Edisi ni paling win setakat ni. Ni jadi petang semalam,
lepas cuci kereta aku terus ambik Iqbal dan si kembar dari rumah pengasuh. Ondaway
nak balik rumah ada roadblock, dan aku tak panic sebab selalu je ada roadblock
dan x pernah pun ada issue. anak-anak pun memang semua duduk dalam car seat, so
aku just bawak kereta macam biasa, sampai depan polis tu aku buka tingkap bagi
salam, eh….time bagi salam tu baru aku perasan aku tak pakai seat belt, tapi
aku buat-buat cool macam taka da apa-apa berlaku. Yang buat aku pelik, polis tu
macam terperanjat bila tengok kereta aku dan terus suruh aku jalan sambil muka
dia berkerut-kerut. Aku pun jalan je lah sebab takut dia tahan balik bila
terperasan aku tak pakai tali pinggang….
Sepanjang jalan tu aku berfikir apehal polis tu tak tahan
aku, memang terang jelas dan nyata aku tak pakai seat belt, tapi kenapa polis
tu tak tahan aku langsung.
Bila sampai rumah, time aku nak turunkan anak-anak masa tu
baru aku tahu kenapa polis tu tak tahan aku dan buat muka terkejut. Hahahahahaha
yeszzza ada parti bogel dalam kereta aku, ntah masa bila diorang tanggal baju
dan seluar hanya tinggal pampers!!!!!! Tiga-tiga hanya berpampers je sambil
pakai rantai aku yang aku tertinggal dalam kereta, sekali pandang macam parti
konsep hawaiiiiii.
No wonder lah polis tu terkejut, dan akibatnya aku
menanggung malu sepanjang jalan nak masuk ke rumah sebab aku bawak tiga budak
bogel….malas aku nak sarungkan diorang baju….hahahahahahahahaha
No comments:
Post a Comment