Pages

Sunday, September 29, 2013

Bapak oh Bapak

Assalam semua.
Semalam masa tengahari sempat lah tengok melodi, tapi x layan mana pown sebab banyak gossip mengarut…(bosan tengok gossip yang tak berasas). Tapi ada satu benda yang aku rasa aku gatal je tangan nak ulas. Pasal pelakon Wan Norazlin. Umum tahu kisah rumah ayah dia yang dah dijualkan, dan dia menuntut balik duit yang dah dikeluarkan untuk renovate rumah.

Tapi kalau korang baca sendiri surat khabar, of course korang akan baca yang wan norazlin saman bapanya, tul x? Tapi aku memang x akan percaya surat khabar ni, sebab selalu akan ada percanggahan maklumat dan cerita. Macam semalam, statement yang paling aku suka ialah “DALAM MEDIA SEMUA BERCERITA SAYA BAWA KES NI KEMAHKAMAH, SEDANGKAN BAPA YANG KAVEATKAN RUMAH ITU, DAN BAWA KES INI KE MAHKAMAH. SAYA CUMA MEMINTA WANG YANG SAYA DAH GUNAKAN UNTUK RENOVATION SEBANYAK 64 RIBU, TU SAHAJA. LAGIPOWN RUMAH ITU DAH DIJUAL. APALAH SANGAT 400 RIBU DIBANDINGKAN DENGAN 64 RIBU TUH. PADA MULANYA AYAH YANG MENGAJAK SAYA UNTUK TINGGAL DISITU, TETAPI SELEPAS AYAH BERKAHWIN LAIN, AYAH MENYURUH SAYA MENGOSONGKAN RUMAH ITU UNTUK DIJUAL, MALAH MEMOTONG BEKALAN AIR DAN ELECTRIK. SAYA NI IBU TUNGGAL, ANAK-ANAK SEKOLAH, MANA SAYA NAK TINGGAL, TU SEBAB SAYA MINTA AYAH BAYAR BALIK RM 64 RIBU TU. ORANG LUAR MENUDUH SAYA JAHAT, SEDANGKAN MEREKA TAK TAHU APA SEBENARNYA BERLAKU. TANYALAH SAYA SENDIRI, BUKAN BUAT ANDAIAN BUKAN-BUKAN.

Aku pown x tahu samada benda ni betul atau tidak, tapi aku nak ulas cikit. Seriously, bab harta ni, darah daging pwon akan bercakaran, if betul apa yang wan norazlin cakap tu, memang x patut. Bukan apa, dia dah la ibu tunggal, x ada pekerjaan tetap, suami pown x ada. So punca pendapatn terhad, yang ada untuk dia mengadu is family je. If family sendiri pown buat macam tu, susah lah jadinya, and ada juga isu yang mengatakan ayah wan norazlin ni x benarkan anak dia duduk rumah tu sebab wan nor azlin x tlong bayar loan rumah. Hurm…tak tahu nak cakap ape bila jadi macam ni, bagi aku, if anak dia dah tolong renovate rumah 64 ribu (itupown hasil dari duit jual rumah lama), kira berbaloi lah tu.  Yelah, time tu mungkin wan norazlin kena tangung anak, pelajaran, belanja, mana ada duit banyak nak tolong bayar loan kan…so sebagai ibu bapa, kena lah memahami situasi anak, dan anak pown in the mean time kena berusaha untuk cari pendapatan  sendiri supaya x membebankan ibu bapa.

Guys, bila wan norazlin bercerita tentang ayah dia yang berkahwin lain dan berubah sikap tu, aku rasa aku terpaksa bersetuju dengan statement tu sebab benda ni berlaku kat sekeliling aku gak.
Bila ayah kau kahwin lain, memang situasi akan berubah, nak-nak bila ada tanggungan baru dan family baru. Selama ni korang hidup dengan ayah korang, tetiba datang orang baru dalam hidup korang, of course benda tu susah tuk kau terima. Lagipown kalau parent korang kahwin time ko kecik mungkin kau x terasa sangat.. paling kau sakit hati, mak tiri kau jenis pentingkan diri sendiri dah memandai-mandai mengarah kan kau untuk buat itu dan ini…kira kau dah macam orang gaji….

Parent kau lak skang kena utamakan family baru dia, so korang memang akan terasa, nak-nak if kau janda or belum kahwin lagi. Ko bayangkan mana ngan sape ko nak beraya pagi raya? Sedangkan sebelum ni ko raya dengan parent kau kan? Tp bila diorang dh kahwin lain, opkos diorang akan beraya dengan family baru, dah tu x kan korang nak raya sama…mesti rasa janggal kan???

Ha, tu aku cakap, benda cam gini sebenarnya susah….win-win situation tu x ada. Ramai orang cakap, sorang ibu boleh besarkan 10 orang anak, tapi sorang bapak nak nak besarkan sorang anak pown susah…
Bukan x ada , tapi sngat minimum. Macam kes yang aku baca dalam majalah wanita, seriously sediy sebab masa bapak diorang kawin, umor diorang dalam belas-belas tahun, then paling aku geram boleh plak bapak dia suh anak-anak diorang carik duit sendiri if nak sekolah. Tapi anak bini baru boleh plak dia tanggung…benci betul aku bila baca. Klimaks dari cerita ni, bila budak tu dah susah payah habiskan pengajian dia, and dapat plak kahwin dengan anak orang kaya, bapak dia mintak duit untuk sara family baru…hahahaha memang x dapatlah kan, sebab mengikut citernya, sejak dr bapak dia kahwin, bapak dia tinggalkan diorang sehelai sepinggang, nasib baek arwah mak dia ada tinggalkan duit simpanan untuk diorang 5 beradik tanpa pengetahuan bapak dia. Korang tahu x, diorang 5 adik beradik tu, secara sukarela pegi umah kebajikan sebab x ada sape boleh uruskan diorang…

And paling best, bila anak dia x nak bagi duit, bapak dia cuba nak jual tanah mak dia kat orang laen, tapi bapak dia silap sebab pejabat tanah akan tanya, arwah ada pewaris (anak2), so memang bapak dia gagal dalam tuntutan sebab semua anak dia pakat x nak jual tanah tu…perghhh giler kan citer camni…


ayah aku pown kahwin laen gak, and kahwin masa umor aku dah 26 tahun. Tapi aku memang jenis x kisah menda camtu,  aku x terasa sangat sebab aku rapat dengan family arwah mak aku. So memang dari start mak aku meninggal aku dah dok ngan mak cik aku…hihihi so bila ayah aku kahwin, and time raya aku memang raya ngan mak cik n nenek aku…ayah aku raya ngan family baru dia. Tapi setakat ni, x adalah berlaku pergolakan macam citer kat atas ni…disebabkan aku bukan dari family yang berharta, benda camni x adalah jadi kot…hihihi kalau jadi…aku pown x tahula macamane gamaknya hidup aku skang…now bila dah kawin, aku habiskan waktu ngan family belah husband lah, since mak n ayah dia jenis rajin tengok anak-anak..x rasa janggal pown…yelah, bagi can lah kat ayah aku nak bina keluarga baru kan….:)

No comments: