Pages

Friday, September 9, 2016

Edisi Malaysia Tanah Airku

Bila ada kawan2 dari oversea yang nak datang malaysia, and tanya samada selamat or tak? Stabil or x? Aku x tau nak jawap apa, Cuma Aku perasan dalam sesetngah comp diorang letakan malaysia sebagai negara special risk, disebabkan Kes lahad datu, ketidakstabilan politic, kegiatan daesh Dan IS di malaysia.

Termenung sekejap bila Aku dengar bab ni, betul perkauman semakin menebal, cina india melayu, semua bawa haluan sendiri, paling sedih orang melayu sendiri seakan2 buat provokasi macam ni, tu sebb aku pernah buat entri pasal bangsa Johor, perlu ada bangsa2 ni sebb istilah bangsa ini x memisahkan antara kaum, aku setuju, macam tu gak sekolah umum maksudnya dalam satu sekolah ada satu aliran sahaja, yang mana turut ada matapelajaran bahasa Cina dan India, jadi x ada issue perkauman, bila kota asingkan, memang menyumbang kepada perkauman antara kaum.

Dah tiba masa ada sistem pendidikan yang mengetengahkan dan mengambil berat tentang semua kaum, tak perlu di asingkan, yang perlu adalah pengukuhan, baru boleh ada masyarakat berbilang kaum dalam satu komuniti. Rata2 rakyat Johor gembira dengan perlaksanaan ni, sebb semua kaum duduk dalam satu bangsa, x ada puak2.

Cuma sekarang ni, yang merosakkan keadaan bila makin banyk parti2 yang ditubuhkan. Aku faham, parti yang ditubuhkan terhasil dr serpihan pemimpin2 yang disingkirkan, dan mereka tiada pilihan lain sebb parti yang ada tak boleh di bentuk kembali kepada acuan asal. Cuma bila banyak sangat parti ni, kestabilan politik x terjamin, rakyat yang akan jadi mangsa, benda ni tak akan jadi kalau pihak yang bersalah di hukum, tapi bila pihak yang bersalah di sanjung maka mana2 pemimpin yang rasa dianiaya akan mencari ruang untuk membetulkan keadaan dengan menubuhkan parti baru.

Aku kecewa bila undang2 seakan2 melindungi orang yang bersalah, rakyat nak tahu siapa yang bertangungjawab, hukum or tak hukum tu kes mahkamah, cuma x bagus sebb x ada kesudahan, yang ni cakap ni salah, tu cakap orang tu salah, tp x ada satu tindakan di kenakan, tak kan system perundangan tak dapat kesan sesiapa yang bersalah?

MH 379, MH 17, sampai sekarang belum selesai lagi, benda2 macam ni lah yang buat rakyat tertanya2, apa sebenarnya yang berlaku? Sebb langsung x ada kesudahan. Kapal lain terhempas, x sampai sebulan dah ada Close out report, observation pon dah Close...wallauhualam

No comments: