Terdetik kat hati aku nak jalan-jalan di Jonker Walk sambil
tengok cenderamata yang unik, cuci2 mata dan cari idea untuk tulis buku novel
kanak-kanak yang dah berbulan terbengkalai.
Sejak pukul 8 pagi aku dah tercongok di jonker walk kat tepi
kedai cenderamata yang ada jual topeng orang batak, aku ingat nak beli barang
sekeping dua, buat kenang-kenangan, lepas beli boleh lah aku makan “chicken
rice ball” yang kedai nya terpampang tanda Halal.
Sepanjang2 jalan menuju ke kedai chicken rice ball tu, aku
perasan ada beberapa kelompok muda mudi hipster yang pakaian nya, ah entah
apa-apa entah, pelik-pelik dressingnya atau aku yang ketinggalan zaman. Bukan main
bertepuk tampar lagi mereka, bercampur lelaki perempuan sambil terkinja-kinja
keriangan sebab dapat melawat kota Melaka bersejarah agaknya.
Dalam ramai-ramai gadis2 yang aku jumpa, langsung tak ada yang
memikat mata keranjang aku ni. sedang aku berjalan nak ke kedai “chicken rice
ball”, mata aku tertangkap sesusuk tubuh kurus yang agak pelik, aku perasan di
bahagian matanya ada macam lukisan seakan-akan tattoo. “Huish dah macam abang
long fadhil pulak”. Hati kecil aku tiba-tiba berbisik. Tapi aku teruskan je
perjalanan, tiba-tiba aku dengar seseorang menjerit ke arah wanita kurus itu,. “kak
long fadhilah, akak tertinggal benda ni tadi”, jerit budak tu sambil
menyerahkan bungkusan kepada wanita kurus itu. “Eh, Kak long Fadhilah? Dah macam
adik beradik abang long Fadhil pun ye jugak. Tiba-tiba aku teruja nak mendekati
wanita yang di panggil kak long fadhilah itu. Cepat-cepat aku berlari
mendapatkan kak long fadhilah agar tidak terlepas.
“Kak Long Fadhilah, tunggu sekejap. Nama saya Hisham, boleh
saya sembang-sembang dengan kakak sekejap, jom saya belanja kakak makan dekat
kedai “chicken rice ball” tu”. Cepat-cepat aku mengajak wanita itu.
“Halal ke kedai ni?”. Soal wanita itu pula. Haih, muka penuh
tattoo pun sempat juga dia fikir soal halal haram, bisik hati kecilku.
“Tu, ada logo Halal kat situ kak”. Tuding jari ku kea rah logo
Halal yang terpampang besar di hadapan kedai itu.
Sebaik melihat logo Halal itu, melulu je kak long fadhilah
masuk sambil terus order chicken rice ball dua dan milo ais dua. Tersenyum-senyum
aku, bagus kak long fadhilah ni, tolong order untuk aku sekali.
“Terima kasih kak, sebb tolong order”. Kata ku sambil urut2
janggut aku yang semakin panjang itu.
“Tak lah, akak order untuk akak, lapar sangat, dari pagi tak
makan apa-apa”. Balas kak long fadhilah dengan selamba.
Ciss, kuang ajor betul kak long fadhilah ni, tapi bila aku
tengok kesan parut dan tattoo kat muka dia ni, terus aku senyap, takut pula
kalau-kalau dia tibai aku dengan kaki dia yang besar tapak gajah tu.
Sambil makan, aku korek-korek kisah hidup dia, apesal dia
jadi camtu, ada tattoo bagai. Kak long fadhilah bagilah tau, dia dulu kawan
dengan gangster sebb parent dia bercerai, so tak ada sape yang hiraukan dia,
dari situ dia join mat-mat motor, rempit sana sini, pukul orang sana sini.
macam-macam benda dia buat, dari sekecik-kecik benda sampai sebesar-besar
benda. Paling jahat dia buat, rompakan bersenjata, kongsi gelap. Masa tu dia
sorang je perempuan dalam group gangster dia, and orang semua takut kat dia. Setakat
bunuh n rompak tu, celah gigi dia je. Untung kak long fadhillah ni sebab dia
tak pernah kantoi dengan polis, polis pun takut dengan dia, pernah berbalas
tembakan tapi dia kebal sebab pakai tangkal gigi buaya, so peluru tak lut.
Fuhh, takut pulak aku dengar cerita dia ni, macam tak
percaya pun ada, tapi bila tengok dia cerita muka serius, terus aku percaya.
Dia citer lagi, setelah berpuluh tahun bergelumang dosa,
tiba-tiba masa tengah balik dari rompak bank, dia nak masuk rumah, dia
terdengar orang mengaji Quran, terus dia tersentuh dan nangis sampai
demam-demam sebab terkenangkan maksiat dan jenayah yang dia dah buat. Esok tu
terus dia pergi cari ustaz untuk bertaubat. Dari situ mulanya dia berubah, dan
pulang ke pangkal jalan.
Sedih aku dengar cerita kak long fadhilah ni. Perit gak lah
kisah hidup dia ni. Tiba-tiba lepas je makan, dia cepat-cepat cakap ngan aku
dia nak blah.
“Dik, akak nak blah dulu, terima kasihlah sebab belanja akak
makan “chicken rice ball” ni sedap. Terima kasih jugak dik sebab dengar citer
akak tu tadi, sebenarnya akak kelentong je tadi”.
Hamper tersedak aku dibuatnya bila dengar ayat terakhir kak
long fadhilah tu. Rasa macam nak lempang sampai mati.
“Akak biar betul? Takkan semua akak tipu, dah tu apesal muka
akak ada tattoo, kenapa budak tu panggil akak kak long fadhillah kalau akak
bukan ketua gangster?”. Balas aku bertubi-tubi sambil menahan marah.
“ni? Yang dekat muka ni? Ni bukan tattoo, ni anak akak lukis
muka akak dengan permanent marker time akak tido, dah 3 hari try cuci tak
hilang-hilang. Budak yang panggil akak, kak long fadhillah tadi tu adik akak,
dia keje kat kedai depan tu, memang lah dia panggil akak kak long sebb
akak ni kakak sulong dia, and nama akak memang fadhillah”.
“Habis tu, apesal akak kelentong saya cakap akak ketua
gangster lah, apa lah, hawau lah akak ni”. Maki aku lagi.
“Dah kau yang nak belanja akak makan, lepas tu suruh akak
citer pasal life akak, akak citer lah. Sambil cerita tak best lah kalau tak ada
tokok tambah citer, tak melayu lah kalau citer straight je kan? Mesti kena
kelentong baru sedap orang dengar”. Selamba je kak long fadhillah balas balik.
Hah, jilake betul kak long fadhilah ni, kelentong aku pulak….time
tu aku nak je baling dia dengan selipar yang aku pakai kat kepala dia…tapi aku
cuba bersabar, mungkin ni ujian Allah dekat aku sebab cepat sangat menilai
seseorang tu dari keadaan luaran dia…
Author : Jam Dinding
Moral : Jangan pandang ringan walaupun kedai tu ada logo halal
Jangan nilai orang dari perwatakan luaran
Jangan mudah percaya pada orang yang baru pertama kali kenal
Jangan bizi body.
No comments:
Post a Comment