Cerita ini adalah cerita fantasi yang di tulis oleh Jam Dinding (author at nawarzara blog).
Aku kenal dia sebagai zizi (bukan nama sebenar), cantik
orangnya. Walaupun orang cakap dia cantik sebab make up tebal seinci, tapi aku
tetap suka dia sebab bagi aku dia paling cantik. Body mantap, cun, pandai dan
macam-macam lah.
Orang lain sibuk nasihat aku macam-macam, semua tu masuk
telinga kiri keluar telinga kanan. Tapi dalam ramai-ramai yang bagi aku
nasihat, ada sorang kakak ni selalu bagi aku nasihat tanpa prejudis, cakap pun
memang x de kaver2, kadang-kadang memang sentap, tapi aku tau dia ikhlas.
Dia selalu cakap, kalau nak kahwin kena cari pasangan kerana
Allah, bukan sebb terpikat dengan penampilan luaran. Sebab selalunya lelaki
akan mudah terpikat dengan penampilan luaran dulu. Tak semua yang indah2 tu,
dalamannya indah juga. Orang perempuan ni bila dah berkahwin, masa tu akan
terserlah semuanya, dah x boleh dah nak cover dengan make up sepanjang masa, tu
belum mengandung dan bersalin lagi. Bila dah bersalin sok, kulit yang licin
macam buah epal tu dah taka da lagi dah, yang ada kulit yang rupa macam Tupperware
kena bakar. Sungguh aku tak faham apa maksud akak tu dengan Tupperware kena
bakar, balik je dari kerja aku terus cari Tupperware mak aku, aku nyalakn api n
aku cucuh Tupperware kat api tu, dan hasilnya memang mengerikan, tapi bagi aku
mana ada kulit manusia akan jadi macam tu kalau dah dilahirkan dengan keadaan
yang gebu dan licin. Aku abaikan kata-kata kakak tu, aku yakin bila bini aku
beranak besok, kulit dan tubuh badan dia mesti still cantik lagi.
Lalu berkahwin lah aku dengan zizi, sepanjang waktu aku
tersengih-sengih sebab keasyikan berumahtangga dengan zizi, Nampak sangat kakak
tu punya nasihat tak boleh pakai.
Tak lama selepas tu, bini aku mengandung, aku lah manusia
paling happy dan tak sabar-sabar nak bergelar bapa. Sembilan bulan selepas tu,
lahirlah anak pertama kami, Ya Allah betapa putih dan cantiknya anak kami. Selesai
berpantang, hubungan aku dan zizi kembali seperti dulu, dan kali ini, aku
terpaksa bersetuju dengan pendapat kakak office aku tadi….aku dah jumpa kat
mana bahagian yang macam Tupperware terbakar tu. Arghhh tak sanggup aku nak
melihat keadaan yang maha dasyat ini, tabahkan hati aku Ya Allah.
“eh, bang apesal abang tiba-tiba menangis ni”. Jerkah bini
kepada aku
“abang ternampak sesuatu yang sangat mengerikan kat awak
tadi”. Balas aku
“Nampak apa? Dah macam Nampak hantu je”. Soal bini aku lagi
“Tu, kulit perut awak tu, apesal macam Tupperware terbakar”.
Luahku sambil berlari ke luar bilik.
Tiba-tiba kepala aku terhentak dengan benda keras, rupanya
bini aku baling dengan remote TV, sambil berteriak camni. “saya jadi macam ni
pun sebab abang yang mengandungkan saya, tak payah nak buat terkejut sangat
bang, saya dari sebelum kahwen dah lama terkejut tengok rupa paras abang yang
macam ikan yu n perut abang yang macam dugong tu”. Selamba je bini aku maki
aku.
Sentap aku sekejap, perlahan-lahan aku suakan diri aku kat
depan cermin. Takut-takut nak tengok diri aku sendiri, betul ke muka aku macam
ikan yu? Hurmm betul lah, perut pun buncit, muka lobang-lobang, hidung kembang…serta
merta aku rasa yang aku ni jenis tak sedar diri, harapkan bini cantik setiap
masa, tapi aku sendiri dah macam dugong terdampar kat pantai…hua hua huaaaaaa. Dan
aku pasti kakak office aku mesti tengah gelak guling-guling skang ni….kurang
ajar, bagi je lah tau terus terang apa maksud Tupperware terbakar tu.
Author : Jam dinding
Moral : Jangan terpikat dari luaran sahaja
Terima
pasangan seadanya
Check
dulu diri sendiri, sedar-sedar sikit rupa paras sendiri sebelum nak mengutuk
pasangan sendiri
No comments:
Post a Comment