Pages

Thursday, July 14, 2016

Gemuk Lepas Bersalin

Gemuk lepas bersalin dan suami suruh kurus sebelum dia cari lain?
Aku tak pernah lagi buat entry yang macam ni, tapi entry yang mempunyai maksud yang sama ada lah. Selalunya bila aku buat entry yang lebih kurang macam ni, ramai yang akan baca sampai jadi tops post. Kiranya ramai lah yang ada masalah gemuk lepas bersalin n lelaki nak cari lain sebab bini gemuk.
Gemuk ni subjective sebab ada orang yang kurus kering, tapi bila tumbuh lemak kat pinggang or belakang dia dah start rasa gemuk. Ada yang memang gemuk, tp dia tak rasa diri dia gemuk sebab boypren asyik puji dia seksi dan gebu. So ikut korang lah definisikan gemuk tu macamana.
Bab gemuk lepas bersalin ni memang normal terjadi, dan abnormal kalau kita taka da kesedaran untuk kurus. Kurus bukan untuk pikat suami, tapi untuk kesihatan.
Aku pun masa bersalin dulu badan tak turun2, sebelum kahwin berat dalam 50 kg je, lepas kahwin n preggy berat jadi 58kg, last2 pregnant berat jadi 68kg. lepas bersalin berat turun jadi 65 je…hahahahahaha dalam usaha nak diet, tup-tup preggy kembar plak, masa tu berat naik +-20kg, memang macam kingkong dah jalan, gemuk giler rasa. Lepas bersalin berat tak turun mendadak, tapi aku dah start rasa tak best bila rasa cam lemak berkumpul kat perut. So lepas anak aku putus susu badan, aku start diet tanpa work out sebab taka da masa lagi. Aku start tak makan malam, memang Nampak hasil, then dalam 2 bulan turun 3kg, walaupun tak banyak tapi cukup untuk encourage diri aku untuk usaha lagi. Lepas tu tahun 2016, aku dah start stop carbo for 4 months straight, so turun dalam 6 kg, ini pun sebab aku tak buat exercise langsung. Bila habis 4 months, aku dah start ambik carbo, tp bukan nasi, aku ambik roti gandum penuh, spagetthi and still tak makan malam and work out bila balik kerja, hasilnya dalam dua bulan aku lost lagi 8 kg, total aku lost weight adalah 15kg within 8 months. Memang ambil masa yang lama sebab aku x workout sangat, tapi seriously, kalau korang nak diet lepas bersalin ni, ada banyak perkara yang korang kena buat. Kena ingat sebab kita gemuk bukan sebab makan banyak, tapi sebab ada budak dalam perut kita, so kulit n lemak kita stretching kat sana sini, condition kita tak sama dengan orang lain. Kat bawah ni aku ajar korang camaner nak slim dengan langkah selamat dan murah, Cuma memerlukan mental dan usaha yang kuat.

1)      Stop makan manis, minuman manis dan apa-apa yang ada gula.
2)      Stop makan roti putih, hanya makan roti wholemeal
3)      Banyakkan minum air masak, (ikut body capacity kita lah)
4)      Jangan makan buah-buah yang tinggi carbohydrate (pisang, mangga)
5)      Makan beras yang kurang kanji (beras basmathi, beras perang) – tapi aku stop terus makan nasi, aku makan spagetthi and roti untuk gantikan nasi
6)      Makan malam sebelum pukul 6, tapi ambil makanan yang ringan seperti salad, cream cracker – saya tak makan nasi malam, hanya makan sebiji telur rebus
7)      Elakkan makan bergoreng macam mee goreng, bihun goreng (lebihkan makan daging putih macam ayam bakar, salmon grill, salad)
8)      Kena workout, sehari target 1-5 kilometer (saya buat 2 kilometre je, tu pun dah berbaloi)
9)      Body wrap – tak payah pergi slimming centre, just rub kawasan berlemak tu dengan “VICKS VAPOR RUB” lepas tu wrap kawasan tu dengan plastic wrap food tu, wrap tegang2, tapi kita still boleh bernafas dan x ganggu blood circulation. Wrap time nak tidor malam or time nak sauna pun ok, at least wrap 4 jam sehari.  Concentrate buat body wrap selama 12 hari, and result dia memang superb, semua part geleber sebb loose weight akan kembali kmantap.
10)   Minum black coffe – ada yang cakap elakkan coffee, but not for me, if saya minum coffee tanpa gula, metabolism akan lagi cepat, dengan syarat pure coffee ye, bukan coffee campuran.
11)   Say no to any jamu, ubat kurus or apa-apa yang fat burner, sebab benda ni kesan dia sekejap je, sok-sok bila stop naik tak turun-turun dah. Nak kurus bukan ada jalan mudah, kena ingat benda ni
12)   Timbang dua minggu sekali sahaja, tak payah sibuk nak timbang tiap hari, saat dan waktu, nanti korang gak yang stress.
13)   Say no makanan ringan, kerepek2 ke…apa-apa junk food
14)   Puasa isnin khamis, (ibadat pun ye, plus boleh betulkan balik pola permakanan kita)


Tips kat atas tu je aku buat, tak ada lah nak pergi gym ke, slimming centre ke, aku just buat sekadar yang aku mampu Cuma kenda tahan mental bila tengok lauk2 sedap, mula-mula ko akan rasa stress, tapi lama-lama kau dah ok. Bila dah loose weight, ada rasa gegar2 kat perut, lengan or peha, buat body wrap sendiri. Just guna vicks je pun..bukan susah pun, serious tu je benda yang aku guna, strectch mark and selulit pun akan hilang…tolong percaya benda ni, sebab aku dah try..dulu anak-anak aku selalu selak baju aku sebab nak pegang perut aku yang bergegar2 tu, tu yang buat aku terfikir nak buat body wrap sendiri…vicks je pun, tak mahal mana kan?
So if husband korang complain korang tak kurus lepas bersalin, korang try lah tips ni, tapi bila diorang still nak cari lain walaupun korang dah kurus, korang tak payah risau, biar je lah dia nak cari lain, macam lah bila dia kahwin ngan orang lain tu nanti, orang tu tak gemuk kan????
pada lelaki yang suka nau komplen bini korang gemuk lepas bersalin, tak cantik, kulit cam buaya silalah bagi duit untuk gi slimming centre and jumpa beautician…jangan tau komplen ye…ppppp



No comments: