Pages

Sunday, December 7, 2014

My Twin

Assalamualaikum.

yessza, berhabuk kot blog ni sebb dah terlampau lama sngat x jenguk.
Huhu, sebenarnya bukan apa, sebb tidak disangka-sangka saya preggy kali ke dua, and the suprize is TWIN...huhuu Alhamdulillah, dapat sepasang TWIN. now my kid dah 3, 2 boys and 1 girl.

Camner ek nak citer, ramai yang tanya, susah ke preggy twin? berat tak? selera camaner? perut besar x? tido susah x? bila dah lahir, baby meragam x? camaner handle???

Hambik kau, soklan memang cepu cemas je...paling cepu cemas, err camaner nak dapat baby twin....ohohohoho out of my control la dear...seriyes saya pun terkejut bila scan ada 2 kantung and dua baby dalam tu.

Memang mencabar sebenarnya preggy twin. The risk is there, just monitor and berdoa pada Allah agar dipermudahkan.
Masa 1st trimester, Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya, no morning sickness pon, semua okey, selera memang tajam jer....

If korang tanya bab perut berat or tidak, ye memang berat, ibarat macam korang letak karung beras atas perut. sakit pinggang tu start dr bulan ke 4 dah rasa n x boleh tidur terlentang langsung, sebab pundi kencing akan rasa macam nak pecah, so nikmat tidur tu memang hilang lah sekejap.

Hari-hari terakhir sebelum bersalin tu baru rasa mencabar yang teramat sangat sebb x boleh tidur atas katil, so tidur atas kerusi recliner je, kencing pun start rasa x selesa, nak buang air besar pon sembelit sikit....tapi redha je lah kan.

Bila dah bersalin tu memang rasa lega, tapi teramat lah penat, sampai x larat nak bangun...penat yang melampau.

Bab kembar meragam or tidak, tipu lah if baby x meragam kan, normal lah tu, meragam sikit-sikit. yang seksa bila semuanya serentak. Everythings serentak, sampai menangis dibuatnya...







Rutin harian memang berubah, bangun awal pagi sebab kena mandi masa diorang tido, lepas tu mandikan yang sulong dulu, susukan dia, lepas tu bila kembar bangun mandikan n susukan dia...barulah start buat kerja rumah...tu pun berenti-berenti sebab kembar ni kadang-kadang bangun ikut sukati dia je...

Eh, terlupa plak nak cerita pasal pengalaman C-sect my twin ni. C-sect sebab sorang songsang, doctor cakap sorang boleh normal, sorang lagi C-sect...saya fikir dari sakit atas bawah, baik sakit satu je..so pilih operate jerw...

Masa nak operate tu, diorang cucuk epidural kat tulang belakang, x lah sakit sangat...cuma yang bengang n menyakitkan tu bila ubat bius belum bertindak balas lagi, dia dah potong perut iollls...waaaaaaaa boleh rasa perut kena toreh layer by layer...sakit tapi boleh bertahan sebb bius dalam keadaan nak bertindak balas...tapi doctor tu still nak continue, dia macam x boleh terima hakikat bila saya cakap, bius still not working, dia marah-marah n saya time tu dah mengamuk n cakap, if anything happen to me, i will sue this hospital, time tu baru lah dia bagi i morfin yang kena sedut tu...khayal kot...if korang pernah tengok citer-citer omputih, memang sebijik situasi dia, dengar suara bergema-gema, pergerakan semua benda kita nampak lambat n berbayang-bayang...fuhhhhh camtu kot orang yang hisap dadah rasa...hahahahaha rasa cam kat syurga je...

masa dia potong rahim tu, baru bius full working, and time nak keluarkan twin yang first, dia henyak perut sampai senak, selamat keluar sorang, masa keluarkan twin ke dua tu, tiba-tiba bleeding, dapat rasa daram membuak keluar sampai kena kat bahu n belakang badan,,,,bau hanyir darah tu memang kuat, and at the same time menangis sebab tahu bleeding, cuma lega at least baby dah selamat keluar. Doctor islam tu datang kat saya, suruh mengucap banyak-banyak n jangan fikir bukan-bukan, time tu ramai-ramai pegang bahu n tangan suruh kuat semangat n jangan panic, sebb doctor tengah usaha kecutkan salur darah tu. Alhamdulillah bleeding dah berhenti, and doctor cakap dia monitor dulu samada kena masuk darah or tidak..1 hour monitor, doc tengok muka n tangan x pucat, so x payah masuk darah...Alhamdulillah...3 jam lebih dalam OT.

Ni ada lah gambar2 si kembar and yang sulong..dah besar dah diorang ni..kejap je...


Thursday, August 14, 2014

Boikot


This is the time to all Malaysian people realise that US is supported Israel.  Yup, all of us voice out to boycott all product from US and Israel…sadly when I found out Malaysia one of Israel importer product, we are at ranking no 11 !.

Terkedu sekejap, Malaysia Negara yang sangat kecil berbanding Negara lain, tetapi kita mengimport terlalu banyak product dari Israel. Sebagai umat Islam kita memang perlu untuk sama-sama membantu Palestin dalam apa jua cara sekalipun. Banyak syarikat-syarikat yang secara terang-terangan support Israel, Cuma kadang-kadang kita keterlaluan memboikot sehingga menimbulkan kucar kacir.
 
Sekarang ni heboh sana sini boikot Mc Donald, walaupun hakikatnya banyak lagi syarikat-syarikat dan product2 lain yang terang-terang hulur bantuan pada Israel, tapi x ada sape pon nak boikot. Ektream pada Mc Donald sahaja.
 
Paling menyedihkan, semua orang tahu applikasi wassup (Jan Koum) Facebook (Mark Zuckerberg) Google (Sergey Brin) adalah penyokong Israel, tapi dengan applikasi itu juga kita menyebarkan kempen boikot ISRAEL.

Jumlah kita gunakan applikasi ni lebih banyak dari kita habiskan duit beli Mc Donald, tetapi ada sesiapa yang ambil langkah berhenti dari guna facebook? Wassup? Google? No body!!!! Tiap-tiap hari update status, dan setiap kali korang click, setiap kali tu lah diorang dapat duit…kita tak boikot kenapa? Sebb kita fikir, kita tak keluar duit pon untuk guna facebook tu…padahal dah tentu korang langgan internet, so caj is from there….sah-sah facebook, google and wassup bukan perniagaan franchais, tapi kita tak pula sedar.

That the reason kenapa saya marah dengan orang kita. Kadang-kadang terikut-ikut dengan trend, smpaikan benda-benda lain yang lebih besar kita x nampak. Atas alasan apa kita guna facebook? Sebb kita gunakan untuk tujuan kebaikan? Sebb kita sebarkan kebaikan?? Tapi dah sah-sah Facebook tu support Israel, tapi kenapa kita butakan mata kita? Yang kita nampak Mcdonald.
 
Extream sangat-sangat, sampai nampak orang pasang sticker pon boleh plak pegi pecahkan cermin kereta diorang, baling batu kt pekerja Mc Donald, eh dalam islam pon x ajar cara-cara macam tu. Nak boikot, silakan tapi jangan jadi pengganas.

Ni just nak cerita je…aku follow sorang mamat yang memang anti Israel, tapi bila aku tengok-tengok balik ni manusia yang jenis cakap x serupa bikin.

Segala benda yang dia beli banyak giler product from Israel, tapi giler-giler boikot Mc Donald…buat apa kau kecoh-kecoh cakap kau anti Israel, tapi ko sendiri beli barang Israel???? Ko cuma nampak Mc Donald…weh banyak lagi kot selain dari Mc Donald tuh…

Arghhh geram plak tetibe. Tapi tulah, if kita ni rakyat biasa, boikot memboikot tetapi if pihak berwajib Negara kita masih meneruskan import export brang-barang dari Israel, kita boleh buat apa? Itu lagi besar nilai sumbangan kepada Israel.

Perkara-perkara sumbang-menyumbang ni hanya boleh terhenti jika Malaysia tidak menjalinkan perdagangan dua hala dengan Israel dan mcam tu juga dengan Negara yang menyumbang kepada Israel. Itu sahaja cara yang paling besar effect dia kepada ekonomi dunia.

Kita boleh je guna barang-barang tempatan atau pon dari Negara Islam lain yang kualiti dia sama je, tp itulah, kadang-kadang orang kita ni riak, shoping barang2 branded mulalah kita rasa diri ni up to date sangat n perasan mat salleh sangat…
  
Sekadar renungan :- guys, if kita sayangkan orang islam kita kat palestin tuh, bukan setakat bantuan keewangan sahaja yang mereka perlukan, tetapi senjata yang paling ditakuti oleh orang kafir adalah doa orang-orang mukmin. Jom kita sama-sama berdoa setiap kali selepas solat atau bila-bila masa sahaja untuk saudara-saudara kita dipalestin. Tak guna kita hanya memboikot, berdiri tengah panas lancarkan kempen anti Israel, tetapi tidak pernah walau sekali pon kita memanjatkan doa untuk mereka di sana. Anjurkan lebih banyak aktiviti keagamaan seperti solat hajat, doa dan zikir untuk semua warga islam di seluruh dunia.

 

 

Sunday, July 13, 2014

Oh iya ke???????


Apa beza mendidik dan menjaga?

Pernah dengar pepatah melayu berbunyi begini? “seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anak, tetapi sepuluh anak belum tentu mampu boleh menjaga seorang ibu”.

Ayat tu merujuk kepada menjaga, so memang patutlah bila dah besar, anak-anak x mampu menjaga seorang ibu. Sebab apa? Sebab semasa mereka kecil, ibu hanya menjaga mereka, bukan mendidik. Jika seorang ibu itu menjaga dan mendidik anak-anak mereka, insyaAllah apabila seorang ibu itu sudah tua, anak-anak, berebut-rebut mahu berbakti kepada ibu dan bapa mereka.
 
Sebagai seorang ibu dan ayah, adakalanya kita terlupa bahawa anak dan binatang itu berbeza. Betul, kita tidak mengatakan anak kita itu binatang, tetapi cara kita melayan mereka tidak ubah seperti binatang.
 
Apa yang tuan lembu buat pada lembu-lembu peliharaan mereka? Mereka beri tempat perlindungan, jenguk mereka, bila sejuk mereka pasangkan unggun api, beri mereka makan dan minum secukupnya. Bila mereka sakit, suruh doctor haiwan rawat mereka, ada masa bawa mereka ke padang ragut untuk rasa suasana kelembuan sebenar. Kemudian kita lepaskan mereka, jika mereka masuk ke kawasan kejiranan, jiran mengadu dan menghambat lembu kita, kita maki jiran.
dan, apa yang kita lakukan terhadap anak kita adalah sama sahaja macam kita menjaga binatang....

Tetapi jika mendidik, adalah sesuatu yang sangat besar dan memainkan peranan penting. Bila sebut mendidik, bermakna kita mengisi ruang kerohanian anak-anak dengan sesuatu yang berbentuk keilmuan. Anak-anak di didik untuk mejalani kehidupan sebagai seorang manusia. Tidak guna jika kita menjaga makan pakai, curahkan kasih sayang tetapi kita gagal dalam memberikan pengisian rohani kepada mereka…
 
Sebab itu ramai anak-anak bila dah besar, masing-masing risau bila ayah dan ibu sakit, tetapi bila ayah dan ibu mahu tinggal dirumah mereka, masing-masing memberikan seribu satu alasan. Bila masih kuat dan tidak sakit, anak-anak masih ingat tetapi bila dah sakit….seorang pown tidak mahu menjaga…
 
Lagi satu benda yang paling penting adalah doa seorang ayah dan ibu. Jika dalam setiap solat dan perbuatan kedua orang tua ini selalu mendoakan kebaikan untuk anak-anak, pastinya anak-anak tidak akan pernah melupakan kedua orang tua mereka.

Pelik kan, ada anak-anak yang setiap hati bertanya khabar kepada kedua orang tua mereka, tetapi jika kedua orang tua mereka sakit tiba-tiba seribu satu alasan yang mereka berikan…

 

 

 

 

 

Monday, July 7, 2014

Kisah Tauladan


Kelihatan seorang lelaki muda berkopiah sedang menongkat dagu ditepi masjid. Melihat anak muda yang dalam kesedihan itu, seorang tua bergelar imam mendekatinya.
 
Imam : wahai anak muda, mengapa termenung panjang?
 
Anak muda : Imam, aku sangat kusut memikirkan kehidupan  yang semakin rumit dari hari-kehari
 
Imam: ceritakan kepadaku, mungkin aku boleh membantu untuk menyelesaikan masalah mu itu
 
Anak muda : tiada siapa yang akan faham dan dapat menyelami apa yang aku rasakan ini, malah imam sendiri tidak mungkin akan dapat membantu
 
Imam : Cubalah ceritakan dulu, jangan mudah buat tanggapan jika belum mencuba
 
Anak muda : Imam, aku mempunyai seorang ibu, ibu kandung yang melahirkan aku kedunia ini, tetapi aku sangat jijik memandang muka ibuku itu?
 
Imam : Apakah yang ibumu lakukan sehingga kau jijik untuk melihat wajahnya?
 
Anak muda : Ibu ku seorang  pelacur, dia bekerja menjual tubuh untuk menyara aku setelah bapaku meninggal dunia, aku tidak faham kenapa ibu ku sanggup menjual tubuhnya, sedangkan masih ada pekerjaan lain yang halal
 
Imam : adakah sekarang ibu mu masih menjadi pelacur?
 
Anak muda : Tidak, sudah lama ibuku meninggalkan pekerjaan itu dan sudah bertaubat
 
Imam : adakah ibumu menyesal dengan perbuatannya dahulu?
 
Anak muda : ya, ibuku setiap hari meratapi dosa yang telah dilakukan, hamper sepanjang malam ibuku menangis ketika solat tahajjud dan taubat
 
Imam : Apakah perkara paling buruk yang ibumu pernah lakukan terhadapmu?
 
Anak muda : ketika aku berumur 11 tahun, aku melihat ibuku membawa masuk lelaki kedalam rumah, kemudian aku mereka bemesra didalam bilik sehingga subuh. Aku tidak memahami apa-apa ketika itu. Sehinggalah jiran-jiran mengejek mengatakan aku anak pelacur. Ketika itu baru aku tahu apa pekerjaan sebenar ibuku.
 
Imam: Adakah kau masih mengingati kejadian tersebut?
 
Anak muda : mana mungkin aku melupakan peristiwa tersebut. Di sebabkan ibu ku, aku dihina, di kecam oleh masyarakat. Kemana sahaja aku pergi, pasti ada yang memanggilku dengan panggilan anak pelacur.
 
Imam : Ibumu telah bertaubat, tetapi kamu masih tidak boleh maafkan dia dan menerimanya kembali?
 
Anak muda : tidak, aku tidak boleh memaafkan ibuku, aku masih tidak boleh menerimanya. Dia tersangat jijik pada pandangan mataku. Biar seratus tahun lagi, aku pasti tidak melupakan peritiwa itu
 
Imam : adakah kau berasa tenang bila membiarkan ibumu sebegitu? Adakah kau hidup di bumi Allah ini hanya untuk melihat kisah silam seseorang? Adakah hatimu puas bila melihat ibumu memendam rasa? Wajarkah ibumu dihukum begitu, sedangkan dialah insan yang melahirkan kau dan membesarkan kau hingga kau berjaya? Siapa dirimu di bandingkan dengan Allah yang menjadikan manusia? Sedangkan Allah maha pengampun dan mengasihi hambanya? Adakah ibumu tidak layak diberi peluang untuk bertaubat?
 
 
Terdiam seketika anak muda itu apabila mendengar hujah imam tersebut. Terdiam apabila memikirkan kebenaran disebalik hujah2 itu. Memang benar, hatinya tidak pernah tenang, sepanjang hidup hatinya diselubungi dendam dan amarah. Dia hanya melihat kisah silam tanpa melihat keadaan sekarang. Dia menidakkan taubat  dan hijrah yang dilakukan oleh ibunya. Hatinya hanya tahu memandang hina tanpa belas kasihan, sedangkan dia terlupa dia juga mempunyai kesilapan yang berlipat kali ganda iaitu derhaka kepada ibunya. Memang ibunya melakukan dosa besar. Tetapi itu dahulu, ibunya telah jauh berubah, telah meninggalkan segala perbuatan kejinya itu. Sudah hampir 20 tahun peristiwa itu berlalu, dan sudah 20 tahun juga ibunya bertafakur diatas tikar sejadah memohon ampun dari Penciptanya…
 
Imam : pulanglah kerumah, mintalah ampun dari ibumu. Jika masa itu boleh diundur, pastinya ibumu tidak akan memilih jalan tersebut. Sesungguhnya kita sebagai manusia adakalanya kita dilitupi oleh Zaman jahil, tetapi apabila hidayah itu datang, taubat itu adalah pasti. Sesungguhnya ibumu tergolong dalam insan terpilih. Sebagai manusia, kita tidak berhak menilai seseorang itu berlandaskan kisah silam mereka.
 
“Sesungguhnya sesuatu yang batil pada pandangan mata kita, tidak semestinya batil pada pandangan Allah”
 
Moral of the story :
 
Sebagai manusia, kita terlalu suka mencari kelemahan orang lain sehingga kita terlupa diri kita juga lemah dan penuh dosa. Adakalanya didalam hati kita terkumpul dendam yang sengaja dicetuskan oleh diri sendiri.
 
Kita hidup untuk apa? Untuk masa silam atau masa hadapan? Masa silam tidak boleh di ulang, tidak boleh diubah. Tetapi masa hadapan kita boleh perbaiki supaya tidak terkeluar dari landasan sebenar.
 
Kadang-kadang kita terlalu suka mengheret orang lain didalam perbalahan di kalangan kita. Kita tanpa segan silu menuduh dan menuding jari mengatakan sipolan bin sipolan itulah yang menyebabkan hidup kita berantakan. Tetapi kita terlupa, dalam  kita menyalahkan orang lain, sebenarnya diri kita itulah yang menyebabkan berlakunya permasalahan tersebut. Tetapi kita dibutakan dengan dengan sikap degil dan ego diri kita sendiri. Walau beratus kali dinasihati, kita tetap dengan kedegilan kita.
 
Dalam islam sendiri ada menyebut, jika kita terdengar sesuatu perkhabaran, adalah wajib untuk kita menyiasat kesahihan berita tersebut. Dan mestilah dari saksi-saksi yang adil, mendengar dari kedua belah pihak. Bukan sekadar membuat andaian. Biar tersalah anggap, tetapi jangan tersalah hukum.
 
Adakalanya sebahagian dari manusia suka bersikap senyap bukan sebab salah, tetapi tidak ada gunanya untu kita bercerita tentang sesuatu perkara yang lepas. Menganggap tidak guna mulia disisi manusia, tetapi pandangan pencipta kita sendiri. Tidak perlu takut dengan andaian manusia, yang perlu takut adalah dengan pencipta yang satu.
 
Tidak perlu risau jika dipandang hina atau di salah anggap, yang penting ketika dipadang masyar tempat kita diadili nanti. Di situ segala pembohongan akan terlerai, akan ditelanjangkan satu persatu. Jika didunia kita menyorokkan salah kita, tetapi tidak diakhirat.
 
Benar, tidak perlu gentar, apa yang paling digentarkan pabila saat sakarulmaut tiba, akibat terlau banyak menceritakan keburukan orang lain, mengaibkan orang lain, risau lidah akan berhenti tatkala malaikat maut datang menjemput.
 
Fitnah ini sudah wujud dari dahulu lagi, dan punca fitnah itu sendiri kebanyakkannya datangnya dari kaum hawa. Kaum yang suka sampai menyampai2 cerita. Dari cerita yang sedikit kemudian ditokok tambah sehingga mengaibkan insan lain…
 
Jauhilah sifat-sifat mazmumah ini. Tidak ada gunanya kita mengaku bahawa kita kenal Allah, kita kenal nabi Muhammad itu siapa, tetapi dalam kehidupan seharian kita, kita masih bersangka buruk pada insan lain. Belajar mencari salah diri  kita sendiri sebelum mencari kesalahan orang lain…
 
 

Sunday, July 6, 2014

Hippopo Spa and Wellness for Babies

SPA FOR BABIES


Assalamualaikum.
 
Hari ni just nak share something yang best dan bagus untuk anak-anak kita.

Pernah tak bayi anda meragam? Kadang-kadang bukan setakat meragam biasa, kita angkat bontot nak pergi toilet pun dia menangis….yup, benda tu memang berlaku pada my baby iqbal. Google untuk dapatkan sesuatu yang boleh kurangkan meragam dia tuh..
 
And akhirnya jumpa dengan satu web site for baby

Ni adalah spa untuk baby dan kanak-kanak. Banyak sangat kebaikan yang kita boleh dapat if pergi sini. Kat sini ada massage and swimming for baby. Dari seawal 6 bulan kita dah boleh ajar baby kita swimming, jangan risau, pelatih di sini semua berkelulusan dan mereka akan pantau setiap gerak geri baby kita…air tu sejuk? Owh tidak, untuk baby, air dalam swimming pool tu adalah air suam, so baby x akan rasa sejuk, malah lebih comfort…

Ni antara kebaikan yang kita boleh dapati dari massage n swimming ni;


1)      Longer sleep and relaxation

2)      Improved baby’s health and growth

3)      Reduce crying and emotional stress

4)      Encourage brain development

5)      Enhance baby confidence and security

6)      Boost baby emotional stability

 
Get all the info from this web site ya…

 This weekend InsyaAllah akan pergi ke SPA tu, so I will write the review after visit the SPA…

 

 



Tuesday, July 1, 2014

Orang Kita, Bangsa Kita.............................


Assalamualaikum, masih dalam mood ramadhan  dan masih diberi keizinan untuk teruskan ibadah berpuasa, Alhamdulillah.

Pagi-pagi dah buka paper online, terbaca tentang gadis cina yang bakal memeluk Islam, iaitu Felixia Yeap.
 
Rata-rata memberikan komen yang positif, tetapi dalam positif masih ada terselit kata-kata kurang enak yang x sepatutnya dilemparkan oleh orang islam sendiri.
 
Sepatutnya kita sebagai umat Islam tidak perlu bersangka buruk dan mendabik dada sehingga melihat bangsa lain yang memeluk islam ini hina dan tidak ikhlas. Ikhlas atau tidak, itu kerja Allah. Hanya Allah yang boleh menilai. Kadang-kadang terasa malu bila melihat bangsa melayu yang beragama Islam seakan-akan memperlekehkan mualaf ini. Pernah tak kita terfikir, disebabkan sikap kita ini, bangsa lain memeandang serong dan mewujudkan perkauman dengan bangsa kita. Sebab apa? Sebab berpunca dari diri kita sendiri. Sikap kita sebagai orang melayu yang terlalu ego, rasa diri tersangat bagus sehingga memperlekehkan bangsa lain. Dan disebabkan sikap kita yang suka berbalah sesame sendiri, pendirian tidak teguh, tidak sependapat tentang agama, terpengaruh dengan khabar angin yang menyebabkan bangsa lain menolak Islam dan menolak hokum hudud itu sendiri.

 Ingat kisah Yusuf Qardawi yang mengatakan Gelatin Babi itu Halal? Kisah itu dibahaskan pada masyarakat yang duduk dinegara barat yang susah untuk mendapatkan barang halal. Kemudian bila masuk bab coklat Cadbury yang ada gelatin babi, tetiba kita selewengkan kenyataan Yusuf Qardawi. Kemudian perbalahan berlaku antara ustaz Kazim Elias dan Ustaz Asri….
 
So, kesimpulannya, bila masyarakat bukan Islam melihat perbalahan dan ketidak sependapat dikalangan ahli agama, maka situasi menjadi bertambah buruk. Tidak kisah samada ahli agama atau sesiapa sahaja, jika mendapat perkhabaran kita dituntut supaya mengesahkan kesahihan perkhabaran tersebut. Kami yang ada ni kebanyakannya jahil dari segi HUKUM FEQAH, jadi kalau ahli agama sendiri x sependapat, susahlah nak dijadikan rujukan….

Islam itu agama yang mulia, tapi bangsa kita yang membuatkan agama Islam itu buruk di mata bangsa lain. Bila bercerita kisah Cadbury, extream betul bila da yang membuat permintaan untuk menaja tukar darah, eh…melampau. Islam itu mudah, tapi kita yang jadikan Islam itu rumit….kenapa perlu tukar darah? Sedangkan kita tidak pernah tahu bahawa kandungan coklat Cadbury itu ada DNA Babi…kita bukan makan secara sengaja, dimanakah relevantnya permintaan untuk menukar darah…baik ko telan je air tanah untuk samak perut…dari buat permintaan begitu (emo sekejap).

 

 

Monday, June 30, 2014

KIFARAH


KIFARAH

ISLAM ITU BUKAN MELAYU, MELAYU ITU BUKAN ISLAM. ISLAM ITU BUKAN KETURUNAN, TETAPI ISLAM ITU ADALAH AGAMA. ISLAM ITU UNTUK SEMUA TANPA MENGIRA BANGSA.

Ayat di atas tu untuk renungan bersama. Ramai yang beranggapan melayu itu Islam. Hakikatnya melayu itu adalah keturunan yang tidak semestinya mereka beragama islam. Sedangkan orang yang beragama islam pun belum tentu sahih islamnya. Maka, janganlah berbangga diri kerana dilahirkan sebagai islam sedangkan kehidupan harian kita munafik semata-mata.
 
Pernah tak kita terfikir, kita selalu memaparkan kata-kata petikan para ulama dan para ustaz, mengajak solat, mengajak berpuasa tetapi hakikat hidup kita, kita je yang tahu….
 
Tidak ada salah kita share perkara-perkara bagus, tetapi sebelum itu, perlunya kita bersihkan hati kita sbersih-bersihnya. Tahu tak apa salah satu tanda penyakit hati?

Contohnya sangat mudah. Anda ada instagram? Facebook? (me x ada benda-benda tu, sebb malas nak active..huhuhu) cuba anda buka, kemudian anda lihat ada satu post dari kawan anda yang tulis macam ni  “sedapnya lauk yang saya masak harini” lepas tu kat caption tu berates orang like n beri komen positif. Cuba dengar apa kata hati kita? If kita ada rasa tidak puas hati dengan mengatakan masakan kita lebih sedap…ha jaga-jaga tu salah satu tanda kita ada penyakit hati.

Ramai yang beranggapan perempuan je yang ada sakit ni, tapi jangan lupa lelaki pown ada. Bila lelaki Nampak awek cantik berpasangan dengan boypren x hensem, mulalah mereka menuduh mengatakan lelaki tu gunakan bomoh untuk dapatkan awek tu. Padahal ramai je awek yang cantik jatuh cinta dengan lelaki tak hensem disebabkan mereka ni ada kelebihan lain. Ingat yer, sejahat mana pon perempuan tuh, tetapi masih ada terselit keinginan untuk untuk menjadi wanita solehah, so kebanyakn lelaki yang kurang dari segi rupa paras ni, agama dia agak bagus, dan mereka ni bersungguh-sungguh untuk memperisteri dan membimbing awek cantik ni…hehehehe (ni saya nyer pendapat yerk).
 
Nampak x? lelaki pown ramai je yang ada penyakit hati ni….dalam keluarga kita sendiri pown tak terlepas dari isu macamni. Belum masuk ipar duai, besan, biras…semua x terlepas dari penyakit ni. Kadang-kadang orang tuh tak buat apa pon, tp kita still rasa sakit hati…bahaya kan? Katakana da dikalangan ahli keluarga kita belie mas berkilo-kilo, dia pakai je, tak menunjuk-nunjuk pon, tapi tetiba kita terasa hati bila tengok dia pakai emas…
 
Tu baru bab emas, belum bab gaji. Kadang-kadang orang bercerita bab gaji, tiba-tiba kita terasa hati mcam orang sindir kita gaji kecil, sedangkan orang bercerita tentang gaji dia…x ada kena mengena dengan gaji kita. Orang t upon x ambik pot langsung pon pasal gaji kita, kita je yang terasa…

Bukak bab rupa paras plak. Kita x cantik mana, dapat plak kawan ke, mertua ke, biras ke, ipar duai ke yang cantik n solid molid, lepas tu kita pakat duduk ngan adik-beradik mengumpat n tak puas hati…mcm-macm isu timbul..padahal kita lupa semua tu pinjaman Allah je, and kadang-kadang orang yang kita sakit hati tu, x perasan pun dia cantik…hihihihi kelakar tak?
 
Tu belum masuk bab kereta, ada je yang x puas hati. Orang tu memang suka pakai kereta Honda, kita lak x mampu, then kita sesedap mulut cakap kereta Honda x bagus sebab Honda ni cepat rosak…eh tetibe plak kan..padahal if pakai keta apapun, kalau x pandai jaga…semua rosak, even keta tolak pon.

Tu belum bab isteri atau suami. If orang lain dapat laki kaya giler, bagi duit bulan-bulan ribu riban, eh mulalah kita cakap laki dia kena bomoh…huhuhuhu ni kes bahaya ni….terima je hakikat if kita dapat laki miskin or pendapatan biasa-biasa. X payah nak cemburu…

Banyakkan contoh penyakit hati….saya pon kadang-kadang ada juga terfikir bukan-bukan Cuma bila dah terfikir tu, cepat-cepat astagfar…InsyaAllah berkesan.

Nak tahu x apa perkara yang boleh hilangkan penyakit hati ni? Paling senang dan mudah…..jangan ambik tahu pasal orang lain…x payah kita nak sibuk-sibuk ambik tahu, then bila ada terdengar orang mengutuk kita, x payah susah-susah perbetulkan…let it go….sebab apa, sebab KIFARAH.
 
Jika kita disakiti, x payah sibuk-sibuk nak bercerita sana sini yang sipolan-sipolan tu buat mcm-macam kat kita….kadang-kadang kita tak sedar, kita pown ada salah juga…so better diam n improve diri sendiri…wooohaaaa

 Firman Allah SWT bermaksud” Dan balasan sesuatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa. Maka barangsiapa memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya adalah tanggungan ke atas Allah, sesunggunya dia tidak menyukai orang yang zalim (surah As-syura :40)