Dear, topic ni sebenarnya dah lama sangat saya nak tulis,
tapi berkesempatan disebabkan kurang bahan dan research.
Selama ni kita selalu dengar lelaki atau suami yang berlaku
curang, tapi harini kita tengok bab wanita atau isteri pula.
Saya sebenarnya terkilan bila satu-persatu berita yang
dipaparkan mengisahkan kisah isteri yang curang dengan majikan sendiri, rakan
karib suami sendiri malah dengan adik atau abang ipar sendiri. Yes, memang
memalukan, sepatutnya perkara ini tidak patut berlaku. Apa jua alasan, ianya
bukanlah tiket untuk seorang isteri itu berlaku curang.
Malah lebih teruk, bukan setakat berbalas mesej, tetapi
sehingga ke ranjang..Nauzubillah. To all my dearest kaum, tolonglah berpijak
dibumi yang nyata.
Saya teringat kata-kata guru bahasa melayu saya masa Zaman sekolah,
“lelaki dan perempuan tak boleh berkawan, tapi boleh berkahwin”. Pada asalnya
saya x faham, bila dah besar baru saya faham. Bila dua jantina berbeza
berkawan, sedikit sebanyak, pasti akan ada godaan, dan jika kita alpa seminit,
pasti kita akan terjerumus ke perhubungan yang lebih series.
Ada banyak sebab kenapa isteri berlaku curang, antara
sebab-sebab yang ketara ialah:-
Sunyi.
Kebanyakan suri rumahtangga, berasa sunyi setiap kali suami
pergi bekerja, dan kadangkala mereka bosan dengan rutin harian yang sama setiap
hari. Di sebabkan sunyi, ada dikalangan isetri mencari hiburan diluar. Pada
asalnya mungkin mereka tiada niat lain, dan hanya saling bertegur sapa apabila
terserempak, tetapi lama-kelamaan, wujud satu perhubungan rahsia, malah lebih
teruk jika isteri meluahkan masalah rumahtangga mereka kepada lelaki luar, yang
kemudiannya menyebabkan mereka semakin akrab. Bila dah akrab, terjalinlah
hubungan terlarang.
Suami yang panas baran
Akibat tidak tahan dengan sikap suami yang panas baran,
isteri mencari seseorang untuk meluahkan perasaan. Lebih malang lagi, insan
yang dicari itu adalah bekas teman lelakinya. Maka bermulalah episod cinta
mereka.
Masalah keewangan
Buntu dan bosan dengan masalah keewangan yang menghenyak
diri, isteri cuba membantu suami dengan berniaga secara online di laman sosial.
Niat pada asalnya memang mahu membantu suami, tetapi bila dah mula berchatting,
lupa daratan dan terpedaya dengan janji manis lelaki buaya darat, akan menyebabkan
isteri ini hanyut dibuai dosa.
Ni paling bahaya, bila suami tak mampu untuk melunaskan
nafkah batin, isteri akan mencari keseronokan diluar.
Suami selalu outstation
Bila suami outstation, ini akan membuka peluang kepada
isteri untuk bersosial bersama teman-teman. Mula-mula teman tapi mesra,
lama-lama bermesra atas katil pula…so hati-hati…
Kalah dengan nafsu sendiri
Ni pokok pangkal hati kita. nak buat macamaner kalau korang
berkahwin dengan lelaki yang x berapa nak hensem. Dulu korang juga yang pilih
kan? then bila kahwin, dapat pula abang atau adik ipar yang rupa paras mereka
jauh benor dri suami korang, mulalah korang rasa menyesal. Tup-tup korang ambil
kesempatan menggoda diorang pula. Nasib x berapa baik, dapat respond…hurmmmm
faham-faham sajalah…
Terlalu peramah
Isteri yang peramah ni bagus, tapi peramah bertempat lah. Kalau
dengan kenalan atau keluarga sendiri, x mengapa. Tapi kalau dengan kawan-kawan
suami pown kita peramah melampau, sampai bertepuk tampar, memang mengundang
padah lah.
Saya teringat ada satu cerita yang mas Zaman kecil-kecil
dulu “perempuan isteri dan dot dot dot”.
cuba ko bayangkan, korang pergi outstation berdua dengan bos kau, then boss panggil kau untuk discussion, masa tu plak dalam pukul 9 malam. Logiknya memang lah dah malam, tapi akal tak dak ke, kalau korang pergi jumpa boss korang dengan baju tidor paras lutut, dada terbuka luas and without bra…WTH kau nak buat macam tu, betul x? korang yang murah, sebab sesuka hati pakai macamtu….
Sebenarnya banyak lagi punca-punca yang
menyebabkan isteri ni curang, tapi setakat ni, ni je yang mampu untuk saya
kongsikan..:)
No comments:
Post a Comment