Pages

Sunday, July 24, 2016

Jual Tanah

Sekaki tanah RM 2.50, paling tinggi kami boleh beri RM 3.00, ini harga yang YB setuju untuk naikkan.

Berderau darah aku mendengar explanation dari wakil pejabat tanah tentang urusan jual beli tanah untuk di jadikan empangan sungai jernih. Mengikut pemahaman aku, tanah ayah aku ada dalam 11 ekar dan di atas tanah beliau ada pokok sawit yang sedang mekar dengan buah-buah sawit gred A, dan paling mengejutkan harga yang ditawarkan oleh wakil pejabat tanah adalah tidak termasuk dengan harga pokok kelapa sawit itu. Adilkah? Orang kampong bersungkuk sangkak menanam sawit (ayah aku tak tana, dia keje gomen maka dia upah orang untuk tanam) tetapi bila masuk bab penjualan tanah, harga yang di berikan memang macam “HAWAU”, orang Melaka cakap “MACAM SEPAH HAWAU”.

Common sense, masa petronas nak buat project dekat tanah orang kampong, paling kurang dia akan bayar pada kerajaan negeri adalah RM 18 sekaki (tanah arwah tok aku dulu, dalam tahun 1990 an), dan masa tu diorang bayar pada tok aku dalam RM 8 sekaki (ini apa yang tok aku ceritakan), tapi time tu adalah tahun 1990 an, waktu tu RM 8 sekaki dah di kira besar. Sekarang tahun 2016, harga jatuh RM 3 sekaki! Semakin rendah nilainya. Aku lihat orang kampong yang mana tidak berpelajaran tinggi, semua seakan akan gembira bila dicongak dihitung dapat sorang 180 ribu, semakin lebar senyum masing-masing.

Melihat keadaan orang tua-tua yang aku rasa nak siku-siku je sebab teruja sangat dengan jumlah yang kedengaran hebat tu, aku mengambil keputusan untuk beri ceramah percuma kepada mereka.
Aku ajukan beberapa soalan kepada mereka, samada lepas ni apa perancangan mereka, di mana nak duduk sebb tapak rumah dah kena ambil, tanah kebun pun dah kena ambil juga. Apa yang mereka nak buat untuk sara hidup bila kebun dah kena jual. Kalau ada “plan”, nak beli rumah kat mana sebab rumah teres sekarang pun paling cikai mencecah 90-180k sebuah, sedangkan duit yang dapat hanya 180k (untuk tanah-tanah yang kurang dari 5 ekar). Adakah mereka pasti yang anak-anak mereka akan jaga mereka, akan beri mereka duit saran sepanjang mereka hidup? Adakah anak-anak sudi nak membenarkan mereka menumpang tinggal?. Semua soalan itu aku ajukan kepada mereka, selepas mereka mendengar soalan aku, dengan serentak mereka bangun dan terus hentak meja DO yang datang tu sebagai tanda tak setuju.

Bukan aku menghasut, tetapi janganlah sampai mengambil kesempatan kepada ketidak cerdikan warga kampong yang tak berpelajaran. Maka ayah aku antara salah seorang yang berkapasiti tinggi untuk “leader”, terus beri hujahan yang jitu dan mantap.

“saya rasa ini tidak adil, tidak adil!! Saya nak lawan dimahkamah, tak perlu pegawai penilai sebab kalau guna pegawai penilai, mesti akan sama juga nilai yang dinilaikan”.
Bapa aku memang arif dengan hal ehwal tanah, dan DO yang datang pun tercengang-cengang, tetapi terpaksa bersetuju dengan cadangan yang aku kemukakan, menurut DO itu lagi, kalau ikutkan pengalaman yang lepas-lepas mungkin harga yang baru yang ditawarkan oleh mahkamah adalam RM 9 sekaki.

Aku lihat orang kampong semua bersetuju, maklumlah nak jadi jutawan baru. Barulah lega hati mereka, sekurang-kurangnya jika tanah mereka dibayar RM 9 sekaki, maka juta juga yang mereka dapat, bolehlah mereka beli rumah baru, beli tanah untuk berkebun supaya kelangsungan hidup dapat diteruskan.

Aku berharap supaya janganlah sewenang-wenangya membeli tanah rakyat dengan harga yang hampir mencekik tempolok mereka, buat urusan jual beli win-win situation. Jangan fikir keuntungan negeri sahaja, fikir tentang kesusahan yang rakyat hadapi.

Doakan bapa aku berjaya dengan misi juta-juta, nanti aku bagi korang loan tanpa interest (tertakluk pada terma dan syarat) ...pppppp

Sekian.


No comments: