Selamat Hari Raya readers, thanks walaupun dalam mood hari
raya, korang still baca blog aku yang x seberapa ni…ppp
Perasan tak, sekarang ni tengah viral issue balik kampong,
tapi tidor kat hotel? Macam-macam kutukan diorang lemparkan, ada yang cakap
anak tak kenang budi, anak malu dengan rumah mak n ayah, macam-macam lagi tanpa
lihat pada sudut positif.
Orang kita ni memang selalu sangat bersangka negative. Bagi aku
if kita lihat kat sudut positif, dia akan jadi positif, tapi kalau memang kita
negative, apa pun akan jadi negative.
Aku ni asal usul memang orang kampong, bak kata orang, orang
ulu….so, aku tahu macamamana keadaan kampong tok nenek aku. If rumah parent
aku, no problem memang aku je yang ada kat rumah tu sebab adik beradik aku raya
rumah mertua diorang dulu setiap kali raya, plus aku x de issue bab aurat sebab
x de abang ipar, since adik beradik aku semua lelaki kecuali aku, plus ada
bilik proper untuk salin baju, mandi semua. Memang ayah aku jaga bab2 camtu, taka
da lah tidor bergelimpangan kat depan TV.
Tapi rumah nenek aku lain, kat situ tempat semua orang
melepak, situ semua adik beradik ayah aku tidor, sampai dah taka da bilik. Tau-tau
je lah rumah orang tua macam mana. Aku rasa ramai je yang alami dilemma camni,
plus aku ada anak-anak yang sangat lasak n ada allergic habuk, debu. So tiap
kali balik raya rumah tok aku, aku tak akan tidor sana sebab rumah ayah aku
dekat, so aku tidor rumah ayah aku je, pagi-pagi baru datang rumah tok untuk
berhari raya, and nanti petang-petang sikit baru balik rumah ayah aku untuk
mandi n tidor.
Kalau orang yang suka buat cerita, akan cakap aku ni lupa
daratan, tak sedar diri. Meh aku bagi tau antara sebab kenapa aku tak tidor
rumah tok aku;-
- Sebb memang dah tak ada ruang walau seinci pun untuk aku n fam nak selit-selit tidor
- Aku ada anak-anak kecik yang allergic dengan habuk n debu, faham-faham dengan keadaan rumah orang tua-tua, bantal, selimut, toto tu semua setakat mana diorang larat nak basuh, plus memang tak pernah cukup pun benda-benda tu semua (bukan aku cakap diorang kotor ye, tapi untuk maintain basuh 2 kali seminggu tu memang susah, aku pun hantar dobi je if comforter yang besar-besar tu, inikan pula diorang kan)
- Bilik air yang limited, berebut masing-masing nak guna toilet sampai air pun tak da kadang-kadang
- Bilik untuk salin baju memang limited, kadang-kadang berebut-berebut…kalau aku lelaki no problem
Eh tapi ada orang tanya aku apesal masa kecik-kecik dulu aku
ok je tidor rumah tok? Masa time aku tak akil baligh, belum tahu bab aurat,
nafsu tu semua memang lah ok je nak tidor bergelimpangan kat ceruk mana pun,
tapi bila aku dah period, dah tumbuh benda-benda yang boleh menaikkan nafsu
orang, parent aku dah tak bagi aku tido sebelah sepupu aku, semua kena masuk
bilik tido ngan geng perempuan2 je. Tak de nya parent aku nak bagi aku sembang
ngan sepupu2 lelaki aku sampai pagi. Bukan nak cakap diorang jahat, tapi
sebagai langkah berjaga-jaga.
So bila aku dah beranak pinak ni, aku lagi selesa tido rumah
parent aku kalau balik kampong. Tok aku pun siap halau aku tido rumah ayah aku
sebb dia pun tahu rumah dia full house.
Tu bab diri aku lah, tapi bab orang lain tu lagi banyak
strong reason nya.
Tak semua orang ada tok yang kaya raya, rumah banglo ada 15
bilik, 10 bilik air ruang makan besar. Time kecik-kecik dulu keluarga lum
berkembang lagi, so tak kisah nak tido mana pun, tapi bila semua dah kahwin,
dah besar-besar of course lah bertambah ahli keluarga kan.
Ni bukan sebb geli dengan keadaan rumah yang bersepah, bilik
air yang berlumut ye, ni bab keselesaan keluarga sendiri. As a parent, tak perlu sentap dengan tuduh
anak cucu lupa daratan, benda ni kemudahan bersama. Actually ada bagusnya,
macam orang yang ramai anak perempuan, so betapa terjaganya aurat anak diorang,
terbatas pergaulan anak-anak diorang ngan sepupu lelaki, lagi-lagi anak-anak
perempuan tu dah tumbuh asset mekar yang boleh terbeliak biji mata sepupu
lelaki yang tengok. Zaman sekarang tak payah nak cakap banyak, bukan kenal
sedara mara, bila syaitan menggoda tak kira hari raya ke, Ramadhan ke, malam
tujuh likur ke, sepupu ke, pak sedara ke…semua boleh jadi. So tak salah kalau
kita prevent benda-benda macam ni.
Kalau zaman dulu aku tak rasa ada masalah, but nowdays,
budak 7 tahun pun faham apa maksud seks tu. Nak cari apa, just google je kat
phone.
Kalau rasa tak nak tidor dekat hotel, pakat-pakat adik
beradik besarkan rumah tok tu biar muat untuk seluruh fam nak tido
ramai-ramai..(tu penyelesaian kalau parent kecik ati).
Jangan samakan dengan zaman sekarang, dulu-dulu tak banyak
sangat wabak-wabak porno or benda-benda maksiat ni, if nak ajak tengok citer
porno pun aku rasa memang tak de sebab malu plus takut kena hempuk dengan mak
bapak kalau kantoi. Sepupu2 pun kalau sembang mana ada sembang lucah-lucah,
semua sembang baju raya warna apa, bab bunga api, nak jalan raya mana esoknya,
berapa target duit raya. Zaman dulu mana ada macam sekarang, sekarang semua
advance, phone melekap je kat tangan, kejap-kejap tengok youtube….
Janganlah kecam depa yang tido hotel tu, tak salah pun. Yang
salah tu yang tak balik jenguk parent, jijik nak pijak rumah parent….tu yang
tak patut. Setakat tidor hotel untuk keselesaan fam sendiri, bukan masalah
besar. Tak perlu kecik hati…fam aku dah lama buat camtu sebabnya rumah tak
cukup besar n kadang-kadang berebut kipas time malam, tu belum kira bab air
kena catu time raya….
Walaupun kitorang x tidor umah tok, tapi aku tk pernah
abaikan diorang, setiap kali balik, aku akan tolong-tolong apa yang patutm
konvoi raya ramai-ramai, masak n makan ramai-ramai..bila dah habis activity fam
baru aku balik rumah parent aku…so far ok je lah
No comments:
Post a Comment