Pages

Monday, October 14, 2013

Talapia Steam Limau dan Halia

Assalama.
Selamat menyambut aidiladha semua. Sempena malam raya ni, menu memang lari dari tema....hehe. Saje buat ikan steam limau ni...

Besok dah raya, sedih pulak rasanya...cuti pon x lama, so raya di key el jela....

Resepi

1 ekor talapia sederhana besar, kelar sedikit bahagian badan,
4 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah*
3 inci halia di hiris2
Kicap cair secukupnya
Minyak bijan secukupnya
Jus limau secukupnya
Sebiji buah tomato dibelah 8
Daun kucai secukupnya

tumbuk bahan bertanda *.

Selepas ikan dibersihkan, lumurkan dengan bahan tumbuk,
Perap seketika,
Masukkan kicap cair, minyak bijan, dan jus limau secukupnya kedalam bekas kukus ikan,
Masukkan ikan, taburkan halia yang di hiris, dan kukus ikan sehingga separuh masak,
Kemudian masukkan tomato dan daun kucai,
Bila dah masak, tutp api dan bolehla dihidangkan....

1 comment:

Anonymous said...

Hidang untuk kawan2 pun selesa..hihuu