Monday, September 5, 2016
Edisi Kehidupan - Persekitaran Kerja
Assalamualaikum. Jom discuss hal serius sikit. Actually entry ni dah lama nak keluar, tp sibuk sangat dengan urusan duniawi lain, so peram dulu lah. Last 2 week, aku melepak ngan member2 sebelum diorang fly ke korea untuk training. Masa sembang2 tu terkeluarlah soalan dari yang kenapa aku boleh cepat sesuaikan diri kat mana-mana tempat yang aku pergi, sedangkan dia dulu kemain susah nak adapt, rasa nak berenti lah, rasa macam nak duduk dalam bilik kebal, rasa nak gi calarkan kereta boss lah.
Actually aku tak ada resepi kejayaan...cehhh kejayaan konon....(kejap, aku plak rasa nak muntah baca statement sendiri)...Normal lah, masa zaman aku mula-mula kerja dulu pun aku pernah je rasa situasi macamtu. Kat dunia ni, manusia berjenis2 perangai, tak semua baik dan tak semua jahat, ada yang jenis susah nak handle, ada yang jenis senang nak handle.
Watak yang paling ramai kita akan jumpa ialah boss yang tahu jd tukang arah, dia just attend meeting n submit hasil kerja kita kat orang atasa, take credit atas usaha kita, show off dia yang buat semua benda, sekat kita dr expose kat public. Bab boss yang macam ni, memang ramai yang akan jumpa, aku dah mengalami perkara yang sama, aku try buat something, tapi still x de kesan, so jalan terbaik aku cari kerja tempat lain yang komunitinya adalah masyarakat berbilang bangsa...hahahahah. Tapi masa aku kerja dulu, aku tak pernah ada konflik dengan boss, aku memang x banyak melawan sebb aku malas nak bertegang urat, aku ingat aku masih berada kat bumi malaysia yang mana kalau kat malaysia ni, suara orang bawahan tak leh di guna pakai, dan kebanyakan boss2 ni jenis cepat sentap, walaupun bergaduh issue pasal kerja, jap2 lagi effect KPI, so aku hanya bersifat mendiamkan diri jer.
Pengalaman aku, hanya sekali je aku kerja dengan bos melayu, the rest bukan melayu and most of them orang asing. China, india, mat salleh, Indonesia semua aku dah pernah kerja, to be honest working dengan indonesian memang the most yang aku enjoy.
Dengan mat salleh ni biasa lah, mula-mula dia tengok aku memang dia under estimate capability aku untuk deliver kerja yang dia suruh buat, segala benda yang bukan scope aku dia test suruh buat, ko bayangkan aku x pernah sentuh bab tu tiba-tiba dia tak bagi aku idea langusng and suruh aku buat blue draft within 4 hours....memang giler kan.... first time aku hantar draft kerja, dia reject bulat2 and cakap aku ni ada typical asian punya ethic...fuhhhh tercabar, tapi aku senyap and ambik balik and start draft balik. Aku start buat kerja yang dia suruh tu without any guidance, aku pun try tanya member2 lama, mana yang expert, combine sikit2 info yang ada, aku strat buat slow2, second time aku hantar, dia just cakap good...x ada langsung dia nak puji ke, apa ke..sampai lah satu haritu aku kena handle satu assigment yang memang semua orang surrender untuk buat...finally dia admit yang aku punya work ethic is different dengan orang yang dia pernah kerja and thinking dia lebih kurang sama dengan aku nyer thinking, itu pun selepas beberapa tahun kerja dengan dia....dan paling win, tenpat aku sebelum ni "HOT SEAT"....orang2 yang sebelum aku, semua berenti kerja sebab dia ni cerewet nak mampos....tp bagi aku, aku ok je kerja ngan dia, lagi orang tu pressure, lagi lama aku bertahan kerja ngan dia...hahahaha aku bagi dia balik pressure....pernah lah dia tanya aku, apesal aku boleh tahan kerja ngan dia? aku cakap lah, aku tak ksiah kerja ngan sesapa sebb bapak aku lagi super duper cerewet dr mahluk yang ada kat muka bumi ni...bahahahahahahahahaha
Eh lupa, dia gelarkan aku "SIRIM HELMET", sebab dia marah aku camaner pun, aku still xberenti-berenti kerja...malas aku nak layan mamat tu....masa tu lah, lama-lama dia ok je...sebab dah ada chemistry katanya.
Bab pressure dengan office mate tu, bagi aku normal. Mana ada ko nak jumpa environment yang harmoni 24 hours, itu bukan dunia tu, tu syurga namanya tu....
Setiap office akan ada watak-watak kak nam, kak non, kak ton..dan sebagainya, samada ko tahan atau tak je lah. Pernah jumpa orang yang jenis, arah-arah orang sambil jerit2, cekak pinggang, tunjuk2, pastu mulut cam puaka? pernah jumpa orang yang claim diri dia manusia yang paling sibuk dan paling banyak responsibility kat opis, padahal dia buat clerical work yang dalam working hours, dia dah boleh settle kerja tanpa perlu OT? ada??? mesti ada kan?? pernah jumpa orang yang baik depan kau, puji ko pakai baju cantik2, tapi belakang mengutuk kau sampai hati jadi hitam legam? pernah jumpa orang yang mulut dia syik nak komen orang je, asyik nak cerita si polan tu jahat, si polan tu buruk, si polan tu busuk cam biawak, ada??? mesti ada kan...pernah jumpa orang yang suka pow makanan orang lain? asyik suruh belanja? pernah jumpa orang yang dengki? mngadu domba?....ni watak2 watak ni adalah watak penting dalam kehidupan alam pekerjaan...yang salahnya siapa? watak2 ni ke? tak...yang salah kita lah...dah tahu watak2 camni wujud, kenapa kita layan? buat tak faham je dah, tegur2 camtu je, tak payah nak meleret2, biarkan je diorang tu...actually diorang tu semua baik, cuma watak-watak dalam diri diorang perlu di ubah serba sedikit...
Kita sebagai orang yang bekerja, tak perlu nak ambik semua benda tu sebagai sesuatu yang memberatkan kepala, if ada kawan2 tak nak tegur kita, biar je lah, dah orang tak nak tegur, tak payah nak stress2, if ko dengar dia buat cerita pasal kau, tak payah layan dan tak payah selidik kesahihan nya...abaikan je...sebb lambat laun, Allah akan bagi pebcerahan jugak akhirnya...ni paling penting ni...dengar ni yer...pekerjaan tu memang cabang rezeki, tapi sebagai cabang ujian gak ye, sebabnya dalam kerja ni lah, macam2 ujian yang kita hadap, so jaga segala2 nya...kalau ada watak2 macam ni masuk dalam hidup kita, try avoid. AKu pun do the same thing, aku still bertegus sapa, tapi untuk aku keluar berdua, makan sama-sama berdua, gi mana2 berdua ngan watak2 ni, memang tidak, sebab aku tak nak create sesuatu yang tak bagus dan tak sihat....
So, no stress, kalau ada masalah mengadu pada Allah, bukan pada kawan2. Allah tu pencipta kita, dia dah cakap dah, mintalah apa pun pada Aku, nesacaya aku akan tunaikan...so kenapa ko nak mintak nasihat kat manusia, mintak kat Allah...kat manusia ni ke laut...jap lagi ko citer n pesan jangan citer kat orang lain
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment