camni. Habis je aku tanya, nenek tu menangis2, sambal tutup mulut
dia, kejap-kejap kesat air mata dengan hujung lengan baju.
Dia cerita satu persatu, mungkin ni adalah balasan dari
Allah atas apa yang dia buat masa zaman dia muda2. Dia ada dua orang anak, tapi sorang meninggal, masa dia
kecik dia x pernah layan anak dia dengan baik, garang yang melampau
kadang-kadang memang macam tak ada kasih sayang langsung dalam diri dia, bila
anak2 dah kahwin, dia suka cari salah anak-anak, bila pergi rumah anak, menantu
masak macam2, tapi bila tak kena selera dia akan cakap bukan2 sampai guriskan
hati anak dan menantu, macam tu jugak dengan cucu, dia tak pernah manjakan cucu
dia, anggap cucu macam membebankan dia. Setiap apa yang anak, menantu dan cucu
cuba buat untuk dia, mesti ada je benda yang x kena kat mata dia, selalu sangat
marah-marah. Lama2, anak menantu dan cucu mula jauhkan diri, jauhkan diri bukan
sebab tak sayang, tapi berkecil hati dengan dia.
Sampailah satu hari dia tersedar yang anak-anak dah tak
sayang dekat dia, mulalah dia canang satu kampong cakap macam2 pasal sedara
mara pulak, konon bila anak dia x jenguk dia, sedara mara yang ada langsung tak
hiraukan makan pakai dia, macam2 dia buat supaya orang tau yang dia di aniaya. Kemuncaknya
satu hari tu, adik dia datang ziarah, adik dia terus terang kenapa ramai sedara
mara macam tak hiraukan dia, masa tu masing-masing luahkan apa yang terbuku kat
hati, memang dia tersentak sebab tak terfikir yang semua masalah tu datang dari
diri dia sendiri. Bukan orang tak hiraukan dia, tapi masing-masing malas nak
dengar bebelan dan umpat keji yang dia lemparkan.
Lepas tu, walaupun hubungan sedikit-demi sedikit pulih, tapi
anak-anak masih trauma lagi, sampai takut kalau masak itu, buat ini akan kena
complain lagi.
Aku tahu nenek tu dah berubah, dia pun dh sedar salah dia,
sampaikan dia nasihatkan aku supaya kerap peluk anak-anak, jangan guna
perkataan kasar dekat anak-anak sampai boleh guriskan hati diorang. Kena sayangi
anak-anak, jangan bahagi2 kasih. Bila anak-anak dah kahwin jangan nak buat
macam-macam peel, kena hormat rumahtangga anak-anak, bukan gunakan kuasa veto
seorang ibu untuk buat apa sahaja sampai rumahtangga anak-anak bergegar.
Aku tak de lah nak komen pape pasal nenek tu, aku just nk
share tentang anak-anak lah. Masa time aku kecik dulu, aku selalu gak berkecil
hati dengan mak aku sebb dia kadang-kadang suka marah aku tanpa sebab, suruh
aku buat itu ini time aku kecik lagi, maksudnya time tu memang waktu main
dengan kawan2, tapi aku x dapat enjoy sangat sebb mak aku suruh macam-macam. Aku
x kisah pun, boleh je tolong, tapi bila mak aku suka samakan anak2 dengan orang
dewasa, so aku rasa x best. Ada sorang abang ni umor dia 18 tahun, umor aku time tu 6 tahun, so abang tu
cakap mak dia akan suruh dia kemas rumah dulu baru boleh sarapan, so mak aku praktikkan
benda tu kat aku and adik beradik. Sebelum sarapan aku kena sapu sampah kat
luar rumah which rumah aku dah lah luas, so ko bayangkan kudrat budak umor 6
tahun, lepas sapu sampah baru boleh makan, hahahahahahaha…sedih masa time tu. Plus
benda yang aku paling ingat bila aku kena kumpul duit sendiri kalau nak beli
macam-macam time gi jalan-jalan, memang aku menabung, tapi adat lah, banyak
mana, so duit tu aku gunakan untuk beli baju n mainan masa time pergi melancong
ngan fam, so bila aku tengok mak aku beli baju macam2, harus aku pun teruja nk
juga (time ni aku darjah 4), mak aku tiba-tiba besarkan mata cakap dia x de
duit, duit aku yang aku simpang tu dah habis…terkulat-kulat aku time tu. Bukan aku
cakap mak aku jahat, taklah…mak aku baik, tapi aku just nak cerita apa perasaan
aku masa kecik-kecik kat mak aku. Which Is aku memang ingat certain benda yang
buat aku sedih dan happy. So bila aku dah ada anak, aku memang mewahkan
anak-anak, anak2 aku still menabung, tapi menjadi tanggujawp aku sebagai ibu
untuk sediakan makan pakai dia sampai dia dah ada pendapatan sendiri. Aku tak
nak ulang kesilapan yang mak aku pernah buat, dan paling penting aku nak jaga
perasaan anak-anak aku. Aku tak nak diorang ingat aku ni tak sayang diorang. Serious
masa dulu aku selalu cakap yang mak aku tak sayang kan aku sebab seawal umur
aku 8-9 tahun aku dah kena basuh certain2 baju aku sendiri, mak aku memang tak
akan basuh sebab dia cakap dia bukan hamba aku. Aku faham, dia nak mengajar aku
supaya boleh basuh baju sendiri, tapi cara dia tu yang tak kena. Boleh je dia
ajak aku sama-sama basuh baju, cakap elok-elok, tapi biasalah orang tua2 ni
kasar, dah terbiasa kot. Walaupun mak aku menangis masa aku dah besar n cerita
balik apa yang aku rasa, aku still rasa mak aku tak patut buat camtu, still
berasa hati lagi lah….hahahahahaha
Aku pun banyak je dosa ngan mak aku, mak aku pun selalu lah
terasa hati ngan aku, tapi aku rebel dengan dia sebab benda2 yang aku cakap tu
lah. Tapi lepas2 tu masing2 tak lah
bergaduh, Cuma biasalah merajuk kan…
Tapi lesson learn lah supaya aku pun tak buat benda yang
sama dekat anak aku.
No comments:
Post a Comment