Pages

Friday, September 9, 2016

Edisi Hijrah

Kecoh bila issue penghijrahan insan yang di kenali kat blog2, bila kembali ke keadaan yang sebelum ni.

Sebenarnya, kita2 ni lah yang bersalah, kita antara penyumbang mereka semua berpatah arang, angkara mulut2 yang x tahu senyap dan bercakap perkara bagus, inilah hasilnya. Betul merek salah sebb x Istiqamah, tetapi kita sebagai manusia terlalu cepat menghukum dan lemparkn kata2 kesat bila mereka nak jdi baik.

Benda ni terjadi gak pada aku masa mula2 aku bertudung sepenuhnya, aku masuk
Company baru, semua enviroment baru, tup2 ada insan2 yang tahu dulu aku tak
Bertudung, tanpa ada sebarang issue, bercakap camni "dia tu dulu x pakai tudung tu, skirt pendek gila"... Dengan x semena2, keluar dialog2 macam tu, sedangkan aku x pernah ambik pot pasal depa langsung, faham x? Bila ada manusia yang sentiasa mengungkit kisah silam orang, ni lah akibatkanya. Tipu lah kalau aku cakap lepas orang kutuk2, aku dulu, aku x terfikir nak bukak tudung balik, yes memang pernah, tapi aku fikir balik, aku bertudung bukan sebb manusia, bukan sebb ikutan, tapi memang dah sampai masanya, so aku perlu pekakkn telinga, buat x tahu bila orang bercerita, kalau korang nak tahu, sampai sekarang still lagi ada cerita2 camni yang aku dengar, means manusia x akan pernah berhenti bercakap kisah silam kita, sampai lah manusi2 yang Kenal kita tu dah mati, even kita dah mati pon, diorang still akan bercakap, so no
Worries ye.... Just buat tak tahu je.

Bab paling win, bila ada yang suka dekat aku n nak mengurat aku orang2 ni akan pergi cerita apa2 saje yang boleh menyebabkan orang yang pada mulanya suka kat Aku, jadi x suka... Part ni paling win lah...benda ni memang aku kelakar lah, konon nak jadi superwoman untuk selamatkan lelaki tu dari tersuka kat Aku.....adoiiii  orang tu boleh assume yang Aku x tahu dia adalah dalang di sebalik kejadian....hahahahaha lawak tak? Aku tahu je,  memang aku jenis yang tak akan clarify apa2, sebb aku percayakan pada Allah....

Tu sebb Aku cakap, jangan pertikai tindakan diorang untuk ke jalan Allah, Tp kita ni mulut x nak jaga, cakap bukan2, kutuk bukan2, sampai diorang hilang pedoman, mereka manusia, bukan malaikat atau para Nabi yang maksum, ada masa tetap pendirian, ada masa ke laut, sokongan tu penting, bukan cacian dan makian, tp di sebab kan seronok sangat sakit2 kan hati orang, kita x jaga percakapan kita langsung,

Bila jd macamni, semua pihak perlu muhasabah diri, bukan orang tu je, orang sekeliling
Pun sama, Aku pun ada je kawan2 transgender ni, tp x pernah malukan dia bila dia nak berubah, kondem2 ke, apa ke Cuma aku x layan dia macam perempuan, time solat jumaat kena solat, camtu gak time solat, gi pakai songkok n masuk surau lelaki, so dia nnti akan rasa ada rupanya orang yang menganggap dia ni lelaki, lama2 nnti dia sendiri akan berubah.

No comments: