Assalamualaikum.
Entry harini, saya nak share
sikit pasal Mom to be and baby equipment. So korang boleh check and beli apa
yang patut base on web site yang saya akan attached kan ni, kira akan banyaklah
pilihan yang korang akan dapat kan?
1st Trimester
kebanyakan ibu akan alami alahan
yang sangat teruk sampai nak makan and minum pown x lalu. Jadi ape yang korang
lalu Cuma biskut dan air susu (depends pada ibu lah).
Jangan risau, banyak makanan
tambahan yang korang boleh ambil untuk pastikan korang semua bertenaga.
Antaranya :-
1) ESP
Shaklee RM 120 @ boleh consume 3 bulan
2) BIODEX Supremix (coklat & buahan) RM 90 @ ada 20
sachet
Yang kat atas ni, makanan
tambahan if korang memang langsung x lalu nak makan ape-ape pown., So, untuk
alas perut, korang boleh ambil salah satu product ni, tapi if kalau korang
tanya saya, mana satu pilihan hati? Saya lebih suka BIODEX supremix coklat,
sebab rasa dia macam minum hot coklat.
Cuma harga dia lebih mahal since hanya ada 20 sachet je dalam tu.
If ESP plak, memang jimat, 1
botol tu, boleh consume selama 3 bulan (bergantung cara pengambilan), tapi rasa
dia x lah selazat supremix tu. Rasa tepung je, Cuma korang boleh pelbagaikan
rasa dia dengan campurkan air buah, milo or apa-apa air yang berkhasiat. Lepas dah
campur tuh, boleh la minum.
Then untuk supplement and vitamin
lain, korang boleh lah ambik pil yang doctor bagi tuh. Cuma if sesiapa yang ada
masalah HB rendah, and korang dah consume eberet folic dr hospital, tp ada
kesan sampingan macam, badan gigil, muntah and loya, bolehlah ambil Shaklee.
Ni antara yang bagus:-
- Vitamin C @RM74 – 180 pil – Sebagai antioksidan, membekalkan vitamin C. menyokong kesihatan jantung, imunisasi badan, sel, mata, gigi gusi, tulang dan pembuluh darah.
- Ostematrix @RM49-120 pil – Berfungsi membina tulang dan gigi yang kuat, kekalkan tekanan darah yang normal. Membantu pengecutan otot dan kelancaran saraf, kurangkan simtom perut kembung, kejang, bengkak air dan kemurungan.
- Vitalea iron formula @ RM71-120 pil – meningkat jangkahayat hati, usus dan mata, membantu menaikkan HB.
- B Complex @RM43-120 pil – Berfungsi menguatkan paru-paru dan jantung, membantu menukar makanan kepada tenaga, kurangkan symptom kemurungan dan tekanan.
Semua benda ni bagus, so korang
bolehlah ambil, lagipown Shaklee ni x ada bahan kimia, artificial colour or
preservative. Semua natural. Lupa nak bagitau, if korang makan b complex , then
air kencing bertukar warna kuning, itu adalah normal. Ini menunjukkan badan
korang bertindak balas dengan ubat tu dan makanan dah ditukarkan kepada tenaga.
So x payah risau k.
kalau korang makan ostematrix,
digalakkan makan dengan susu yerk, sebab penyerapan jd sangat bagus dan lancar.
Seelok2nya makan sebelum masuk tidur. Vitalea plak, ambik waktu pagi, tapi
jangan ambil dengan sebarang makanan or minuman tenusu. Ini akan menganggu
system penyerapan zat besi. zat besi x boleh bertindak balas dengan kalsium ok.
Then yang lain-lain tu boleh lah
consume bila-bila korang free…J
Korang pernah x dengan penyakit
SAWAN BERANAK? Yup, penyakit ni bahaya, sebab akan terjadi secara tiba-tiba,
jadi untuk elakkan, korang kena pastikan tekanan darah korang normal, so OSTEMATRIX
adalah jawapan terbaik untuk mencegah penyakit sawan ni.
Bila dah masuk 2nd
trimester, korang dah boleh and lalu nak makan ape juga makanan yang
dihidangkan, tapi still kena kawal. Jangan makan makanan yang bergaram tinggi,
gula tinggi dan terlampau berlemak.
Dan korang still kena continue
makan supplement tambahan sebab masa ni, pembentukan baby sedang giat berjalan.
Pastikan korang dapat zat secukupnya.
Ni antara yang korang perlu
lakukan masa 2nd trimester
2nd trimester
- Buat buku merah (tolong lah buat walaupun korang plan nak bersalin kt swasta. We never know, what will happen in future)
- Makan banyak sayur dan buah-buahan
- Minum sekurang-kurangnya 2 gelas susu
- Minum 8 gelas air (depends pada kapasiti body kita okey)
- Jangan angkat barang-barang berat (ni dari first trimester pown x di galakkan)
- Check up kat doctor
- Tidur mengiring (untuk mengelakkan sesak nafas)
- Register kat web siter www.babycentre.com (web site ni bagus, dia akan bagi news letter perkembangan baby setiap minggu, so korang leh monitor signal-signal kat diri korang)
- Start buat checklist ape yang patut korang beli untuk mom n babies equipment
- Pakai baby lotion or minyak kelapa dara kat perut, breast n ketiak. Ni untuk elakkan streatch mark terjadi
- Start tukar bra yang korang ada kepada maternity bra n panties (ni untuk sokong size breast korang yang dah semakin besar, panties plak untuk elakkan baby tak selesa dan penegularan keputihan)
- Korang dah boleh start carik kat mana hospital yang korang nak sersalin
- Start baca surah Maryam, Al-Khujurat and Yusuf (baca selang seli pown x pe, ni boleh start dr 1st trimester)
- Minum air zam-zam, kismis, badam dan kurma (bagus untuk perkembangan otak bayi, kalau korang lalu, leh je makan minyak ikan. Tapi makanan sunnah ni lagi bagus sebenarnya)
Okey, then bila
masuk 3rd trimester ni, korang dah boleh beli sikit-sikit barang
baby n barang korang untuk bersalin nanti. Still continue makan supplement
tambahan tu yerk. Ni antara yang korang perlu buat masa 3rd
trimester.
3rd
timester
- Korang dah boleh start senaman
- Monitor pergerakan baby – pastikan 10 cycle complete pada jam 9 malam
- Dah boleh minum air kelapa (bagus untuk mudahkan bersalin)
- Minum 2 sudu minyak kelapa dara (ni pown untuk mudah bersalin)
- Sapu sekitar bahagian cik V dengan minyak kelapa dara (ini untuk kurangkan kesan luka koyak time bersalin nanti – sila urut bahagian tu yerk)
- Jangan meneran masa buang air besar ( nanti time bersalin akan kena sembelit)
- Time mandi, korang dah boleh start urut putting breast korang dengan air atau minyak kelapa untuk pastikan putting korang terkeluar (ni nak mudahkan baby hisap susu)
- Teruskan tidur mengiring (ini supaya perut korang yang berat tu, x menekan pembuluh darah, pundi kencing dan buah pinggang korang)
- Teruskan baca surah-surah yang disyorkan
- Continue minum air zam-zam dan makanan sunnah
- Pakai kasut yang selesa (untuk sokongan badan yang optimum dan elakkan kaki membengkak)
- If pelvis korang sakit, diyorkan korang pakai maternity belt untuk sokong perut korang tu
Tup tap tup tap, korang dah pown
nak mengampiri waktu nak bersalin kan. so ni antara barang-barang yang korang
perlu beli untuk diri korang and baby.
Mommies
- Maternity pad (beli dalam 2 pack je, masa 2 minggu pertama je darah heavy keluar, lepas tu dah boleh pakai pad biasa)
- Kain batik (beli ldah dalam 10 helai)
- Sweater (3 helai cukup)
- Stoking
- Set bersalin (termasuk bengkung)
- Nursing wear (senang nak menyusukan baby)
- Nursing cover (nak cover time susukan baby kt tempat awam)
- Breast pump
- Tukang urut
Dear, untuk set bersalin,
digalakkan korang pilih set yang boleh digunakan tanpa beri kesan pada baby.
Kalau jamu-jamu tuh, korang kena lah buat pilihan samada nak cantik atau nak
menyusukan baby.
Antara set bersalin yang natural and saya suggestkan ialah:-
- Shaklee (termasuk lecithin and omega guard) @ RM350
- Tanamera set (termasuk bengkung) @ RM 340
- Lisa formula (termasuk bengkung) @RM 325
Selain tu, ada juga tambahan untuk korang yerk, tp pastikan pakai selepas
2 minggu bersalin taw.
Ephyra collagen (untuk hilangkan
stretchmark tu, pastu sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi)
GLY Derm (ni krim untuk hilangkan
stretch mark, boleh beli kat Indonesia and Singapore famasi je, Malaysia x ada lagi)
Untuk breast pump pula, antara
jenama yang bagus:-
- Medela
- Spektrum 3
- Ameda – saya guna yang ni, double pump and boleh operate kat mana-mana je, sebab ada bateri.
- Autumz
Empat jenama ni antara yang terkenal lah, and kalau boleh beli yang electric and battery operate yerk. Tp if no budget, boleh je beli pump manual. If still nak electric oreta, try cari brand yang murah sikit macam pureen, tapi bagi saya, better beli yang mahal sebab suction dia bagsu, boleh repair and paling penting, kebal n x menyakitkan breast korang. Harga breast pump ni dalam range RM 800~1800…bergantung pada package lah. Siap ada cooler bag and botol susu sekali dalam package tuh.
For babies
- New born pampers
- Rompers
- Baju tido
- baju harian biasa
- mites and booties
- botol susu and kelengkapan untuk bersihkan botol susu
- Tikar getah
- Tilam n bantal
- Selimut
- Kain napkin
- Beg menyusu
- Krim ruam
- Minyak telon
- Bedak,cotton buds, syampoo, body wash, sabun cuci baju baby, besen mandi, tuala mandi
- Bakul baby
- Barut baby (penting)
- Katil baby (ni bagi saya, x beli pown xpe. Nanti buat jadi tempat letak barang-barang je, pakainya sekejap je…)
Optional (boleh beli sekarang or
tunggu baby tegap cikit
- Stroller
- Car seat
- Baby carrier
Okey guys…
Kalau korang nak kurus, lepas je
bersalin tu and luka korang dah sembuh, sila guna trade mile untuk aksesis ke…J
Banyak je website yang korang
beli beli semua kelengkapan baby. Seeloknya pergi kt one stop centre:- www.onebabyworld.com
Kat sini semua ada, and harga dia
lagi rendah dr tempat lain since diorang ni pemborong.
Paling penting, shopping ikut
kemampuan. Guys, korang tahu x, if masa korang preggy ni, jangan stress taw,
and please set kat mind yang korang nak breast feed kan baby, sebab dengan cara
ni, korang motivate kan mammary gland korang, so insyaAllah bila sampai
masanya, air susu korang akan keluar macam air mata air. So kena positif. Mammary
gland ni sensetif if kita ada aura negative, nanti susu yang diproduce x akan
banyak…so be positif always yerk…J
Eh lupa plak nak bagitau pasal menu
bersalin yang korang patut cuba. Janganlah terikat dengan menu yang x
berubah-ubah dari dulu yerk (ikan masin n nasi putih).
- Pais ikan (pastikan banyak kunyit n lada hitam and opkos guna ikan yang x gatal)
- Ikan masak lemak kunyit@bojah (guna ikan parang taw)
- Daging masak halia (jangan tumis yerk)
- Ikan steam halia and black paper
- Ayam panggang madu
- Ikan bakar berempah (ikan tenggiri)
- Kerabu ikan tengiri dan bunga kantan
- Ikan haruan goreng berempah (guna minyak zaiton-sikit je)
- Gamat goreng halia (guna gamat kering n hiris, series x rasa gamat langsung, sedap giler)
- Tenggiri asam pindang
- Bawal steam halia
- Ayam sos tiram
- Ikan merah masam manis
- Salmon black paper
- Sup sirip ikan yu
- Laksa (guna ikan tengiri, and jangan lah buat pedas or letak cili padi, buat light-light jer)
Semua menu ni x gatal and boleh
korang makan masa dalam pantang, x payah risau, dah ramai pown yang makan. Yang
penting kalau nak tumis tu, jangan guna minyak banyak and sila guna minyak
zaitun sahaja.
So selamat berpantang yerk…J
InsyaAllah, next time if ada
kesempatan saya akan post entry tentang bersalin pula key..:)
No comments:
Post a Comment