Pages

Thursday, October 3, 2013

Jangan Suka Mengkritik

Kita ni semua manusia biasa, tapi rata-rata antara kita selalu berpendapat diri kita ini adalah contoh yang terbaik. Kadangkala kita selalu memberi pandagan negative terhadap orang lain, hinggakan berbaur fitnah.
Terbiasa ada rasa tidak puas hati dengan orang lain, dan selalu perasan diri terlalu bagus, itu sebenarnya punca ada manusia-manusia yang berlagak mereka tuan punya muka bumi ini.

Boleh kita nak mengkritik orang lain, tapi lihat pada “level diri kita” sebelum mempertikaikan orang lain. Jika anda seorang setiausaha, janganlah anda menilai orang yang berjawatan lebih tinggi dari anda contohnya Peguam. Taraf pendidikan anda sangat berbeza, bagai langit dan bumi, begitu juga cara kerja anda, walaupun anda bekerja sebagai setiausaha di syarikat guaman, tetapi x semestinya anda berhak mengkritik kewibawaan seorang peguam itu mengendalikan kes, seolah-olah anda lebih bijak dari mereka. Habis anda katakana peguam itu x pandai buat kerja, semua benda tak tahu nak buat…tapi cuba lihat pada credibility anda, memang anda setiausaha, tapi nak guna Microsoft excel, and word pown terkial-kial. Yang anda tahu, hanya tapi, copy dan paste. Segala formatting, setting, formula semua kelaut..satu haram jadah pown tak tahu, tapi masih berusaha nak mengkritik kerja orang yang lebih hebat dari anda…

Ada perkara boleh kita kritik, tapi bukan melibatkan semua benda. Paling penting, anda bukanlah orang yang judge setiap kerja mereka, so janganlah memandai-mandai…..

Pernah tak kita terfikir, kenapa kita selalu mengkritik orang lain? Nak tahu apa sebabnya???? Sebab dalam diri kita banyak benda yang x bagus. Untuk tutup kelemahan kita, maka mulut kita akan sentiasa mencari peluang untuk mengkritik orang lain supaya orang x sedar kelemahan diri kita.

Dear, pernah tak korang lihat, wanita bertudung, kemudian jumpa wanita lain bertudung tetapi memakai kain terbelah ditepi, and tiba-tiba terdengar wanita bertudung tu, mengutuk wanita yang berkain belah …kutuk kaw-kaw punya..sampai korang dengar pown jd panas hati. Then bila korang tengok balik wanita yang mulutnya macam bertih mengutuk tu, sama je lebih kurang, walaupun x berkain terbelah tepi, tapi tudung hanya paras dada, baju pula jarang walaupun dilapisi inner….sama x korang rasa diorang ni???? Sama kan??? Then kenapa still mengutuk, betul x?

Sepatutnya kita mendoakan mereka supaya terbuka hati menutup aurat dengan sempurna, bukan rasa diri hebat sangat…


X perlu kita ada tanggapan negative macamtu, seriyesly nanti orang yang kita kutuk tu akan tolong kita oneday…kan dah malu…tul x????

No comments: