Harini nak buat product review. Korang semua mesti tau tentang kehebatan ephyra ni. Kiranya ephyra ni collagen yang hebat kat malaysia ni. Memang banyak product yang lain, tapi keberkesanan ephyra ni mengatasi yang lain-lain tu.
Since saya preggy kembar, memang perlu tenaga dan paling penting nak hilangkan stretch mark yang wujud tuh. banyak prodcut saya cuba, macam-mcam krim tapi kesan dia x ada langsung. Tegerak hati nak cuba ephyra, selama berpantang 60 days, everyday saya consume ephyra ni. Mula-mula memang x perasan langsung perubahan, sebab x belek pun. Sampai satu hari tu nak tengok luka operate kat perut, terkejut sekejap bila tengok stretch mark makin pudar warna dia, and kesan jahit pun dari warna gelap bertukar jd cerah n hampir x kelihatan langsung.
If orang lebih suka lihat perubahan pada muka, but for me i really interested if product tu berkesan pada semua anggota badan. So, product yang bagus bukan hanya tetumpu pada muka sahaja.
So, ephyra adalah product yang memang berkesan pada setiap inci anggota badan. Kalau preggy, rambut akan gugur sebab kalsium kurang kan, kulit plak akan kering, after 1 month saya consume ephyra, perkara pertama yang saya kesan, anak rambut saya makin banyak tumbuh dan memang nampak rambut x gugur n bertambah lebat. Kesan kering pada siku, lutut, tumit pun berkurangan, bibir x kering, muka pun x kusam macam dulu lagi.
Malah, system pelawasan pun makin baik, x sembelit lagi.
Umum tahu apa yang terkandung dalam ephyra ni, contohnya :Deep sea fish collagen, acai berry, acacia gum, mix enzymes, tomato powder, L-gluthathione, astaxanthin, acerolla cherry, superberry, marigold flower extract, fructose, maltodekstrin and mix fruit.
Cuma perlu campurkan sepeket dalam air suam atau air sejuk boleh juga dimasukkan kedalam juice buah-buahan. Minum sekali sehari ketika perut kosong, samada sebelum sarapan atau semasa nak masuk tidur.
Harga Ephyra ni affordable untuk di miliki, RM 197 untuk 30 sachet, cukup untuk kegunaan sebulan. if sesiapa nak beli ephyra, korang boleh wassup saya kat no ni yerk 011-29171141.
If nak tahu info lanjut, boleh je call or wassup ataupun email di nawarzara@yahoo.com
Sunday, December 7, 2014
My Twin
Assalamualaikum.
yessza, berhabuk kot blog ni sebb dah terlampau lama sngat x jenguk.
Huhu, sebenarnya bukan apa, sebb tidak disangka-sangka saya preggy kali ke dua, and the suprize is TWIN...huhuu Alhamdulillah, dapat sepasang TWIN. now my kid dah 3, 2 boys and 1 girl.
Camner ek nak citer, ramai yang tanya, susah ke preggy twin? berat tak? selera camaner? perut besar x? tido susah x? bila dah lahir, baby meragam x? camaner handle???
Hambik kau, soklan memang cepu cemas je...paling cepu cemas, err camaner nak dapat baby twin....ohohohoho out of my control la dear...seriyes saya pun terkejut bila scan ada 2 kantung and dua baby dalam tu.
Memang mencabar sebenarnya preggy twin. The risk is there, just monitor and berdoa pada Allah agar dipermudahkan.
Masa 1st trimester, Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya, no morning sickness pon, semua okey, selera memang tajam jer....
If korang tanya bab perut berat or tidak, ye memang berat, ibarat macam korang letak karung beras atas perut. sakit pinggang tu start dr bulan ke 4 dah rasa n x boleh tidur terlentang langsung, sebab pundi kencing akan rasa macam nak pecah, so nikmat tidur tu memang hilang lah sekejap.
Hari-hari terakhir sebelum bersalin tu baru rasa mencabar yang teramat sangat sebb x boleh tidur atas katil, so tidur atas kerusi recliner je, kencing pun start rasa x selesa, nak buang air besar pon sembelit sikit....tapi redha je lah kan.
Bila dah bersalin tu memang rasa lega, tapi teramat lah penat, sampai x larat nak bangun...penat yang melampau.
Bab kembar meragam or tidak, tipu lah if baby x meragam kan, normal lah tu, meragam sikit-sikit. yang seksa bila semuanya serentak. Everythings serentak, sampai menangis dibuatnya...
Rutin harian memang berubah, bangun awal pagi sebab kena mandi masa diorang tido, lepas tu mandikan yang sulong dulu, susukan dia, lepas tu bila kembar bangun mandikan n susukan dia...barulah start buat kerja rumah...tu pun berenti-berenti sebab kembar ni kadang-kadang bangun ikut sukati dia je...
Eh, terlupa plak nak cerita pasal pengalaman C-sect my twin ni. C-sect sebab sorang songsang, doctor cakap sorang boleh normal, sorang lagi C-sect...saya fikir dari sakit atas bawah, baik sakit satu je..so pilih operate jerw...
Masa nak operate tu, diorang cucuk epidural kat tulang belakang, x lah sakit sangat...cuma yang bengang n menyakitkan tu bila ubat bius belum bertindak balas lagi, dia dah potong perut iollls...waaaaaaaa boleh rasa perut kena toreh layer by layer...sakit tapi boleh bertahan sebb bius dalam keadaan nak bertindak balas...tapi doctor tu still nak continue, dia macam x boleh terima hakikat bila saya cakap, bius still not working, dia marah-marah n saya time tu dah mengamuk n cakap, if anything happen to me, i will sue this hospital, time tu baru lah dia bagi i morfin yang kena sedut tu...khayal kot...if korang pernah tengok citer-citer omputih, memang sebijik situasi dia, dengar suara bergema-gema, pergerakan semua benda kita nampak lambat n berbayang-bayang...fuhhhhh camtu kot orang yang hisap dadah rasa...hahahahaha rasa cam kat syurga je...
masa dia potong rahim tu, baru bius full working, and time nak keluarkan twin yang first, dia henyak perut sampai senak, selamat keluar sorang, masa keluarkan twin ke dua tu, tiba-tiba bleeding, dapat rasa daram membuak keluar sampai kena kat bahu n belakang badan,,,,bau hanyir darah tu memang kuat, and at the same time menangis sebab tahu bleeding, cuma lega at least baby dah selamat keluar. Doctor islam tu datang kat saya, suruh mengucap banyak-banyak n jangan fikir bukan-bukan, time tu ramai-ramai pegang bahu n tangan suruh kuat semangat n jangan panic, sebb doctor tengah usaha kecutkan salur darah tu. Alhamdulillah bleeding dah berhenti, and doctor cakap dia monitor dulu samada kena masuk darah or tidak..1 hour monitor, doc tengok muka n tangan x pucat, so x payah masuk darah...Alhamdulillah...3 jam lebih dalam OT.
Ni ada lah gambar2 si kembar and yang sulong..dah besar dah diorang ni..kejap je...
yessza, berhabuk kot blog ni sebb dah terlampau lama sngat x jenguk.
Huhu, sebenarnya bukan apa, sebb tidak disangka-sangka saya preggy kali ke dua, and the suprize is TWIN...huhuu Alhamdulillah, dapat sepasang TWIN. now my kid dah 3, 2 boys and 1 girl.
Camner ek nak citer, ramai yang tanya, susah ke preggy twin? berat tak? selera camaner? perut besar x? tido susah x? bila dah lahir, baby meragam x? camaner handle???
Hambik kau, soklan memang cepu cemas je...paling cepu cemas, err camaner nak dapat baby twin....ohohohoho out of my control la dear...seriyes saya pun terkejut bila scan ada 2 kantung and dua baby dalam tu.
Memang mencabar sebenarnya preggy twin. The risk is there, just monitor and berdoa pada Allah agar dipermudahkan.
Masa 1st trimester, Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya, no morning sickness pon, semua okey, selera memang tajam jer....
If korang tanya bab perut berat or tidak, ye memang berat, ibarat macam korang letak karung beras atas perut. sakit pinggang tu start dr bulan ke 4 dah rasa n x boleh tidur terlentang langsung, sebab pundi kencing akan rasa macam nak pecah, so nikmat tidur tu memang hilang lah sekejap.
Hari-hari terakhir sebelum bersalin tu baru rasa mencabar yang teramat sangat sebb x boleh tidur atas katil, so tidur atas kerusi recliner je, kencing pun start rasa x selesa, nak buang air besar pon sembelit sikit....tapi redha je lah kan.
Bila dah bersalin tu memang rasa lega, tapi teramat lah penat, sampai x larat nak bangun...penat yang melampau.
Bab kembar meragam or tidak, tipu lah if baby x meragam kan, normal lah tu, meragam sikit-sikit. yang seksa bila semuanya serentak. Everythings serentak, sampai menangis dibuatnya...
Rutin harian memang berubah, bangun awal pagi sebab kena mandi masa diorang tido, lepas tu mandikan yang sulong dulu, susukan dia, lepas tu bila kembar bangun mandikan n susukan dia...barulah start buat kerja rumah...tu pun berenti-berenti sebab kembar ni kadang-kadang bangun ikut sukati dia je...
Eh, terlupa plak nak cerita pasal pengalaman C-sect my twin ni. C-sect sebab sorang songsang, doctor cakap sorang boleh normal, sorang lagi C-sect...saya fikir dari sakit atas bawah, baik sakit satu je..so pilih operate jerw...
Masa nak operate tu, diorang cucuk epidural kat tulang belakang, x lah sakit sangat...cuma yang bengang n menyakitkan tu bila ubat bius belum bertindak balas lagi, dia dah potong perut iollls...waaaaaaaa boleh rasa perut kena toreh layer by layer...sakit tapi boleh bertahan sebb bius dalam keadaan nak bertindak balas...tapi doctor tu still nak continue, dia macam x boleh terima hakikat bila saya cakap, bius still not working, dia marah-marah n saya time tu dah mengamuk n cakap, if anything happen to me, i will sue this hospital, time tu baru lah dia bagi i morfin yang kena sedut tu...khayal kot...if korang pernah tengok citer-citer omputih, memang sebijik situasi dia, dengar suara bergema-gema, pergerakan semua benda kita nampak lambat n berbayang-bayang...fuhhhhh camtu kot orang yang hisap dadah rasa...hahahahaha rasa cam kat syurga je...
masa dia potong rahim tu, baru bius full working, and time nak keluarkan twin yang first, dia henyak perut sampai senak, selamat keluar sorang, masa keluarkan twin ke dua tu, tiba-tiba bleeding, dapat rasa daram membuak keluar sampai kena kat bahu n belakang badan,,,,bau hanyir darah tu memang kuat, and at the same time menangis sebab tahu bleeding, cuma lega at least baby dah selamat keluar. Doctor islam tu datang kat saya, suruh mengucap banyak-banyak n jangan fikir bukan-bukan, time tu ramai-ramai pegang bahu n tangan suruh kuat semangat n jangan panic, sebb doctor tengah usaha kecutkan salur darah tu. Alhamdulillah bleeding dah berhenti, and doctor cakap dia monitor dulu samada kena masuk darah or tidak..1 hour monitor, doc tengok muka n tangan x pucat, so x payah masuk darah...Alhamdulillah...3 jam lebih dalam OT.
Ni ada lah gambar2 si kembar and yang sulong..dah besar dah diorang ni..kejap je...
Thursday, August 14, 2014
Boikot
This is the time to all Malaysian people realise that US is
supported Israel. Yup, all of us voice
out to boycott all product from US and Israel…sadly when I found out Malaysia
one of Israel importer product, we are at ranking no 11 !.
Terkedu sekejap, Malaysia Negara yang sangat kecil berbanding Negara lain, tetapi kita mengimport terlalu banyak product dari Israel. Sebagai umat Islam kita memang perlu untuk sama-sama membantu Palestin dalam apa jua cara sekalipun. Banyak syarikat-syarikat yang secara terang-terangan support Israel, Cuma kadang-kadang kita keterlaluan memboikot sehingga menimbulkan kucar kacir.
Sekarang ni heboh sana sini boikot Mc Donald, walaupun
hakikatnya banyak lagi syarikat-syarikat dan product2 lain yang terang-terang
hulur bantuan pada Israel, tapi x ada sape pon nak boikot. Ektream pada Mc
Donald sahaja.
Paling menyedihkan, semua orang tahu applikasi wassup (Jan
Koum) Facebook (Mark Zuckerberg) Google (Sergey Brin) adalah penyokong Israel,
tapi dengan applikasi itu juga kita menyebarkan kempen boikot ISRAEL.
Jumlah kita gunakan applikasi ni lebih banyak dari kita
habiskan duit beli Mc Donald, tetapi ada sesiapa yang ambil langkah berhenti
dari guna facebook? Wassup? Google? No body!!!! Tiap-tiap hari update status,
dan setiap kali korang click, setiap kali tu lah diorang dapat duit…kita tak
boikot kenapa? Sebb kita fikir, kita tak keluar duit pon untuk guna facebook
tu…padahal dah tentu korang langgan internet, so caj is from there….sah-sah
facebook, google and wassup bukan perniagaan franchais, tapi kita tak pula
sedar.
That the reason kenapa saya marah dengan orang kita.
Kadang-kadang terikut-ikut dengan trend, smpaikan benda-benda lain yang lebih
besar kita x nampak. Atas alasan apa kita guna facebook? Sebb kita gunakan
untuk tujuan kebaikan? Sebb kita sebarkan kebaikan?? Tapi dah sah-sah Facebook
tu support Israel, tapi kenapa kita butakan mata kita? Yang kita nampak
Mcdonald.
Extream sangat-sangat, sampai nampak orang pasang sticker
pon boleh plak pegi pecahkan cermin kereta diorang, baling batu kt pekerja Mc
Donald, eh dalam islam pon x ajar cara-cara macam tu. Nak boikot, silakan tapi
jangan jadi pengganas.
Ni just nak cerita je…aku follow sorang mamat yang memang
anti Israel, tapi bila aku tengok-tengok balik ni manusia yang jenis cakap x
serupa bikin.
Segala benda yang dia beli banyak giler product from Israel,
tapi giler-giler boikot Mc Donald…buat apa kau kecoh-kecoh cakap kau anti
Israel, tapi ko sendiri beli barang Israel???? Ko cuma nampak Mc Donald…weh
banyak lagi kot selain dari Mc Donald tuh…
Arghhh geram plak tetibe. Tapi tulah, if kita ni rakyat
biasa, boikot memboikot tetapi if pihak berwajib Negara kita masih meneruskan
import export brang-barang dari Israel, kita boleh buat apa? Itu lagi besar
nilai sumbangan kepada Israel.
Perkara-perkara sumbang-menyumbang ni hanya boleh terhenti
jika Malaysia tidak menjalinkan perdagangan dua hala dengan Israel dan mcam tu
juga dengan Negara yang menyumbang kepada Israel. Itu sahaja cara yang paling
besar effect dia kepada ekonomi dunia.
Kita boleh je guna barang-barang tempatan atau pon dari
Negara Islam lain yang kualiti dia sama je, tp itulah, kadang-kadang orang kita
ni riak, shoping barang2 branded mulalah kita rasa diri ni up to date sangat n
perasan mat salleh sangat…
Sekadar renungan :- guys, if kita sayangkan orang islam kita kat palestin tuh, bukan setakat bantuan keewangan sahaja yang mereka perlukan, tetapi senjata yang paling ditakuti oleh orang kafir adalah doa orang-orang mukmin. Jom kita sama-sama berdoa setiap kali selepas solat atau bila-bila masa sahaja untuk saudara-saudara kita dipalestin. Tak guna kita hanya memboikot, berdiri tengah panas lancarkan kempen anti Israel, tetapi tidak pernah walau sekali pon kita memanjatkan doa untuk mereka di sana. Anjurkan lebih banyak aktiviti keagamaan seperti solat hajat, doa dan zikir untuk semua warga islam di seluruh dunia.
Sunday, July 13, 2014
Oh iya ke???????
Apa beza mendidik dan menjaga?
Pernah dengar pepatah melayu berbunyi begini? “seorang ibu
mampu menjaga sepuluh orang anak, tetapi sepuluh anak belum tentu mampu boleh
menjaga seorang ibu”.
Ayat tu merujuk kepada menjaga, so memang patutlah bila dah
besar, anak-anak x mampu menjaga seorang ibu. Sebab apa? Sebab semasa mereka
kecil, ibu hanya menjaga mereka, bukan mendidik. Jika seorang ibu itu menjaga
dan mendidik anak-anak mereka, insyaAllah apabila seorang ibu itu sudah tua, anak-anak,
berebut-rebut mahu berbakti kepada ibu dan bapa mereka.
Sebagai seorang ibu dan ayah, adakalanya kita terlupa bahawa
anak dan binatang itu berbeza. Betul, kita tidak mengatakan anak kita itu
binatang, tetapi cara kita melayan mereka tidak ubah seperti binatang.
Apa yang tuan lembu buat pada lembu-lembu peliharaan mereka?
Mereka beri tempat perlindungan, jenguk mereka, bila sejuk mereka pasangkan
unggun api, beri mereka makan dan minum secukupnya. Bila mereka sakit, suruh doctor
haiwan rawat mereka, ada masa bawa mereka ke padang ragut untuk rasa suasana
kelembuan sebenar. Kemudian kita lepaskan mereka, jika mereka masuk ke kawasan
kejiranan, jiran mengadu dan menghambat lembu kita, kita maki jiran.
dan, apa yang kita lakukan terhadap anak kita adalah sama sahaja macam kita menjaga binatang....
Tetapi jika mendidik, adalah sesuatu yang sangat besar dan
memainkan peranan penting. Bila sebut mendidik, bermakna kita mengisi ruang
kerohanian anak-anak dengan sesuatu yang berbentuk keilmuan. Anak-anak di didik
untuk mejalani kehidupan sebagai seorang manusia. Tidak guna jika kita menjaga
makan pakai, curahkan kasih sayang tetapi kita gagal dalam memberikan pengisian
rohani kepada mereka…
Sebab itu ramai anak-anak bila dah besar, masing-masing
risau bila ayah dan ibu sakit, tetapi bila ayah dan ibu mahu tinggal dirumah
mereka, masing-masing memberikan seribu satu alasan. Bila masih kuat dan tidak
sakit, anak-anak masih ingat tetapi bila dah sakit….seorang pown tidak mahu
menjaga…
Lagi satu benda yang paling penting adalah doa seorang ayah dan ibu. Jika dalam setiap solat dan perbuatan kedua orang tua ini selalu mendoakan kebaikan untuk anak-anak, pastinya anak-anak tidak akan pernah melupakan kedua orang tua mereka.
Pelik kan, ada anak-anak yang setiap hati bertanya khabar
kepada kedua orang tua mereka, tetapi jika kedua orang tua mereka sakit
tiba-tiba seribu satu alasan yang mereka berikan…
Monday, July 7, 2014
Kisah Tauladan
Kelihatan seorang lelaki muda berkopiah sedang menongkat
dagu ditepi masjid. Melihat anak muda yang dalam kesedihan itu, seorang tua
bergelar imam mendekatinya.
Imam : wahai anak muda, mengapa termenung panjang?
Anak muda : Imam, aku sangat kusut memikirkan kehidupan yang semakin rumit dari hari-kehari
Imam: ceritakan kepadaku, mungkin aku boleh membantu untuk
menyelesaikan masalah mu itu
Anak muda : tiada siapa yang akan faham dan dapat menyelami
apa yang aku rasakan ini, malah imam sendiri tidak mungkin akan dapat membantu
Imam : Cubalah ceritakan dulu, jangan mudah buat tanggapan
jika belum mencuba
Anak muda : Imam, aku mempunyai seorang ibu, ibu kandung
yang melahirkan aku kedunia ini, tetapi aku sangat jijik memandang muka ibuku
itu?
Imam : Apakah yang ibumu lakukan sehingga kau jijik untuk
melihat wajahnya?
Anak muda : Ibu ku seorang pelacur, dia bekerja menjual tubuh untuk menyara
aku setelah bapaku meninggal dunia, aku tidak faham kenapa ibu ku sanggup
menjual tubuhnya, sedangkan masih ada pekerjaan lain yang halal
Imam : adakah sekarang ibu mu masih menjadi pelacur?
Anak muda : Tidak, sudah lama ibuku meninggalkan pekerjaan
itu dan sudah bertaubat
Imam : adakah ibumu menyesal dengan perbuatannya
dahulu?
Anak muda : ya, ibuku setiap hari meratapi dosa yang telah
dilakukan, hamper sepanjang malam ibuku menangis ketika solat tahajjud dan
taubat
Imam : Apakah perkara paling buruk yang ibumu pernah
lakukan terhadapmu?
Anak muda : ketika aku berumur 11 tahun, aku melihat ibuku
membawa masuk lelaki kedalam rumah, kemudian aku mereka bemesra didalam bilik
sehingga subuh. Aku tidak memahami apa-apa ketika itu. Sehinggalah jiran-jiran
mengejek mengatakan aku anak pelacur. Ketika itu baru aku tahu apa pekerjaan
sebenar ibuku.
Imam: Adakah kau masih mengingati kejadian tersebut?
Anak muda : mana mungkin aku melupakan peristiwa tersebut. Di
sebabkan ibu ku, aku dihina, di kecam oleh masyarakat. Kemana sahaja aku pergi,
pasti ada yang memanggilku dengan panggilan anak pelacur.
Imam : Ibumu telah bertaubat, tetapi kamu masih tidak boleh
maafkan dia dan menerimanya kembali?
Anak muda : tidak, aku tidak boleh memaafkan ibuku, aku
masih tidak boleh menerimanya. Dia tersangat jijik pada pandangan mataku. Biar seratus
tahun lagi, aku pasti tidak melupakan peritiwa itu
Imam : adakah kau berasa tenang bila membiarkan ibumu
sebegitu? Adakah kau hidup di bumi Allah ini hanya untuk melihat kisah silam
seseorang? Adakah hatimu puas bila melihat ibumu memendam rasa? Wajarkah ibumu
dihukum begitu, sedangkan dialah insan yang melahirkan kau dan membesarkan kau
hingga kau berjaya? Siapa dirimu di bandingkan dengan Allah yang menjadikan
manusia? Sedangkan Allah maha pengampun dan mengasihi hambanya? Adakah ibumu
tidak layak diberi peluang untuk bertaubat?
Terdiam seketika anak muda itu apabila mendengar hujah imam
tersebut. Terdiam apabila memikirkan kebenaran disebalik hujah2 itu. Memang benar,
hatinya tidak pernah tenang, sepanjang hidup hatinya diselubungi dendam dan
amarah. Dia hanya melihat kisah silam tanpa melihat keadaan sekarang. Dia menidakkan
taubat dan hijrah yang dilakukan oleh
ibunya. Hatinya hanya tahu memandang hina tanpa belas kasihan, sedangkan dia
terlupa dia juga mempunyai kesilapan yang berlipat kali ganda iaitu derhaka
kepada ibunya. Memang ibunya melakukan dosa besar. Tetapi itu dahulu, ibunya
telah jauh berubah, telah meninggalkan segala perbuatan kejinya itu. Sudah hampir
20 tahun peristiwa itu berlalu, dan sudah 20 tahun juga ibunya bertafakur
diatas tikar sejadah memohon ampun dari Penciptanya…
Imam : pulanglah kerumah, mintalah ampun dari ibumu. Jika masa
itu boleh diundur, pastinya ibumu tidak akan memilih jalan tersebut. Sesungguhnya
kita sebagai manusia adakalanya kita dilitupi oleh Zaman jahil, tetapi apabila
hidayah itu datang, taubat itu adalah pasti. Sesungguhnya ibumu tergolong dalam
insan terpilih. Sebagai manusia, kita tidak berhak menilai seseorang itu
berlandaskan kisah silam mereka.
“Sesungguhnya sesuatu yang batil pada pandangan mata kita,
tidak semestinya batil pada pandangan Allah”
Moral of the story :
Sebagai manusia, kita terlalu suka mencari kelemahan orang
lain sehingga kita terlupa diri kita juga lemah dan penuh dosa. Adakalanya didalam
hati kita terkumpul dendam yang sengaja dicetuskan oleh diri sendiri.
Kita hidup untuk apa? Untuk masa silam atau masa hadapan? Masa
silam tidak boleh di ulang, tidak boleh diubah. Tetapi masa hadapan kita boleh
perbaiki supaya tidak terkeluar dari landasan sebenar.
Kadang-kadang kita terlalu suka mengheret orang lain didalam
perbalahan di kalangan kita. Kita tanpa segan silu menuduh dan menuding jari
mengatakan sipolan bin sipolan itulah yang menyebabkan hidup kita berantakan. Tetapi
kita terlupa, dalam kita menyalahkan
orang lain, sebenarnya diri kita itulah yang menyebabkan berlakunya permasalahan
tersebut. Tetapi kita dibutakan dengan dengan sikap degil dan ego diri kita
sendiri. Walau beratus kali dinasihati, kita tetap dengan kedegilan kita.
Dalam islam sendiri ada menyebut, jika kita terdengar
sesuatu perkhabaran, adalah wajib untuk kita menyiasat kesahihan berita
tersebut. Dan mestilah dari saksi-saksi yang adil, mendengar dari kedua belah
pihak. Bukan sekadar membuat andaian. Biar tersalah anggap, tetapi jangan
tersalah hukum.
Adakalanya sebahagian dari manusia suka bersikap senyap
bukan sebab salah, tetapi tidak ada gunanya untu kita bercerita tentang sesuatu
perkara yang lepas. Menganggap tidak guna mulia disisi manusia, tetapi
pandangan pencipta kita sendiri. Tidak perlu takut dengan andaian manusia, yang
perlu takut adalah dengan pencipta yang satu.
Tidak perlu risau jika dipandang hina atau di salah anggap,
yang penting ketika dipadang masyar tempat kita diadili nanti. Di situ segala
pembohongan akan terlerai, akan ditelanjangkan satu persatu. Jika didunia kita
menyorokkan salah kita, tetapi tidak diakhirat.
Benar, tidak perlu gentar, apa yang paling digentarkan
pabila saat sakarulmaut tiba, akibat terlau banyak menceritakan keburukan orang
lain, mengaibkan orang lain, risau lidah akan berhenti tatkala malaikat maut
datang menjemput.
Fitnah ini sudah wujud dari dahulu lagi, dan punca fitnah
itu sendiri kebanyakkannya datangnya dari kaum hawa. Kaum yang suka sampai menyampai2 cerita. Dari
cerita yang sedikit kemudian ditokok tambah sehingga mengaibkan insan lain…
Jauhilah sifat-sifat mazmumah ini. Tidak ada gunanya kita
mengaku bahawa kita kenal Allah, kita kenal nabi Muhammad itu siapa, tetapi
dalam kehidupan seharian kita, kita masih bersangka buruk pada insan lain. Belajar
mencari salah diri kita sendiri sebelum
mencari kesalahan orang lain…
Sunday, July 6, 2014
Hippopo Spa and Wellness for Babies
SPA FOR BABIES
Ni antara kebaikan yang kita boleh dapati dari massage n swimming ni;
This weekend InsyaAllah akan pergi ke SPA tu, so I will
write the review after visit the SPA…
Assalamualaikum.
Hari ni just nak share something yang best dan bagus untuk
anak-anak kita.
Pernah tak bayi anda meragam? Kadang-kadang bukan setakat
meragam biasa, kita angkat bontot nak pergi toilet pun dia menangis….yup, benda
tu memang berlaku pada my baby iqbal. Google untuk dapatkan sesuatu yang boleh
kurangkan meragam dia tuh..
And akhirnya jumpa dengan satu web site for baby
Ni adalah spa untuk baby dan kanak-kanak. Banyak sangat
kebaikan yang kita boleh dapat if pergi sini. Kat sini ada massage and swimming
for baby. Dari seawal 6 bulan kita dah boleh ajar baby kita swimming, jangan
risau, pelatih di sini semua berkelulusan dan mereka akan pantau setiap gerak
geri baby kita…air tu sejuk? Owh tidak, untuk baby, air dalam swimming pool tu
adalah air suam, so baby x akan rasa sejuk, malah lebih comfort…
Ni antara kebaikan yang kita boleh dapati dari massage n swimming ni;
1)
Longer sleep and relaxation
2)
Improved baby’s health and growth
3)
Reduce crying and emotional stress
4)
Encourage brain development
5)
Enhance baby confidence and security
6)
Boost baby emotional stability
Get all the info from this web site ya…
Tuesday, July 1, 2014
Orang Kita, Bangsa Kita.............................
Assalamualaikum, masih dalam mood ramadhan dan masih diberi keizinan untuk teruskan
ibadah berpuasa, Alhamdulillah.
Pagi-pagi dah buka paper online, terbaca tentang gadis cina
yang bakal memeluk Islam, iaitu Felixia Yeap.
Rata-rata memberikan komen yang positif, tetapi dalam positif masih ada terselit kata-kata kurang enak yang x sepatutnya dilemparkan oleh orang islam sendiri.
Sepatutnya kita sebagai umat Islam tidak perlu bersangka
buruk dan mendabik dada sehingga melihat bangsa lain yang memeluk islam ini
hina dan tidak ikhlas. Ikhlas atau tidak, itu kerja Allah. Hanya Allah yang
boleh menilai. Kadang-kadang terasa malu bila melihat bangsa melayu yang
beragama Islam seakan-akan memperlekehkan mualaf ini. Pernah tak kita terfikir,
disebabkan sikap kita ini, bangsa lain memeandang serong dan mewujudkan
perkauman dengan bangsa kita. Sebab apa? Sebab berpunca dari diri kita sendiri.
Sikap kita sebagai orang melayu yang terlalu ego, rasa diri tersangat bagus
sehingga memperlekehkan bangsa lain. Dan disebabkan sikap kita yang suka
berbalah sesame sendiri, pendirian tidak teguh, tidak sependapat tentang agama,
terpengaruh dengan khabar angin yang menyebabkan bangsa lain menolak Islam dan
menolak hokum hudud itu sendiri.
So, kesimpulannya, bila masyarakat bukan Islam melihat
perbalahan dan ketidak sependapat dikalangan ahli agama, maka situasi menjadi
bertambah buruk. Tidak kisah samada ahli agama atau sesiapa sahaja, jika
mendapat perkhabaran kita dituntut supaya mengesahkan kesahihan perkhabaran
tersebut. Kami yang ada ni kebanyakannya jahil dari segi HUKUM FEQAH, jadi
kalau ahli agama sendiri x sependapat, susahlah nak dijadikan rujukan….
Islam itu agama yang mulia, tapi bangsa kita yang membuatkan
agama Islam itu buruk di mata bangsa lain. Bila bercerita kisah Cadbury,
extream betul bila da yang membuat permintaan untuk menaja tukar darah, eh…melampau.
Islam itu mudah, tapi kita yang jadikan Islam itu rumit….kenapa perlu tukar
darah? Sedangkan kita tidak pernah tahu bahawa kandungan coklat Cadbury itu ada
DNA Babi…kita bukan makan secara sengaja, dimanakah relevantnya permintaan
untuk menukar darah…baik ko telan je air tanah untuk samak perut…dari buat
permintaan begitu (emo sekejap).
Subscribe to:
Posts (Atom)



